SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, November 5, 2012

SEPINTAS LALU BAHASA MELAYU 2 SPM 2012 (SPOT QUESTIONS AND THE REAL ONE)

Sebenarnya kertas 2 Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak perlu bergantung kepada soalan ramalan. Hampir keseluruhan reka bentuk bentuk item soalan yang disediakan menjurus terhadap kemahiran atau teknikaliti bahasa sebagaimana yang tertera dalam sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran. Selain kemahiran mendengar dan bertutur yang diuji semasa ujian lisan, kertas bertulis lebih banyak menguji kemahiran membaca dan kemahiran menulis.

Soalan rumusan masih mengekalkan format yang sudah mantap, iaitu berdasarkan sebuah petikan rencana. Calon dikehendaki menulis rumusan sepanjang 120 patah perkataan yang terbahagi kepada sejumlah isi tersurat dan isi tersirat, di samping pendahulaun dan penutup. Calon yang telah banyak membuat latih tubi dan akur kepada bimbingan guru mata pelajaranm di bilik darjah (di sekolah masing-masing) tidak berhadapan dengan banyak masalah, kecuali mungkin bahagian pengenalan dan isi tersirat.

Petikan rencana rumusan berkisar kepada tajuk industri pelnacongan kesihatan di Malaysia. Tugasan isi tersurat tentang faktor-faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan. Isi tersirat pula tentang faedah-faedah industri pelancongan kesihatan kepada negara kita.

Soalan pemahaman 2a, iaitu petikan umum juga masih sama, iaitu mengandungi soalan maksud rangkai kata (strategi menyeluruh), petikan (usaha-usaha kerajaan untuk memajukan sektor pelancongan kesihatan) dan kbkk (penjelasan tentang dua peranan media). Soalan 2b berdasarkan cerpen Hutan Rimba dengan taburan soalan yang sama,iaitu soalan petikan (ciri hutan simpan), kbkk (cabaran yang dihadapi oleh keluarga Melati) dan komsas (huraian nilai kemanusiaan petikan dan cerpen setiap satu). Soalan 2c berdasarkan prosa tradisional Merah Silu daripada antologi Harga Remaja: petikan (sebab Raja Muhammad membunuh Merah Gajah), petikan (reaksi Raja Ahmad), kbkk (Tindakan elak perang jika anda Raja Muhammad). Sajak Bangkitlah mengisi slot soalan 2d yang diikuti dengan soalan maksud rangkai kata (perut belantara menjadi ladang), kbkk (kesan kepada negara jika generasi muda terus leka) dan komsas (dua pengajaran).

Soalan tatabahasa juga tidak mengalami perubahan mendadak, kecuali 3a yang membenarkan penambahan imbuhan terhadap perkatraan berganda yang diuji (kumat-kamit, remuk-redam, selang-seli, serba-serbi, simpang-siur, tungkus-lumus). Pecahan 3b tentang ayat bersusunan songsang ditukar kepada ayat bersusunan biasa. Pecahan 3c dan 3d seperti tahun-tahun lalu: kesalahan ejaan, imbuhan, istilah dan tatabahasa.

Bahagian peribahasa menghendaki calon memberikan maksud peribahasa yang diberi. Tiga peribahasa yang diuji ialah membaca jambatan ilmusehari selembar benang, lama-lama menjadi kain; dan bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat. Sudah pasti calon SPM 2012 boleh tersenyum lebar. Peribahasa pilihan kali ini sudah biasa digunakan di dalam bilik darjah!

Soalan novel menepati ramalan kebanyakan calon, iaitu dua latar masa dan tiga nilai kemanusiaan. Sebabnya, tugasan soalan 2011 ialah perwatakan dan persoalan, manakala peperiksaan ulangan (Jun 2012) ialah tema dan pengajaran. Mungkin calon SPM 2013 sudah mengajak bidang komsas yang belum ditanya seperti sinopsis, teknik plot, kandungan, nilai, latar masyarakat, latar tempat dan pelbagai bentuk tugasan kbkk, termasuk perbandingan dua buah novel.

...

...

...

....

....

...

....

...

...

No comments: