SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, September 3, 2013

MOTIVASI BELAJAR: MEMUPUK RASA TERUJA DALAM PROSES PEMBELAJARAN (CLASSROOM CLIMATE AND HAPPENINGS)

Assalamua alaikum, salam sejahtera

Pelajar yang dikasihi sekalian,

Seorang ahli falsafah silam bernama Jalaludin al-Rumi pernah mengatakan bahawa dorongan utama manusia untuk hidup ialah cinta. Manusia melakukan segala perkara kerana cinta. Manusia makan kerana cinta, minum kerana cinta, bersenam kerana cinta, berurus niaga kerana cinta dan melakukan perjalanan kerana cinta. Pendek kata, segala perbuatan manusia yang rasipnal terjadi kerana cinta.

Cinta ialah keghairahan, rasa obses dan teruja terhadap sesuatu perkara. Dalam perbincangan santai ini, kita hanaya akan menggunakan istilah teruja, justeru ghairah dan obses mungkin disalah anggap atau digunakan untuk maksud dan konotasi yang tidak relevan. Maka, rasa teruja merupakan puncak cinta yang agung dalam semua urusan kehidupan, termasuk pembelajaran.

Pembelajaran ialah suatu ibadah yang luhur dan bakal beroleh ganjaran yang berlipat kali ganda dengan syarat memenuhi syarat yang tertentu. Kali ini, kita memberi tumpuan terhadap proses pembelajaran rasmi di bilik darjah yang menuntut kesungguhan yang optimum. Sebahagian input pembelajaran pula bersifat abstrak, mujarad atau niskala. Sebahagian pelajar mungkin berasa sukar dan tertekan dengan isi pelajaran yang berat, serta disampaikan menerusi sejumlah konsep dan teori.

Pelajar yang dirahmati,

Seseorang yang asyik dengan cinta akan sanggup melakukan apa-apa sahaja bagi memastikan bahawa cinta yang dikejar itu kesampaian dan tidak kecundang begitu sahaja. Betapa pun begitu besar cabaran, dugaan dan ujian, semuanya sanggup ditempuhi tanpa banyak alasan dan rungutan. Orang yang bercinta berpegang kepada prinsip 'di mana ada kemahuan, di situ ada jalan'.

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

No comments: