SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, January 16, 2012

TUTORIAL BAHASA MELAYU STPM (PLANNING FOR THE HIGHEST ACHIEVEMENT)

Pendahuluan

Program tutorial ialah sebagai pelengkap kepada sistem kuliah pengajian prauniversiti tingkatan 6. Bezanya ialah sistem kuliah tingkatan 6 masih berasaskan kelas, bukan secara kursus seperti di universiti. Maknanya, bilangan pelajar yang menghadiri tutorial adalah sama bilangannya dengan kuliah. 

Bagi memberi pengalaman pembelajaran ala tutorial, aktiviti yang dilaksanakan harus berlainan dengan kuliah. Tumpuan boleh diberikan kepada seminar berdasarkan isu tertentu, bengkel perancangan jawapan dan analisis SWOT. Ulasan artikel, makalah dan rencana daripada sumber yang berwibawa seperti majalah Pelita Bahasa, Dewan Masyarakat, Dewan Ekonomi, Dewan Kosmik dan petikan buku tertentu boleh dipertimbangkan.

Seminar / Forum / Bual Bicara Isu Semasa

Antara tajuk pembentangan yang boleh dibincangkan:

1   Pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan

2   Komponen pembelajaran tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu

3   Pembentukan jati diri remaja di sekolah

4   Pengaruh budaya Barat dalam gaya hidup remaja kita

5   Bentuk kempen membenci rasuah secara lebih berkesan

6   Punca koperasi dan persatuan pengguna di Malaysia tidak digeruni oleh peniaga

7   Baik buruk memajukan industri senjata di negara kita

8   Peranan Rukun Tetangga dalam mencegah jenayah

9   Peranan pelajar jurusan kemanusiaan dalam era teknologi nano

10  Kemelut persatuan sukan menjejaskan pencapaian atlet negara


Analisis Lembaran Akhbar Harian


1   Bidang / Isu dalam artikel, berita, rencana

2   Kosa kata / frasa / klausa menarik

3   Idea utama

4   Idea sokongan

5   Kesalahan Bahasa (jika ada):  kategori, cadangan pembetulan

6   Kepentingan isu yang dipaparkan


Contoh Aktiviti Analisis Lembaran Akhbar

Tajuk:  Tinjauan Bahasa dalam sebuah akhbar harian

Subtajuk:  Manipulasi bahasa dalam penyampaian idea

Objektif:  Menyenaraikan satu idea utama
             :  Menyenaraikan tiga idea sokongan
             :  Menyatakan kekuatan dan kelemahan kebahasaan dalam bahan akhbar pilihan

Aktiviti

1.20 - 1.25  Pelajar mengambil tempat / susunan kedudukan (activity setting)

1.25 - 1.30  Pelajar menerima / memilih bahan (artikel / berita / rencana / iklan) untuk disahkan oleh pensyarah

1.30 - 1.40   Pelajar menerima penerangan pensyarah tentang tatacara pentadbiran analisis lembaran akhbar

1.40 - 2.10   Pelajar melaksanakan tugasan analisis lembaran akhbar secara kumpulan 3 orang

2.10 - 2.30  Pelajar menyediakan / membuat semakan laporan bertulis aktiviti yang telah selesai

2.30 - 2.35  Pelajar memberi ulasan tentang aktiviti yang telah dilaksanakan

2.35 - 2.38  Pelajar mendengar maklum balas pensyarah / cadangan aktiviti tutorial berikutnya

2.38 - 2.40  Kemas bilik tutorial / bersurai


Contoh Borang Laporan Tutorial

Tarikh: 17.1.2012 (Selasa)

Tajuk: Manipulasi Bahasa Dalam Penyampaian Idea sebuah Akhbar Harian

Aktiviti: seperti dalam Lampiran

Kehadiran: /

Penilaian Aktiviti:

Tahap kesediaan minda pelajar semasa permulaan aktiviti: tinggi / sederhana / rendah

Tahap tumpuan pelajar terhadap perincian tatacara aktiviti: tinggi / sederhana / rendah

Tahap penglibatan pelajar semasa aktiviti dilaksanakan: tinggi / sederhana / rendah

Tahap kepimpinan / kerjasama yang ditunjukkan sepanjang aktiviti berjalan: tinggi / sederhana / rendah

Tahap keakuran pelajar terhadap peruntukan masa: tinggi / sederhana / rendah

Tahap kecekapan pelajar menyediakan laporan bertulis: tinggi / sederhana / rendah

Tahap interaksi antara pelajar dengan pensyarah: tinggi / sederhana / rendah

Tahap interaksi antara pelajar dengan pelajar: tinggi / sederhana / rendah

Tahap komunikasi pelajar sepanjang tutorial: tinggi / sederhana / rendah

Tahap pencapaian pelajar terhadap objektif aktiviti tutorial: tinggi / sederhana / rendah



Ulasan Pensyarah:  Objektif 1 ___________________________________________

                              Objektif 2 ___________________________________________
                      
                              Objektif 3 ___________________________________________


Tandatangan Pensyarah:  __________________________

                                      (                                                   )

No comments: