SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, March 8, 2012

SBPA BATAL, SSM DITAMBAH BAIK (BACK TO THE OLD ONE)

Akhirnya Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diselubungi kontroversi ditarik balik. Kerajaan mengumumkan bahawa kakitangan awam akan kekal di bawah Skim Saraan Malaysia (SSM) yang mengalami penambahbaikan. Sebuah suruhanjaya khas tentang skim perkhidmatan dan penggajian sektor awam yang bakal ditubuhkan bertujuan mengambil kira segala aspek kebajikan kakitangan awam dan kemampuan kewangan kerajaan sebelum merumuskan cadangan tentang saraan pegawai dan kakitangan di semua peringkat.

Majoriti kakitangan awam berada pada gred 1 hingga 54 yang dikategorikan kepada kumpulan pengurusan dan profesional (gred 41 hingga 54) dan kumpulan sokongan atau pelaksana (gred 1 hingga 40) diberi kenaikan gaji pokok sebanyak 13 peratus sebelum dipindahkan kepada matriks tangga gaji sebaris yang akan diperincikan sedikit masa lagi. Elaun bantuan sara hidup (Cola) juga dinaikkan sebanyak RM50 bagi kategori B dan C. Bayaran gaji baharu dan elaun berkenaan dikira mulai Januari 2012 lalu.

Opsyen persaraan paksa 55, 56, 58 dan 60 tahun kelihatannya tidak terjejas. Malah, Ceupacs mencadangkan supaya peluang kedua diberikan kepada kakitangan awam yang sebelumnya tidak menandatangani umur pencen 60 tahun. Pihak Ceupacs telah pun memulakan sesi penerangan di seluruh negara tentang hal berkenaan.

Buat pertama kali juga Ceupacs dilihat tidak hanya berjuang untuk kumpulan bukan siswazah, tetapi kini berganding erat dengan kumpulan pengurusan dan profesional gred 41 hingga 54. Kesatuan kakitangan akademik institut pengajian tinggi awam juga telah mengadakan kerjasama strategik dengan Ceupacs yang dikuasai oleh kumpulan bukan siswazah. Tambahan pula, sebahagian pegawai kanan Ceupacs sendiri telah meningkatkan kelayakan akademik masing-masing secara sambilan.

Transformasi perkhidmatan awam juga boleh berlaku jika beberapa kedudukan penting seperti ketua setiausaha kementerian terbuka kepada semua penjawat awam yang berkelayakan. Selama ini, hanya kumpulan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) sahaja yang berada dalam laluan berkenaan. Konsep bakat terbaik dalam perkhidmatan awam tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Kebolehan profesional sebagai anggota pentabiran tertinggi kerajaan terbukti menerusi mobiliti kerjaya ahli-ahli politik yang asalnya guru, pensyarah universiti, pegawai perubatan, jurutera dan ahli ekonomi. Mereka tidak pernah kekok dalam proses membuat keputusan dan menangani kerenah organisasi yang rencam sifatnya. Kepimpinan organisasi tidak terhad kepada hal-hal pengurusan dan pentadbiran, sebaliknya manipulasi pengaruh profesional supaya segala matlamat yang ditetapkan akan tercapai.

Walaupun ada kesatuan gabungan Ceupacs yang masih berharap SBPA diteruskan, misalnya kesatuan kakitangan teknik (MTSU), keputusan kerajaan sudah pun diumumkan. Pelaksanaan SSM yang ditambah baik itu akan dilaksanakan dengan segera. Episod pertelingkahan emolumen tidak elok dibiarkan berlarutan sebelum suatu penyelesaian jangka panjang dapat dirumuskan...

No comments: