SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, May 6, 2011

KAEDAH PEMBELAJARAN PRAUNIVERSITI TINGKATAN 6 (POST-SECONDARY CLASSROOM'S ACTIVITY)

Pengenalan

Hakikatnya, pengajian prauniversiti tingkatan yang baharu dijenamakan semula bertujuan memupuk modal insan minda kelas pertama yang memiliki ciri keperibadian, kepimpinan, kesungguhan, komitmen, pencapaian, dan sahsiah yang cemerlang. Kursus dan mata pelajaran yang ditawarkan bersesuaian dengan golongan pelajar remaja yang berusia antara 18 - 19 tahun yang menuju kematangan dalam berfikir dan bertindak. Hari ini, kebanyakan tokoh akademik (profesor), pemimpin politik, ahli perniagaan berjaya dan sukarelawan hebat pernah melalui pengajian tingkatan 6 era gemilangnya.

Mengapa prauniversiti?

Hingga awal 1980-an hanya terdapat lima buah universiti awam, iaitu UKM, UM, UPM, USM dan UTM. Laluan utama kemasukan universiti ketika itu ialah STPM, di samping saluran matrikulasi, asasi sains (UM) dan kelayakan diploma terpilih (misalnya dari ITM dan Politeknik Ungku Omar, Ipoh). Lama-kelamaan dengan penawaran lebih banyak kursus diploma dan persediaan universiti, pengajian tingkatan mula dianggap sebagai pilihan terakhir setelah permohonan ke institusi prauniversiti yang lain ditolak. Angka 60,000 pelajar tingkatan 6 pun merosot hingga tinggal sekitar 40,000 orang sahaja pada pertengahan dekad 1990-an.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyedari hal berkenaan, lalu mengambil langkah memperkasa semula pengajian tingkatan 6 dengan jenama prauniversiti mulai tahun 2009. Tenaga pengajar tingkatan 6 bergelar guru akademik tingkatan 6, atau pensyarah, serta merupakan jawatan naik pangkat pada gred hakiki DG 44 ke atas. Mereka dikategorikan sebaris dengan pensyarah matrikulasi dan pensyarah institut pendidikan guru yang juga di bawah pentadbiran KPM.

Jumlah enrolmen pelajar prauniversiti tingkatan 6 yang berlegar-legar pada angka 40 hingga 50 ribu orang sesungguhnya suatu rahmat. Jumlah itu lebih sedikit sahaja daripada jumlah tempat yang diperuntukkan kepada lepasan STPM. Maknanya, peluang lulusan STPM memasuki IPTA menghampiri kadar 70 peratus.

Kesahan dan kebolehpercayaan item soalan peperiksaan STPM memang sangat tinggi dan tiada keraguan tentangnya, berbanding dengan kursus diploma yang dilaksanakan oleh sesebuah institusi pengajian secara dalaman dan berasingan sepenuhnya. Sektor swasta juga memandang tinggi kelayakan STPM (dan SPM) sehingga penetapan gaji permulaan seseorang pemegang ijazah bergantung kepada pencapaian di peringkat sekolah, termasuk STPM. Maka, pengajian tingkatan 6 masih relevan dan dihormati.

Amalan Bilik Darjah / Bilik Kuliah

Walaupun susunan tempat duduk pelajar prauniversiti tingkatan 6 tidak jauh berbeza dengan kelas budak menengah, tahap penglibatan pelajar dalam proses menjana pengetahuan baharu berterusan dipertingkat. Walaupun namanya kuliah, tidaklah pula bermakna pelajar hanya duduk terpaku sambil mencatat setiap butiran yang terpacul daripada mulut pensyarah mereka. Sambil pelajar sains banyak terlibat dengan uji kaji di makmal, pelajar kemanusiaan pula lebih banyak menggunakan fakulti kognitif mereka dalam menjelaskan kompleksiti sesuatu fenomena menerusi alat berfikir, iaitu hukum, teori, hipotesis, andaian dan sebagainya.

Pengenalan konsep-konsep yang lebih abstrak dan tinggi didedahkan secara ansur maju, bukanlah begitu mendadak. Pensyarah akan bertindak sebagai penolong kepada pelajar prauniversiti berdasarkan bidang ilmu pengetahuan yang diliputi dalam sukatan pelajaran. Sekiranya pelajar memberi tumpuan terhadap aktiviti pembelajaran, mereka tidak perlu lagi bersusah payah mentelaah buku yang tebal-tebal hingga larut pagi (baca: kononnyalah...!!)

Proses pembelajaran bukanlah hiburan. Pelajar prauniversiti tidak boleh mengharapkan untuk bergelak ketawa dan tersenyum sepanjang sesi kuliah. Orang-orang cemerlang memang terpaksa melakukan kerja-kerja yang tidak disukai oleh orang-orang yang tidak cemerlang seperti melengkapkan nota dan tugasan.

