SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, May 6, 2011

PROSPEK PELAJAR JURUSAN KEMANUSIAAN TINGKATAN 6 (THE FUTURE DEMAND OF ART GRADUATES)

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mempunyai sesenarai panjang pilihan untuk menyambung pengajian sama ada tahap akademik lebih tinggi, atau kelayakan kemahiran teknikal dan vokasional. Antara pilihan yang boleh dibuat:

   1   pengajian prauniversiti tingkatan 6: laluan utama kursus ijazah sarjana muda

   2   matrikulasi Kementerian Pelajaran / UIAM / asasi sains UM:  laluan pengkhususan universiti lebih awal

   3   kursus diploma (akademik):  UiTM (bumiputera sahaja), politeknik

   4   kursus diploma (kemahiran teknikal, vokasional):   kolej komuniti, IKM, IKBN, ILP, IPB

   5   persediaan ijazah sarjana muda (foundation), A Level kolej swasta

   6   kelayakan pelesenan:  aeronatik, akademi laut, kulinari

   7   kursus prapekerjaan: akademi bomba, akademi polis, kawalan trafik udara, kolej jururawat, pembantu hospital

Tidaklah menjadi hal untuk memohon pelbagai pilihan pengajian, kemudian baharulah memuktamadkan keputusan. Sebagai individu yang mencapai usia 18 tahun, pengajian yang dipilih sudah pasti mempengaruhi perjalanan hidup dan kerjaya apabila memasuki usia 20-an kelak. Walaupun keinginan untuk bersama-sama dengan rakan karib sedia ada, persediaan untuk mencipta persahabatan yang baharu mesti sentiasa ada.

Jurusan Kemanusiaan Tingkatan 6

Dasar semasa kerajaan ialah nisbah 60:40, iaitu 60 peratus pelajar sains, dan 40 peratus pelajar sastera (kemanusiaan). Pelajar sains ditawarkan pilihan antara fizik dan biologi, di samping wajib mengambil kertas matematik T, kimia, pengajian am dan Muet. Jurusan kemanusiaan pula menawarkan beberapa kombinasi mata pelajaran, misalnya:

1    Pengajian Am, Muet, Ekonomi, Bahasa Melayu, Sejarah

2    Pengajian Am, Muet, Ekonomi, Matematik S, Pengajian Perniagaan

3    Pengajiam Am, Muet, Ekonomi, Matematik S, Perakaunan

4    Pengajiam Am, Muet, Ekonomi, Bahasa Arab, Syariah / Usuluddin

5     Pengajiam Am, Muet, Ekonomi, Sains Sukan, Geografi

Kombinasi mata pelajaran dan penawaran kursus akan berbeza berdasarkan waran yang dikeluarkan kepada sekolah. SMK St. Michael, Ipoh (SMI) misalannya menawarkan pakej 1 dan 2 sahaja. Namun, pelajar masih mempunyai pilihan kursus yang sangat luas untuk mengikuti kursus ijazah sarjana muda. Contoh bidang yang boleh menjadi pilihan:

  1 sastera tulen:  bahasa, antropologi, sosiologi, komunikasi, psikologi, sejarah, geografi, pengajian antarabangsa

     2  sastera ikhtisas:  ekonomi, perniagaan, perakaunan, perancangan kewangan, undang-undang, aktuari

     3   pengajian Islam

Pelajar cemerlang di peringkat universiti (gred purata kumulatif, CGPA 2.75 ke atas) juga berpeluang menyambung pengajian ke peringkat sarjana (masters) dan doktor falsafah (Ph.D), sama ada secara terus-menerus, atau semasa dalam kerja seperti pegawai tadbir dan diplomatik (PTD). Pemegang ijazah tinggi tidak semestinya menjadi pensyarah, bahkan mungkin dilamar sebagai pakar runding, atau felo penyelidik agensi kerajaan dan swasta. Kepakaran yang dimiliki mungkin juga menjadi tiket bagi menempa nama dalam bidang keusahawanan dan korporat.

Sebenarnya pelajar jurusan kemanusiaan tidak perlu gusar akan peluang-peluang masa hadapan. Kelayakan akademik memang sangat penting, tetapi proses memupuk sikap yang berupa komponen penting kepimpinan, perkhidmatan dan kesukarelaan juga melengkapkan persediaan menempuh cabaran hidup. Pengajian tingkatan 6 jurusan kemanusiaan tetap relevan sampai bila-bila...

415 comments:

«Oldest   ‹Older   401 – 415 of 415
Unknown said...

cikgu kalau nak ambik ijazah undang undang,,,mataprlajaran apa yg perlu diambil dlm stpm untuk membenarkan ke ijazah,,dan bolehkan lepasan stpm menyambung ijazah undang2 di luar negara,,,

cikgu azhar said...

sebarang mata pelajaran, tetapi pngk 3.8 + untuk RU dan muet band 4. uni. biasa 3.4 + dan muet band 3

Wallahu a'lam ...

Ikhwan Nasri said...

assalamualaikum cikgu..boleh saya tanya sikit..boleh ke kalau aliran kemanusiaan nak ambik course kejuteraan atau seni bina masa nak sambung degree nanti?

cikgu azhar said...

W.salam Ikhwan Nasri,

kena ambil diploma bidang sama dahulu melainkan ipts

ahmad tarmizi said...

Aliran kemanusian ni kt smk benut ke saya nak pndh sekolah benut dan saya mengambil jurusan kemanusian bm ekonomi pp pngajian am muet saya dri sekolah renggam macam mne prosuder nye

ahmad tarmizi said...

Aliran kemanusian ni kt smk benut ke saya nak pndh sekolah benut dan saya mengambil jurusan kemanusian bm ekonomi pp pngajian am muet saya dri sekolah renggam macam mne prosuder nye

cikgu azhar said...

salam ahmad tarmizi,

isi borang pindah sekolah. dapatkan di pejabat sekolah atau ppd.

fatin liyana said...

Assalamualaikum tuan, saya ingin bertanya. Cgpa 2.8-2.9 tidak menjaminkan sambung ijazah, pemerhatian ini saya buat melalui senior lepasan stp. jadi saya nk tanya, saya mgambil sub geo, pp, bm sebagai subjek elektif. Apakah kursus yg sesuai kepada saya selain dripada pengurusan dll. Mohon ckgu memberi pencerahan

fatin liyana said...

Assalamualaikum tuan, saya ingin bertanya. Cgpa 2.8-2.9 tidak menjaminkan sambung ijazah, pemerhatian ini saya buat melalui senior lepasan stp. jadi saya nk tanya, saya mgambil sub geo, pp, bm sebagai subjek elektif. Apakah kursus yg sesuai kepada saya selain dripada pengurusan dll. Mohon ckgu memberi pencerahan

Anonymous said...

Kalau nak ambk bidang psikologi,time ambk STPM mmg wajib ambk Sastera Tulen ke bagi pelajar aliran sains time spm dlu?

ZazlanTonsiti said...

Maaf urgent 24154Dte

My full application MS Visual Basic 4.0 System Library 1.0
https://goo.gl/19Ucqs

Codes for the System Library 1.0
https://goo.gl/FA26WS

Google Profail
https://goo.gl/wZ38Nv

Alif Azzizul said...

Cikgu pointer nak masuk U melalui stpm brp ?

cikgu azhar said...

Salam,

fatin liyana: bergantung kepada bidang pengajian. ada pelajar yang pngk 2.0 + pun berjaya ke UiTM (mass com), tetapi muet band 4. akhir sekali dipengaruhi oleh markah temu duga.

anon oct 13: mana2 aliran pun boleh. matematik spm kena dapat kredit yang baik kerana psikologi banyak menggunakan analisis kuantitatif

alif azzizul: bergantung kepada pilihan bidang pengajian. kalau mungkin hubungi dekan / penolong pendaftar fakulti yang berkenaan

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu,
nak tanya, bagaimana mana kalau kita daripada lepasan Diploma untuk jurusan lain dapat tak kita memohon untuk ambil jurusan guru :)

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu,
nak tanya, bagaimana mana kalau kita daripada lepasan Diploma untuk jurusan lain dapat tak kita memohon untuk ambil jurusan guru :)

«Oldest ‹Older   401 – 415 of 415   Newer› Newest»