SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, November 1, 2012

BEZA PERUBAHAN KUANTITI DIMINTA DENGAN PERUBAHAN PERMINTAAN (LINEAR VS SHIFTED DEMAND CURVE)

Takrif permintaan

Kesanggupan seseorang membayar sesuatu barang (dan perkhidmatan) berdasarkan tingkat harga, kuantiti, pasar dan jangka masa tertentu.

Hukum permintaan

Dengan andaian faktor lain tidak berubah (ceteris paribus), apabila harga naik, kuantiti diminta turun;
sebaliknya apabila harga turun, kuantiti diminta naik: P↑, Q↓;  PQ

Hubungan antara kuantiti diminta dengan harga adalah songsang / negatif / bertentangan arah

Fungsi permintaan bagi menerangkan hukum DD ialah Dx = f(Px), c.p.  ===>  (1)
dibaca sebagai: permintaan terhadap sesuatu barang hanya ditentukan oleh harga barang itu sendiri, ceteris paribus

Keluk permintaan

menunjukkan hubungan antara harga dengan kuantiti diminta bagi sesuatu barang

bercerun negatif

merujuk hukum permintaan dan fungsi permintaan (1) di atas, perubahan kuantiti diminta sebagai akibat perubahan harga barang itu sendiri digambarkan berdasarkan pergerakan titik / lokus di sepanjang keluk yang sama.

Kes harga naik / meningkat:  kuantiti diminta turun / jatuh (labelkan Qo ke Q1 pada paksi Q)
                                         :  permintaan menguncup  (labelkan titik A, B pada keluk)

Kes harga turun / jatuh:  kuantiti diminta naik / meningkat (labelkan Qo ke Q1 pada paksi Q)
                                         :  permintaan mengembang  (labelkan titik A, B pada keluk)

(Perhatikan beza istilah arah yang digunakan bagi setiap kes: naik - turun; meningkat - jatuh)

(Penyataan saiz mestilah sama dengan label titik / lokus yang ditanda pada keluk dan paksi)

Peralihan keluk permintaan

perubahan permintaan berlaku akibat perubahan selain faktor harga barang itu sendiri

Dx = f(Py, Y, cita rasa, musim, jantina, dasar kerajaan,...., n); harga barang itu sendiri diandaikan tetap

         Py = harga barang lain (barang pengganti, penggenap, neutral)

         Y = pendapatan


ΔDD membabitkan peralihan keluk arah ke kanan (pertambahan DD) atau ke kiri (pengurangan DD)

Garis harga selari dengan paksi kuantiti. Dengan tingkat harga yang sama, kuantiti boleh jadi naik atau turun

Keluk DD asal dilabel sebagai DoDo, keluk permintaan yang baharu (beralih ke kanan atau ke kiri D1D1


Tugasan soalan aplikasi

Soalan aras mudah akan berbentuk langsung, iaitu terus kepada teori

Soalan aras lebih sukar dimasukkan jenis barang / hubungan barang

Rujuk kertas STPM 2005: bahagian C soalan 10

Tugasan menghendaki calon menjelaskan kesan kemelesetan ekonomi terhadap permintaan

Calon tidak perlu membazir masa dengan mengarang pendapat sendiri atau ulasan umum tanpa berpegang kepada teori. Teori yang diuji ialah perubahan permintaan, atau lebih khusus: pengurangan permintaan

Ekonomi meleset menyebabkan pendapatan pengguna merosot, iaitu kuasa beli mereka jatuh. Penentu lain diandaikan tidak berubah / malar / tetap

Penentu pendapatan merujuk selain faktor harga barang itu sendiri, atau Dx = f(Y), c.p.

Rangka esei

1  Rujukan teori:  kemelesetan ekonomi menyebabkan pengurangan permintaan, iaitu keluk permintaan beralih ke kiri, manakala harga tetap

2   Gambar rajah:  dua keluk DD, satu garis harga; labelkan semua keluk, lokus / titik

3   Huraian gambar rajah:  keluk DD asal, Po, Qo;  keluk DD baharu (sebelah kiri):  P1, Q1

(nota: gunakan istilah kemelesetan dalam huraian, tetapi tidak perlu contoh)

...

...

...

No comments: