SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, December 31, 2023

SELAMAT JALAN 2023: MENOLEH JEJAK MUHASABAH DIRI (THE JOURNEY OF WISDOM AND INSIGHT)

Hari ini, Ahad, 31 Disember 2023 Masihi bersamaan 18 Jamadil Akhir 1445 Hijriyyah titik noktah setahun lagi dalam kalendar suria. Bersyukur kita ke Hadrat Ilahi yang masih memberi kesempatan untuk kita terus menikmati kehidupan di dunia fana ini. Masa ialah kehidupan.

Sama ada kita berasa setahun yang berlalu sangat cepat atau terlalu lambat bergantung kepada nisbah umur dibandingkan dengan hitungan konservatif 24 jam sehari. Boleh juga dinisbahkan dengan pengisian kegiatan harian yang dilakukan. Pendek kata, singkat atau lama lebih bersifat nisbi atau relatif.

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...




Sunday, September 24, 2023

LADAP BACAAN BUKU 2023: GARIS MASA HAYAT RASULULLAH SAW (THE LIFE AND JOURNEY OF THE PROPHET MUHAMMAD, PBUH IN BRIEF)

Sinopsis 

 

 

 

Naskhah buku ini boleh dianggap sebagai sintesis kitab sirah yang memperinci perjalanan kehidupan Baginda Junjungan Rasulullah SAW. Dimulai dengan menelusuri nasab keturunan yang mulia dan berita kedatangan baginda menerusi kitab Taurat lagi. Bab 1 tentang kelahiran Junjungan SAW hingga turun wahyu dengan bantuan grafik dan ilustrasi bergambar, Menjadi yatim piatu ketika berusia 6 tahun, bertukar penjaga dan seterusnya berkahwin pada usia 25 tahun. Peristiwa bersejarah hakim letak hajar al-aswad ketika 35 tahun, menerima wahtu pertama pada usia 40 tahun.Bersambung bab 2 perincian tiga tahun pertama kerasulan, baginda menyampaikan dakwah secara rahsia, diikuti secara terang-terangan pada tahun ke-4. Penindasan mula berlaku mendorong hijrah ke Habsyah. Berlaku pemulauan selama 3 tahun sehingga tahun ke-10. Abu Talib dan Saidatina Khadijah meninggal dunia.Pada tahun ke-12 peristiwa Isra’ Mikraj. Tahun ke-12 bai’ah  al-Aqabah dan ibadah haji pertama. Bab 3 memperinci peristiwa Hijrah ke Madinah pada tahun ke-14, mempersaudara kaum ansar dan muhajirin, serta memeterai Piagam Madinah. Perang Badar berlaku pada tahun ke-2 hijrah, dan Perang Uhud pada tahun berikutnya. Perang Ahzab / Khandaq pada tahun ke-5 hijrah. Bab 4 tentang Perjanjian Hudaibiyah sehingga kewafatan Junjungan SAW. Lebih ramai pemuka Quraisy memeluk Islam. Dakwah diperluas denga  mengutus surat kepada pembesar dan raja kuasa besar, termasuk Rom dan Farsi. Usai Perang Khaibar, Junjungan SAW dijamu kambing telah diletak racun oleh perempuan yahudi. Pembukaan kota Makkah berlaku pada tahun ke-8, diikuti umrah dari Ji’ranah. Perang Tabuk dan masjid al-dirar dirobohkan pada tahun ke-9. Mula muncul nabi palsu. Haji perpisahan berlaku pada tahun ke-10 hijrah. Sehari sebelum wafat, Junjumgan SAW memerdekakan semua hamba sahaya baginda. Pada tanggal 12 Rabiul Awwal tahun ke-11 hijrah (Isnin), Junjungan SAW wafat ketika berusia 63 tahun 4 hari. Bab ke-5 tentang sifat zahir dan fizikal Junjungan SAW, sifat batin dan akhlak, serta kurniaan keistimewaan. Juga pendapat tokoh barat dan timur tentang Junjungan SAW. Seterusnya perincian rumah tangga Junjungan SAW, senarai isteri, putera puteri, dan cucunda. Diakhiri dengan tanggungjawab Muslim terhadap Junjungan Baginda Rasulullah SAW, terutama beriman dengan nubuwwah dan risalah tawhid, patuh segala perintah baginda, dan melazimkan berselawat. Penulis menutup dengan penegasan bahawa rujukan sirah yang muktabar sebagai pedoman untuk mencapai kesejahteraan dunia dan akhirat sejajar dengan peranan sebagai khalifah di muka bumi. Sekian.

 

 

 

 

 

 

Saturday, March 18, 2023

SURAU RAUDATUL MUKMININ NAIK TARAF MASJID (THE CHALLENGE OF NEIGHBOURHOOD PROJECT)

Mercu tanda sesebuah kampung orang Melayu ialah masjid. Teladan yang diambil daripada peristiwa pembinaan masjid pertama dalam sejarah di Quba'. Penduduk di RPT Sengat juga tidak terkecuali. 

Hasrat memiliki rumah ibadah sendiri berkobar-kobar dizahirkan menerusi permohonan asal pada tahun 2008. Dua tahun kemudian, papan tanda dipacak pada tapak surau kurniaan pewakaf. Pihak berkuasa agama mencadangkan terus status masjid, namun berlaku bantahan.

Buat sementara Surau Islamiah Taman Bersatu dinaik taraf sebagai surau diri jumaat.

...

....

...

....

.....

....


Saturday, December 31, 2022

MUHASABAH DIRI DI AMBANG 2023 MASIHI (NEW YEAR DEAL & HOPE)

Alhamdulillah, bersyukur kita ke Hadrat Ilahi justeru dengan Inayah dan Kurnia-Nya kita masih memiliki kesempatan masa dan rezeki di dunia fana ini. Betapa sebentar kita bermusafir menuju pengakhiran, namun lebih ramai yang baru bermula mengorak langkah. Sentiasa kita berdoa agar segala urusan dipermudah, serta beroleh kejayaan yang dihasratkan. Amin

Takwim hijrah pun sudah menginjak tanggal 7 Jamadil Awal 1444, iatu sudah masuk bulan ke-5. Hanya tiga bulan menanti kemunculan semula Ramadan ak-Mubarak. Semoga Allah mengurniakan kita umur dan kesihatan untuk kesekian kalinya bagi merebut tawaran amal soleh sepanjang bulan yang berkat itu. 

Hakikatnya setiap waktu keberkesanan madrasah ramadan saban tahun sebelum ini harus menjadikan kita insan yang bertambah baik hari demi hari. Sifat mahmudah (terpuji) diperkukuh, manakala sifat mazmummah (tercela) dihindari. Maka, azam tahun baharu masihi 2023 pun mengambil semangat yang sama.

Lazimnya, penanda aras pencapaian mengenal pasti ralat antara sasaran yang ditetapkan dengan skor sebenar. Analisis SWOT organisasi juga boleh digunakan untuk individu. Bak kata pakar motivasi (Allahyarham Prof Izudin Ali), cermin diri dan renung selamat beramal ...

Kebetulan berada di Bandar Baru Bangi, malam hadir program munajat tahun baru 2023 bersama perdana menteri, tpm, menteri kabinet dan jemaah Masjid Putra. Kehadiran ramai menyebankan oetak parkir penuh. Pertama kali perutusan tahan baru dari masjid.

Alhamdulillah, masuk pukul 12.00 tengah malam. Di Bangi kedengaran letupan mercunmenyambut ketibasn 2023. Harap tidak tersasul masih menulis tarikh 2022.

SELAMAT TAHUN BARU 2023. 

Semoga kita sentiasaa dirahmati Allah. amin ...

Monday, December 26, 2022

ANWAR IBRAHIM PM10 (CLEAR MANDATE TO LEAD THE COUNTRY)

Tanggal 24 November 2022 mencatat lembaran baharu sejarah tanah air apabila akhirnya sosok hebat yang menerajui Pakatan Harapan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. Tiada gabungan politik mencatat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan persekutuan usai pilihan raya umum ke-15 pada 19 November 2022. Buat julung kali berlaku kemelut parlimen tergantung.

Alhamdulillah, berkat kebijaksanaan DYMM Yang Dipertuan Agung, as-Sultan Abdullah, yang menitahkan penubuhan kerajaan perpaduan. Kecuali keengganan Perikatan Nasional (PN) untuk turut serta, Pakatan Harapan yang beroleh kerusi terbanyak (82) bersama Barisan Nasional (30), GRS, GPS, dan parti kecil lain, serta bebas bersetuju untuk bersama-sama membentuk majoriti utuh 2/3 dengan 148 kerusi. PN (gabungan Pas dan Bersatu, 74 kerusi) terpaksa menerima hakikat sebagai blok pembangkang meskipun gelombang hijau begitu kuat hingga menyapu bersih kerusi parlimen di Kelantan, Terengganu dan Perlis. 

PN yang diketuai mantan PM8, Mahiadin Yasin, dalang Langkah Sheraton bersama Haji Abdul Hadi Awang, terlebih dahulu mendakwa telah cukup jumlah. Malah, mereka mendahului keputusan rasmi apabila mengadakan sidang media dini hari, iaitu pukul 3 pagi. Keyakinan itu disandarkan kepada sokongan blok Borneo dan akuan bersumpah (SD) 10 ahli parlimen BN.

Namun, istana tidak menerima SD individu yang menyalahi keputusan (presiden) parti. BN yang pada mulanya mahu berkecuali berubah pendirian setelah dipanggil menghadap. GRS dan GPS juga membatalkan sokongan terhadap PN, bermaksud menyertai kerajaan perpaduan.

Konspirasi Tun Mahathir, PM4 dan PM7 untuk berterusan menyekat Anwar selamat 24 tahun kecundang. Malah, beliau sendiri diaibkan oleh pengundi Langkawi apabila tewas teruk sehingga hilang deposit. Dengan usia menghampiri 100 tahun, Tun Mahathir masih cuba meninggalkan legasi (anak beliau) dalam saf kepimpinan politik arus perdana, tetapi tidak kesampaian.

Anwar mula menonjolkan bakat, serta potensi kepimpinan sejak di bangku sekolah, terutama semasa di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Kemudian, menyambung pengajian di Universiti Malaya dalam bidang Pengajian Melayu. Menyerlah sebagai Presiden Persatuan Bahasa Melayu UM, memperjuangkan nasib golongan kurang beruntung, contohnya menerusi demonstrasi Baling.

Ekoran itu, beliau ditahan (tanpa bicara) di Kamunting di bawah Akta Keselamatan Dalan Negeri (ISA) selama dua tahun. Anwar (bersama rakan) menubuhkan Yayasan Anda Akademik di Pantai Baru berdekatan UM sebagai usaha membantu pelajar kurang berkemampuan ke arah laluan pengajian tinggi. Sambil berperanan sebagai guru, Anwar menyambung pengajian ijazah tinggi (sarjana persuratan melayu) secara separuh masa di UKM. 

Anwar dilantik sebagai Presiden Angkatan Belia Islam (Abim) kedua sehingga pertubuhan itu sinonim dengan gelaran jurubicara umat. Antara timbalan beliau ialah Allahyarham Fadil Noor yang kemudiannya menjadi Presiden Pas.  Demikian juga Allahyarham Profesor Dr Siddiq Fadhil, ayahanda Menteri Pendidikan kerajaan perpaduan.

Anwar menyertai Umno pada tahun 1982 dan merampas kerusi parlimen Permatang Pauh, kubu kuat Pas sekian lama. Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kabinet Tun Mahathir.  Antara kejayaan beliau ialah penubuhan Bank Islam dan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM). 

Kemudian dinaikkan pangkat sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Di situ, Anwar mengilhamkan Sukan Malaysia (Sukma). Seterusnya sebagai Menteri Pertanian dengan idea pasar tani bagi melepaskan cengkaman orang tengah yang memanipulasi pengeluar kecil seperti petani dan nelayan. 

Jawatan kanan jemaah menteri ialah di Kementerian Pendidikan. Anwar memperkenalkan falsafah pendidikan kebangsaan dan konsep bersepadu dalam pendidikan. Zaman murid lelaki berseluar pendek dan murid perempuan berskirt diganti dengan seluar panjang, serta baju kurung dan bertudung.

Dalam hierarki Umno, Anwar melonjak daripada kedudukan ketua pemuda kepada naib presiden dan seterusnya timbalan presiden. Rentetan itu, Anwar dilantik selaku timbalan perdana menteri, merangkap menteri kewangan. Antara kejayaan utama Anwar ialah belanjawan lebihan yang disifatkan sebagai era keemasan pertumbuhan ekonomi negara selain memperkenalkan RM bagi menggantikan $.

Anwar membayar harga yang tinggi kerana ketegasan beliau menentang rasuah. Beliau dipecat daripada semua jawatan parti dan kerajaan pada 2 September 1998 atas komplot tuduhan liwat dan salah guna kuasa. Anwar ditahan ala gestapo dan disumbat ke dalam penjara tanpa ikat jamin, seolah-olah penjenayah yang sangat berbahaya.

Anwar disabitkan kesalahan dalam suatu perbicaraan yang sangat kontroversi. Penulis buku 50 dalil mengapa anwar tidak boleh jadi pm, hakim bicara, serta pendakwa (peguam negara), serta beberapa orang konspirator tidak lama kemudian meninggal dunia. Setelah mendekam di sebalik tirai besi selama 2/3 tempoh hukuman, Anwar kembali ke parlimen pada zaman PM5, Pak Lah.

Meskipun Pak Lah pernah melabelkan Anwar ancaman keselamatan negara, Anwar tidak diapa-apakan. Hanya ketika era PM6, Najib sekali lagi Anwar ke penjara (hukuman 9 tahun) dalam konspirasi liwat 2. Pakatan Harapan memenangi PRU 14 membolehkan proses pengampunan Anwar oleh YDPA ketika itu, Sultan Kelantan.

Sejak dipecat dan dipenjarakan, penyokong tegar Anwar memulakan gelombang reformarsi. Walaupun berlaku turun naik dan penyokong berpaling tanah, ketentuan Ilahi menghendaki semua seteru Anwar akhirnya berputih mata. Percubaan 'jahat' Tun Mahathir yang kemudian disambung oleh pakatan Pas & Bersatu juga gagal ...

Sunday, November 13, 2022

ANALISIS KERTAS SOALAN STPM MIKROEKONOMI, 2013 - 2022 (PAST YEARS FOR MICROECONOMICS, MODULAR STPM)

 

Analisis Soalan STPM 2013 – 2022

Tahun

Soalan 21

22

23

24

25

26

27

28

29

2022

jn barang

Ed, Es

Ec, penentu

  input

PPS

Buruh

Pers D, S

Kos

MPP MRP

2021

KKP

DD

P max

Keluk kos

monopoli

buruh

KKP

Pers D, S

monopoli

2020

Msl Asas

D, S, E

Es > 1

EBL

PM  Ꙥn

Keluk Df

Pers D, S

Kos

monopoli

2019

sumber

D, S, E

Edy

MP TP AP

PPS

upah

Pers D, S

Ꙥ eko, k e

pers upah

2018

KKP

∆ SS, Qs

Es

Ꙥ eko

PS  mono

ARP, SL

KKP

Kos, Ꙥ

Sewa kuasi

2017

 kos lepas

- ∆DD

DD SS

EBD EBL

PPS

PM

Edp, TR

Pers Kos

PM

2016

Cukai D S

P max

EBL

monopoli

Ꙥmonopoli

SE, PP

Edp, Ec

PPS

MCL APL

2015

m asas, b

> D, S

Edp

TP AP MP

PPS

PM

KKP

Pers D, S

Pers Kos

2014

usahawan

DD, Qd

> p’guna

Ꙥ eko

PS PTS

upah

KKP

Ed Es TR

upah

2013

KKP

Edy

EBD

PM, PS

PM rugi

keluk DL

Pers D, S

kos

MRP

©  Azhar bin Mohd Rodzi, SmEkon UKM, DipEd UIAM, M.Ed Distinction U Malaya