Perkara paling penting yang perlu menjadi pegangan pelajar prauniversiti tingkatan 6 ialah sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang matlamat yang hendak dicapai. Dampingi kawan-kawan yang berfikiran positif dan jangan sesekali terdetik untuk menyokong ungkapan-ungkapan negatif yang boleh meracuni pemikiran sehingga hanyut sekali dengan kumpulan si corot yang boleh muncul bila-bila masa.

Pembelajaran paling berkesan ialah dengan mengajar orang lain. Maksudnya, konsep pengajaran sebaya akan membantu pelajar prauniversiti lebih mantap dalam segala penjelasan teori dan jalan kiraan. Pertanyaan rakan, termasuk si corot yang tidak disisihkan akan membantu mengukuhkan penguasaan ilmu pengtahuan prauniversiti...

20 comments:

Anonymous said...

cikgu , saya dapat 2.75 pointer ,
Pa:2.33 ,Sejarah :3.33 ,
Ekonomi :2.67 ,Bm :2.67 !
saya minat utk belajar

Anonymous said...

cikgu , saya dapat 2.75 pointer ,
Pa:2.33 ,Sejarah :3.33 ,
Ekonomi :2.67 ,Bm :2.67 !
saya minat utk belajar dalam ekonomi dan perniagaan !
adakah saya layak ??

cikgu azhar said...

Salam

insya-Allah layak, tertakluk kepada pilihan uni., kursus yang tepat

Anonymous said...

salam cgu, apa yg patut sya apply dgn pointer 2.58 je?? ptutka sya msuk U dgn bidang yg sya xmnat atau pegi spa je???

cikgu azhar said...

Salam

Cuba kedua-duanya

Kecuali kursus ikhtisas, nescaya minat sdra/i akan datang dengan sendirinya. menjadi orang berilmu sangat berbaloi walaupun harus bersusah payah. Wallahu a'lam...

Anonymous said...

tingkatan 6 ni byk nak wat presentation ke?

Unknown said...

Assalamualaikum cikgu. Saya lepasan SPM 2011 dan mendapat tawaran melanjutkan di SIDMA college dalam jurusan foundation in programme management. Soalan saya , adakah selepas saya tamat pengajian nanti saya dapat meneruskan pelajaran saya ke peringkat ijazah di universiti bertaraf kerajaan? Saya bimbang kalau sijil SIDMA tidak diterima oleh mana2 universiti untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah nanti.Adakah sijil foundation itu laku di mana2 universiti kerajaan? Boleh x kalau reply di email saya di kawai_gurl@ymail.com atau di syahidaarshat@gmail.com . Teriama kasih kerana sudi membaca,

cikgu azhar said...

Salam,

sudah dijawab menerusi e-mel seperti yang diminta ...

syahirah khalim said...

cikgu keputusan stpm 2013 saya mendapat pointer 3.34
dengan prinsipal A untuk subjek p.am , sejarah, seni namu subsid C- bagi subjek ekonomi , jadi adakah saya layak memohon kos sains politik ?

cikgu azhar said...

Tahniah syahirah,

Insya-Allah layak. didoakan berjaya hendaknya, amin ...

Unknown said...

cikgu saya minat nk belajar balik dan nak belajar tingkatan 6 dan mcm mn caranya cikgu tolong bantu saya cikgu

Unknown said...

cikgu bole wassapp saya 0192866995@ email saya amirulafandi866@gmail.com

cikgu azhar said...

Salam Amirul,

saya tiada aplikasi whatsapp, telefon model lama. apa yang boleh dibantu?

Unknown said...

assalam cikgu.
Saya Zulfikri.
bekas michaelian juga.
Saya dpt tawaran masuk form 6 SMI untuk kelas sains.
Tapi cita2 saya mahu jadi ahli geologi.
Saya mahu ambil subjek geografi dan masuk kelas kemanusiaan.
Di SMI boleh ke kalau saya ambik subjek P.Am, BM, Sejarah dan Geografi? Saya sangat minat geografi tapi saya x tahu pihak sekolah dapat luluskan atau tidak.

cikgu azhar said...

W.salam Zulfikri,

kelayakan masuk geologi ialah jurusan sains (math, physics, chemistry). memang geografi (program B.Sc) ada menawarkan kursus geologi tetapi bukan menjurus sebagai ahli geologi. SMI tidak menawarkan geografi, kena daftar persendirian.

bertemu di smi nanti, insya-Allah ...

Unknown said...

Assalamualaikum cikgu...saya dapat jurusan kemanusian tp saya nda tawaran mawar pilih apa?

cikgu azhar said...

W.salam Mohd Azreen,

apa itu 'nda tawaran mawar'?

Unknown said...

Ada tak tingkatan 6 utk lepasan sekolah teknik?

Miss Syamsinar said...

Assalamualaikum cikgu.. saya ni pada asalnya aliran akaun masa form5.. utk form 6 ni, boleh tak sy ambil subjek Bm , Sej dgn Eko? Sbb sy bniat nak sambung dlm bidang eko di uni nnt

cikgu azhar said...

W.salam,

Miss Syamsinar: boleh, tiada masalah

mahiran zamri: dulu ada

Wallahu a'lam ...