SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, March 6, 2012

PILIHAN KURSUS IJAZAH SARJANA MUDA BAGI LULUSAN STPM (STUDY LOCALLY OR ABROAD?)

Tanggal 7 Mac 2012 menamatkan debaran calon-calon STPM 2011 apabila keputusan peperiksaan berkenaan diumumkan secara serentak di sekolah, laman sesawang MPM dan khidmat mesej pesanan ringkas (SMS) mulai pukul 12.00 tengah hari. Lulusan STPM diberi keutamaan untuk mengisi kira-kira 40,000 tempat yang disediakan di universiti tempatan untuk kursus ijazah asas. Saingan calon lulusan STPM ialah lepasan matrikulasi, sijil dan diploma politeknik, UiTM dan institusi pengajian lain yang setara.

Calon STPM yang memperoleh pencapaian purata nilai gred kumulatif, PNGK (CGPA) yang tinggi tidak menghadapi masalah besar untuk membuat pilihan kursus yang dihajati. Misalnya, calon STPM yang mencatat PNGK 4.0 (purata gred A) boleh melamar kursus-kursus kritikal yang menjadi rebutan seperti perubatan, pergigian, farmasi, optometri, kejuruteraan dan seni bina (sains), serta undang-undang, perancangan kewangan, perakaunan dan ekonomi (sastera dan kemanusiaan). Andai kata berlaku lebihan permintaan tempat, markah kokurikulum (10 peratus) bakal menjadi penentu.

Namun, bagi calon-calon STPM yang memperoleh keputusan yang sederhana atau "cukup makan", mereka akan berada dalam dilema dan di persimpangan. Ketepatan dalam memilih kursus yang cocok dengan PNGK sangat penting. Pandangan profesional seperti kaunselor pelajar dan guru sekolah mungkin boleh membantu lulus STPM membuat keputusan yang terbaik.

Calon-calon terbaik boleh memiliki peluang yang yang lebih luas dari segi pilihan kursus dan universiti idaman. Calon biasa-biasa harus menerima hakikat bahawa pilihan mereka menjadi agak terhad dan tidak boleh terlalu meminta (demanding). Bagi calon yang mampu membiayai kos pengajian, mereka boleh beralih ke universiti swasta yang menawarkan program pengajian berkembar dengan universiti ternama dalam dan luar negara.

Buat masa ini, terdapat sejumlah 20 universiti awam tempatan, tetapi kebanyakannya menawarkan kursus sains dan teknikal. Universiti yang bertaraf premier ialah UM, UKM, UPM, USM dan UTM. Walaupun USM bukan berada pada kedudukan teratas dalam penarafan tempatan dan antarabangsa, USM menikmati kelebihan sebagai universiti Apex (accelerated programme for excellence), iaitu dengan suntikan kewangan yang besar supaya mendaki puncak kecemerlangan sebagai universiti bertaraf dunia. Keputusan kabinet bertarikh 27.8.2010 itu menyebabkan saingan untuk mendapat tempat di USM lebih sengit dan pemohon perlu melepasi tapisan khas inventori universiti di Malaysia (Malaysian University Inventory, Munsyl).

Universiti Malaya pula memiliki kelebihan dari segi reputasi sebagai universiti sulung negara dan kekuatan alumni yang menguasai kepimpinan politik, akademik dan korporat sejak sekian lama. UKM sebagai pelopor pengajian tinggi dalam bahasa Melayu sepenuhnya telah membuktikan keupayaan dengan kualiti siswazah yang mendapat pengiktirafan antarabangsa. Pelajar dari seluruh dunia juga mula beralih ke Malaysia memandangkan dasar kecurigaan negara-negara Barat terhadap warga Asia Barat yang dilabel sebagai penyokong kegiatan militan.

Walaupun bilangan universiti awam dan swasta tempatan masih boleh menampung permintaan tempat untuk kursus ijazah sarjana muda, masih banyak pelajar menanam impian untuk belajar di luar negara. Biasiswa JPA, Mara dan Petronas yang begitu terhad menjadi rebutan hingga membabitkan campur tangan politik yang tidak sepatutnya berlaku. Dasar pembiayaan yang memberi keutamaan kepada pelajar kurang berkemampuan dan rujukan kontrak sosial ketika kemerdekaan perlu dijadikan pegangan.

Sebagai contoh, kursus perubatan di United Kingdom boleh mencecah kos RM1 juta, manakala di India dan Indonesia dalam lingkungan RM300,000. Kini, sekolah perubatan terbaik dunia seperti John Hopkins (Amerika Syarikat), Monash (Australia) dan beberapa universiti terkemuka Britain dan India membuka cawangan di Malaysia bagi menampung permintaan di rantau Asia Pasifik dan Timur Tengah. Sesetengah kursus memerlukan pelajar menghabiskan sekurang-kurangnya setahun di universiti induk universiti yang berkenaan di negara asal masing-masing.

Pemilihan kursus sangat bergantung kepada matlamat yang ada dalam minda pelajar. Ada pelajar yang meletakkan peluang kerjaya sebagai sebab memilih kursus sarjana muda. Misalnya, pelajar beranggapan bahawa kursus pendidikan di UPSI dan Institut Pendidikan Guru (IPG) sebagai jaminan untuk terus mendapat pekerjaan sebaik sahaja menamatkan pengajian.

Hakikatnya, tiada sebarang jaminan bahawa kelulusan ijazah sarjana muda ialah tiket automatik jaminan kerja. Perkara yang boleh dilakukan ialah mencatat keputusan akademik sebaik mungkin dalam sepanjang tempoh pengajian, di samping menyerlahkan bakat kepimpinan dan ciri keperibadian yang bersesuaian dengan keperluan modal insan minda kelas pertama. Manusia hanya boleh berusaha dan merancang, tetapi ketentuan jodoh, rezeki dan umur ialah urusan-Nya jua...

844 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 400 of 844   Newer›   Newest»
Anonymous said...

salam cikgu..
saya pelajar lepasan stpm 2012..
keputusan stpm saya tidak membanggakan, sekadar mendapat 2.58 (bm-b- pa-c eko-c geo-b- seni visual-b..
spm saya juga begitu.. (BM-A PAI-A- BI-B+ SEJ-B MATH-A- ADDITIONAL MATH-D FIZIK-E KIMIA-D BIOLOGY-D PENGETAHUAN SAINS SUKAN-C)..markah kokurikulum saya pula sekadar 7.50..
boleh tak,kalau saya nak tahu saya layak atau tidak untuk memohon upu? kursus dan universiti mana yang sesuai dengan saya?
saya takut tersalah isi kursus dan tidak dapat melanjutkan pelajaran di universiti..
saya harap cikgu boleh bantu saya..
terima kasih

Anonymous said...

Assalamualikum ckgu...

Kat sini saya ingin minta sedikit bantuan cikgu...

Saya merupakan pelajar matrikulasi dan akan habis hujun april nnti...cgpa saya sem lepas hanya 3.42 shj...klau sem nie dpt 3.5 lbih pon maybe pngk sya dlm 3.4 something..

Cikgu sya pelajar aliran sains layak tak saya utk mohon ke universiti sperti ukm atau upm dgn pointer sedemikian utk subjek sains major biologi dan juga psikologi..
Saya minat sangat subjek sains...

Dan saya juga mendapat info jika empat pilihan kita yg teratas itu untuk universiti upm,um dan ukm.jika kita tidak dapat lepasi syarat pihak upu akan tengok dlu 4 U yg utama itu yg itu......... dan kos lapan yg bawah utk upu kita akan dilelong jika kita tidak memenuhi syarat...

Cikgu adakah permohonan saya utk lapan senarai U yg biasa itu akan terjejas jika saya memohon untuk 4 pilihan utama seperti upm,um ukm tu...

Cikgu saya sangat buntu utk membuat pilihan...boleh tak dgn pointer 3 lbih tu saya apply utk 4 U utama tu upm atau ukm...

Saya harap sangat cikgu dpt membantu...

Sunset in Dawn said...

cikgu, saya stpm 2012 cgpa 2.5 shj (PA,P.Perniagaan=B;Akaun,Eko=C).. muet band 5.. adakah saya berpeluang dapat biasiswa ke ipts? cikgu rasa saya patut apply jurusan yang mana di ipta? ipta yang manakah yang patut saya apply? Terima kasih..

Anonymous said...

salam cikgu,, klaw pilih pendidikan kt upsi,,mcm mna plak dgn peluang pekerjaan nanti,,xda jaminan bleh dpt pekerjaan kan...tp klaw da graduate tp masih xbleh jd pndidk mcm mna plak halatuju nnti,,da x alternatif lain untuk pergi???

Anonymous said...

salam,cikgu saya dah teliti semua kursus.tapi tak dapat lagi kursus yang ada pengecualian.saya pelajar aliran sastera.

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu ,, saya pelajar lepasan stpm 2012 .. keputusan sy dalam peperiksaan stpm hanya memperoleh 2.75 cgpa .. adakah saya layak memohon program pendidikan seperti di upsi ?

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu....sya dapat 3.42 dlm stpm dan ambil subjek p.am,bm,sejrah dan geografi...universiti dan kursus apa y paling sesuai untuk saya dan melepasi tahap khas minima kursusu tersebut???saya berada dlm keadaan dilema ni...harap ckgu boleh tlong...t.ksih dan mntk maaf menyusahkan ckgu

cikgu azhar said...

Salam

Anony mac 20 // 7:37

Bekas pelajar saya dahulu bawah 2.5, tapi dapat UM sains sukan. dia pemain kriket negeri. kursus sains sukan juga ditawarkan di UPM dan UiTM. ada temu duga "in person", fakulti hendak melihat calon.

Anony 9:47 pm

pngk 3.42 tiada masalah untuk memohon kursus bukan kritikal (selain fakulti perubatan, kejuruteraan, undang2). universiti penyelidikan, komprehensif mana-mana pun boleh, insya-Allah

Sunset In Dawn

boleh cuba semua universiti komprehensif. kalau UM kena minta kursus bahasa asing, kurang saingan, tetapi kena temu duga

Anony mac 21 // 9:16 am

penempatan automatik hanya untuk lulusan cemerlang pngk 3.5 ke atas semasa di uni. pilihan lain jadi pensyarah, boleh mohon mana-mana uni, tapi kena capai pngk 3.7 ke atas dan fasih BI

Anony mac 22 // 1/11 am

sudah semak UiTM? Institut Profesional Baitul Mal?

Anony mac 22 // 3.58 am

saingan ke fakulti pendidikan memang sengit, sama dengan permohonan ke undang-undang. boleh cuba letak dalam pilihan pertama. jamianan tempat ke ipta 2012 islsh 2.8. jika ada psv boleh mohon uitm (pendidikan seni dan reka bentuk)

Anony 8/08 am

fakulti sastera dan sains sosial UM
akademi bahasa melayu UM
fakulti sains kemasyarakatan dan kemanusiaan ukm
fakulti bahasa moden UPM
pusat pengajiankemanusiaan USM
UMK
UitM

3.42 tiada masalah untuk kursus bukan kritikal

serra said...

salam cg,, sy plajar aliran sstera stpm dn baru2 ni mndpt pngk 3.33shj..adakh sy layak mmhon kos pnddikan di usm?

Anonymous said...

slm cikgu,
saya pljr asasi undang-undang uitm,
selain degree undang-undang, apa lagi bidng lain yang cikgu rasa sesuai? maksud saya, memberi jaminan utk masa depan yg lebih baik.confuse dah tak tau nak ambik apa.

cikgu azhar said...

Salam

Serra

tahniah. 3.33 dikira o k untuk kursus bukan kritikal. memohon tiada masalah, diterima masuk bergantung kepada merit mata pelajaran, muet dan markah temu duga. usm juga ada ujian khas (inventori sikap) iaitu 100 item untuk satu jam

anony 4:05

lebih baik kalau teruskan undang-undang, kemudian ambil sarjana (misalnya undang-undang paten @ undang-undang alam sekitar). bidang lain ialah pengajian strategik dan keselamatan, atau pentadbiran. jaminan pekerjaan bergantung kepada pencapaian pngk (3.5 ke atas) dan kemahiran insaniah (kepimpinan, interpersonal dan BI).

Wallahu a'lam

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu,

saya berminat mengambil jurusan ijazah linguistik bahasa eropah(jerman,perancis,itali,sepanyol).tetapi saya tidak yakin dengan pencapaian STPM saya. apakah ada kursus pengkhususan bahasa yang membolehkan saya mengambil bidang bahasa selain daripada STPM?.

terima kasih.

cikgu azhar said...

salam

boleh. rujuk syarat kemasukan fakulti bahasa / linguistik UM, fakulti bahasa moden UPM

kena temu duga jika tersenarai pendek.

maka, perlu buat persiapan rapi.

selamat mencuba...

paisal hassan said...

salam 1 malaysia cikgu...

saya memiliki ijazah sarjana muda pengurusan dr utm dan bergraduasi pada tahun 2010. sukar mndpt pekerjaan kerana CGPA kurang memberasangkan membuatkan saya terfikir untuk memohon kemasukan ijazah sarjana muda di IPTA lg sekali.Soalan saya:

1. bolehkah saya memohon kemasukan untuk ijazah sarjana muda untuk kali kedua?

2. andaikata boleh, saya ingin memohon kursus pendidikan di upsi. Dengan keputusan STPM 3.33 (PA,BM,GEO,ECON(semua B+))berpeluangkah saya untuk mendapat tempat disana?

3. kursus pendidikan apakah yg wajar bagi saya mohon?

mohon bantuan dari cikgu...TERIMA KASIH

ms. confius said...

assalamualaikum cikgu...

saya calon stpm kemanusian tahun 2012. saya mendapat purata markah yg kurang memuaskan iaitu 3.25 dan mahu memohon kursus pendidikan. adakah saya mempunyai potensi untuk mendapat tempat dalam kursus pendidikan?u apakah yang patut saya mohon? dan bagaimanakah prospek peluang kerja dengan kementerian pelajaran pada masa depan nanti?..lagi satu, apakah yang dimaksudkan dengan kursus yg "open market". minta cikgu sudi memberi pendapat. tq

Anonymous said...

salam...cikgu,saya lepasan STPM aliran sastera...result saya 2A(PA n Sj)2B+(P.PERNIAGAAN n BM)PGNK saya 3.67...muet band 2...cg rasa kos apa yang sesuai dgn saya...saya minat undang2 tapi ada harapan tak cg rasa...

cikgu azhar said...

salam paisal hassan

boleh mohon, tetapi muet sudah luput tempoh, kena ambil lagi untuk syarat pensiswazahan.

2 persaingan ke fakulti pendidikan memang sengit. merit kepada yang dapat pngk 3.5 ke atas, tetapi belum cuba belum tahu.

3 pend. ekonomi, pend. perniagaan, pend kemahiran hidup

pilihan lain mohon kursus sarjana (MBA) untuk meningkatkan nilai tambah kelayakan sedia ada. memang yuran mahal RM20k +, tetapi insya-Allah berbaloi...

ms confius

boleh masukkan sebagai pilihan utama (upsi). pelajar saya tahun 2009 berjaya ke upsi walaupun keputusan biasa-biasa sahaja. bidang kursus bergantung kepada pencapaian mata pelajaran yang berkaitan. apa kata mohon pendidikan khas sahaja? mengajar pun o k, dapat elaun kritikal lagi.

peluang penempatan di sekolah kerajaan terjamin jika dapat pngk 3.5 ke atas semasa di uni.

anony 5:18 pm

yang lain o k, kecuali muet sangkut. um, uiam dan ukm perlu band 4, unisza, uum mungkin ada kelonggaran band 3

cuba mohon fakulti sastera dan sains sosial UM, di sana banyak pilihan pengkhususan seperti ansos, ekonomi, kajian asia tenggara, sejarah, pengajian media, dll.

tentang undang-undang, boleh diusahakan lagi selepas tamat ijazah pertama, dan baiki muet, atau ke luar negara (menerusi program berkembar ipts)

Wallahu a'lam...

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu, sy pljar lpasan stpm 2012, sy nak mintak tlong ckgu terangkn srba sdikit tntg kos ijazah srjana muda sastera(antropologi dan sosiologi) di um dan ukm. subjek yg akn dplajari nnt lbih kpd apa ya? dan apa pula pluang pkerjaan slpas tmat pngjian nnt bg kos ini? terima kasih. :)

Anonymous said...

salam cekgu...sy pelajar lepasan stpm...pngk sy 2.92...layakkan sy memasuki ipta..?

Anonymous said...

cikgu..saya dapat3.34..

sejarah 3.67
dan PA 3.67
Geo n PP dapat ala kadar.... huhu

saya minat sejarah(sejak dulu)...ape yg saya leh apply eh?

courses yg sesuai dgn saya dan mudah utk dpt job

cikgu azhar said...

salam

anony 29 mac: 8.53

ansos merangkumi bidang yang sangat luas seperti budaya, pembangunan, organisasi, psikologi, masyarakat, keselamatan dan banyak lagi. sebagai kursus yang bersifat terbuka (bukan ikhtisas seperti perakaunan atau undang-undang), bidang pekerjaan juga terbuka bergantung kepada pngk. boleh mohon ptd, pensyarah, swasta, dll.

anony 30 mac, 4:21

insya-Allah layak, tahun lepas pngk 2.8 ke atas dijamin tempat di ipta

anony 30 mac, 9:15

fakulti sastera dan sains sosial, UM (jabatan sejarah) @ fakulti sains kemasyarkatan dan kemanusiaan, ukm, fakulti pendidikan, UPSI. tentang kerja kena capai pngk terbaik di U nanti

Wallahu a'lam

Anonymous said...

thanks cikgu, tp kos ansos tu bnyk saingannya tak cikgu? dan kalau kos pendidikan kaunseling di um mcm mana pula ya?

cikgu azhar said...

semua kursus pun ada saingan. hakikatnya kehidupan pun demikian.
strategi unggul ialah cuba peroleh pngk terbaik sepanjang tempoh pengajian.

pendidikan kaunseling o k, tapi prinsipnya masih sama: pngk tertinggi sepanjang tempoh pengajian

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu. saya lepasan spm 2012. result saya 6a+(subjek teras+pengajian keusahawanan),1a-(akaun),3b+(fizik,kimia,add math). saya minat sangat psikologi tapi masa nak isi form upu,takde course yang berkenaan. lepasan stpm banyak la pilihan in psychology ni sebab terus ambik degree. kalau lepasan spm macam saya nak ambik course apa dulu untuk sambung degree psikologi? senior cadangkan ambik stpm,tapi saya taknak. ada cara lain tak? saya minat kerja yang berinteraksi dengan orang. so saya decide nak ambik komunikasi dan multimedia(masscom) uitm. tapi ramai yang tak support. diorang cakap result okay takkan nak ambik masscom je? saya rasa down sekarang. pendapat cikgu masscom okay ke?

Anonymous said...

salam cikgu...sy lepasan stpm dgn mndpt 2.75..prsoalannya,U manakah yg patut sy plih dan layakkah sy utk memasuki U??

cikgu azhar said...

Salam

anony 9:11

bekas murid saya (spm 2010)dapat 10 A+ ambil mass com di USA dengan tajaan JPA. Dia memang minat bidang penulisan walaupun belajar dalam jurusan sains tulen.

kalau minat juga bidang psikologi boleh buat ijazah lanjutan (sarjana). UiTM o k jika ada peluang. jadi pelajar tebaik di sana, kemudian sambung lagi pengajian hingga mencapai cita-cita. orang lain hanya bercakap dan beri cadangan (termasuk kaunselor dan penulis blog), tetapi keputusan akhir hendaklah di tangan sdra.

minta petunjuk Ilahi, solat sunat istikharah jika perlu.

anony 5:40

insya-Allah layak, tetapi kena pilih kursus yang kurang persaingan, termasuk universiti utama (UM, UKM, USM, UPM)

Semoga berjaya hendaknya

Wallahu a'lam...

hajar said...

salam ckgu azhar ,sy hajar, sy dpt 3.33 dlm stpm baru2 ni, tp sy x tahu nak piih pentadbiran perniagaan atau ekonomi , sy dpt b- utk ekonomi , b+ dlam pengajian perniagaan . antare kos pentadbiran perniagaan , ekonmi , and kewangn, yg mane pembelajran lg mudah ? sy takout x leh bwk je , tp sy minat ketiga tiga . and u mane yg bole sy apply ? :(

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu... sy lpasan stpm 2012, sy dpt pointer 3.67. sy nak tnya, klau sy ambil course sains pentadbiran kt uitm mcm mana ya? ok tak course tu? then, sthu sy course ni ade 3 tmpt (kedah, shah alam dan melaka), dr segi apa ek dia tntukan tmpt? dan apa pula pluang krjaya nya ya?.. terima kasih. :)

cikgu azhar said...

Salam

Hajar,

Hakikatnya setara, semua kursus pengajian tinggi memerlukan gabungan kerja kuat dan kerja bijak. x bergantung kepada peperiksaan akhir kerana ada kuiz, mid-sem, tutorial, tugasan dan peratus kehadiran kuliah. Insya-Allah bukan sahaja boleh bawa, bahkan boleh capai pngk tertinggi.
semua U boleh mohon, gabungkan U premier dengan U komprehensif.

Anony 6:40

semua pun o k, tempat berdasarkan keputusan jawatankuasa pemilihan uitm dengan kelulusan senat. mana-mana pun o k, yang penting capai pngk terbaik sepanjang tempoh pengajian. bab kerjaya sangat sukar untuk dijangka kerana melibatkan masa depan. namun, kalau pngk o k, sebahagian kejayaan di dalam genggaman, insya-Allah...

Nurul _Tika said...

salam cikgu...

kalau utk mohon sains kesihantan dgn pointer 3.4 utk lepsan matrikulasi agak lepas tak..

CIKGU AZHAR RODZI said...

Salam Nurul Atika

Kalau perubatan, pergigian, optometri dan farmasi mungkin sukar sedikit, tetapi boleh cuba biomedic, dan sains pemakanan, misalnya fakulti sains kesihatan bersekutu, UKM.

Atau cuba mohon fakulti perubatan UiTM. Wallahu a'lam...

Anonymous said...

salam cikgu..
saya calon stpm 2011..
sy punya subj pengajian am dpt lulus sbhgn shj, subjek yg lain okey..

saya bercadang utk mengambil stpm 2013, jadi calon persendirian..bleh ke klu sya amik subj pengajian am shj?..adakah semasa mohon upu, bleh gabungkn keputusan stpm 2011 n 2013?..mohon penjelasan, tQ..

Anonymous said...

assalamualaikum cg. saya merupakan pelajar stpm 2012.. di peringkat stpm saya tidak principal untuk subjek ekonomi, jadi sekiranya saya mengambil kursus yng berkaitan perniagaan agak2 nya permohonan sya diterima atau tidak walaupun semasa spm saya mendapat keputusan yg cemerlang dlm matematik..

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu , sya mendapat keputusan pointer 3.16 sahaja di dalam stpm 2012. sy merupakan pelajar aliran kemanusiaan .. adakah dengan pointer yg sy dpt boleh melayakkan saya untuk memohon di ukm, usm, upm?? sy juga confused untuk memohon kos apa?
tapi saya mempunyai minat dalam bidang kaunseling. dengn keputusan tu di u manakah sy boleh mengambil kaunseling..
harap cikgu dapt berikan pandangan.. terima kasih :)

Anonymous said...

Assalam, cikgu... pndpt ckgu antra course pntdbiran prniagaan dgn ekonomi di ukm yg mana lbih snang dan lbih baik ya utk pljr stpm? Sy mndpt B+ dlm sbjek pp. Sy tkut klau sy plih course ni nnt sy ssah nak bwak.. bgaimana pula bhasa yg dgunakn nnt ya? dlm bm atau bi? Trima ksih ats pndpt ckgu.

Anonymous said...

As salam cikgu. saya pelajar stpm 2013. penggal 1 saya dpt 3.08 pointer. dan spm subjek biologi dan kimia saya xda dpt kepujian. subjek sains saya xda ambil.saya bimbang adakah saya masih boleh menyambung ke peringkat ijazah dalam bidang geografi atau dalam bidang pendidikan (pendidikan khaz) @ pendidikan(geografi) dan univerisiti mana? adakah saya patut mengulang subjek biologi dan kimia saya?

Anonymous said...

Assalamualikum cikgu. .

Saya pelajar lepasan STPM dan mndapat result 3.17, PA (B+), BM (B), GEO (A), EKO (C+), adakah saya layak untuk memohon kos sains sosial geografi, dan jika layak apakah pekerjaan yg berkaitan dgn kos tersebut. adakah saya juga layak untuk mangambil kos yg berkaitan dengan ekonomi.

jika tidak keberatan, dgn keputusan yg saya perolehi ini kos apakah yg sesuai saya mohon. terima kasih.

Anonymous said...

Salam,cikgu,,ada tak student yang dpt sambung perubatan @ pergigian then,$ flat tapi muet band 2 ja??

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu.. sy pelajar stpm 2012.. sy mendapat keputusan 3.5 shj dgn muet band 3.. layak tak kalau sy nk memohon Kkonomi walaupun Ekonomi sy hanya B+. thanks cikgu..

cikgu azhar said...

Salam

Maaf semua, maklum balas lewat sebab masalah teknikal

Anony Apr 6, 12:27

Hanya Muet laku 3 tahun, yang lain boleh gabung. P. Am modular kena ambil 3 penggal dan ada kerja kursus penggal 2. Cuba dapatkan bahan rujukan segera.

Anony 2:10

Ekonomi x lulus penuh: boleh ambil PP, cuba UiTM. Satu cara lagi ambil sebarang ijazah sastera, kemudian buat MBA (sarjana pentadbiran perniagaan)

Anony 2:43

Tahniah pngk 3.16, boleh mohon uni. elit untuk kursus bukan kritikal, atau sebarang kursus uni. komprehensif. pendidikan kaunseling di UM (fakulti pendidikan)

Anony 3:01

X perlu ulang kimia, bio SPM,cuba naikkan pngk supaya senang lepas persaingan

Anony Apr 7

Uni. utama (UM, UKM, UPM, USM, UIAM) tipis. boleh cuba uni. komprehensif yang lain, atau baiki muet minimum band 3

Anony Apr 10

Insya-Allah layak: cuba ekonomi dan pentadbiran, UM; ekonomi UKM, UUM

Wallahu a'lam

Anonymous said...

salam , boleh kah sy memohon bacelor ekonomi , spm math c, ekonomi b- ?

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu,
saya pelajar lepasan spm 2012,macam Azilah j,saya juga berminat untuk mlanjutkan plajaran dlam bhasa,tapi adakah bahasanya terhad untuk 1 sahaja?jika saya nak ambil kursus bhs d UM kemudian sambung ke luar negara,adakah saya perlu mbuat permohonan biasiswa dari skrang?

PIRA said...

saya pelajar lepasan stpm 2012. saya mendapat 3.42. adakah saya layak memohon untuk bidang perakaunan dan ekonomi.
universiti pilihan saya um,upm,usm,umt,uum...

saya mendapat band 2 dalam muet dan D dalam bi spm....

adakah saya layak memohon untuk bidang ini????

Anonymous said...

cikgu layak atau tidak untuk memohon sains pendidikan major biologi yg ponter matrikulasi hanya 3.3..atau mereka hanya pilih yg 3.5 above shj ??

CIKGU AZHAR RODZI said...

Salam

Anony Apr 10, 7:28

layak, tetapi tertakluk kepada pngk

Anony 8:32

ya, terus mengkhusus sejak tahun pertama. biasiswa begitu terhad untuk pngk maksimum sahaja

PIRA

Muet band 3 ialah syarat mendapat ijazah, wajib ,lulus sebelum tamat pengajian. insya-allah boleh mendapat tempat di U

Anony 9:57

boleh masukkan sebagai salah satu pilihan teratas dalam permohonan, rezeki ketentuan Ilahi jua

Wallahu a'lam...

beLLa _fak said...

assalamualaikum,,
saya pljar STPM,, ambik subjek pngajian am, sains sukan n ekonomi,, ekonomi sy x berrapa ok,, saya rasa ingin smbung bljr dlm bidang sains sukan,, apakah course yg sesuai dan universiti mana?? harap dapat menolong.. saya dilanda kebuntuan.. n last apakah pkerjaan utk bidang itu??

beLLa _fak said...

assalamualaikum,,
saya pelajar STPM,, amek subjek sains sukan, ekonomi n pngajian am,, result ekonomi sy tak berapa baik,, sy rasa nk smbung dlm bidang sains sukan,, apakah course yg sesuai n universiti apa?? n pekerjaan apa yang boleh sy lakukan utk course itu,, mohon dbri bantuan.. terima kasih.. :)

Anonymous said...

Salam . Cikgu saya nak tanya adakah peluang utk ke luar negara bagi pelajar kejuruteraan asasi ? Terima kasih .

Anonymous said...

salam cgu...
saya lepasan spm..alran sastera dapat result 8A..saya merncang nak ambk asasi undang2..tapi dalam masa yang sama saya ada mnta maktb perguruan..sekarang ni saya tak tahu mna yang patut dplh.kalau jurusan undang2 ,besar tak pluang kerjaya??saya harap cgu dpat bag nasht..tq

cikgu azhar said...

Salam

beLLa,

sains sukan: UM, UPM, UiTM
merit kepada calon yang pernah bertanding hingga peringkat negeri, kebangsaan

pekerjaan: capai pngk terbaik dahulu sepanjang tempoh pengajian

anony apr 14, 12:40

jika pngk 4.0 boleh cuba memohon biasiswa jpa, mara, syarikat berkaitan kerajaan (glc)

anony 6:04

terlebih dahulu tahniah atas pencapaian 8A

sukar untuk meramal kerjaya masa hadapan, namun, secara umum jika pencapaian pngk semasa ijazah sangat baik (3.6 ke atas) insya-Allah tiada masalah. mohon dua2, sudah dapat baru timbang, istikharah.

Wallahu a'lam...

Anonymous said...

As salam ckg ..
sy bdak lelaki lepasan stpm 2012..sya ambil jurusan kemanusiaan and pointer sya hanya 3.00[pa(b),bm(b),sjrah(-b),geog(+b)] sja..sya mntak jurusan sains sosial geog di ukm..adakah peluang sy tipis untuk amk course ni ckg?

cikgu azhar said...

Salam

Anon lelaki apr 17,

pngk 3.0 boleh dikanggap cemerlang juga, insya-Allah tiada masalah untuk kursus geografi ukm

tahniah dan semoga tercapai impian

Wallahu a'lam

Anonymous said...

Salam cikgu...saya lepasan spm 2012..sya nk ambil foundation in science di ipts...saya nk sambung degree dlm pharmacy ttp saya tidak layak kerana mendapat C+ dlm bio dan physics...saya nk tanya walaupun saya mendapat pointer yg tinggi semasa membuat foundation...adakah result spm tetap akan dilihat sblm boeh menyambung degree??

Anonymous said...

Assalamualaikum, cikgu. sy nak tnya psal prmohonan upu. Misalnya klau kita plih upsi sbgai plihan prtama dan kedua, tp kita tak hadir masa ujian Medsi, adakah kita masih brpeluang utk mndpt tawaran u lain bg plihan seterusnya sprti uitm? ataupun kita takkn dpt twaran u lain bila kita tak hadir ujian Medsi tu utk blajar di upsi? adakah ia akn menjejaskan ya? hrp cikgu dpt mnjwab soalan sy. terima kasih.

cikgu azhar said...

Salam

Anony Apr 18,

tiada masalah untuk kemasukan program ijazah, kecuali ipta premier (ru). tahniah kerana ada cita-cita yang tinggi. didoakan berjaya hendaknya.

Anony apr 20,

pada prinsipnya tidak menjejaskan. jika pngk 3.0 ke atas, insya-Allah tempat di ipta terjamin.

wallahu a'lam.

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu azhar... maaf mengganggu.. Saya ada sedikit pertanyaan ttg kemasukan ke UM. Saya merupakan pelajar STPM 2012 dan telah mendapat CGPA 3.67. Saya mndapat gred A dalam subjek BM,SEJARAH dan SENI. Cuma P.AM saya telah mendapat B- dan muet band4. Adakah peluang saya masih cerah utk memasuki UM dan mengambil bidang Undang-undang? Syarat kelaykan UM utk mengambil bidang Undang2 perlu mndpt B+ dalam P.AM.. adakah saya masih dipertimbangkan?? Terima kasih~

cikgu azhar said...

Salam,

Undang-undang ialah kursus kritikal. UM dan UKM yang berstatus RU (universiti penyelidikan) biasanya mengambil calon dengan pngk 3.8 ke atas dan muet band 5. keadaan mungkin berlainan bagi uni. komprehensif seperti uum, unisza yang turut menawarkan undang2.

apa kata mohon uitm atau uni. komprehensif lain, termasuk uiam?

Wallahu a'lam...

amir said...

salam cikgu,
saya lepasan spm 2012
result 10a 1b.
saya ada apply di beberapa ipt.
saya dah dapat tawaran dari kptm utk kursus cat-acca...
saya jugak ada apply utk mara punyer program ke luar negara dah pegi dia punye interview program accounting jgak...
lepas nih saya bakal hadiri temuduga uitm untuk program cat-acca..

pada pendapat cikgu mana pilihan yg terbaik utk saya buat???

Anonymous said...

assalamualaikum, saya dpt matrik aliran sains. tapi saya nak masuk ke tingkatan 6 sebab nak lari daripada subjek2 yang berkaitan dgn sains.. macam mana ye? kalau lepas stpm, peluang untuk ambil kos undang2 mudah tak? terima kasih.

Unknown said...

Salam cikgu, saya pelajar lepasan stpm 2012 aliran sastera..saya pasang cita2 nk ambil undang-undang pada peringkt ijazah sarjana Muda memandgkn pointer saya 3.92..saya sngat keliru tentang university yg trbaik dlm pengajian undang-undang..sama ada Um atau Uitm...apa pendapat cikgu?

CIKGU AZHAR RODZI said...

Salam

Amir,

Tahniah atas kejayaan cemerlang SPM. Maka, berbaloi segala doa dan usaha selama ini. Hadir semua temu duga, mana-mana pun o k sebab ACCA ialah kelayakan ikhtisas akauntan bertauliah. Insya-Allah apabila banyak pilihan kelak, nilai tambah kelayakan ACCA ialah pendedahan terhadap pengalaman baru di tempat orang @ di perantauan...

Anony Apr 27,

Pilihan 1: masuk sahaja matrik sains, ambil ijazah B.Sc, MBBS, MD dan yang berkaitan. Masa bekerja ambil pula ijazah undang-undang secara separuh masa. Maka, tiada yang tercicir. Banyak yang ada ijazah berganda seperti itu;

Pilihan 2: terus ambil undang-undang, tetai terlebih dahulu STM perlu capai pngk 3.8 ke atas dan muet band 5.

NabilmohamadNabil,

Syabas atas kecemerlangan STPM (3.92), insya-Allah cerah masa hadapan, amin. UM ialah universiti bertaraf penyelidikan (RU), manakala UiTM sebagai uni. komprehensif. Dua2 pun o k, asal dapat pngk terbaik sepanjang tempoh pengajian kelak...

Wallahu a'lam...

Unknown said...

salam cikgu,
sy dpt twrn untuk mlnjutkn pljrn ke matrikulasi dalam jurusan perakaunan.sy berhasrat untuk mlnjutkan pljrn dalam bidang psikologi.boleh ke sy sambung ijazah dlm bidang psikologi dgn klulusan perakaunan dr matrikulasi???

fhanish said...

saya dapat matrik untk dua tahun, berbaloi ke tak kalau pergi? ke better pergi form 6 je?

Anonymous said...

Salam.. Saya mendapat twrn utk stpm jurusan kemanusiaan. saya mahu mengetahui apakah peluang pekerjaan yang sesuai dengan jurusan ini dan apakah jurusan yang sesuai untuk peringkat ijazah.

Anonymous said...

Salam cikgu, bagi lepasan asasi undang2 yg mendapat band 3 apakah option baik bagi mereka? Apakah course2 yg terbaik utk dipilih? Dan kalau mereka tetap nak sambung law, boleh ke?

Anonymous said...

salam cikgu....sy nk tnye klau result muet yg kali prtama lg better dr yg 2nd time, boleh x sy gna result muet yg first tu untuk prmohonan upu???
#terima kasih :)

sofi said...

assalam, saya nak tanya kalau pointer dpt 3.5 above tp muet dpt band 2, sy berpeluang tak untuk sambung degree in engineering?

Anonymous said...

salam cikgu...
saya pelajar lepasan STPM 2012,,,sy berminat utk menjadi seorang arkitek...apakah laluan yang terbaik untuk saya mencpai cita2 ini???selain itu,ijazah sarjana muda apakah yang perlu bagi kerjaya arkitek???dan Institut pengajian manakah yang terbaik utk kerjaya ini???utk pengetahuan cikgu saya berada dlm jrusan kemanusiaan smasa STPM

Anonymous said...

salam ckgu. baru2 nie sy mndpt cgpa 2.64 asasi unimas. sy amat berminat untuk msuk jrusan perubtan. apa cadangn ckgu? adakah dgn memsuki bidang zoologi sy blh mnjd dktor haiwan? atau adakah jalan lain lg sy blh menceburi bidang perubtan? tolonglh sy. sy sgt bingung skrg. :(

Unknown said...

hello, sy bru mndpt cgpa 2.64 dlm asasi sains hayat di unimas. sy rs sedih krna sy ingin mnjd seorg dktr. sy nk tnya ada x bidang degree lain yg membolehkn sy mnjd seorg dktr? klu amek zoologi dpt jd dktr haiwan ? atau sy pelu ambil jln lain utk mncpai cita2? hrp dpt bntu sy. sy sgt bingung.:(

Anonymous said...

salam cikgu.
saye nak tanya. ada tak mana2 U/Kolej yang tidak meletakkan Muet sebgai syarat kelayakkan kemasukkan? saya lepasan diploma nk sambung degree.

Anonymous said...

Salam cikgu..sy plajar lpasan matrikulasi..sy minat sgt dgn course farmasi..result sem 1 sy dpt 4flat dan msh tggu result sem 2., tp muet sy hny band 2.. sy mmg x layak ke? Hrp dpt mmbntu..

Aimanuddin said...

Assalamualaikum Cikgu, saya tgh menunggu result akhir dari PASUM, saya ambil aliran sains hayat, Muet saya Band 3, sem 1 saya dapat 2.7 je. saya bercita-cita nak tukar kpd sains Fizikal spt. kejuruteraan Elektrik...result SPM saya Fizik A+ add math A+ dan Math A+ lain-lain A shj. soalannya Cikgu Layak Kah Saya? nak masuk UTEM atau UTHM?

Saya tidak minat bidang yang ada biology...bidang lain apa yang sesuai dgn saya cikgu?

Maaf Cikgu susahkan Cikgu shj. saya tgh konfius sangat..sangat cikgu

cikgu azhar said...

Salam

Nurul Umaira:

Disarankan ambil ijazah perakaunan dahulu, ijazah sarjana (master) nanti ambil psikologi berkaitan industri

fhanish:

berbaloi kalau dapat catat pngk 3.0 ke atas. kemasukan ijazah bulan 9, lebih kurang sama

Anony 5/5 (6:07):

peluang sangat luas dengan syarat pencapaian pngk terbaik, 3.5 ke atas

Anony 5/5 (8:20):

Boleh sambung undang-undang di uni. komprehensif (selain UM, UKM), insya-Allah. Buat pilihan kedua sains pentadbiran dan polisi

Anony 6/5:

Muet terbaik diambil kira asal tidak luput dalam tempoh 3 tahun

Sofi:

Muet (minimum band 3)ialah syarat pengijazahan. namun, atas faktor persaingan, tumpukan permohonan kepada uni. komprehensif seperti utem, uitm, ump atau unimap

Anony May 7:

Ijazah seni bina utm, uitm atau u m. uiam pun ada. syarat mesti pencapaian baik dalam matematik, fizik (paling kurang peringkat spm). kalau ipts tiada masalah untuk lulusan kemanusiaan kerana boleh ambil faundation terlebih dahulu

ferra khoo:

doktor haiwan kena ambil sains vertarinar seperti di upm. zoologi lebih bersifat umum. jalan lain mohon ipts seperti msu, segi @ help

anony may 8:

muet tidak boleh dikecualikan untuk kursus ijazah di malaysia. mohon masuk boleh, tetapi kelebihan kepada yang ada muet. cuba dahulu...

anony may 10:

Tahniah dapat 4.0.farmasi kursus kritikal dan tempat di ipta, terutama ru sangant terhad. cuba baiki muet sekurang-kurangnya band 3 @ 4

Aimanuddin:

kursus kejuruteraan memerlukan fizik dan matematik. mungkin boleh cuba kejuruteraan biomaedik seperti yang ada di U M sendiri

Wallahu a'lam...

Anonymous said...

salam cikgu...

blh sy dptkan alamat e-mel cikgu sbb sy ada beberapa soalan berkaitan dgn akademik yg hendak diajukan secara tertutp kpd cikgu...
* m_riasham@yahoo.com

sy amat-amat mengharapkan bantuan drp cikgu,sekian terima kasih..

Anonymous said...

Assalammualaikum ckg..
sy student stpm 2012 ..math and bi spm sya xkdit ..adkah ia pengaruhi course sains sosial geog. di ukm t

ARE-QEMAL said...

assalamualaikum...cg ,,nk tnye ckit nie,,,ijzh mbbs 2 npe...??/ijzh srjana muda k??n ble kh kte blh ambk mbbs nie..adkh slps mgambil dip.??universti mne yg plg terbaek skli dlm mnwarkn mbbs nie...n adkh mbbs nie hnye utk 0wg yg bcita-cita utk mjdi pkr shj...cth nye pkr kardi0logi ...n bwape thn mse yg dambl utk mbbs nie c0z ade 0wg ckp 5 thn utk blajar,2 thn jdi pelatih n 6-8 thn utk jdi pkr kardi0l0gi khusus nye...ape 2???sy x fhm lh...n lst skli...,,utk jdi s0rg d0ktr bleh k sy dpt 3.o keats shj.../ 4.0 j yg bleh jdi d0ktor...

cikgu azhar said...

Salam

m_riasaham:

ibnurodzi@gmail.com

anony 11/5:

tidak mempengaruhi asal sudah mendapat tempat pengajian

akma bihah:

mbbs bachelor of medicine and bachelor of surgery
(sarjana muda perubatan dan sarjana muda pembedahan) ikut sistem u k. Di UKM ialah MD (medical doctor) sama seperti sistem USA.

tempoh pengajian minimum 5 tahun, sarjana kepakaran (2-4 tahun, sambil bertugas di hospital untuk memperoleh data).

kelayakan masuk di ipta bertaraf r u: pngk 4.0 dan muet band 4.lulusan diploma dan ijazah sains juga layak memohon dengan pngk yang sama.

tempoh pengajian bukan isu penting kerana orang yang tidak belajar pun tetap meningkat usianya.

Wallahu a'lam...

Anonymous said...

boleh saya tanya. sy ad mohon course sains kesihatan dietetik di usm. course tu memg ada temuduga malangnya sy tak dpt temuduga tu. adakah sy memang tak berpeluang utk dpt course tu atau mungkin pngk sy pd semester 1 iaitu 3.67 tak memuaskan??

cikgu azhar said...

Salam

Anony may 13:

Semua kursus berkaitan perubatan dan kesihatan masuk dalam kategori kritikal. tempat yang ditawarkan sangat terhad, sedangkan permohonan begitu banyak.

syarat asas hanya 3.0, tetapi selepas senarai pendek, mungkin 3.8 ke atas yang dipanggil. hal itu berlaku pada r u, seperti ukm, um, upm dan usm.

mengapa tidak cuba uni. komprehensif?

Wallahu a'lam...

shahida hamidi said...

salam cikgu.. bleh ke lepasan stpm mlnjutkn pljrn ke luar ngara..

Anonymous said...

SALAM CKGU SAYA NAK TANYA POINTER 2.58 BOLEH DAPAT UNI AWAM KE....CONTOHNYA KAT UNIMAS KLU SAYA NAK AMBIL BIDANG SEJARAH...SAYA DAPAT B- DALAM SEJAAH STPM 2012

Anonymous said...

CKGU SAYA NAK TANYA SAYA DPT 2.58 DI PERINGKAT STPM ...BOLEHKAH SAYA DAPAT UNIMAS DALAM BIDANG PENGJIAN ANTROPOLOGI DAN SOSIOLOGI DAN SEJARAH SAYA DAPAT B-...MOHON PERTIMBANGAN CKGU SECEPATNYA

athirah syahirah said...

Salam cikgu.

Saya pelajar lepasan SPM 2012 . Sekarang menuntut di tingkatan enam sementara menunggu keputusan UPU. saya sangat berminat untuk melanjutkan pelajaran di dlm bidang akauntan.
Tingkatan enam di sekolah saya tidak menawarkan subjek akaun, jadi subjek ape yang saya perlu ambil untuk sambung ijazah dalam bidang akauntan selepas tamat STPM 2014 ???

Subjek yang saya ambil kini Bm, muet, P.am, p.perniagaan dan ekonomi.

Adakah subjek yang saya ambil ini mampu membuatkan saya melanjutkan pelajaran di dalam bidang akautan kelak??

#mohon pandangan dan jawapan cikgu. Terima kasih.

athirah syahirah said...

Salam cikgu.

Saya pelajar lepasan SPM 2012 . Sekarang menuntut di tingkatan enam sementara menunggu keputusan UPU. saya sangat berminat untuk melanjutkan pelajaran di dlm bidang akauntan.
Tingkatan enam di sekolah saya tidak menawarkan subjek akaun, jadi subjek ape yang saya perlu ambil untuk sambung ijazah dalam bidang akauntan selepas tamat STPM 2014 ???

Subjek yang saya ambil kini Bm, muet, P.am, p.perniagaan dan ekonomi.

Adakah subjek yang saya ambil ini mampu membuatkan saya melanjutkan pelajaran di dalam bidang akautan kelak??

#mohon pandangan dan jawapan cikgu. Terima kasih.

athirah syahirah said...

Salam cikgu.

Saya pelajar lepasan SPM 2012 . Sekarang menuntut di tingkatan enam sementara menunggu keputusan UPU. saya sangat berminat untuk melanjutkan pelajaran di dlm bidang akauntan.
Tingkatan enam di sekolah saya tidak menawarkan subjek akaun, jadi subjek ape yang saya perlu ambil untuk sambung ijazah dalam bidang akauntan selepas tamat STPM 2014 ???

Subjek yang saya ambil kini Bm, muet, P.am, p.perniagaan dan ekonomi.

Adakah subjek yang saya ambil ini mampu membuatkan saya melanjutkan pelajaran di dalam bidang akautan kelak??

#mohon pandangan dan jawapan cikgu. Terima kasih.

athirah syahirah said...

Salam cikgu.

Saya pelajar lepasan SPM 2012 . Sekarang menuntut di tingkatan enam sementara menunggu keputusan UPU. saya sangat berminat untuk melanjutkan pelajaran di dlm bidang akauntan.
Tingkatan enam di sekolah saya tidak menawarkan subjek akaun, jadi subjek ape yang saya perlu ambil untuk sambung ijazah dalam bidang akauntan selepas tamat STPM 2014 ???

Subjek yang saya ambil kini Bm, muet, P.am, p.perniagaan dan ekonomi.

Adakah subjek yang saya ambil ini mampu membuatkan saya melanjutkan pelajaran di dalam bidang akautan kelak??

#mohon pandangan dan jawapan cikgu. Terima kasih.

Anonymous said...

hello,nw im 19 blh x sy ambik diploma sains then ambik ijzah srjna mda perubtan? U mn yg ada menawarkn diploma sains? hrp bntu.

Anonymous said...

assalam cikgu, saya lepasan matrik 12/13. saya mendapat pngk 3.81 saya nak further study di upm (kejuruteraan kimia) adakah saya layak? adakah berisiko utk saya memohon bdg ini pilihan pertama(UPU) di upm? engineering ukm/upm yg baik ye?

cikgu azhar said...

Salam,

Nur Shahida:

boleh, terutama kalau dengan pembiayaan "fama" (father and mother)! untuk tajaan JPA, GLC atau swasta kena dapat pngk maksimum 4.0 dan Muet band 4 ke atas.

Ada juga uni. di australia, nz, singapura dan jepun menawarkan biasiswa kepada rakyat malaysia, kena semak laman sesawang mereka.

Anony may 15:

bergantung kepada rezeki, sebab ada yang lebih rendah beroleh tempat di ipta. kenapa tidak memohon UiTM?

MRS ATYRA:

Tengok syarat universiti. Contohnya, di UKM (fakulti ekonomi dan perniagaan), serta UM (fakulti perniagaan dan perakaunan) pelajar dibenarkan mengambil kursus asas perakaunan pada semester 1 dan 2. kalau dapat A, boleh dipertimbangkan untuk sambung ijazah B.Acc. Syarat boleh berubah tahun demi tahun. Cuba hubungi fakulti berkenaan, insya-Allah mereka layan.

Anony may 16:

Boleh, contohnya UiTM, tetapi kena capai pngk 4.0 lah. IPTS seperti MSU dan UniKL mungkin lebih longgar, tetapi ongkosnya mahal.

Anony may 17:

Insya-Allah, layak. semua R U memang o k, malah uni. komprehensif tempatan juga diiktiraf antarabangsa.

Wallahu a'lam...

Anonymous said...

cikgu, apakah peluang pekerjaan bagi lepasan grauan bagi program asasi undang-undang (UITM)?

Anonymous said...

cikgu, saya mendpt pointer 3.82 n muet band 3, adakah tipis peluang saya dgn memohon usm dlm bdg kejuruteraan aeroangkasa?

lg satu, chemical engineering/ electical engineering yg ssesuai dgn saya (perempuan) . terima kasih.

Anonymous said...

SYAZANA . -SALAM CIKGU..|

SAYA TELAH MENGAMBIL STPM DAN MGMBIL SUBJEK GEO&SJ . SY MEMINATI SEKALI JURUSAN PSIKOLOGI DI UKM. POINTER HARUS 3.5 ABOVE NAMUN SAYA MASIH RAGU-RAGU SAMA ADA SUBJEK GEO&SJ NI MELAYAKKAN SAYA KE BIDANG TERSEBUT ?

Anonymous said...

salam cikgu, saya merupakan seorang pelajar lepasan STPM 2012, baru ni saya telah mendapat panggilan temuduga dalam sarjana muda sastera & sains sosial (goegrafi)di UM,boleh cikgu terangkan kepada saya tentang perjalanan temuduga kerana saya sangat gementar sekarang,, heee ;)

Anonymous said...

selamat petang.saya ingin bertanya.jika sem 1 mendapat 2.95.saya memilih course nursing di unimas dan uitm.adakah saya mendapat peluang course seperti ini.
maklum balas amat saya hargai.
terima kasih :)

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu.saya merupakan lepasan diploma.saya memohon ismp di upsi dan mendapat panggilan temuduga.jika saya pergi temuduga tersebut dan kemudian berubah fikiran utk tidak menyambung ismp,adakah pilihan saya yang lain masih akan dipanggil?atau jika sy menolak selepas pergi ke temuduga tersebut,sy perlu membuat permohonan upu yang lain utk kos pilihan sy yg selain upsi?harap maaf jika tidak faham dengan soalan sy kerana sy tidak tahu bgaimana utk menerangkan keadaannya :)

cikgu azhar said...

Salam

Anony may 17, 5:57,

kena tamat pengajian ijazah LL.B dahulu, baharu ada peluang menjadi pengamal undang2, pensyarah atau jawatan umum yang lain

Anony may 17, 9:44

pngk dah kira o k, muet sebenarnya bukan syarat utama, tetapi jika ada persaingan, muet akan memberi kelebihan(ibarat macam koku juga)

Syazana,

o k, yang penting pencapaian pngk kalau boleh lebih tinggi

Anony may 19, 12:26,

Buat persediaan secukupnya tentang kursus berkenaan, buat temu duga olok-olok. kalau ada senior di sana, cuba dapatkan maklumat. jawab dengan tenang dan yakin, insya-Allah sebelah kaki dah ada di sana. Amin.

Anony may 19, 1:55,

doalah banyak-banyak. pngk dah o k tu, tinggal rezeki sahaja, moga memihak anda, amin.

Anony may 20,

pergi saja temu duga. penemu duga berpengalaman dapat merasakan getaran (aura) sama ada calon berminat atau sambil ewa.

amalan lazim: jika pilihan pertama tidak lekat, calon pngk yang tinggi akan 'dilelong' untuk pilihan seterusnya. dalam kata lain, peluang untuk kursus lain masih ada.

Wallahu a'lam...

Anonymous said...

salam saya adalah anony yg sama yg hantar comment pd may 13.

bolehkah cikgu cadangkan apakah course yg terbaik utk sy yg berkaitan sains memandangkan sy lebih kpd bidang sains.

Anonymous said...

SALAM CIKGU...SAYA eyn....SAYA NAK TANYA PENDAPAT CIKGU...SY AMAT BERMINAT UTK MENJADI GURU...N SY DPT TAWARAN DIPLOMA SAINS KT UPSI...MCM MANA CARANYA SY BOLEH JD CKGU..APAKAH ADA JAMINAN DI UPSI...N SY JUGA DPT TAWARAN NURSING D PPUM....YG MANA SATU PERLU SAYA AMBIL YE...SBB SAYA MINAT DUA2 HUHU.....
*really need your help n opinoin thanks :)

AINA FARHASYA said...

assalamualaikum, cikgu. saya akan belajar di PASUM. saya tertanya-tanya, jika saya lepas pointer, ke mana hala tuju saya? adakah saya akan dihantar trus ke universiti lain? adakah boleh memohon mana2 biasiswa? jika tak dapat biasiswa selepas tamat asasi nanti, bnykkah yang perlu dibayar oleh saya utk melanjutkan ijazah sarjana muda?

Unknown said...

Salam cikgu. Saya nak tanya. Saya baru selesai diploma perakaunan. Saya dapat tawaran temuduga untuk Sarjana muda pendidikan sains (kepujian) matematik memandangkan saya minat matematik dan igin jadi guru. Pada cikgu, apa maksud sains ( kepujian) matematik? adakah matematik semata mata atau sains sahaja? mohon jasa baik cikgu beri pandangan.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Salam cikgu. Nak minta pandangan cikgu. Saya dapat temuduga uitm dalam sarjana muda pendidikan sains (kepujian) matematik. Apa yang dimaksudkan dengan kos ni? saya pelajar perakaunan, tapi saya minat matematik dan ingin jadi guru. Layak tak saya dengan kos ni? minta sangat pendapat cikgu. terima kasih

cikgu azhar said...

Salam

Anony may 21:

Dip. Sc dengan pendidikankah?
jaminantertakluk kepada pencapaian pngk, tahun ini mesti 3.5 ke atas baharu ditempatkan di sekolah

kejururawatan UM memang bagus, tetapi masih kena capai keputusan terbaik.Di UM boleh sambung hingga ijazah pertama, sarjana dan Ph.D kejururawatan.

jika buntu, istikharah dulu...

Aina Fahasya:

Boleh ke mana-mana IPTA, termasuk U M. Juga boleh dihantar ke luar negara jika pencapaian 'luar biasa'. Biasiswa juga bergantung kepada kursus di peringkat ijazah, misalnya untuk calon doktor perubatan, pergigian, farmasi dan optometri. Usah fikir hutang dahulu, cuba capai pngk terbaik.

amira zukainiri,

Buat persediaan temu duga, UiTM mungkin tempat latihan bagi bakal guru MRSM. Jika sudah dipelawa temu duga, maknanya amira layak dan boleh berjaya kelak. amin...

Anonymous said...

salam cikgu,

jikalau saya mengambil bidang geografi di ums, adakah saya berpeluang untuk memasuki subbidang geologi apabila sudah tamat pengajian kelak? harap cikgu dapat memberi penjelasan yang lebih konkrit kerana saya minat dalam geologi.

terima kasih cikgu.

cikgu azhar said...

salam

apa-apa pun kena capai pngk terbaik terlebih dahulu. jika dapat 3.5 ke atas, insya-Allah peluang terbuka. jika tidak untuk B.A.(Hons), boleh sambung M.Sc dalam bidang yang diminati itu...

Wallahu a'lam...

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu..terima kasih atas nasihat nasihat cikgu.saya telah dapat menyelesaikan beberapa masalah saya.namun, saya nak tanya pendapat cikgu tentang biomedical science? apakah prospek pekerjaan yang berkaitan dan sy dengar bidang ini sukar mendapat pekerjaan?? pada pendapat cikgu, apakah kerjaya yg menjamin siswazah tersebut mendapat pekerjaan sebaik sahaja mendapat degree? terima kasih cikgu..

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu, saya nak tanya apa beza ijazah sains kimia dgn kepujian dgn ijazah sains dgn kepujian kimia gunaan ? dan ..apa peluang pekerjaan ? harap cikgu dpt membantu terima kasih

cikgu azhar said...

Salam

anonymay 26:

unjuran tentang pasaran kerja memang sukar untuk diramalkan. dalam kajian ekonomi disebut sebagai hipotesis tapisan. namun, berdasarkan pengalaman, seseorang siswazah (dalam apa-apa bidang) dengan pngk yang baik (3.5 +) dan dengan kemahiran insaniah, serta keperibadian menarik tidak menghadapi masalah pekerjaan. sebaik bergraduat, terus disambar oleh majikan sama ada sektor awam atau swasta. maka, disarankan sdra/i yang bertanya berusaha dengan bijak dan gigih bagi memenuhi kriteria dalam pasaran kerja atau keusahawanan.

anony may 27:

kimia tulen merujuk kepada pengajian teoritikal untuk meneroka pengetahuan baharu dalam bidang kimia, sementelah kimia gunaan seperti forensik, kimia industri dan kejuruteraan kimia menjurus kepada aplikasi ilmu kimia dalam bidang ikhtisas.

bidang kimia memang penting untuk sebuah negara maju. insya-Allah peluang pekerjaan terbuka luas dengan syarat pencapaian pngk yang baik, serta ciri peribadi yang boleh dibawa ke tengah.

Wallahu a'lam...

Anonymous said...

salam..sya ingin b'tanyan kpd cg..sya seorg pljr stpm...sya mengambil subjek acc,eko,pp,pa...persoalannya...blhkah sya menlanjutkn pelajaran dlm ijazah sarjana muda perakaunan?dan sekiranya blh,universiti mna yg sesuai utk melanjutkan kos tersebut?

Anonymous said...

cikgu sye mndapat pointer 3.45..adkah lyak meminta kos frmasi or prgigian??

cikgu azhar said...

Salam

Anony may 27:

Boleh, dengan syarat pngk yang baik, 3.0 ke atas (uni. komprehensif: uum, umt, uitm, uiam); 3.5+ ( r u: ukm, um, upm, usm).

kursus perakaunan ditawarkan di fakulti pengurusan perniagaan: selain akaun terdapat jabatan kewangan, pemasaran dan pentadbiran perniagaan. maka, pada tahun pertama pengajian kena dapat A untuk kertas akaun (satu bagi setiap semester).

anony may 28:

layak, namun masih tertakluk kepada persaingan, terutama r u

Wallahu a'lam...

Anonymous said...

salam.. cikgu pngmbiln upu ni die mengikut sistem merit dulu atau guna syrat khas program? klau pointer asasi sye bwah 3.5 bleh x sye ambil kos frmasi or prgigian?

Anonymous said...

Assalamulaikum,saya lepasan matriks. Pointer saya untuk sem 1 hanya 2.22 dan saya appyly bidang pengurusan sumber manusia. Adakah saya layak untuk diterima di mana2 universiti?

cikgu azhar said...

cikgu azhar said...
Salam

Anony may 29:

Kedua-duanya. Syarat khas dahulu, kemudian jika pemohon banyak akan lihat merit seperti pngk, markah koku dan muet. pada amnya 3.0 dah layak, tetapi tertakluk kepada bilangan tempat yang terhad. senarai pngk teratas diberi keutamaan.

Anony may 31:

kalau boleh naikkan pngk pada semester seterusnya. kalau masih sama, cuba uitm, unimap atau uni. komprehensif yang lain.

Wallahu a'lam...

Anonymous said...

salam cikgu , sy ingin bertanya adakah pelajar yang gagal dalam MATEMATIK SPM tidak akan berpeluang untuk masuk U .

TQ

cikgu azhar said...

Salam

anony may 31,

siapa yang cakap?

kursus yang tidak mensyaratkan matematik: pengajian melayu, linguistik, antropologi dan sosiologi, sejarah, komunikasi dan banyak lagi.

rakan sekuliah dahulu gagal matematik spm, tetapi cemerlang di fakulti ekonomi.

namun, matematik sangat penting untuk pengajian ekonomi,geografi, perniagaan, psikologi, pendidikan dan ijazah lanjutan (sarjana, doktor falsafah).

Wallahu a'lam...

Anonymous said...

salam. saya pelajar lepasan matrikulasi. masa sem 1 saya mendapat pointer 2.22 dan saya memohon jurusan pengurusan sumber manusia. adakah saya layak diterima?

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu..
Saya budak lepasan spm dan menyambung pelajaran ke stpm.. saya ditawarkan jurusan ekonomi tapi saya ingin ambil jurusan goegrafi dan sejarah. Tapi saya masih confiuse sgt ni. Antara jurusan ekonomi dengan jurusan geo/sejarah ni mana yang peluang kerjayanya cerah pada masa hadapan dan senang utk mendapatkan pekerjaan yg bergaji tinggi???
Saya haraf cikgu dpt terangkan dan beri pendapat tentang kedua2 jurusan itu..terima kasih cikgu

cikgu azhar said...

Salam

Anony Jan 1:

cuba uitm @ uni. komprehensif. naikkan pngk setiggi yang boleh.

moga berjaya. amin.

Anony Jan 2:

Tidak dapat ditentukan secara muktamad. buat masa ini, pastikan pngk terbaik tanpa mengira pakej yang diambil. terdapat banyak jawatan bersifat terbuka, misalnya ptd, pegawai tadbir negeri, pbt, dll. lainlah kalau hendak jadi pensyarah, akauntan, jurutera, dll yang memerlukan pengajian pengkhususan.

Walllahu a'lam...

aRe AyN... said...

salam cikgu...sy lepasan matrik dlm jurusan perakaunan 2013. ALhamdullilah CGPA sy 4.0. sy nk tnye pendapat cikgu... Universiti yg mana terbaik utk sy mohon , n klu sy berhajat utk belajar di luar negara, adakah cukup pluang bg sy?

Anonymous said...

saya baru dapat keputusun matriks... kena kemaskini permohonan upu... saya perlukan bantuan...
saya dari aliran sains dan hanya mendapat pngk 3.3... :(
sebelum ini saya ada memohon untuk kejuruterasan elektrik&elektronik serta psikologi... bolehkah saya teruskan... cikgu ada pendapat lain atau cadangan?

Anonymous said...

salam.. saya pelajar lepasan matrikulasi dalam jurusan perakaunan.. saya hanya dapat pointer 3.26 sahaja.. saya tidak tahu untuk memilih kos ape untuk degree nnt dlm kemaskini upu. saya minat kos yg melibatkan kira2 berbanding kos yg byk hfl. saya berminat untuk memohon ijazah perakaunan tapi dengan result yg sy dpt bukan mudah untuk dpt ijazah perakaunan. dengan pointer 3.26 yg sy dapat, sy layak untuk memohon kos ape, cikgu?

Aziemah Azmi said...

salam cg,,sy lepasan mtrikulasi,,sy mndpt gnpk 3.55..adakah sy layak mndapat program ijazah sarjana muda dietetik dan program ijazah sarjana muda dietetik, dan juga program ijazah sarjana dalam fisioterapi? apakah kos sains yg sesuai utk sy dgn gnpk ni?

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu. saya student matrikulasi modul 3. baru-baru ini, saya mendapat pngk 3.58. pada pandangan cikgu, course apakah yang patut saya pilih??adakah masih ada harapan untuk saya mengikuti bidang perubatan?

Anonymous said...

assalammualaikum ckg,
saya mrpkn bekas pljr matrik aliran sains yg mndpt pointer sbyk 3.31. adkh saya lyk untk memohon bdg psikologi di ukm?

cikgu azhar said...

Salam

aRe AyN:

Tahniah. Semua U pun boleh. Jika pilih reputasi: U M (fakulti perniagaan dan perakaunan), atau UKM (fakulti ekonomi dan perniagaan. Boleh juga ke UPM, USM, UTM dan uni. komprehensif yang lain.

Luar negara kena mohon biasiswa: JPA, Mara, GLCs @ pembiayaan keluarga. Untuk menjadi chartered accountant kena peroleh kelayakan ACCA, MACPA @ CA (audit).

Anony June 5:

Melepasi syarat kelayakan minimum kebanyakan R U (2.67-3.00). Mohon juga UiTM, UTeM, UMP, UniMAP...

Anony June 6:

3.26 o k untuk ijazah perakaunan, terutama uni. komprehensif seperti UMT,UIAM UiTM. Masih boleh cuba R U: UPM, UTM, UM

aziema azmi:

masih boleh cuba u komprehensif. kalau R U biasanya 4.0 bukan sebab tidak memenuhi syarat, tetapi kerana persaingan.

kursus berkaitan: sains kesihatan bersekutu (UKM), atau sebarang ijazah sarjana muda sains UiTM yang boleh sambung medic jika pngk baik semasa di sana.

Anony June 6:

Boleh mohon. Klik juga http://www.utm.my/admission/files/2012/01/Syarat-Masuk-Lepasan-STPM-2012-2013.pdf

Wallahu a'lam...

Anonymous said...

salam cikgu, saya lepasan matrikulasi dan mndpt pngk 3.56. saya ingin menyambung dlm bidang perakaunan di ukm, tapi tiada kursus perakaunan yg ditawarkan secara terus , utk pra siswazah hanya ada ekonomi dan pentadbiran perniagaan shja, jadi mana satu yg harus sy pilih utk menyambung ke dlm bidang perakaunan di ukm?

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu, saya berminat dengan jurusan teknologi makanan,tetapi saya mushkil adakah UPM yang nama kursusnya 'BACELOR SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN' dan USM 'IJAZAH TEKNOLOGI(KEPUJIAN)(MAKANAN)' sama?

cikgu azhar said...

Salam

Anony June 7: 2.15,

kursus perakaunan UKM ditawarkan di bawah fakulti ekonomidan perniagaan. untuk mengkhusus dalam pengajian B.Acc, calon kena dapat gred A dalam kertas Asas Perakaunan pada semester 1, 2 tahun pertama. Jika tidak, kena pilih antara jabatan kewangan, pemasaran, pentadbiran perniagaan (atau 5 jabatan ekonomi: analisis dan dasar awam, ekonomi Islam, perancangan dan pembangunan, pertanian dan sumber alam, statistik).

Sama juga dengan UM. Kalau hendak terus perakaunan,kena mohon UiTM @ UPM. Juga boleh mohon UTM, UIAM, UUM.

Anony june 7: 9.48,

samalah tu. macam sistem UK nama ijazah sains = B.Sc, Amerika Syarikat BS sahaja. UPM anugerah MSc untuk sarjana (termasuk bidang sains sosial), tetapi U lsin MA.

Wallahu a'lam...

syumaial said...

salam cikgu.. baru2 ni sya dapt 3.65..saya lepasan matrik..sya bingung.. nk msuk u mna..tkut xkena trma la plk..help me..

qaniah said...

hye ckgu..baru2 ni sya dpt 3.65..sya ambl jrusn perakaunan d matriks..tp sya tgh confuse nk ambl u ape.. kalo bole sya nak dkat dgn negeri sya je di sabah.. cmna ni ckguu

cikgu azhar said...

Salam

syumaial:

3.65 sudah cukup kuat, kecuali untuk kursus kritikal di R U. masih boleh menyenaraikan kursus kritikal di uni. komprehensif, misalnya uitm (+ muet minimum band 3).

qaniah:

UMS pun ada kursus perakaunan yang sudah menerima akreditasi Institut Akauntan Malaysia (layak untuk menduduki peperiksaan ACCA, CA, MACPA). bukan saja sudah dekat, bahkan dalam Sabah sendiri.

Wallahu a'lam...

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu...sy lepasan matrikulasi dan hanya mendapat keputusan 2.68..sy mndpt A dlm sbjek sn comp dan B- dlm kimia manakala math dgn bio C...course kt u mne yg ssuai ngn kelayakan sy nie?

qaniah said...

salam cikgu.. kalo dpt keptusan 3.65 n muet just band 2 bole ambik jurusan perakaunan ke.. maaf banyak tya..tp ada ke org dpt perakaunan d u wlupn muet band 2 je? n kwn sya ckp jangn isi ukm n utm or apa2 u ranking sbb dpt tu mmg dpt tp dapt cos yg kita xska..betul ke..?

Anonymous said...

cikgu.. adakah kos perakaunan dan kos sains aktuari sesuai diambil untuk pelajar jurusan perakaunan lepasan matrik seperti sy yg hanya mndapat pointer 3.56 shja? takut tak diterima pula..

cikgu azhar said...

Salam

Anony 6:49,

sains komputer, sains maklumat, teknologi maklumat

mohon sekali uitm

banyaklah berdoa, moga berjaya hendaknya, amin...

qaniah:

muet (minimum band 3)ialah syarat pengijazahan. tidak mengapalah ijazah asas di u komprehensif, kalau hendak juga ke R U boleh mohon semasa ijazah tinggi (sarjana, Ph.D). semua ipta di malayasia o k.

pengambilan pelajar prasiswazah R U terhad kerana mengutamakan pengajian siswazah, sebab itu pngk + muet memberi kelebihan.

Anony 7:34,

sesuai. sebenarnya 3.00 memadai, hanya kerana persaingan perlu pngk lebih tinggi. masukkan uitm sekali.

Wallahu a'lam. didoakan semua sekali berjaya hendaknya. amin.

Anonymous said...

cikgu...tlng saya ckgu...saya buntu untuk memilih course d upu cikgu...saya x taw nak pilih yg mn...pointer sya 2.12 ja...saya lepasan matrix aliran sains...

cikgu azhar said...

Salam

Mohd Fuad Fauzi Mawardi

Cuba mohon pengajian bahasa asing (Itali, Jerman, sepanyol dll di fakulti bahasa dan linguistik UM @ fakulti bahasa moden UPM), dan UiTM (banyak kursus).

jika masih tidak boleh, patah balik ke diploma dahulu.

Wallahu a'lam...

Unknown said...

salam cikgu..sy nk tnya..kalau sy ambil stpm (geografi dan ekonomi)apa jurusan yang layak saya ambil untuk uni nanti??

Anonymous said...

assalam cikgu. saya ada terbaca satu post yang mendakwa graduan lpasan ijazah sarjana muda fizik (tanpa pendidikan) sukar mendapat pekerjaan. benarkah?

annonymously said...

assalam cikgu. saya lepasan matrikulasi aliran perakaunan. baru2 ni dpt result & sy cuma dpt cgpa 3.12 shj.

ini adalah pilihan upu yg sy mnta:

PILIHAN KOD PROGRAM PENGAJIAN IPTA
Pilihan 1 KE00 IJAZAH SARJANAMUDA EKONOMI DENGAN KEPUJIAN UKM
Pilihan 2 PE00 BACELOR EKONOMI UPM
Pilihan 3 TP25 SARJANA MUDA SAINS (PENGURUSAN HARTA TANAH) UTM
Pilihan 4 TP32 SARJANA MUDA SAINS (PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN TANAH) UTM

Pilihan Program Pengajian Mengikut Keutamaan Selain IPTA di atas :
PILIHAN KOD PROGRAM PENGAJIAN IPTA
Pilihan 1 EC00 SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER (KEPUJIAN) (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA) UiTM
Pilihan 2 EH07 SARJANA MUDA PENGURUSAN HARTANAH DENGAN KEPUJIAN (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA) UiTM
Pilihan 3 BP25 SARJANA MUDA PENGURUSAN HARTA TANAH DENGAN KEPUJIAN UTHM
Pilihan 4 JC11 IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER (SISTEM KOMPUTER & RANGKAIAN) DENGAN KEPUJIAN UMP
Pilihan 5 EE02 SARJANA MUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA) UiTM
Pilihan 6 GE00 SARJANA MUDA EKONOMI (SUMBER ALAM) UMT
Pilihan 7 CC11 IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER (RANGKAIAN KOMPUTER) DENGAN KEPUJIAN UTeM
Pilihan 8 EE03 SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN DENGAN KEPUJIAN (EKONOMI PERNIAGAAN) (TERBUKA KEPADA BUMIPUiTTEMRA SAHAJA)

sy nk tnya pndpt cikgu agak2 dgn result yg sy dpt tu boleh x UPM @ UKM @ UTM akan terima sy? sy mmg impikan sgt nk belajar sana.

dan juga U lain yg sy minta agak2 pilihan brp yg mgkn sy dpt?

hrp cikgu dpt mbantu. TQ

Anonymous said...

Assalamualaikum. Saya student lepasan asasi dan dapat pointer 3.67. Saya minat engineering dan kebanyakannya saya isi engineering dlm UPU. Antara uni yg saya pilih termasuk UPM, UKM, UiTM dan UIAM. Layak x saya dapat course engineering dengan pointer 3.67? Risau. Tapi saya pun ade mintak 3 course lain iaitu sains fizik, sains matematik, sains kimia dkt UiTM.

Anonymous said...

Salam cikgu saya nak tnya..saya ini adalah pelajar spm 2012, saya skrg belajar diploma kat ipts. .tapi saya tergerak hati nak ambik stpm dan jadi calon persendirian ( sbb x pergi form6) nanti saya akan ad tutor sendiri. .
Soalan saya.
a)sbgai calon sendiri mcm mne saya nak buat kerja kursus utk subjek tertentu?
b) memandangkan stpm kena ambik sekurang2nye dua tahun selepas sijil spm, sye ni kena duduk periksa utk tahun 2014 ke?? Maksud sye, bile sye daftar as calon sendiri, bile sye boleh pilih penggal sye? ??
c) misal kata sye nak ambik bidang kewangan boleh ke??? ( pilhan subjek p.perniagaan, ekonomi)
X ambik akaun. ..

Terima kasih byk2 cikgu. Maaf byk tanya. Keadaan susah sikit sebab calon sendiri. Tu yg banyak xtau.

cikgu azhar said...

Salam

anony june 8: cuba mohon uitm

mira asma: banyak kursus pun boleh,
BA(Hons) geo, kajian asia tenggara, B.Ec(Hons) UM, UKM. yang penting pngk mesti tinggi supaya peluang terbuka luas termasuk kursus kritikal seperti undang-undang. jangan lupa muet.

anony june 13: ya dan tidak, bergantung kepada rezeki dan permintaan pasaran. namun, kalau pngk tinggi dan kemahiran insaniah juga o k, insya-Allah beres.

annonymously: 3.0 pun sudah terjamin, cuma uni. yang mana sukar untuk diagak. tidak mengapa u komprehensif, nanti buat ijazah lanjutan di RU

anony june 14, 7:27

tahniah, insya-Allah dapatlah tu. untuk sesetengah ijazah B.Eng rebutan seperti kej. kimia dan elektrik mungkin perlu 3.8+, tetapi kejuruteraan awam akan berbeza.

anony june 14, 2;26

a) pembimbing / pentaksir akan dilantik oleh mpm
b) boleh pilih penggal, kursus ikut kesesuaian. kumpul dalam 3 tahun
c) kewangan (tanpa akaun) o k, pastikan eko dan / atau p. perniagaan gred yang tinggi

wallahu a'lam...

Anonymous said...

Ok cikgu skrg ni saya akan daftar untuk stpm, jadi setiap penggal akn ada exam kan?? Exam penggal 1, penggal 2, penggal 3..............adakah setiap exam dari setiap penggal akan dikumpul untuk tentu result overall? ?

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu, saya pelajar matrikulasi dan result final baru2 ini saya mendapat PNGK 3.71 tetapi MUET saya hanya band2.. layakkah saya menerima biasiswa dan kalau BIASISWA JPA dan MARA dalam negara,ada interview x?

annonymously said...

boleh x terangkan sikit apa itu ijazah lanjutan? dan apa itu RU?

cikgu azhar said...

Salam

anony june 15, 3:34

ya benar begitu, misalnya pengajian am setiap penggalkertas yang berbeza

anony june 15, 5:51

pada asasnya muet bukan syarat mutlak permohonan, tetapi dek persaingan, muet mempunyai merit tersendiri. walaupunbegitu, mestiterus mencuba, jika disenarai pendek, memamng ada temu duga

annonymously

ijazah lanutan: sarjana (masters) dan Ph.D

RU: uni. penyelidikan, iaituUKM, UM, UPM, USM, UTM

wallahu a'lam...

adnan said...

assalamualaikum cikgu....bagi pelajar lepasan asasi ekonomi dan pengurusan sains UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA ,boleh tak kalau nk sambung degree di universiti lain? nak buat permohonan mcm mane n apekah prosedurnye cikgu? 1 lg soalan,bagi cikgu universiti manakah yg paling terbaik dalam bidang perakaunan? harapp cikgu dptmmbntu sy...

Anonymous said...

assalamualaikum ckgu.sy sgt perlukan info dr cikgu.sy sgt mnt terhdp sains forensik.pngk sy 3.05.adkh sy mmpu utuk dpt kos tu?bio B+,kimia B,math B+

Unknown said...

assalamualaikum ckgu.sy sgt perlukan info dr cikgu.sy sgt mnt terhdp sains forensik.pngk sy 3.05.adkh sy mmpu utuk dpt kos tu?bio B+,kimia B,math B+.sy pljr matrikulasi.hrp cikgu dpt bg info kt sy.trma kash

Anonymous said...

ckgu kalau sy ambik ijazah sarjana muda sains haiwan apa pekerjaan yg sy blh apply? and adakah sy boleh menjadi doktor haiwan dgn ijazah itu? atau sy perlu smbung lg? hrp ckgu dpt menjawab soalan2 sy...:)

cikgu azhar said...

Salam

adnan: matrik uiam eloklah sambung di uiam, kenapa hendak ke u lain? tiada masalah dengan B.Acc. UIAM, terbaik juga

Multi5zal: kelayakan cukup, hanya persaingan akan menentukan. didoakan Berjaya, amin.

anony 19/6: doktor haiwan kena ada ijazah doktor vertarinar (sains ikhtisas). sains haiwan ijazah sains gunaan, maka berbeza. boleh sambung doctor vertarinar jika syarat kemasukannya begitu.

Unknown said...

oh trime ksh.em tp kan,ade ke org yg pointer bwh 3.5 mcm sy ni mash bole dpt sains kdhatan?

Anonymous said...

Salam cikgu. .Brp pointer Klau nk sambung LLB did UKm, ump, uum

cikgu azhar said...

Salam

Multi5zal: mudah-mudahan, ipts pasti, ipta (ru) tengok rezeki. u komprehensif peluang lebih besar.

Anony June 26: ukm 3.8+, muet band 5; u komprehensif yang lain 3.0 +, muet band 4

jika masuk dalam senarai pendek,kena melepasi temu duga. misalnya ukm jumlah disenarai pendek 200+, diterima masuk 60

Wallahu a'lam...

Anonymous said...

salam cikgu.betul ke plajar matrikulasi dan asasi ini diutamakan dahulu?sebab pensyarah ade ckp bhwa pjar matrikulasi dan asasi ini anak emas kerajaan dan akan pilih dahulu utk mengisi tempat di Universiti lbh dr stpm.contohnye pointer dn merit sorg pjr matriks ini kurang darpd pointer dan merit seorg pljr stpm ini,tp plajar matriks ini yg akan dipilih.sejauh mne kbnran ini?

Anonymous said...

Assalamualaikum cg..saya adlah pelajar lepasan stpm 2012,saya mendapat pointer 3.3 Dan saya mendapat muet band 3.saya mengambil subjek pa,eko,bm Dan geo.saya mendpat 3.3 dalam subjek ekonomi Dan saya bertujuan ingin melanjutkan pelajaran Di UKM dalam fakulti ekonomi..adakah saya berpeluang untuk melanjutkan pelajaran disana?

cikgu azhar said...

Salam

Anony June 21:
mungkin betul dan mungkin tidak, bergantung kepada bidang pengajian, serta kehendak senat sesebuah uni. namun, nilai pngk pencapaian prauniversiti sama ada matrik @ stpm adalah setara. maka, kena bersainglah...

Anony June 22:
Syarat semua sudah cukup, tinggal lagi persaingan merebut tempat. Berdoalah. Jaminan tempat memang o k (3.0+), terima u mana-mana pun untuk ijazah asas. Jika masih ingin masuk UKM @ RU lain boleh berbuat demikian untuk ijazah sarjana dan doktor falsafah.

Wallahu a'lam...

Anonymous said...

salam sejahtera cikgu saya lepasan stpm aliran sastera mendapat cgpa 2.92.saya berminat untuk mengambil sarjana muda pengurusan alam sekitar di upm tetapi adakah saya layak kerana pointer saya rendah dan adakah pengurusan alam sekitar merupakan kursus popular yang menjadi pilihan ramai pelajar?

Anonymous said...

as salam cikgu ..
ckg x ad info ke ttg tarikh sebetol2 nya keluar result upu lepasan stpm 2012 huhu ..

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu,saya telah mendapat pointer 2.75 pada stpm yg lepas..saya sangat berminat untuk menjadi guru dan saya telah berjaya menduduki ujian medsi di UPSI,namun saya tidak berjaya untuk menghadiri temuduga.Kursus pilihan saya ialah TESL dan bimbingan dan kaunseling.
Saya juga ada memohon di universiti lain dalam bidang psikologi dan kaunseling.

Pada pendapat cikgu,adakah saya tidak mempunyai peluang untuk menjadi guru lagi?

shaq said...

Salam cgu.adakah jika sya amik kos undang2 ,akn mghadapi saingan dlm mndptkn pkerjaan.
Kos undang2 ni kos yg ramai ke calon yg amik?harap cgu dpt jelaskn

Anonymous said...

Slm cgu..adakah penuntut yg ambil kos undang mghadapi saingan dlm mndptkn kerja?

Anonymous said...

saya pelajar asasi sains uitm, dengan result 3.89 n bio saye sekadar b ..adee pluang x mngikuti medical course d upm...???

Loner Baik Hati said...

assalam cikgu, apakah bidang pekerjaan yang boleh diceburi oleh lulusan ijazah sains fizik bukan pendidikan?

cikgu azhar said...

Salam

Anony June 25:

Tapisan kemasukan RU > ketat berbanding u komprehensif, tetapi tidak salah untuk mencuba. populariti sesuatu bidang pengajian sukar diramal, berbeza antara tahun.
yang pasti bukan kursus kritikal.

Anony June 26: kena tunggu pengumuman upu sendiri. biasanya paling cepat sebulan daripada tarikh pendaftaran ipta.

Anony June 27: kalau lelaki peluang mungkin lebih sedikit. sebenarnya layak, tetapi pengambilan begitu terhad.

Shaq: ipts banyak ambilan, tetapi kalau ipta sangat terhad. misalnya ukm & U M hanya menyediakan 60 - 70 tempat untuk pelajar ijazah asas. bidang kerja masih o k asalkan pencapaian pngk baik dan ada 'aura' seorang hakim / peguam.

Anony June 30: Cuba UiTM sendiri. RU mesti 4.0.Sayang sekali kerana kertas paling penting yang dapat B. Kalau sanggup boleh ke Indonesia, Mesir @ India. Jika di dalam negara: MSU, Allianz, Mahsa, dll

Manusia Comel: seperti ijazah pertama yang lain, boleh mohon sebarang kerja termasuk pegawai tadbir dan diplomatik, sprm, keselamatan, industri (swasta), bank dan perkhidmatan bersifat umum yang lain. kenapa x sambung ijazah lanjutan supaya ada nilai tambah?

Wallahu a'lam...

Anonymous said...

slm sejahtera cikgu,sya ingin bertanya adakah pengambilan pelajar ke ipta bertaraf RU dilakukan sendiri oleh ipta tersebut?

Anonymous said...

Cikgu, saya baru form 2. Saya nak jadi doctor, course saya is medication kan? And saya nak belajar di luar negara (US/UK) adakah markah koko saya penting? :)

Anonymous said...

Salam cikgu,saya mendapat pointer sebanyak 3.0,dalam subjek ekonomi Dan pengajian am saya mendapat pointer 3.3.muet saya adalah band 3.adakah saya berpeluang untuk melanjutkan pelajaran saya Di universiti kebangsaan Malaysia dalam fakulti ekonomi?

cikgu azhar said...

Salam

Anony July 2: 7.06

UPU ialah urus setia yang terdiri daripada wakil semua ipta, tidak kira RU atau u komprehensif. Jika calon diterima untuk pilihan pertama, maka habis cerita. Namun, jika sangkut, permohonan seterusnya lebih kurang proses 'lelong' antara wakil ipta dalam urus setia berkenaan.

Anony 10:53

Wah, tahniah kerana begitu berwawasan walaupun baru tingkatan 2. Markah koku akan menjadi penting untuk memohon biasiswa bernilai RM1 juta + untuk pengajian perubatan di u k @ u s. Kalau pembiayaan sendiri (fama = fother and mother) tidak kisahlah...

Anony 10:59

Cuba hubungi terus fakulti ekonomi dan bercakap dengan penolong pendaftar untuk maklumat terkini. kelayakan tiada masalah, cuma dari segi bilangan tempat yang ditawarkan sahaja.

Wallahu a'lam...

Anonymous said...

cikgu sya merupakan pelajar lepasan stpm.jika semasa sya mengisi upu sya meletakkan IT di uum sebagai pilihan keempat dan pada masa yang sama pelajar lain jika cgpa nya kurang drpd sya tapi meletakkan IT di uum sbg pilihan pertama.siapakah yang akn diberi keutamaan?

Anonymous said...

slm sejahtera cikgu adakah fakulti undang undang UNISZA tidak diiktiraf?

Anonymous said...

cikgu adakah jika sesuatu program ijazah di ipta tidak dimohon oleh kebanyakan pelajar lepasan stpm/matrikulasi akan ditawarkan kpda pelajar lepasan diploma?

Anonymous said...

Salam, saya dpt result mtrik baru2 ni dengan pngk 3.63, tp sye dpt kos upu sarjana muda sains ekonomi uum. Sye menghrpkan sye boleh dpt kos account or bnking. Sye takut xboleh bwak kos sains ekonomi ni. Ade ke peluang pekerjaan untuk degree sains ekonomi? Boleh x saye nk tukr kos dekt sans nnt klau sye xboleh bwak kos sains ekonomi ni? Help me cekgu azhar.

Anonymous said...

salam cikgu, apa pendapat cikgu tentang sarjana muda teknologi maklumat? boleh cikgu terangkan lebih lanjut ttg course ini?

AinBakar said...

assalam cikgu . saya telah menerima kptusan untuk mmasuki ukm dalam ijazah sastera sejarah . apakah peluang kerjaya dalam bidang ini ? sya memerlukan pendapat ckgu . terima kasih

Anonymous said...

hello..ckgu, nk tnya kerjaya untuk graduan berkelulusan ijzh srjana muda untuk sains dan pengurusan sumber tumbuhan? and blh bagi maklumat tak pasal course nie? i would appreciate it if u can ans my Q..

Anonymous said...

salam cikgu, sy baru shj ditawarkan program uitm-sarjana muda fizik industri dgn kepujian. apakah peluang pekerjaan dlm bidang ni?

cikgu azhar said...

Salam

Anony Jul 8: pada prinsipnya begitulah, tetapi IPTA tertentu mungkin menetapkan kuota khas untuk lulusan diploma.

Anony Jul 10, 10:21

Tahniah. Insya-Allah boleh bawa B.Sc(Econ) kerana asas matematik kukuh. Capai dahulu pngk terbaik semasa pengajian, insya-Allah peluang kerjaya lebih cerah. Permohonan tukar kursus bergantung kepada kekosongan tempat.

Ain Bakar:

Tahniah. Antara peluang kerjaya: pegawai tadbir dan diplomatik (ptd), pensyarah, pengurusan, industri, saintis sosial dan banyak lagi. boleh juga sambung pengajiandalambidang lain misalnya MBA (sarjana pentadbiran perniagaan), MA (sosiologi, sains politik, pengajian kerajaan, dii). banyak... pngk kena o k.

Anony Jul 11, 2:50

kursus di unimas, kan? sungguh menarik dan prospek juga baik. gabungan antara pengetahuan sains tumbuhan dengan pengurusan. pngk terbaik dahulu, kelak peluang kerjaya terbuka luas.

Anony Jul 11, 3:48

Tahniah. fizik industri menjurus kepada kerjaya di sektor pembuatan (swasta). Namun, boleh juga sambung belajar untuk jawatan ahli akademik dan penyelidik. juga boleh memohon jawatan am yang lain sama seperti semua pemegang ijazah asas, dengan syarat pngk mesti terbaik dan kemahiran insaniah juga menyerlah,khususnya semasa temu duga.

Wallahu a'lam...

Anonymous said...

Salam,cikgu, saya dapat UPM(architecture) dan USM(TESL) alhamdulillah..bole saya minta pendapat cikgu? mane yg bagus utk saya? dua2 saya minat..

Ryna Rathuan said...

Assalamualaikum cikgu. Saya baru tahu result UPU saya. Saya ditawarkan di uitm sedangkan saya nak masuk UPM/UKM. Macam mana cara nak apply sana ye? Bantu saya cikgu.

wawa said...

Salam cikgu..sy pelajar lepasan matrikulasi.sy tlh dpt kputusan upu 2013 kali ni yg melayakkan sy ke ijazah sarjana muda seni gunaan dgn kepujian (pengurusan seni) .boleh cikgu terangkan kpd sy tntg bidang ini dari segi :
-peluang pekerjaan,
-kelulusan untuk sambung buat master apa bagi bidang ini dan
-peluang utk ke overseas utk master kelak...
mohon bantuan cikgu.terima kasih cikgu.

Unknown said...

Salam ckgu.. sya dpt ekonomi kewangan di ums.. sya risau samaada cos tu akn mmbuat kn pluang msa dpn sya cerah atau x..

Unknown said...

Salam ..cikgu ..saya nak mintak pandangan cikgu ..sy lepasan matrik ..pngk saya 3.92 ..saya dapat tawaran farmasi di ukm dan guru di usm ..minat saya lebih kepada farmasi, tp saya fikirkan jgk peluang pekerjaan masa hadapan ..adakah farmasi lbih cerah peluang pekerjaan? atau pun guru? setahu saya, sudah ada lambakan guru diluar sana..farmsi pula ssah dapat kja utk prempuan..tolong saya cikgu :( trima kasih ..

Anonymous said...

salam cikgu.. anak sya lepasan matrik 2013/2014 dn dpt offer k UTM (sains komputer sistem rangkaian dn keselamatan) manakala USM (Komputer Sains Kepujian). Sya nk minta advise cikgu utk pilih yg mana terbaik utk anak saya. tk

Anonymous said...

salam.. USM adalah university apex. boleh cikgu terangkan apa kelebihanya? tk

Anonymous said...

Assalamualaikum..
cikgu sya tlah mndpt twrn di UTM dlm bdng ijazah sarjana muda sains(pembinaan)...persoalannya ckgu,adakah bidang yg sy ambl nie menawarkan peluang pekerjaan yg cerah apabila tmt pengjaian?

Anonymous said...

slm sejahtera cikgu sya mendpt sarjana muda sains teknologi maklumat di uum...tetapi ramai yang mengatakan bidang IT sukar hendak mendpt pekerjaan.adakah ia betul?

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu,,
saya pelajar lepasan matrik aliran sains 2012/2013,baru2 nie saya dpat twaran sambung ijazah perakaunan tapi,saya tidak ada basic perakaunan..apa pendapat cikgu? saya risau sebab saya tidak tahu apa2 tentang perakaunan..

Anonymous said...

assalammualaikum cikgu..sy telah mendapat tawaran ijazah sains (pembangunan sumber manusia)..soalan saya..adakah bidang ini mempunyai peluang pekerjaan yg cerah?terima kasih..

cikgu azhar said...

Salam

Anony Jul 11: 9.29

Tahniah, sdra/i memang bertuah dapat dua tawaran sekali gus, mungkin perlu petunjuk (solat istikharah). bidang seni bina memang dinamik dan boleh buat duit jika kena gayanya. juga boleh menyumbang terhadap inovasi. tesl juga menarik, tidak mesti jadi guru, bahkan boleh bertugas sebagai pegawai tadbir dan diplomatik, atau sebagai pasukan pengurusan sektor swasta(antarabangsa), pakar runding atau wartawan. pada akhirnya kena buat keputusan sendiri berdasarkan minat dan jangkaan kehidupan yang diinginkan.

Ryna Rathnman:

UiTM pun o k, sudah banyak tokoh tersohor bergraduat dari sana. boleh masuk UKM / UPM @ mana-mana uni. dalam dan luar untuk ijazah tinggi (sarjana 1 - 2 tahun; Ph.D + 2 ke 4 tahun)

Wawa:

Sebagai ijazah asas bukan ikhtisas, peluang kerjaya setara dengan ijazah lain. Boleh sambung sarjana dengan syarat mampu membayar yuran pengajian, atau mendapat tajaan jika berjaya meyakinkan pihak yang menawarkan biasiswa dari segi pngk terbaik, kemahiran insaniah dan keperluan mereka. peluang ke luar negara juga sama sahaja.

Tiyah Jefri:

Belajar dahulu dan catat pngk terbaik (3.8 +), insya-Allah peluang kerjaya lebih cerah.

Amelia Nadhira:

Tahniah. Dengarlah kisah insan cemerlang dan jadikan sempadan nasihat yang bersifat motivasi negatif. Capai pngk tertinggi sepanjang tempoh pengajian. permintaan terhadap perkhidmatan farmasi semakin meningkat kerana malaysia menujustatus negara maju berpendapatan tinggi. Lambakan calon guru berlaku kerana usia persaraan dilanjutkan dan semakin banyak ipt yang menawarkan kursus pendidikan. mka, jalan keluar ialah capai pngk 3.8 - 4.0.

farmasi ialah kursus kritikal. hanya 260 tempat sahaja disediakan di ipta untuk pelajar terbaik seperti sdri.

Anony 9:30

Tahniah ibu / bapa. Dua-dua pun bertaraf uni. penyelidikan (R U), tetapi USM ada kelebihan status uni. apex. mana-mama pun o k, mungkin bantuan solat istikharah.

Anony 9:44

uni apex (USM) menerima dana khas untuk perkembangan masa depan sehingga mencapai kedudukan uni. terkemuka dunia. buat masa ini, usm menerima geran penyelidikanyang lebih banyak berbanding R U yang lain.

Anony 10:10

Bab pekerjaan bergantung kepada pencapaian pngk, kemahiran insaniah dan penguasaan bahasa. Semua ijazah asas adalah setara, kecuali pengkhususan ikhtisas seperti perubatan, kejuruteraan, undang-undang dan perakaunan.

Anony 10:46

sama seperti jawapan di atas. maka, cubalah sedaya upya mencatat pencapaian pngk terbaik, kemahiran insaniah (soft skills) dan bahasa.

Wallahu a'lam...

Anonymous said...

Salam cikgu,

Cikgu, saya ingin meminta pendapat tentang apa yang patut saya lakukan. Baru2 ini saya telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya bagi program sarjana muda bahasa & linguistik (BAHASA PERANCIS), namun saya masih ragu2 untuk menerima tawaran tersebut kerana saya berpendapat bahawa program yang ditawarkan tidak mempunyai banyak kelebihan. Bolehkah cikgu memberi pendapat tentang kelebihan mengambil program pengajian ini kerana saya mempunyai pengetahuan yang kurang tentang pengajian bahasa & linguistik ini. Selain itu, saya juga ingin mengetahui berapakah kos yuran pengajian bagi program ini. Saya berharap cikgu dapat membantu saya dalam membuat keputusan yang terbaik untuk diri saya kerana saya tidak mempunyai sesiapa untuk meminta pendapat. Terima kasih.

Nurul _Tika said...

Salam cikgu...saya mendapat tawaran upm ijazah sarjana muda bioindustri tapi kampus terletak di bintulu.
Ckgu bagai mana cara utk saya buat pertukaran ke kampus serdang dan ingin menukar kos.Saya berharap ckgu dapat membantu

Anonymous said...

Assalam cikgu . saya ingin minta pendapat tentang pilihan universiti . saya ditawarkan ke USM dan UKM dalam bidang kejuruteraan awam . bagi pendapat cikgu , universiti mana yang lebih bagus dalah hal ini ? terima kasih

cikgu azhar said...

Salam

Anony 9:38

Tahniah, bukan senang untuk mendapat tempat di UM, universiti sulung negara dan antara 200 terbaik dunia. Tidak mengapa, ijazah pertama setara sahaja, boleh meohon kebanyakan jawatan sektor awam dan swasta. Malah dengan kelulusan bahasa asing, tentu ada kelebihan. Yuran ipta sangat murah berbanding ipts dan boleh dipotong daripada ptptn.

Nurul Atika

Tahniah kerana dapat berkelana ke Borneo. Lebih kerap naik pesawat nanti. Bintulu bandar yang pesat membangun, rasanya tiada masalah besar. Akses lapangan terbang lebih dekat. Terimalah cabaran merantau, kenapa hendak ke serdang?

kalau mahu tukar kursus, cuba hubungi bahagian perhubungan awam atau bahagian akademik UPM, Serdang atau terus ke sana untuk maklumat secara bersemuka sebelum mengambil langkah selanjutnya. Barang diingat UPM ialah R U dan pemohon berebut untuk ke sana.

Anony 11:20

dua2 pun bagus. ukm ada program kejuteraan termaju (advance eng.), manakala usm uni. apex. kalau susah sangat, solat istikharah, ibarat mahu memilih jodoh.

Wallahu a'lam..

Anonymous said...

Salam cikgu. Saya pelajar lepasan matrikulasi. Keputusan upu baru saja keluar. Saya mendapat bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik di ukm. Saya pelajar prempuan. Seauai ke dgan saya?

cikgu azhar said...

Salam

Tahniah, tiada masalah untuk pelajar wanita B.Eng (E & E) walaupun lebih banyak yang suka awam dan kurang sekali mekanikal. E & E biasanya seimbang dari segi nisbah pelajar mengikut jantina.

Selamat mendaki puncak kecemerlangan dan inovasi.

Wallahu a'lam...

Anonymous said...

Salam cikgu, sy merupakan pelajar stpm 2012 yg mendapat pointer 2.67. Baru-baru ni saya gagal dlm upu walaupun universiti pilihan sy hanya universiti sepertu uitm, uum dan ums. Jadi sy memohon rayuan dengan memilih ums sebagai pilihan dan course ijazah sarjana muda sains sosial dengan kepujian (sejarah) dan ijazah sarjana muda sains sosial (sosiologi dan antropologi). Soalan saya, adakah cerah peluang sy utk mendapat tmpat di universiti tersebut dlm permohonan rayuan ni lagi2 keputusan stpm sy menepati syarat utk course berkenaan iaitu mecapai pngk 2.00 sahaja dlm mana2 subjek termasuk p.a. markah koko saya jga baik iaitu 8.36 manakala spm sy mendapat 5A ?

«Oldest ‹Older   201 – 400 of 844   Newer› Newest»