SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, January 9, 2012

GURU MASUK KATEGORI PERKHIDMATAN MENOLONG (THE MAIN BUSINESS IN SCHOOL)

Pada tahun 2006, ketika memberikan syarahan perdana sempena pelantikan sebagai profesor penuh, Dr. Suradi bin Salim, dari Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Universiti Malaya telah menyebut bahawa kerjaya keguruan ialah perkhidmatan menolong. Hoy dan Miskel dalam buku School Administration pula menegaskan tugas sekolah ialah bagi memupuk pembelajaran. Maka, jika digabungkan kedua-dua konsep, guru berperanan untuk menolong murid memperoleh pengalaman pembelajaran.

Murid yang berada di bangku sekolah berada dalam lingkungan usia awal kanak-kanak (6 tahun - prasekolah) hingga 17 tahun (tingkatan 5). Setelah itu mereka akan disediakan untuk pengajian tinggi menerusi pengjian prauniversiti seperti tingkatan 6, matrikulasi, sijil dan diploma. Pada akhirnya, murid diharapkan akan berupaya untuk berdikari, serta tidak membebankan orang lain, sama ada ibu bapa, keluarga, masyarakat dan negara.

Proses pembelajaran juga sangat berkait rapat dengan konsep pembentukan modal insan yang menggembleng potensi dan fakulti kanak-kanak dalam domain kognitif (akal, pengetahuan), afektif (nilai, sikap) dan psikomotor (kemahiran). Segala bakat dan potensi yang dikembangkan itu akan menjadi bekalan untuk menempuh kehidupan pascapersekolahan seperti alam pekerjaan, rumah tangga dan masyarakat. Sebahagian murid akan mencapai kejayaan skala besar, manakala lebih ramai pula murid yang masuk dalam kategori pencapaian sederhana dan ala kadar.

Ahli-ahli ekonomi bertelagah sama ada pendidikan ialah satu bentuk penggunaan atau pelaburan. Jika pendidikan ialah penggunaan, maka proses pembelajaran perlu ditumpukan terhadap keperluan semasa. Sebaliknya, jika pendidikan dianggap sebagai pelaburan, murid disediakan sebagai tenaga produktif untuk aktiviti ekonomi (pengeluaran barang dan perkhidmatan) pada masa hadapan.

Sarjana Islam pula berpegang kepada konsep pendidikan sebagai ketibaan makna (Syed Muhammad Naquib al-Attas, kini profesor di ISTAC, UIAM). Maka, timbul konsep seperti ta'dib, berdasarkan mafhum hadith, addabani rabbi fa ahsana ta'dibi.  Proses pembelajaran mesti berpaksikan tawhid supaya matlamat penciptaan manusia dalam seisi alam untuk pengabdian tuntas (wama kholaq tul jinni wal insi illa liya'budun, daripada surah az-Zariyat) tercapai.

Metafora tentang pekerjaan guru juga begitu panjang senarainya. Guru ibarat lilin, guru ibarat matahari, guru ialah penyampai pengetahuan, guru ialah pemudah cara, guru umpama selebriti dan banyak lagi. Kini, walaupun konsep kertas kerja yang mementingkan dokumentasi telah diambil alih oleh aplikasi atas talian, guru masih sibuk dengan kemas kini pelbagai data diri sendiri dan data murid. Pencapaian pembelajaran juga diukur menerusi data pentaksiran, aksesibiliti dan ekuiti yang dinikmati oleh murid menerusi perkhidmatan menolong oleh guru.

Sumbangan kerjaya keguruan dalam perkhidmatan menolong sangat penting kepada kemakmuran, kesejahteraan dan keselamatan negara. Tanpa proses pendidikan yang terancang, sesuatu masyarakat akan kekal di takuk lama (status quo) untuk satu jangka masa yang panjang. Kemajuan masyarakat akan tersekat kerana mereka hanya akan bergantung kepada andaian, emosi dan kebiasaan turun-temurun. 

Di samping membimbing murid menguasai isi pelajaran, guru mencetuskan inspirasi supaya murid sentiasa bersedia menerima perubahan, iaitu inovasi dan penambahbaikan. Dalam masa yang sama, murid sentiasa ditolong supaya tidak akan pernah mengorbankan jati diri bagi mengejar perubahan. Sebenarnya proses perubahan yang berlaku perlu dipacu dengan pegangan jati diri... 

No comments: