SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, September 2, 2013

HARGA PETROL RON 95 NAIK 20 SEN (FUEL HIKE POWER AND SHORT RUN INFLATION RATE)

Perdana Menteri mengumumkan berita penting di atas sebentar tadi (klik di sini). Maknanya, harga petrol Ron 95 ialah RM2.10 seliter mulai tengah malam ini. Stesen petrol dijangka mengalami kesesakan luar biasa kerana orang ramai ingin mengisi tangki minyak kenderaan masing-masing hingga penuh dengan bayaran harga lama, iaitu RM1.90 satu liter.

Walaupun debat politik bakal berlaku, hakikatnya pengalaman kebanyakan negara di dunia menunjukkan bahawa harga bahan api tidak dapat dikekalkan untuk suatu tempoh yang sangat lama justeru pelbagai faktor dan peristiwa mempengaruhi mekanisme permintaan dan penawaran petrol (klik di sini dan di sini). Krisis inflasi tolakan kos yang tinggi pada dekad 1970-an berpunca daripada tindakan pertubuhan negara pengeluar minyak, Opec, menunjukkan kuasa mereka. Namun, Opec kini sudah kehilangan taring, sebaliknya kawalan harga bahan api dikuasai pula oleh kumpulan negara maju G8.

Pakar ekonomi mendapati bahawa dalam tempoh enam bulan (jangka pendek), kesan inflasi agak ketara dirasai, tetapi akan diimbangi oleh kegiatan bersifat fiskal. Peniaga dijangka mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang dan perkhidmatan setinggi 10 peratus walaupun nisbah penggunaan bahan api terhadap kos pengeluaran hanya di sekitar satu peratus. Pengguna hanya mampu berbuat bising pada peringkat awal, tetapi selalunya tewas kepada kuasa kaum pemodal (kapitalis) yang mengawal kegiatan pengeluaran dan pengedaran barang dan perkhidmatan.

...

...

...

...

...

...

...

No comments: