SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, November 7, 2012

OBAMA HUNI RUMAH PUTIH PENGGAL KEDUA (U.S. PRESIDENTIAL ELECTION)

Taufan Sandy yang membadai pantai timur Amerika Syarikat baru-baru ini menenggelamkan sedikit berita tentang kerancakan kempen dan proses pengundian pilihan raya presiden negara kuasa besar itu. Akhirnya, Barrack Hussien Obama, 51, mencatat sejarah sebagai calon Demokrat pertama sejak perang dunia kedua berjaya mengekalkan kerusi presiden buat dua penggal berturut-turut. Krisis kewangan dan kadar pengangguran yang tinggi tidak menghalang pemimpin berdarah Amerika-Kenya itu untuk mendapat sokongan besar di kebanyakan negeri, termasuk yang dilabel sebagai bermasalah (swing states) untuk beliau seperti Colorado, Iowa, Michigan (negeri kelahiran Romney), Minnesota, Pennsylvania, Virginia dan Wisconsin.

Perubahan profil demografi Amerika Syarikat yang menyaksikan nisbah rakyat keturunan berwarna dan hispanik (66 peratus mengundi Obama) mengakibatkan dominasi orang kulit putih (41 peratus Obama, 67 peratus Romney) secara relatif menjadi lemah. Selain itu, Obama juga bukan kulit hitam (80 peratus undian Obama) seratus peratus, justeru ibu beliau ialah seorang wanita kulit putih. Masyarakat Islam Amerika Syarikat juga berharap bahawa Obama masih mempunyai sentimen keIslaman memandangkan keluarga sebelah bapa beliau di Kenya masih teguh dengan ajaran Islam.

Obama pernah tinggal di kawasan elit Meteng, Jakarta Pusat kerana mengikut ibunya yang berkahwin kali kedua dengan warga tempatan di sana setelah kematian bapa Obama. Sehingga kini, Obama masih fasih bertutur bahasa Melayu versi Indonesia. Walaupun masih dibayangi pengaruh agensi perisikan pusat CIA dan pelobi Yahudi, Obama memiliki imej yang lebih sederhana dalam dasar luar beliau terhadap. negara-negara Islam.
Semasa kempen, Obama turun berdebat secara terbuka dengan lawan beliau, Mitt Romney, 65, daripada parti Republikan tanpa menggunakan kemudahan presiden, atau manipulasi 3M's, iaitu jentera kerajaan, wang dan media arus perdana sepertimana yang berlaku di rantau Afrika dan Asia. Sebaliknya, media baharu, khususnya Facebook dan Twitter (pengikut twitter Obama dilapor berjumlah 24 juta orang; Romney 1.7 juta pengikut sahaja) menjadi pilihan kempen atas talian secara sama rata.

Dengan kemenangan Obama ke atas Romney, Demokrat terus menguasai Dewan Senat, manakala Republikan menguasai Dewan Perwakilan. Perbezaan aliran politik kedua-dua parti tidak menyebabkan perpecahan yang ketara dalam kalangan warga Amerika Syarikat. Sebaliknya, pengundi di Amerika Syarikat lebih kritis terhadap hak mereka sebagai pembayar cukai dan tadbir urus belanjawan negara yang berhemat dan telus.

Penggal kuasa presiden Amerika Syarikat ialah empat tahun sahaja. Seseorang presiden hanya boleh berada di tampuk kuasa dalam tempoh maksimum dua penggal atau lapan tahun. Tiada istilah jawatan seumur hidup atau dinasti dalam kamus pemerintahan Amerika Syarikat.

Barrack Obama memperoleh sejumlah 58,416,818 undi berbanding dengan Romney 56,285,404 undi, iatu perbezaan tipis sebanyak 2,131,414 undi sahaja. Namun, Obama mencatat kemenangan mutlak dalam undian perwakilan, iaitu perbezaan sebanyak 97 undi, atau 303 - 206. Wanita didapati membentuk kumpulan pengundi utama Obama iaitu sebanyak 55 peratus, berbanding dengan lelaki 52 peratus sahaja;  63 peratus belia berusia 18 - 34 tahun.

Buat pertama kali sejak Perang Dunia Kedua, calon Republikan berjaya menawan Ohio, walaupun tewas mengejut di Carolina Utara, Indiana dan Texas yang membuat pusingan U berbanding dengan pilihan raya 2008 dahulu. Romney akur dengan keputusan rakyat sambil menganggap bahawa kepentingan rakyat Amerika mendahului kepentingan politik tempatan. Ketika Obama menguasai bahagian timur laut, Romney pula menguasai kebanyakan negeri wilayah selatan seperti Alabama, Carolina Selatan, Georgia, Indiana, Kentucky, Louisiana, Oklahama, Tennessee dan Utah.

Walaupun Amerika Syarikat tidak akan berubah semata-mata kerana memilih presiden yang lebih memihak kepada diplomasi dalam kerangka dasar luar mereka, sekurang-kurangnya tekanan yang dihadapi oleh masyarakat antarabangsa tentang isu puak ekstremis dan militan reda sedikit. Dasar fiskal dan kewangan domestik Demokrat akan mempengaruhi kegiatan perdagangan antarabangsa. Organisasi sedunia yang diungguli oleh Amerika Syarikat seperti Pertubuhan Bangsa Bersatu, Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) juga menerima natijah dasar yang dipegang oleh Presiden Amerika Syarikat.
sumber: jacksonville.com

Dari sudut yang lain, terdapat sisi positif yang patut dicontohi tentang pentadbiran pilihan raya dan pengundian Presiden AS. Rakyat AS diberi kesempatan mengikuti manifesto dan dasar bakal presiden yang bertanding secara terbuka dan secara langsung menerusi pelbagai media yang boleh memiliki capaian yang menyeluruh. Mitt Romney diberi ruang yang sama dan di pentas yang sama sebagaimana yang dinikmati oleh Obama.

AS mencapai tahap kematangan demokrasi rentetan sejarah pembentukan negara yang panjang itu (lebih 200 tahun, sejak 1776). Rantau Afrika dan Asia pula kebanyakan baharu sahaja melewati angka 50 tahun bebas daripada belenggu kolonialisme Barat. Akses pengajian tinggi di rantau berkenaan juga masih berada jauh di bawah tahap 40 peratus...

No comments: