SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, March 1, 2012

KEPUTUSAN STPM 2011 RABU INI, 7 MAC (MASTERPIECE OF LEARNING ACHIEVEMENT)

Bernama melaporkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 akan diumumkan Rabu depan. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan menyebut bahawa calon sekolah boleh mendapatkan keputusan mereka menerusi cara-cara berikut:

1) hadir sendiri di sekolah masing-masing mulai jam 12 tengah hari, 

2)  melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM Result  <space> No. Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.

3)  laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai jam 12 tengah hari pada tarikh tersebut

Calon persendirian akan menerima keputusan STPM melalui pos, atau menerusi SMS dan laman sesawang MPM seperti yang dinyatakan di atas. 


Sidang media analisis keputusan peperiksaan akan diadakan pada tarikh yang sama pada pukul 12 tengah hari di Dewan Besar MPM, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor. Sejumlah 50,602 orang calon menduduki peperiksaan STPM. Daripada jumlah itu, 46,817 orang ialah calon sekolah kerajaan, 1,266 calon sekolah swasta dan 2,519 calon persendirian.

No comments: