SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, December 1, 2010

MAKANAN DISIMPAN LAMA BERACUN (MYCOTOXIN CARRY DISEASES)

Kejahilan dan sikap sambil lewa sering mengundang padah. Keengganan mengambil tahu tentang perkara asas seperti makanan masih berleluasa dalam kalangan masyarakat moden yang disibukkan dengan aktiviti pekerjaan dan hiburan. Ancaman penduaan (2, 4, 16, 256, 65,536,...,n) bakteria dalam proses pemasaman susu dan pertumbuhan koloni kulat dalam makanan yang disimpan lama yang dipelajari di sekolah begitu  mudah luput daripada ingatan.

Organisme mikotoksin bersifat tahan panas dan akumulatif. Walaupun dimasak pada suhu yang cukup tinggi, mikotoksin tidak akan musnah dan seterusnya memasuki tubuh manusia menerusi makanan yang diambil. Dalam jangka panjang, mikotoksin akan membiak dalam tubuh manusia dan menyerang organ-organ dalaman yang penting hingga mendatangkan penyakit dan risiko kematian.
Pengerusi Persidangan Mikotoksin Antarabangsa USM yang dianjurkan beberapa hari yang lalu, Prof. Dr. Baharudin Salleh memberitahu bahawa tahap kesedaran masyarakat tentang bahaya mikotoksin dalam makanan yang disimpan lama masih rendah. Antara koloni mikotoksin yang paling kuat ialah aflatoksin yang mengakibatkan kerosakan hati dan barah hati. Produk tenusu, daging dan roti yang dicemari mikotoksin dengan mudah berpindah ke dalam tubuh manusia.

Mikotoksin berasal daripada perkataan mycotoxin, iaitu mykes atau mukos yang merupakan perkataan Greek, manakala toxin ialah perkataan Latin. Mykes bermakna fungi atau kulat yang terhasil daripada organisme mold, manakala toxin ialah racun sekunder. Menurut Wikipedia (bukan Wikileaks), penyelidikan tentang mikotoksin mulai diberi perhatian ekoran kes kematian 100,000 ekor ayam turki di London pada tahun 1962.

Walaupun pembiakan mikotoksin yang terhasil daripada mikrofungi pada aras yang tinggi berpotensi memudaratkan kesihatan manusia dalam jangka panjang, serta mampu melemahkan sistem imunisasi manusia, namun saintis juga berjaya mencari sisi manfaatnya. Musuh yang tersembunyi itu diekstrak sebagai deravatif ubat-ubatan, khususnya antibiotik sebagai agen tindak balas kimia. Masalah berjaya ditukar sebagai peluang...

No comments: