SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, March 3, 2012

RISIKO SEMASA BEKERJA (FOR THE SAKE OF SOME SMALL EARNING)

Papan tanda "Utamakan Keselamatan" atau "Safety First" sentiasa terpampang di tapak projek binaan dan premis kilang. Peringatan sedemikian sangat penting supaya semua pihak yang terbabit dengan kerja daripada pihak perancangan reka bentuk, pengurusan, teknikal dan pekerja mengambil berat tentang aspek keselamatan diri sendiri dan orang lain. Segala langkah berjaga-jaga (the duty of care) wajib diambil berat dan tidak dipandang sebelah mata.
di dalam dewan kompleks badminton dan skuasy MBI, Ipoh


Perlindungan risiko keselamatan dan kesihatan melalui skim insurans dan takaful ialah satu langkah membiayai kos rawatan seseorang pekerja andai berlaku kemalangan, kecederaan dan kehilangan nyawa dalam tempoh pekerjaan. Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) telah meluaskan takrifan keselamatan pekerja meliputi perjalanan ke tempat kerja dan balik ke rumah, dan segala urusan yang berkaitan dengan pekerjaan. Kebanyakan negara juga telah menubuhkan institut kebangsaan keselamatan dan kesihatan pekerja (Niosh) yang mencontohi model dari Amerika Syarikat.

Antara syarat pelantikan seseorang pekerja ialah tahap kesihatan yang baik. Setelah memperoleh tawaran pekerjaan, seseorang itu dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan fizikal (dan mental), serta disahkan bebas daripada pengaruh dadah. Namun, selepas itu pemeriksaan berkala terpulang kepada individu pekerja itu sendiri, iaitu sekadar opsyen peribadi.

Namun, pekerja pengangkutan awam seperti pemandu bas dan pemandu teksi wajib menjalani pemeriksaan kesihatan secara tahunan, sebagaimana kenderaan yang mereka pandu perlu lulus pemeriksaan Puspakom juga secara tahunan. Pemandu yang didapati bermasalah kesihatan akan ditamatkan lesen pemanduan kenderaan awam serta-merta. Jika ada pemandu yang bermasalah kesihatan berjaya lolos, hal itu bermakna unsur kecuaian dan rasuah mungkin berlaku.

Kelesuan dan tekanan akibat kesesakan jalan raya boleh mempengaruhi keselamatan dan kesihatan pekerja. Mereka harus keluar rumah awal-awal pagi supaya dapat tiba ke tempat kerja sebelum waktu mula bekerja jika tidak mahu dikenakan tindakan disiplin dan buang kerja. ILO menganggarkan lebih 300 juta kes kemalangan pekerja berlaku setiap tahun dengan catatan kehilangan jiwa melebihi dua juta orang pekerja.

Kecuaian boleh berlaku semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Pemandu bas pekerja yang mengantuk boleh mengundang padah kepada puluhan pekerja yang diangkut dalam kenderaan yang dipandu. Kadangkala "jiran" (istilah undang-undang untuk kenderaan lain yang berselisih, di hadapan dan di belakang) pula cuai, lalu membahayakan nyawa pekerja yang diangkut.

Kecuaian dalam pengurusan teknikal pula akan menyebabkan peranti elektronik, jentera dan pendawaian mengalami kerosakan yang mengancam keselamatan pekerja. Memang benar kemalangan tidak berbau, tetapi kecuaian tidak boleh dimaafkan. Pihak pemilik dan pengurusan akan disiasat, didakwa di mahkamah, disabitkan dan dipenjarakan bertahun-tahun lamanya.

Bagi pekerja pembinaan dan kilang yang membabitkan bahan kimia berbahaya, tatacara pematuhan keselamatan yang ketat perlu dipantau sepanjang masa. Penggunaan topi keledar, jaket keselamatan dan penutup muka dalam kalangan pekerja tiada kompromi. Pekerja sentiasa diselia supaya memberi tumpuan penuh terhadap pekerjaan dan tidak boleh bergurau senda yang mendedahkan mereka kepada kecuaian.

No comments: