SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, December 14, 2010

WANITA PERLU LASAK? (SOPHISTICATED LADY)

Jika hendak memilih calon isteri, pastikan bahawa sekurang-kurangnya si dara berkebolehan menunggang unta. Begitulah bunyi pesanan Saidina Umar al-Khattab seperti yang disebutkan oleh seorang penceramah dalam satu slot siaran radio. Sumber ambilan yang lengkap kita serahkan lagi kepada yang ahli dan punya akses.
Dalam konteks zaman berkenaan, kenderaan paling berprestij di Hijjaz tidak lain tidak bukan ialah kenaikan unta. Bukan sahaja si penunggang unta yang memerlukan kemahiran, bahkan si penumpang juga mesti membiasakan diri dengan henjutan yang berselang-seli. Penulis blog (PB) mempunyai pengalaman peribadi tentang hal itu.

Saranan Saidina Umar itu sebenarnya ialah satu bentuk anologi, kiasan atau tamsilan. Maksudnya, kaum wanita mesti mampu berdikari, terutama pada saat-saat kecemasan. Konsep bahawa wanita akhirnya kembali menjadi pingitan dan terperuk di ceruk dapur mungkin hanya sesuai untuk puak-puak yang berfahaman ortodoks.

Pada zaman Nabi sendiri kaum wanita turut serta dalam peperangan dan memegang peranan yang bersesuaian. Selain itu, baginda pernah berlumba lari dengan Aishah Radiallahu anha sebagai lambang kasih sayang suami terhadap isteri. Sementelah banyak lagi tokoh wanita yang tersohor dalam sejarah Islam.

Dalam konteks zaman sekarang, unta boleh dinisbahkan kepada kenderaan berjentera. Pendek kata, kaum wanita perlu berkebolehan memandu kereta justeru hakikat kehidupan moden yang membabitkan banyak pergerakan di jalan-jalan awam yang sibuk. Keadaan menjadi lebih mendesak jika berlaku situasi bahawa dalam sesebuah keluarga kaum lelaki yang ada belum layak mengendalikan stering kereta.

Walaupun bersifat feminin, kaum wanita juga wajib memiliki kekuatan emosi, rohani, jasmani dan intelektual supaya mampu menghadapi cabaran. Bukan senang hendak mengharungi rempah ratus kehidupan yang serba rencam, tetapi dalam masa yang sama mesti mempamerkan akhlak dan sahsiah yang mulia. Keinginan untuk berdikari tidak wajar membuka jalan kepada eksploitasi...

No comments: