SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, December 10, 2010

PEMANDUAN DI JALAN LICIN (WET SURFACE ON THE ROAD)

Pergerakan yang berterusan sepanjang tempoh pemanduan bererti banyak perkara yang mungkin dilalui, termasuk perubahan cuaca yang mendadak. Hari yang cerah boleh bertukar menjadi kelam walaupun masih tengah hari. Hujan perenggan atau hujan perolakan juga boleh berlaku walaupun sebentar di kawasan tinggi.
Kenderaan yang dipandu ialah sebuah jentera yang dikendalikan oleh pemandu, seorang manusia yang bergantung kepada kemampuan pancaindera. Enjin mungkin bahagian yang menjana keseluruhan daya pergerakan kenderaan, tetapi komponen yang paling penting ialah tayar yang bukan sahaja mampu menampung seluruh jentera dan muatan kenderaan, bahkan menentukan arah yang ditujui. Maka, sebenarnya pemandu perlu sentiasa peka terhadap kenderaan yang sedang dikendalikan ketika menjalar di atas pelbagai jenis permukaan jalan dan perubahan persekitaran.
Dalam apa-apa jua keadaan pemanduan, cengkaman tayar terhadap permulaan jalan sangatlah kritikal, terutama apabila kenderaan perlu diperlahankan secara tiba-tiba atau ketika menekan pedal brek berdasarkan satu keputusan drastik pemandu. Sumber Persatuan Automobil Malaysia (AAM) mengatakan bahawa 80 peratus aspek keselamatan kenderaan terletak kepada kualiti tayar. Justeru, pemeriksaan secara berkala dan nasihat pakar perlu diambil kira dalam memilih, atau menggantikan tayar yang sudah menampakkan tanda-tanda ke arah kehausan.
Ketika melewati lokasi yang ditimpa hujan, pemandu yang membuat keputusan meneruskan pemanduan hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga tambahan. Lopak dan takungan air di atas permukaan jalan seboleh mungkin dielakkan kerana jelas bahawa keadaan yang tidak rata dan kemungkinan risiko lubang yang boleh memudaratkan keselamatan. Semua jenis air yang berada di atas permukaan jalan sama ada yang bertakung atau air melintas berpotensi mengakibatkan tayar kenderaan bagaikan terapung, iaitu tidak jejak di bumi.
Selain itu, pemandu perlu peka terhadap pergerakan jiran (istilah undang-undang untuk semua kenderaan yang bertentangan arah, di hadapan atau di belakang kenderaan yang sedang dipandu). Ketika hujan, kebanyakan jiran menyalakan lampu yang mungkin membias di atas permukaan jalan atau menyilaukan penglihatan pemandu lain. Percikan air yang dilanggar oleh jiran, khususnya kenderaan besar mungkin menyiram keseluruhan kenderaan lain yang sedang bergerak laju hingga pemandu hanya pasrah kepada ketentuan Yang Maha Esa supaya dipanjangkan usia!
Pengeluar kenderaan mungkin telah melakukan penyelidikan reka bentuk spesifikasi terbaik kenderaan, terutama ciri keselamatan jentera yang optimum dan telah lulus ujian yang ketat sebelum memasuki pasaran automotif. Namun, kenderaan tetap masih sebuah jentera canggih yang dibawa oleh beberapa butir tayar, serta dikendalikan oleh seorang pemandu yang tidak diketahui status tahap tumpuannya. Sebelum menaiki kenderaan, bacalah doa dengan sesungguh hati memohon perlindungan-Nya...

No comments: