SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, January 5, 2013

UTC IPOH DI KAWASAN RISIKO? (THE CONCEPT OF SERVICES SUPER MARKET)

Kompleks pasar besar Ipoh milik Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang terletak bersebelahan dengan Wisma Bourgenvilla (juga milik MBI) dan Kompleks Yik Foong agak lengang apabila penyewa utama, Super Kinta menamatkan operasi perniagaan mereka lebih sedekad yang lalu akibat persaingan sengit sektor peruncitan skala besar. Namun, kawasan sekitar di situ masih menjadi tumpuan warga bandar raya apabila wujud projek perniagaan gerbang malam dan jualan barang lusuh pada hujung minggu. Kemudahan meletak kenderaan secara berbayar juga lebih mudah di kawasan lapang wisma Maju Perak yang berhampiran.

Keputusan MBI menawarkan aras atas kompleks pasar besar kepada Pusat Transformasi Bandar (UTC, Urban Transformation Centre) dilihat sebagai mengambil kira semua justifikasi tersebut, di samping untuk menambah semula pendapatan pihak berkuasa tempatan yang kini ditadbir secara korporat. UTC menempatkan sebahagian besar perkhidmatan kaunter agensi kerajaan, badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan dan kewangan. Sebagai pusat sehenti perkhidmatan, UTC beroperasi dari pagi hingga pukul 10 malam, sama seperti Pusat Transformasi Desa (RTC) pengganti Terminal Pertanian Negara (Taman) yang terletak berhampiran Simpang Pulai, kira-kira 20 kilometer dari UTC.

Tinjauan pertama penulis blog ke UTC ialah pada petang Rabu, 2.1.13 yang lalu kira-kira pukul 5.00 petang. Kawasan meletak kenderaan di dalam bangunan memang luas, tetapi agak suram. Maka, PB meletak kereta di luar kompleks yang sering dikawal oleh 'ulat' walaupun kupon berbayar akan dipamerkan di papan pemuka hadapan kereta.

Menurut seorang pegawai MBI, terdapat satu laluan khas ke UTC tanpa perlu melalui kawasan pasar basah yang mungkin kurang selesa. Ketika hendak menaiki tangga, PB berselisih dengan seorang India berusia 50-an yang berjalan terhuyung-hayang sambil memegang sebotol minuman keras. Hasrat untuk berurusan di UTC tidak kesampaian apabila kebanyakan kaunter perkhidmatan masih belum diaktifkan.

Ketika hendak turun semula, PB terserempak pula dengan seorang pengawal keselamatan yang masih muda, barangkali dalam pertengahan 20-an. Dia juga seorang India. Lagaknya yang berkawad sambil menghentak kasut sangat mencurigakan.

Perihal keselamatan dan keselesaan pengunjung mesti diberi perhatian oleh pihak UTC Ipoh dan MBI sebagai pemilik kompleks itu. Ancaman jenayah jalanan seperti ragut dan seluk saku mesti diawasi dengan ketat. Kamera litar tertutup mesti disokong dengan cahaya lampu yang mencukupi.

Pondok bit polis boleh ditempatkan berhampiran UTC supaya tindakan pantas boleh diambil jika berlaku perkara yang tidak diingini. Detektif dalaman berpakaian biasa mesti peka dengan sebarang bentuk pergerakan orang yang aneh dan mencurigakan. Kaki mabuk, orang kurang siuman dan tidak senonoh tidak harus dibenarkan mencemarkan imej UTC Ipoh.

Kegiatan eksploitasi kanak-kanak pemungut derma oleh pelbagai pihak dan individu dewasa mesti dipantau dan diambil tindakan sewajarnya. Orang ramai sebenarnya cukup rimas dan mungkin juga fobia setiap kali harus melayan muka kasihan kanak-kanak malang seperti mereka. Jika perlu, hanya satu sudut khas disediakan untuk peminta derma menjalankan kegiatan mereka tanpa bergerak ke sana ke mari yang menyebabkan orang ramai berasa serba salah dibuatnya.

Konsep urusan kaunter berdasarkan waktu perniagaan pasar raya mungkin masih baharu. Promosi oleh pihak UTC mesti lebih meluas. Jika sambutan orang ramai tidak seperti yang disasarkan, maka pembaziran masa, tenaga dan wang ringgit akan berlaku.

Pada amnya, kemunculan UTC di kompleks pasar besar MBI yang bergabung dengan perniagaan gerbang malam dipercayai untuk menghidupkan malam di bandaraya Ipoh. Lembah Kelang sudah terkenal dengan konsep pasar larut malam hingga awal pagi seperti uptown dan downtown, manakala di Kampung Baharu, keperluan memasak dijual hampir 24 jam. Sementara kebanyakan negara lain melarang perniagaan hingga larut malam, di negara kita kedai mamak masih sesak walaupun jam sudah menunjukkan pukul tiga pagi!

No comments: