SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, June 20, 2013

CUTI SABATIKAL UNTUK GURU (INTERNATIONAL EXPOSURES TOWARD WORLD CLASS EDUCATORS)

Sebagai usaha melonjakkan sistem pendidikan negara sehingga setanding dengan negara maju, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang mengkaji kemungkinan melaksanakan program cuti sabatikal untuk pengetua, guru besar dan guru sekolah (klik di sini). Selama ini cuti sabatikal hanya dinikmati oleh pensyarah universiti awam sahaja, iaitu sama ada sembilan bulan di dalam negara, atau enam bulan di luar negara. Pensyarah terbabit boleh menjalankan penyelidikan pascakedoktoran atau projek akademik yang lain. 

Sebenarnya bilangan guru yang diberi kesempatan belajar di luar negara agak besar jumlahnya sama ada di peringkat ijazah asas (sarjana muda) mahupun di peringkat ijazah tinggi (sarjana dan doktor falsafah). Sebelum hadiah latihan persekutuan dianugerahkan untuk pengajian di dalam negara sahaja kira-kira 15 tahun yang lalu, guru dihantar ke Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom untuk pelbagai bidang pengajian ijazah tinggi. Guru sekolah teknik juga pernah dihantar berkursus selama beberapa bulan di Texas untuk mendalami kaedah kontekstual.

Bahagian Antarabangsa KPM juga menawarkan pelbagai kursus pendek di luar negara (dua minggu dan ke atas) atas tajaan pelbagai pihak. Namun, disebabkan tempat yang terhad, maklumat tentang kursus pendek berkenaan tidak begitu disebarkan secara meluas. Guru yang rajin bertanya atau pergi sendiri melihat papan kenyataan di bahagian tersebut mungkin boleh memohon dan seterusnya disenaraipendekkan.

Pergerakan guru sekolah memang begitu terhad justeru mereka terikat dengan keperluan sukatan pelajaran dan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS). Konsep melindungi masa instruksional murid (MMI) bererti bahawa keutamaan guru penolong ialah berada di sekolah berbanding dengan sumbangan di luar sekolah. Jumlah waktu maksimum guru berada di luar kawasan sekolah ialah 30 peratus, serta dihitung secara automatik menerusi aplikasi e-gerak.

Namun, sesuatu dasar tidak pernah bersifat jumud dari segi pelaksanaannya sehingga boleh menyekat kemajuan ikhtisas para guru. Maka, cadangan cuti sabatikal itu diharapkan menjadi dorongan kepada guru untuk menambah baik aktiviti bilik darjah sejajar dengan keperluan menjanakan modal insan minda kelas pertama acuan sendiri ke arah negara maju yang  berpendapatan tinggi. Laluan guru sekolah untuk proses naik pangkat yang sering dipintas oleh orang pejabat boleh diganti dengan kemudahan yang baharu ini.

Guru sekolah harian biasa yang hanya mampu tumpang seronok dengan program pengantarabangsaan sekolah kluster kecemerlangan dan sekolah berprestasi tinggi kini bolehlah mengintai peluang untuk ke luar negara. 

...

...

...

...

...

...

...

...

No comments: