SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, December 17, 2010

CUTI HUJUNG TAHUN GURU PALING SINGKAT (NO RELAX FOR TEACHERS)

Jumlah hari persekolahan bagi tahun 2010 ialah sebanyak 196 hari. Secara matematik, terdapat baki 169 hari bukan hari persekolahan rasmi. Daripada jumlah itu, sejumlah 104 hari pula ialah hari Sabtu dan Ahad.

Maka, tinggal baki 65 hari cuti, belum ditolak cuti kelepasan am antara 15 hingga 20 hari. Kini, jumlah hari tidak bersekolah sebenar sudah tinggal 45 hari secara kiraan konservatif. Daripada jumlah itu pula, cuti hujung tahun merangkumi kira-kira 25 hari, tolak Sabtu dan Ahad.

Yang bercuti hujung tahun sebenarnya ialah murid-murid. Guru masih perlu melaksanakan pelbagai tugas, terutama yang berkaitan dengan peperiksaan. Pengawas peperiksaan SPM misalnya perlu memperuntukkan hampir sebulan cuti hujung tahun untuk tugas berkenaan.

Peperiksaan yang bermula sebaik sahaja cuti akhir tahun bermula hanya berakhir sepenuhnya pada 20 Disember. Guru berkenaan hanya mempunyai baki masa seminggu untuk ke mana-mana justeru mulai 27 Disember mereka perlu kembali ke sekolah atas urusan mesyuarat pertama untuk persediaan sesi 2011. Ada sekolah yang melaksanakan mesyuarat antara tiga hingga lima hari berturut-turut.

Guru-guru yang terlibat dengan pentaksiran pula, terutama yang dilantik sebagai ketua, mungkin langsung tidak sempat bercuti. Warden asrama memang perlu mengambil giliran menjaga penghuni yang menduduki peperiksaan 24 jam. Sekolah asrama penuh yang perlu mengendalikan pemilihan kuota sekolah perlu banyak guru semasa peringkat sebelum, semasa dan selepas sesi temu duga dan ujian tapisan pemohon.

Bilakah masa guru bercuti dan berehat? Entahlah! Memang ada sebilangan kecil guru sempat melancong ke luar negara bersama-sama keluarga, tetapi majoritinya tiada kamus rehat walaupun kelibat mereka tidak kelihatan di sekolah. 

Cuti rehat khas guru diperuntukkan sebanyak 7 hari dalam setahun menerusi kelulusan ketua jabatan (pengetua). Jika tidak diambil, bilangan hari berkenaan akan dimasukkan dalam kiraan golden handshake. Bayarannya akan diterima selepas bersara.

Dahulu masyarakat menganggap kaum guru sangat beruntung kerana kerja separuh hari, dan cuti pula banyak.  Benarkah demikian? Sekolah bermula pukul 7.30 pagi dan berakhir pukul 2.30 petang, iaitu 7 jam, tidak termasuk mesyuarat yang perlu dihadiri selepas waktu persekolahan.

Guru juga mempunyai keluarga yang perlu diuruskan, ibu bapa yang perlu dijenguk dan kegiatan kejiranan yang perlu disertai. Sumbangan guru tidak dihadkan di sekolah. Guru tertentu dikehendaki menjadi jawatankuasa peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Sebelum dasar hari kerja lima hari seminggu dilaksanakan, orang pejabat perlu hadir bekerja separuh hari Sabtu. Sekarang sudah terbalik, orang pejabat berehat dua hari hujung minggu, cikgu pula yang ke sekolah pada hari Sabtu atas pelbagai urusan. Orang pejabat, walaupun bertaraf pembantu pejabat memiliki kerusi dan meja eksekutif, serta seunit komputer, sementelah cikgu bersesak-sesak di bilik guru dan berkongsi bilangan komputer yang terhad.

Walaupun kemudahan guru begitu rupa, mereka masih mampu bertahan atas semangat profesionalisme yang tinggi. Mereka maklum bahawa bilangan guru sudah mencecah 400,000 orang di seluruh negara. Kini, dengan tempoh jam bekerja yang makin panjang, dan bilangan hari cuti yang makin singkat, guru harus akur dengan tuntutan kerjaya pilihan masing-masing.

Penyelidikan tentang burn out disebabkan peluang peningkatan yang terhad, serta harapan tinggi yang disandarkan sudah banyak dilakukan. Hakikatnya masih sama, iaitu kaum guru ialah golongan yang gigih dan sabar kerana sentiasa berurusan dengan kanak-kanak dan remaja pelbagai ragam, selain rakan sejawatan dan pentadbiran sekolah dengan pelbagai peringkat interaksi. Mengapakah permintaan untuk memasuki kerjaya keguruan masih antara yang tertinggi?

No comments: