SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, July 3, 2013

LANTIKAN PENGETUA BAHARU: PELUANG UNTUK GURU LEBIH MUDA (LEADERSHIP COMPETENCY IN SCHOOL)

Berdasarkan hitungan konservatif, hanya sejumlah 2.67 peratus guru sekolah rendah berpeluang menduduki kerusi guru besar, manakala hanya 1.91 peratus guru sekolah menengah akan memegang jawatan pengetua. Hitungan itu berdasarkan bilangan sekolah rendah sebanyak 7,743 buah, manakala sekolah menengah sebanyak 2,344 buah. Bilangan guru sekolah rendah ialah sebanyak 289,631 orang, sedangkan di sekolah menengah sebanyak 122,532 orang (klik di sini).

Pengetua dan guru besar ibarat nakhoda sebuah bahtera besar, ketua juruterbang pesawat atau seorang jeneral di medan pertempuran. Dengan punca kuasa dan autoriti yang sah, pengetua dan guru besar memiliki wewenang sebagai pembuat keputusan tertinggi di peringkat sekolah, tetapi dalam masa yang sama memikul tanggungjawab terhadap semua urusan yang berkaitan dengan sekolah. Maka, pengetua dan guru besar juga boleh diumpamakan sebagai raja yang sangat berkuasa, namun perlu sentiasa waspada terhadap segala anasir dan ancaman yang boleh menjejaskan organisasi.

Selama ini, pengetua dilantik dalam kalangan pegawai perkhidmatan pendidikan (PPP / guru) atas cadangan pegawai pendidikan daerah dan pengarah jabatan pendidikan negeri sebelum dimuktamadkan oleh ketua pengarah pendidikan Malaysia. Memandangkan bahawa hanya segelintir guru sahaja yang berpeluang dilantik sebagai pengetua dan guru besar, maka kebanyakan guru hanya akan bersara sebagai guru penolong atau guru akademik sahaja. Dalam proses berkenaan, bakat dan potensi kepimpinan sebilangan guru mungkin terbiar begitu sahaja.

Peluang guru yang berada di sekolah lebih tipis berbanding dengan PPP yang bertugas di pejabat pendidikan daerah dan jabatan pelajaran negeri. Maka, berlaku keadaan apabila PPP yang lebih junior memintas guru lama di sekolah untuk jawatan kepimpinan sekolah. Dalam teori kepimpinan pendidikan, sekolah juga tertakluk kepada tingkah laku organisasi yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor dalaman dan luaran, sama ada yang boleh dikawal atau sebaliknya.

Kini, Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan pelaksanaan kaedah lantikan pengetua baharu bagi tahun 2014 dan seterusnya (klik di sini).

...

...

...

...

...

No comments: