SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, October 31, 2013

PENDIDIKAN KHAS MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN (DESIGNING INSTRUCTION FOR THE KIDS WITH NEUROLOGICALLY DIFFICULTY)

Petang semalam, ketika berurusan di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Ipoh, penulis blog (PB) sempat berbual ringkas dengan seorang remaja berusia 17 tahun yang datang dari Kampar. Dia sedang menunggu kad pengenalan baharunya siap setelah tercicir ketika membonceng sebuah motosikal. Dia mengaku baharu selesai menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) walaupun rakan sebaya yang lain bakal menduduki SPM.

Secara pandangan mata kasar remaja itu tiada sebarang kekurangan fizikal, tetapi dia sendiri memohon program pendidikan khas bagi murid bermasalah pembelajaran. Walaupun petah berkata-kata dan bercerita, dia agak lambat menangkap isi pelajaran dalam kelas yang biasa. Dia berharap untuk terus ke kolej vokasional dalam bidang masakan sebaik memperoleh kelayakan PMR kelak.

Perbualan itu mengingatkan PB ketika hendak menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid di Tanjung Bungah, Pulau Pinang beberapa tahun yang lalu. PB meninjau kawasan masjid terapung itu dan menuju ke satu kawasan wakaf (tempat rehat berbumbung). Tidak semena-mena sekumpulan remaja bertempiaran lari demi melihat susuk PB (yang berwajah garang dan serius?). 

Sebenarnya mereka ialah murid pendidikan khas bermasalah fizikal (cacat) dan hanya bimbang dimarahi guru yang membawa mereka. Bas yang membawa mereka diletakkan berdekatan dengan pagar masjid. Guru warden juga berada bersama mereka di situ.

Program pendidikan khas telah berkembang pesat di negara kita dan dikendalikan oleh sekumpulan guru yang mengkhusus dalam bidang berkenaan hingga peringkat sarjana dan doktor falsafah. Sebahagian hadiah latihan persekutuan cuti belajar bergaji penuh dengan biasiswa ditawarkan untuk calon sarjana dan doktor falsafah pendidikan khas. Guru pendidikan khas menikmati elaun kritikal atas kesabaran dan sumbangan mereka membimbing murid yang berkeperluan itu untuk membawa diri dan berdikari dalam kehidupan.

Pendidikan khas diberikan secara percuma, bahkan setiap murid diberi bantuan kewangan (klik di sini). Pengesanan murid dengan keperluan khas tanpa sebarang kecacatan fizikal memerlukan kerjasama pihak ibu bapa dan guru. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran di sekolah harian biasa mungkin pada zahirnya kelihatan biasa sahaja.

Reka bentuk pembelajaran murid pendidikan khas sudah tentu berlainan dengan murid biasa. Ketiga-tiga domain kognitif, afektif dan psikomotor masih menjadi asas perancangan aktviti bilik darjah, tetapi dengan pilihan pedagogi dan pentaksiran yang tersendiri. Wajaran setiap komponen tersebut mengambil kira keperluan pembelajaran murid pendidikan khas dan pencapaian mereka.

Program pemulihan yang dilaksanakan di sekolah harian biasa, serta dikendalikan oleh guru yang tidak mengkhusus dalam pendidikan khas mungkin lebih menjurus kepada murid yang mengalami kecelaruan sikap, kurang berdisiplin dan berpencapaian minimum, tetapi masih boleh diselamatkan. Maka, muncul program campur tangan (intervensi) seperti galus (gagal ke arah lulus) dan halus (harapan lulus). Sebaliknya, program pendidikan khas untuk murid bermasalah pembelajaran dikaitkan dengan tahap kesihatan mental (neuron) yang tertentu.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Bahagian Pendidikan Khas (klik di sini) turut melaksanakan program pengesanan dan saringan murid (outreach) yang sepatutnya mengikuti program pendidikan khas, tetapi tidak mempunyai akses untuk berbuat demikian. Instrumen yang merangkumi inventori pengesanan murid pendidikan khas juga perlu berada di sekolah harian biasa, khususnya di tangan unit bimbingan dan kaunseling. Potensi dan fakulti murid berkeperluan khas dan bermasalah pembelajaran juga perlu digembleng ke tahap optimum.

Khusus terhadap murid bermasalah pembelajaran, iaitu yang lambat dan perlahan dalam menguasai isi pelajaran, reka bentuk pembelajaran yang bersifat eksklusif boleh jadi lebih munasabah. Kewujudan sekolah model khas dan kelas pendidikan khas di sekolah harian biasa memberi gambaran betapa perhatian terhadap pendidikan khas begitu serius. Sebagai sebuah negara yang kian menghampiri status negara maju berpendapatan tinggi dengan acuan sendiri, pembelaan terhadap golongan istimewa, kelainan upaya dan kurang beruntung merupakan salah satu penanda aras penting kebajikan rakyat di bawah prinsip masyarakat madani ...

Wednesday, October 30, 2013

UNIVERSITI MALAYA DAPAT NAIB CANSELOR BAHARU LAGI (HIGHER LEARNING LEADERSHIP)

Sejak Pak Ungku (Profesor Diraja Dr. Ungku Aziz) berundur dari kerusi naib canselor pada tahun 1988, iaitu setelah 20 tahun memegang amanah memimpin Universiti Malaya (UM), jawatan panas berkenaan lebih kerap bertukar tangan. Dalam tempoh yang sama (1988 - 2008), enam orang tokoh cendekiawan dan pentadbiran awam diberi peluang menerajui UM (senarai penuh: klik di sini). Profesor Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon tamat kontrak beliau sebagai naib canselor mulai 7 November ini.
sumber ambilan: di sini

Tempat Profesor Ghauth bakal diisi pula oleh Profesor Datuk Dr. Mohd Amin bin Jalaludin yang merupakan alumni UM pada tahun 1982 dalam bidang perubatan (klik di sini). Beliau juga memperoleh sarjana kepakaran (FRCS) dari Edinburgh, Scotland pada tahun 1989 dalam bidang otorhinolaringologi (pembedahan kepala, mata dan leher). Profesor Amin ialah naib canselor ketiga yang memiliki latar belakang perubatan setelah Profesor Dr. Anuar Zaini (2000) dan Profesor Dr. Hashim Yaacob (2003). 

Tugas sebagai naib canselor UM memang begitu mencabar memandangkan status selaku universiti tertua dan terulung di Malaysia. Selain mengekalkan kedudukan nombor satu itu, UM harus sentiasa mencari jalan untuk muncul sebagai antara universiti terbaik dunia (pernah berada pada kedudukan ke-89 ketika era Profesor Hashim Yaacob). Profesor Amin juga diharapkan akan dapat meningkatkan pencapaian UM menerusi pemantapan kepimpinan universiti, kualiti penyelidikan dan penerbitan, kualiti staf akademik, mahasiswa, kedudukan di peringkat antarabangsa serta penjanaan pendapatan.

Ketika universiti awam yang lain, serta institut pengajian tinggi swasta, sibuk dengan isu kebolehpasaran siswazah masing-masing, UM dijangka meneruskan tradisi kecemerlangan akademia yang menjurus kepada kepimpinan dan pembaharuan. Bersama empat buah lagi universiti penyelidikan (UKM, UPM, USM dan UTM), UM sentiasa menjadi penanda aras utama pengajian tinggi tempatan. Universiti komprehensif lain memberi tumpuan kepada hands-on (gunaan dan vokasional), tetapi universiti penyelidikan terus di hadapan sebagai pemimpin dan pencetus pembaharuan.

UM pasti terus menjadi pilihan utama pelajar cemerlang di dalam negara. Malah, UM juga membuka pintu kepada pelajar antarabangsa, terutama pengajian siswazah (sarjana dan doktor falsafah). UM telah pun memiliki Institut Asia-Eropah yang menghimpunkan sarjana dan penyelidik terkemuka dunia.

Walaupun UM berhasrat untuk mengukuhkan kedudukan sebagai universiti bertaraf dunia, citra tempatan tidak harus dipinggirkan begitu sahaja. UM boleh sahaja mengambil seberapa banyak profesor pelawat antarabangsa mengisi kedudukan akademik di mana-mana jabatan dan fakulti, tetapi kesarjanaan tempatan harus tetap unggul. Kes penjenamaan semula Institut Kepengetuaan kepada Institut Kepimpinan Pendidikan dengan tenaga pensyarah antarabangsa hampir sepenuhnya mungkin perlu dikaji semula.

Tanpa menafikan kesarjanaan Profesor Alma Haris di peringkat antarabangsa dengan teori kepimpinan pendidikan teragih dan transaksional beliau, tetapi kepimpinan pengetua harus menerima sentuhan input sarjana tempatan, sekurang-kurangnya untuk peringkat sarjana secara kerja kursus. Barangkali program pengajian sarjana dan doktor falsafah mod penyelidikan boleh dibuka kepada calon siswazah tempatan dan antarabangsa. Keseimbangan antara strategi pengantarabangsaan dengan citra tempatan harus mendapat perhatian kepimpinan baharu UM.

Tugas besar sudah menanti Profesor Amin di kerusi panas naib canselor UM. Balasan terhadap kepercayaan ialah kesetiaan, kesungguhan dan pencapaian. Semoga Profesor Datuk Dr. Mohd Amin bin Jalaludin akan berjaya memacu UM di puncak kecemerlangan dengan kepercayaan yang diberi, amin ...

Saturday, October 26, 2013

PEMATUHAN TATACARA OPERASI PIAWAI, SOP DI SEKOLAH (ACHIEVING UNIFORMITY IN THE PERFORMANCE)

Apabila pihak tertentu cuba mempersoalkan tindakan menembak mati penjenayah berbahaya, pihak polis segera membuat kenyataan bahawa mereka berbuat demikian mengikut tatacara operasi piawai (TOP) atau dalam bahasa Inggeris, standard operating procedure, SOP. Demikian juga jawapan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang melepaskan air empangan hidroelektrik di Cameron Highland yang mengakibatkan banjir lumpur yang membabitkan korban nyawa dan kemusnahan harta benda baru-baru ini. Maka, alasan awal yang paling ampuh apabila berlaku sesuatu musibah atau bencana ialah pematuhan terhadap TOP.

Sekolah sebagai organisasi yang memupuk pembelajaran juga tertakluk kepada TOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan menerusi kuat kuasa akta pendidikan (1996, pindaan dari masa ke masa), dasar pendidikan kebangsaan, dokumen pelan pembangunan pendidikan (PIPP 2006 - 2010; PPPM 2013 - 2025), tatacara kewangan dan perakaunan sekolah dan pelbagai pekeliling yang dikeluarkan. Tanggungjawab yang berat di sekolah terletak di bahu pengetua yang perlu menjaga semua hal ehwal perjalanan sekolah dari segi kemasukan murid, perjawatan guru dan kakitangan, kemudahan prasarana sekolah, kewangan, keselamatan dan banyak lagi. Dari segi TOP, pengetua ialah pemimpin yang sentiasa memberi bimbingan dan motivasi kepada semua warga sekolah supaya tetap berada dalam landasan TOP.

Konsep umum TOP boleh dibaca di sini.

...

...

...

...

...

...

...

Friday, October 25, 2013

BELANJAWAN 2014: BONUS, GULA DAN GST (ADJUSTING HIGHER SPENDING WITH GIVEN EARNING)

Pembentangan belanjawan negara (kini disebut sebagai bajet yang diambil terus daripada istilah bahasa Inggeris budget) pada Jumaat terakhir Oktober saban tahun dalam sidang parlimen mendapat perhatian segenap golongan pemimpin dan rakyat jelata. Sebagai penyata anggaran hasil dan perbelanjaan kerajaan bagi tempoh setahun (2014), segala dasar, strategi dan teras yang dinyatakan bakal mempengaruhi kegiatan ekonomi dan kehidupan masyarakat. Usai pembentangan, sesi perbahasan akan berlangsung sebelum pengundian dibuat untuk mendapatkan kelulusan parlimen supaya belanjawan berkenaan boleh dilaksanakan.

Banyak perkara yang disentuh dalam pembentangan belanjawan, tetapi beberapa isu diberi tumpuan kerana berkait rapat dengan pendapatan dan perbelanjaan isi rumah, dan sangat mempengaruhi kos sara hidup yang meningkat dari masa ke masa. Teks ucapan belanjawan boleh dibaca di sini. Seperti biasa, maklum balas yang diterima akan berbelah bahagi justeru setiap pihak bakal menerima natijah yang berbeza rentetan perubahan yang diumumkan.  

Antara pengumuman yang ditunggu ialah pemberian bonus kepada kakitangan awam pada penghujung ucapan pembentangan belanjawan kira-kira pada pukul enam petang. Teka-teki jumlah bonus yang diterima sudah bertemu titik noktah, iaitu setengah bulan gaji pokok yang bakal dimasukkan ke dalam akaun gaji pada awal Januari hadapan. Para peniaga juga menarik nafas lega justeru sebahagian besar pendapatan tambahan kakitangan kerajaan itu akan masuk ke dalam kantung mereka!

Kerajaan juga bersetuju dengan proses pelarasan gaji kakitangan awam yang dijangka akan dimuktamadkan November ini merangkumi skim tangga gaji, kenaikan gaji tahunan (KGT) dan elaun. Sebelum ini, sumber membayangkan pelarasan gaji pokok antara 3 hingga 5 peratus di bawah Sistem Saraan Transformasi (SST) bagi menggantikan sepenuhnya jadual sistem saraan baru perkhidmatan awam (SBPA) yang telah dibatalkan, tetapi masih digunakan buat sementara, khususnya untuk kiraan KGT. Dalam keadaan biasa (kecenderungan mengguna sut, MPC = 0.75 - 0.8), maka antara 75 - 80 peratus tambahan pendapatan boleh guna (setelah ditolak cukai, Yd = Y - T), akan membesarkan saiz pusingan aliran pendapatan menerusi peningkatan perbelanjaan agregat.

Selain itu, belanjawan 2014 menyaksikan subsidi gula dimansuhkan sepenuhnya, atau bersamaan 34 sen. Namun, harga gula di pasaran akan dijual pada RM2.85 (naik 35 sen) berasaskan konsep penyelarasan harga kepada 5 sen yang terdekat. Alasan rasionalisasi subsidi gula itu ialah bagi menangani masalah kesihatan rakyat Malaysia yang mencatat peningkatan penghidap kencing manis dan kegemukan. 

Dari segi teori permintaan, gula dikategorikan sebagai barang mesti dan bersifat tidak anjal sempurna. Maksudnya, perubahan harga gula tidak akan memberi kesan kepada perubahan kepada kuantiti gula yang diminta, kecuali dalam julat yang sangat minimum. Sebagai bahan asas dalam proses penyediaan makanan dan minuman, pengguna boleh menjangka bahawa mereka perlu membayar harga yang lebih tinggi jika meneruskan amalan makan di luar rumah, atau membeli kuih-muih di gerai tepi jalan.

Pengenalan sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang berkuat kuasa mulai bulan April, 2015 dijangka mencetuskan perdebatan, sama ada dalam sidang Dewan Rakyat, penganalisis ekonomi dan orang ramai yang prihatin. Memandangkan tarikh pelaksanaannya masih jauh, pengumuman yang dibuat barangkali lebih bersifat psikologi supaya kejutan tidak terlalu mendadak sebagaimana pengumuman kenaikan harga bahan api petrol dalam tempoh dua tiga jam sahaja. Mungkin juga akan berlaku ubah suaian dari segi modus operandi pelaksanaan GST kelak setelah mengambil kira maklum balas semua pihak yang berkepentingan, terutama pembayar cukai tidak langsung.

Pengalaman negara maju dan negara dunia ketiga yang telah melaksanakan GST perlu dipelajari dan diambil iktibar. Bagi golongan rakyat yang tidak memahami sistem GST, mereka hanya mengambil peduli tentang wang yang keluar daripada poket mereka macam air yang mengalir deras. Maka, langkah melonjakkan pendapatan isi rumah ialah jalan keluar yang paling berkesan, iaitu sejajar dengan konsep negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Hakikatnya banyak lagi pengumuman terdapat dalam pembentangan belanjawan 2014 (sila klik ringkasan sepintas lalu di sini). Misalnya, peruntukan untuk semua kementerian, BR1M, perumahan rakyat dan baucar buku bagi menjamin kebajikan dan kesejahteraan rakyat di bawah konsep pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan semula. Pelajar pengajian tinggi, termasuk program prauniversiti (tingkatan enam, matrikulasi, asasi dan setara) akan menikmati kenaikan amaun pemberian sebanyak RM50 daripada sejumlah RM250 sebelum ini.

Kini, pelaksanaan belanjawan 2014 hanya menunggu kelulusan parlimen setelah berakhirnya perbahasan dalam kalangan wakil rakyat. Berdasarkan sistem majoriti mudah dan pengundian berbelah bahagi, belanjawan 2014 dijangka memperoleh restu parlimen dan seterusnya dewan negara. Akhir sekali, proses perkenan DYMM Seri Paduka Badinda Yang Di-Pertuan Agong dengan penurunan cop mohor diraja membolehkan belanjawan 2014 berjalan seperti yang dihasratkan ...

Tuesday, October 22, 2013

ETIKA PERGAULAN DI SEKOLAH (REJECTING HEDONISM IN THE EDUCATIONAL SETTING)

Pernah suatu ketika dahulu isu sekolah campuran (co-education) atau pengasingan jantina menjadi tajuk pertandingan koakademik perbahasan. Sekolah yang mengasingkan jantina ialah sekolah bantuan modal seperti Methodist, Convent dan rangkaian La Salle. Sekolah campur pula menjadi identiti sekolah kebangsaan bantuan penuh kerajaan, sama ada rendah mahupun menengah.

Namun, terdapat juga sekolah kebangsaan dan berasrama penuh yang mengasingkan jantina seperti Sekolah Alam Shah, Sekolah Dato' Abdul Razak, Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Kolej Melayu Kuala Kangsar, Sekolah Seri Puteri, Sekolah Tun Fatimah dan Kolej Tunku Kurshiah. Begitu juga dengan sekolah negeri seperti Izzuddin Shah, Taayah dan Maahad Muhammadi. Kelonggaran berlaku di sekolah dominasi pelajar lelaki untuk program prauniversiti seperti kelas tingkatan enam dan institut baccaleureate (bakal dibuka di MCKK).

Hakikatnya kedua-dua jenis sekolah, sama ada bercampur atau berasingan jantina, menghadapi isu yang sama, iaitu pencapaian, sahsiah, disiplin dan kepimpinan. Terdapat andaian umum bahawa sekolah murid perempuan sepenuhnya lebih mudah diurus, dan masalah disiplin juga di tahap minimum. Murid perempuan, kecuali dalam kes terpencil, tidak terbabit dalam peristiwa kekasaran secara fizikal berbanding dengan murid lelaki. 

Bagaimanakah pula hanya dengan sekolah bercampur? Dengan pendedahan dunia maya secara masa sebenar dan akses jalur lebar mudah alih, kemesraan murid berlainan jantina sudah mengalami perubahan yang luar biasa, berbanding dengan murid sebelum era alaf tiga. Rasa segan silu atau kekok untuk bertegur sapa dan bergurau senda sudah menjadi sejarah.

Adakah aktiviti pembelajaran menerusi kaedah kerja kumpulan turut menyumbang terhadap runtuhnya sempadan segan silu berlainan jantina yang dibina oleh generasi silam? Kepastian hanya akan diperoleh menerusi satu penyelidikan yang autentik. Bagaimanakah pula dengan pengaruh siaran pendidikan seperti Oh My English yang memaparkan kemesraan pelajar berlainan jantina yang duduk rapat-rapat dan bersentuhan tanpa sebarang kejanggalan?

Sekolah ialah organisasi memupuk pembelajaran yang berteraskan nilai-nilai murni dan jati diri bagi menghadapi cabaran persekitaran dan zaman yang pesat berubah. Dalam keghairahan kita mencontohi kemajuan pendidikan Barat, perkara asas seperti akhlak dan sahsiah mesti terus menjadi asas dan benteng yang kukuh sebagaimana Wawasan 2020 yang mensasarkan pencapaian negara maju (berpendapatan tinggi) dengan acuan sendiri. Cukuplah mentaliti kekaguman terhadap bekas penjajah Inggeris yang masih belum luput dalam kalangan segelintir mat saleh celup memualkan kita.

...

...

...

...

Sunday, October 20, 2013

KESELAMATAN PELAJAR DALAM PERJALANAN KE SEKOLAH (COST BENEFIT ANALYSIS FOR YOUNG DRIVER)

Pemandangan murid sekolah berbasikal di sekolah-sekolah harian nampaknya semakin kurang, terutama di kawasan bandar. Kebanyakan murid dihantar oleh ibu bapa masing-masing dengan kenderaan persendirian sama ada kereta atau motosikal. Sebahagian kecil murid masih menggunakan perkhidmatan bas sekolah atau bas henti-henti atas sebab kesibukan ibu bapa atau laluan yang berlainan dengan tempat kerja mereka.

Ibu bapa di bandar biasanya tidak membiarkan anak-anak ke sekolah bersendirian atas alasan keselamatan di jalan raya dan juga ancaman jenayah. Kebimbangan yang lebih tinggi dalam kalangan ibu bapa ialah terhadap keselamatan murid perempuan. Anak-anak pada usia yang masih mentah mungkin tidak dapat membaca niat buruk seseorang yang menghampiri mereka.

Kanak-kanak juga membentuk kumpulan dan puak yang berkongsi persamaan cita rasa dan minat tertentu. Jadi, kemungkinan untuk berlaku krisis dan persaingan tidak mustahil boleh sahaja tercetus walaupun berpunca daripada hal yang remeh-temeh. Bermula dengan bertegang leher, kanak-kanak yang tidak mampu mengawal diri mungkin terbabit dengan serangan fizikal.

Murid yang berbasikal ke sekolah mempunyai risiko pendedahan yang lebih tinggi terhadap pembentukan kelompok dan puak yang dimaksudkan. Kejadian buli dan ugutan sering dipendamkan sahaja kerana murid yang menjadi mangsa takut dikenakan lebih teruk. Guru dan ibu bapa harus lebih peka terhadap keresahan murid yang mungkin telah menjadi mangsa.

Ibu bapa yang berkemampuan boleh menyediakan motosikal kepada anak yang sudah mencecah usia 16 tahun justeru layak memiliki lesen memandu B2. Namun, dalam kes yang sangat terpencil, disebabkan keadaan fizikal budak zaman sekarang yang tinggi lampai dan gempal, terdapat murid yang baru berusia 15 tahun sudah berani memandu kereta di jalan raya. Mereka mungkin berjaya mengaburi mata pihak berkuasa lalu lintas, tetapi kemungkinan yang paling buruk boleh sahaja berlaku.

Murid tingkatan lima yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan-bulan terawal mungkin dibenarkan oleh ibu bapa untuk memandu sendiri kereta ke sekolah. Tiket kebebasan daripada kos menunggu kenderaan awam atau menumpang orang lain sudah di tangan. Walaupun begitu, kemungkinan-kemungkinan yang lain juga perlu difikirkan. 

Gaya pemanduan orang Malaysia masih di tahap mentaliti dunia ketiga, iaitu bersifat agresif. Pemandu kenderaan besar enggan menghormati pemandu kenderaan yang lebih kecil dan pengguna jalan raya yang lain. Mereka tidak berusaha untuk menjaga keselamatan pengguna jalan raya yang lain, sebaliknya membunyikan hon jika laluan mereka terhalang. 

Berdasarkan tingkah laku pemanduan itu, murid yang menunggang motosikal berhadapan dengan risiko yang lebih tinggi untuk terbabit dengan nahas jalan raya. Motosikal paling mudah terbalik jika bergesel atau dihimpit oleh kenderaan yang bersaiz lebih besar. Kecenderungan penunggang motosikal untuk mencelah (bahasa basahannya 'cilok') memburukkan lagi keadaan.

Pelajar perempuan yang menunggang motosikal berhadapan dengan risiko yang berganda, terutama ancaman jenayah culik, ragut dan seksual. Dengan itu, mereka wajib melalui jalan raya yang lebih sibuk, justeru pergerakan kenderaan menjadi lebih perlahan, sementara bantuan kecemasan juga lebih mudah diperoleh jika berlaku kerosakan motosikal atau diekori orang yang mencurigakan. Lebih selamat lagi jika pelajar perempuan hanya dibenarkan memandu kereta, bukannya menunggang motosikal.

Keselamatan murid dan pelajar dalam perjalanan ke sekolah wajar diberi perhatian yang teratas oleh semua pihak yang berkepentingan bermula daripada penggubal dasar, pelaksana di peringkat sekolah dan ibu bapa. Pelaburan dalam keselamatan pelajar mungkin membabitkan kos yang tinggi sedikit, tetapi pengorbanan itu sangat berbaloi demi menjamin ketibaan mereka yang bergerak dari rumah ke sekolah dan sebaliknya dengan tenang lagi yakin (klik di sini untuk bacaan lanjut). Pada masa yang sama, kempen mesra sesama pengguna jalan raya perlu digiatkan lagi dalam kalangan masyarakat pemandu di negara kita ...

Thursday, October 17, 2013

MENGAPAKAH KERAJAAN AMERIKA SYARIKAT DITUTUP? (UNDERSTANDING ECONOMIC LEADERSHIP)

Apabila Barrack Obama, presiden bukan kulit putih (tulen) pertama Amerika Syarikat membuat perisytiharan tutup kerajaan, kegiatan ekonomi antarabangsa turut menekan butang kecemasan. Beliau berhadapan dengan tentangan Republikan yang mengundi untuk menolak dasar belanjawan Obama berkaitan reformasi penjagaan kesihatan beliau. Demokrat pimpinan Obama menguasai Rumah Putih, tetapi Republikan menguasai Kongres.

Setelah 16 hari Obama bertegas enggan mengalah, akhirnya Republikan akur untuk menamatkan penutupan kerajaan justeru bimbang dengan prospek sokongan politik pada masa hadapan (klik di sini dan di sini). Sebelum ini, kerajaan Amerika Syarikat juga pernah ditutup pada tahun 1995. Penutupan kerajaan bermakna bahawa tiada perbelanjaan awam dibenarkan, termasuk untuk membayar gaji kakitangan kerajaan.

Krisis fiskal Amerika Syarikat sentiasa mempengaruhi kegiatan ekonomi antarabangsa memandangkan negara Uncle Sam itu memiliki kuasa tawar-menawar yang amat kuat terhadap entiti ekonomi dunia seperti kelab negara kaya G8, Bank Dunia, Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO). Terkini, Amerika Syarikat juga giat melobi supaya perjanjian perdagangan Trans Pasifik (PTTA) dilaksanakan dengan segera. Sebahagian negara dunia ketiga juga sangat bergantung kepada bantuan kewangan Amerika Syarikat.

Bagi Malaysia, pengalaman ekploitasi stok penimbal bijih timah dan getah asli oleh Amerika Syarikat pasti sangat berguna. Dengan kuasa beli yang luar biasa, Amerika Syarikat membeli stok bijih timah dan getah Malaysia secara besar-besaran untuk disimpan. Stok besar itu boleh dijadikan senjata untuk mengawal harga kedua-dua komoditi utama itu dengan 'ugutan halus' melepaskan stok penimbal dengan harga di bawah kos sehingga industri berkenaan berada dalam keadaan tidak menentu.

Amerika Syarikat juga berjaya menjual teknologi getah sintetik dan plastik yang mengakibatkan bijih timah dan getah sudah kurang relevan dalam teknologi keluaran mutakhir. Sehingga kini, penyelidikan tempatan berkenaan kegunaan termaju bijih timah dan getah belum berjaya meyakinkan pasaran antarabangsa berbanding dengan kelicikan pemasaran getah sintetik dan plastik Amerika Syarikat. Industri bijih timah Malaysia sudah lama tidur, manakala industri getah masih nyawa-nyawa ikan.

Industri minyak kelapa sawit negara juga berhadapan dengan persaingan bersifat sabotaj oleh industri kacang soya Amerika Syarikat berkaitan isu lemak tepu dan kolestrol jahat. Piawaian mutu makanan dan dadah (FDA) kuasa besar ekonomi dunia itu juga mengakibatkan keluaran pertanian negara dunia ketiga disekat daripada memasuki pasaran Amerika Syarikat. Namun, keluaran pertanian Amerika Syarikat seperti gandum, epal dan anggur bebas menembusi pasaran antarabangsa.

Amerika Syarikat telah membina rangkaian kepentingan ekonomi mereka di serata dunia menerusi dasar pelaburan asing yang agresif. Syarikat gergasi multinasional Amerika Syarikat mencatat perolehan pendapatan yang jauh melebihi pendapatan banyak negara. Pendek kata, jika ekonomi Amerika Syarikat bermasalah, seluruh dunia akan ikut terjejas.

Walaupun Barrack Hussien Obama ahli politik berpengaruh dunia yang memiliki latar belakang pengajian undang-undang Harvard, namun sudah tentu beliau mempunyai had dari segi input perancangan, pentadbiran, pengurusan dan kepimpinan ekonomi. Obama harus bergantung kepada penasihat ekonomi beliau supaya natijah setiap dasar ekonomi yang hendak dilaksanakan baik-baik belaka. Hakikatnya kebanyakan masalah pemerintahan negara berkisar terhadap kebajikan rakyat dari segi kegiatan ekonomi dan kewangan ...

Wednesday, October 16, 2013

MAKLUM BALAS PBS EKONOMI STPM (ACADEMIC SINCERITY: EVIDENCE OF INTEGRITY, CREDENTIALS AND AUTHENTICITY)

Pendahuluan
Penjenamaan semula pengajian prauniversiti tingkatan enam mulai kohort pelajar STPM 2013 turut mengubah sukatan pelajaran dan komponen pentaksiran. Terdapat proses pengguguran, dan penambahan dalam kertas setiap mata pelajaran yang sedia ada, di samping pengenalan komponen kerja kursus, iaitu penyediaan kertas projek kajian yang kemudiannya dinamakan sebagai pentaksiran berasaskan sekolah (PBS). Bagi mata pelajaran Ekonomi, komponen PBS diuji secara khusus sebagai Kertas 4.

Konsep Pelaksanaan PBS Ekonomi
Secara ringkas, kertas projek yang disediakan bertujuan untuk mendedahkan pelajar prauniversiti tingkatan enam terhadap asas penyelidikan dalam disiplin ekonomi. Berdasarkan pilihan tema yang diberi, pelajar dikehendaki menulis kertas projek berkenaan berdasarkan format, kaedah dan laras ilmiah seperti yang ditetapkan. Guru Ekonomi setiap kelas secara automatik akan dilantik sebagai pembimbing kerja kursus PBS Ekonomi, sekali gus sebagai pemeriksa.

Taklimat PBS disampaikan oleh guru pada awal penggal tiga, disusuli dengan penyediaan cadangan kertas projek, khususnya penetapan tajuk penyelidikan, latar belakang, penyataan masalah dan objektif kajian. Selanjutnya, pelajar dibimbing tentang kaedah penyelidikan, termasuk pengumpulan data dan analisis data yang berkaitan. Fasa akhir meliputi hasil penyelidikan, cadangan, rumusan, senarai rujukan dan lampiran. 

Draf pertama dihantar untuk semakan guru untuk proses pembetulan, penambahbaikan dan kesejajaran dalam pelaporan. Setelah pelajar melakukan pemurnian, langkah berikutnya ialah pembentangan dalam majlis kolokium atau seminar. Tujuan utama pembentangan ialah untuk memastikan bahawa pelajar mengamalkan kejujuran akademik ke arah penyelidikan yang asli dan autentik. 

Kewajaran Tempoh Penyelidikan
Pelajar diperuntukkan jangka masa antara tiga hingga empat bulan bagi menyempurnakan cadangan penyelidikan, penulisan draf laporan, penambahbaikan dan akhirnya pembentangan (viva). Adakah pengalaman menyediakan folio di peringkat sekolah rendah, menengah rendah dan menengah atas banyak membantu pelajar dalam penyelidikan tahap prauniversiti? Adakah pelajar prauniversiti mengalami kejutan dan kesuntukan masa?

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

Saturday, October 12, 2013

MENGAPA POKOK JADI CONTOH? (THE POWER OF ANALOGIES)

Begitulah bunyinya pertanyaan seorang pelajar prauniversiti apabila dicadangkan supaya melayan imaginasi pembelajaran sambil membilang pokok yang terdapat di kawasan gunung berhampiran kawasan perumahannya. Pelajar berkenaan sudah maklum bahawa gurunya tidak akan bercakap sesuatu tanpa maksud tertentu.

nantikan perbincangan selanjutnya.

...

...

...

...

...

...

...

...

Friday, October 11, 2013

MAKANAN BUDAK ZAMAN SEKARANG (THE CHANGING OF TASTE)

Pizza yang berasal dari Itali lebih dikenali daripada lempeng tepung tempatan walaupun asas penyediaan kedua-dua makanan berkenaan sama sahaja. Namun, proses penyelidikan dan pembangunan produk, kemudian setelah mendapat hak paten, pizza berjaya dieksport ke seluruh dunia, termasuk di negara kita. Jenama pizza sudah melekat dalam minda kanak-kanak dan seisi keluarga.

Apa sudah jadi dengan lempeng tepung biasa, lempeng pisang dan sebagainya? Hanya mak nenek sahaja yang masih menyediakan juadah berkenaan untuk sarapan atau minum teh pada waktu petang di kampung. Budak bandar mungkin hanya kenal lempeng di pasar malam atau pasar tani.

Jika pizza Itali berjaya muncul sebagai jenama antarabangsa, mengapa tidak demikian halnya dengan lempeng? Terpulang kepada chef terkemuka tempatan dan sarjana kulinari untuk mencetuskan jenama lempeng untuk tersenarai sebagi menu pilihan antarabangsa. Generasi muda tempatan juga perlu diberi kesedaran supaya menghargai makanan tradisional tempatan yang tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan jenama antarabangsa yang lain.
biji cempedak rebus

Sehingga tahun 1980-an kantin sekolah masih menjual ubi kayu goreng yang cukup lazat dan lemak semula jadi. Tekstur ubi kayu yang digoreng dengan mesra memang sangat enak untuk dinikmati panas-panas. Murid berebut-rebut membeli ubi kayu goreng pada zaman berkenaan.

Begitu juga dengan sepotong sengkuang yang disapu dengan sos cili, serta ditabur dengan kacang yang telah ditumbuk separuh hancur. Betapa sedap sengkuang mentah yang masih segar itu. Memang sangat berbaloi untuk memberi sepotong sengkuang setiap hari di kantin sekolah.

Cempedak goreng masih kekal laris sehingga sekarang, sama seperti pisang goreng dan keropok lekor. Mungkin disebabkan harga cempedak yang agak mahal, kanak-kanak zaman sekarang tidak berpeluang menikmati cempedak mentah. Setelah makan cempedak goreng, biji cempedak dibuang begitu sahaja.

Sebaliknya, jika cempedak dimakan mentah-mentah, biji cempedak boleh direndam terlebih dahulu untuk sehari dua, kemudian direbus. Isi biji cempedak rebus seperti paparan gambar di atas  memang hebat dan luar biasa. Malangnya, budak sekarang memandang biji cempedak rebus sebelah mata sahaja.

Nampaknya bukan sahaja haiwan purba seperti dinasour sahaja yang mengalami kepupusan. Hal yang sama berlaku kepada makanan dahulu kala seperti biji cempedak rebus. Hanya golongan dewasa yang masih menggemari biji cempedak rebus yang dikatakan juga sebagai pemangkin nyah angin di dalam tubuh badan.

Biji cempedak rebus boleh dinikmati begitu sahaja, atau dimasukkan dalam masakan gulai lemak atau sayur rebus biasa. Orang tua yang menghadapi masalah gusi dan gigi masih boleh menikmati biji cempedak rebus yang ditumbuk halus atau dikisar sahaja. Sudah pasti kenangan lama semasa zaman kanak-kanak berputar kembali dalam kotak ingatan.

Banyak lagi makanan zaman dahulu yang semakin dilupakan, serta semakin tidak dikenali. Sayang seribu kali sayang jika juadah tradisional tempatan yang enak dan berkhasiat itu kemudian jatuh ke tangan orang lain dari segi hak paten dan penjenamaan. Jika masyarakat Barat berjaya menjual makanan tradisional mereka seperti pizza ke segenap penjuru alam, mengapakah tidak kita?

Wednesday, October 9, 2013

SOALAN HANGAT EKONOMI MALAYSIA: BAHAGIAN ESEI (ADDRESSING THE QUESTIONS WITHIN THE TIME LIMIT)




1
Huraikan dengan ringkas tiga faktor yang membezakan upah mengikut sektor di Malaysia.                                               
[6]


Keanjalan Penawaran






























2
-  sektor pertanian kurang anjal berbanding sektor perindustrian
-  beza jangka masa pengeluaran, tindak balas terhadap perubahan harga
-  pengeluar sektor industri  sanggup bayar upah > tinggi membolehkan hasil lebih tinggi

Keanjalan Permintaan Harga
-  sektor tani tidak anjal (barang keperluan), sektor industri: anjal (barang kehendak)
-  kurang barang pengganti, jika harga jatuh, kuantiti diminta naik sedikit sahaja
   (hasil sedikit, upah lebih rendah berbanding sektor industri)

Keanjalan Permintaan Pendapatan
-  sektor tani kurang anjal: pendapatan naik, permintaan tidak naik banyak, hasil sedikit,
   upah rendah (sebaliknya bagi sektor industri)

Musim dan Bencana
-  pengeluaran tidak stabil (beri contoh), industri tidak terjejas

Harga keluaran
-  sektor pertanian mirip persaingan sempurna (penerima harga): harga lebih rendah
-  sektor industri penentu harga: mirip monopoli / PM

Peranan orang tengah
-  ambil kesempatan terhadap kejahilan (pengetahuan pasaran) petani / nelayan, harga rendah
-  industri: strategi pemasaran lebih tersusun, untung maksimum, upah > tinggi

Daya Pengeluaran Sut (MRP)
-  sektor tani intensif buruh, teknologi rendah: MRP rendah à upah rendah (banding industri)

3 Isi + Huraian @ 2 markah = 6

(a)    Apakah maksud hutang negara?

        -  pinjaman yang dibuat oleh kerajaan untuk membiayai defisit belanjawan akibat
            kekurangan hasil, sama ada daripada sumber dalam atau luar negara.         2 markah

(b)    Jelaskan dua sumber hutang dalam negara di Malaysia.

        -  institusi kewangan bank, bukan bank: jual sekuriti kerajaan pada nilai muka.
           bentuk jangka panjang (tempoh matang > setahun). Contoh: KWSP, BSN, Perkeso
           (bil perbendaharaan: bentuk jangka pendek, matang < setahun)

-          institusi kewangan Islam:  penjualan sijil pelaburan pada nilai muka.
Contoh: Bank Islam, Tabung Haji, syarikat takaful

                                                                             2 Isi + huraian @ 2 markah = 4






























[2]




[4]


3


Terangkan kesan kejatuhan kadar pertukaran asing terhadap harga barang,  dan terhadap
daya saing eksport di Malaysia.

-  nilai RM naik secara berbanding à Px ↑, Dx ↓;  Pm ↓, Dm ↑                             3 markah
-  harga barang / perkhidmatan M’sia mahal secara relatif
-  daya saing eksport jatuh à persaingan yang tinggi di pasaran antarabangsa      3 markah
   (pengecualian terhadap komoditi utama yang tidak anjal, Xn ↑)




[6]

4













5





Jelaskan tiga masalah yang dihadapi oleh perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia.

modal / sumber kewangan: cagaran / penjamin / kos pentadbiran / kepercayaan bank
pemasaran:  pasaran domestik kecil / kepakaran / saingan firma MNC / rangkaian
lokasi:  tanah persendirian / bukan zon industri / kurang strategik / rungutan masyarakat
teknologi:  alatan tradisional / intensif buruh / pengetahuan IT / p-ekonomi vs k-ekonomi
buruh mahir:  gaji / syarat perkhidmatan / latihan / persaingan firma besar
bahan mentah:  saingan pembelian / harga / < modal untuk membeli stok
piawaian industri besar (PKS sebagai vendor): mutu / reka bentuk / penghantaran lewat
pengurusan:  tiada kelayakan ikhtisas / asas pengalaman, warisan / inovasi
undang-undang:  tafsiran PKS pelbagai à kelayakan bantuan / saiz perniagaan

3 Isi +huraian @2 markah = 6

a)    Bagaimanakah institusi kewangan berfungsi sebagai perantara kewangan?

       -  mengumpulkan wang daripada masyarakat dan perusahaan: bayar faedah / dividen
       -  meminjamkan semula wang:  penyaluran dana daripada lebihan rizab
           (penyimpan = unit lebihan, peminjam = unit kekurangan, tanggungjawab bayar balik)
       -  membeli instrumen hutang: menggunakan wang penyimpan
          (firma tidak perlu mencari pembiayaan secara langsung daripada orang ramai)
                                                   2 Isi + huraian  @ 1 ½ markah = 3

(b)    Huraikan secara ringkas cara bank perdagangan melaksanakan fungsi perantara
        kewangan.                                          
[6]













[3]









[3]








6

        -  fungsi tabungan:  menerima deposit orang ramai: tabungan, semasa, tetap
        -  fungsi mudah tunai / kredit:  pinjaman kepada orang ramai, firma, kerajaan
        -  fungsi pembayaran:  mekanisme penggunaan cek untuk pendeposit akaun semasa
        -  fungsi perlindungan risiko:  aset / nyawa
        -  fungsi kekayaan:  pertumbuhan aset kewangan
2 Isi + huraian @  1 ½ markah = 3

(a)     Apakah perbezaan antara kemiskinan mutlak dengan kemiskinan relatif?
    
         -  mutlak:  pendapatan kasar bulanan tidak cukup untuk membeli keperluan minimum
             isi rumah;  relatif:  ketidaksamaan pendapatan antara kumpulan                   2 markah

(b)     Terangkan secara ringkas cara mengukur kemiskinan tegar di Malaysia.

          -  pendapatan bulanan isi rumah < paras garis kemiskinan (PGK)  makanan.
          -  keperluan diet / pemakanan sihat isi rumah: bIlangan / umur / jantina
           -  PGK bukan makanan:  pakaian / sewa / minyak /elektrik / pengangkutan / komunikasi
          -  akses perkhidmatan asas: bekalan air bersih / sanitasi / rawatan / maklumat / keselamatan








[2]




[4]

    

          -  sara diri yang mencukupi:  jumlah perbelanjaan asas individu dewasa setahun
2 Isi + huraian @ 2 markah = 4

Monday, October 7, 2013

MOTIVASI BELAJAR: CAHAYA DI HUJUNG TEROWONG (THE DREAM OF A WAKING MAN)

Assalamu alaikum dan salam sejahtera

Pelajar yang dikasihi,

Izinkan saya bermula dengan satu anekdot atau kisah pendek. Sebenarnya sudah banyak kali saya menggunakan laluan Terowong Menora, iaitu tidak jauh dari Plaza Tol Jelapang, Ipoh menuju arah utara Semenanjung Tanah Melayu. Namun, pada suatu pagi, pergerakan kenderaan menjadi tersekat-sekat mengakibatkan saya perlu berada lebih lama dalam laluan terowong yang hanya dilimpahi cahaya yang suram.

Dalam keadaan itu, saya hanya mampu menunggu dan meneka bahawa sesuatu telah berlaku di hujung sana yang menghalang kelancaran pergerakan kenderaan, kecuali motosikal. Kemungkinan paling buruk ialah berlaku runtuhan struktur terowong yang belum dapat dibersihkan sepenuhnya. Kemungkinan yang lebih sederhana ialah terdapat kerja pembinaan di hadapan.

Akhirnya, teka-teki terjawab apabila cahaya muncul di hujung terowong. Sebuah kereta Honda City kelihatan remuk dan siap sedia untuk ditunda. Anggota polis trafik juga kelihatan di tempat kejadian. Pemandu kereta yang cedera masih mampu berdiri barangkali memberi keterangan tentang nahas yang dialami.
Pelajar yang dimuliakan,

Saya mahu mengaitkan peristiwa di Terowong Menora itu dengan kebimbangan dan harapan dalam  proses pembelajaran. Pada ketika tertentu pelajar mungkin berasa buntu, putus asa dan tenggelam punca, justeru berhadapan dengan kesukaran menguasai isi pelajaran. Fikiran pelajaran seolah-oleh terperangkap oleh penjara kebimbangan yang kelam dan gelap gelita.



...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

Saturday, October 5, 2013

ANALISIS PENCAPAIAN CALON EKONOMI STPM 2012 (THE LAST COHORT OF TERMINAL SYSTEM GOT REWARDED)

Jawapan terhadap persaingan sengit memasuki fakulti ekonomi IPTA peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) kohort terakhir sistem terminal. Sejumlah 2 171 orang calon, bersamaan 13.16 peratus, mencatat gred cemerlang A dan A-. Selain itu, hampir 60 peratus calon berjaya memperoleh gred lulus penuh (prinsipal) A hingga C.

STPM 2012 TERMINAL
ANALISIS PENCAPAIAN CALON

Gred
A
A-
B+
B
B-
C+
C
C-
D+
D
F

Bilangan
(%)
1 234
(7.48)
937
(5.68)
1 137
(6.89)
1 348
(8.17)
1 627
(9.86)
1 695
(10.27)
1 789
(10.84)
1 200
(7.27)
1 023
(6.2)
1 124
(6.81)

3 387
(20.53)


Jumlah Calon: 16 501 orang
Lulus Penuh: 9 767 orang (59.19%)
Perbandingan dengan tahun 2011: +3.94%

sumber: Laporan STPM 2012, Majlis Peperiksaan Malaysia

Sudah hampir pasti bahawa hanya calon yang beroleh gred A, bukan A- dan lain-lain, berpeluang untuk menyertai persaingan merebut tempat di fakulti ekonomi, khususnya universiti penyelidikan yang bertaraf premier (UKM, UM, UPM dan USM), bersama lulusan asasi, matrikulasi dan diploma. Pemohon juga mesti mencatat purata nilai gred kumulatif (PNGK) yang tinggi, iaitu 3.2 dan ke atas. Tanpa pencapaian yang cemerlang, pemohon hanya boleh berharap dan berdoa semoga berlaku keajaiban.

Era 'cukup-cukup makan' atau pencapaian minimum sudah lama berlalu. Surat sokongan orang kuat politik dan sekolah tidak banyak membantu. Pilihan yang masih ada ialah memilih fakulti lain, atau memohon masuk ke institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang bersedia dengan tangan terbuka, asal sahaja pemohon mampu membayar segala yuran pengajian dan kos sara hidup yang lain.

Kini, era terminal sudah pun berakhir dan calon sulung STPM modular sudah hampir menamatkan pengajian penggal 3 mereka dengan peperiksaan dan kertas projek. Setiap penggal calon STPM modular berhadapan dengan kertas yang berbeza bagi setiap mata pelajaran. Bagi calon ekonomi, penggal 3, mereka berhadapan dengan kertas Ekonomi Malaysia dan kerja kursus.

Keputusan STPM 2013 ialah gabungan pencapaian peperiksaan ketiga-tiga penggal. Walaupun sukatan pelajaran Mikroekonomi dan Makroekonomi dikurangkan sedikit, calon STPM modular berhadapan pula dengan kertas 3 (Ekonomi Malaysia) dan kertas 4 (kertas projek) yang menuntut kesungguhan dan tumpuan yang tidak berbelah bahagi dalam proses pembelajaran.

Laporan STPM 2012 tidak jauh berbeza dengan laporan tahun-tahun sebelumnya justeru masalah calon STPM boleh dikatakan bersifat tipikal saban tahun. Kelemahan penguasaan konsep dan teori ekonomi, serta perancangan jawapan yang tidak mantap terjelma dalam skrip jawapan calon. Perkara asas seperti kurang ketelitian dalam menangkap maksud sebenar tugasan soalan juga masih berulang.

...

...

...

...

Friday, October 4, 2013

FAHAMAN SYIAH MEMBINASAKAN KERUKUNAN INSTITUSI MASYARAKAT (CURBING DEVIANT TEACHING)

Almarhum Ahmad Deedat (1918- 2005, klik di sini) diberitakan paling bijak mematahkan hujah puak Syiah dalam masa yang paling singkat. Dalam pertemuan ulama Sunni dan Syiah, Ahmad Deedat masuk ke majlis agak lewat sambil mengepit kasutnya di celah lengan. Apabila ditanya oleh ulama Syiah, Ahmad Deedat mengatakan dia mendengar bahawa puak Syiah pada zaman Nabi Sallallahu alaihi wasallam gemar mencuri.

Secara spontan ulama Syiah berkata, "mana ada Syiah pada zaman Nabi Salallahu alaihi wasallam?". Ahmad Deedat pun menjawab, "maka, perbualan kita tamat (di sini). Dari mana datang ajaran agama kamu?" (klik di sini dan di sini).

Secara peribadi, penulis blog pernah hadir dalam satu majlis ceramah Ahmad Deedat semasa belajar di UKM. Ketika itu, beliau sedang hangat dengan kod 19 yang dikaitkan dengan kalimah basmalah, bilangan surah (boleh dibahagi dengan angka 19) dan banyak lagi. Ahmad Deedat umpama bintang yang sangat cemerlang kerana dalam kelembutan beliau, hujah puak athies, kristian dan syiah terlihat lemah dan palsu.

Perdebatan tentang Syiah memang sudah berlarutan, tetapi puak Syiah masih diiktiraf sebagai umat Islam. Buktinya penganut Syiah dibenarkan menunaikan fardu haji di Makkah dan Iran ialah anggota pertubuhan negara Islam (OIC). Namun, sekatan terhadap puak Syiah memang berlaku di negara-negara umat Islam yang menolak ajaran dan amalan Syiah yang dianggap pelik dan tidak serasi dengan sirah.

Jemaah haji dan umrah Syiah ditegah daripada masuk ke Baqi' (kawasan makam ahli'l-bait dan sahabat) berdekatan Masjid Nabawi di Madinah al-Munawwarah. Maka, mereka hanya dihadkan di kawasan luar pagar makam dan kelihatan seperti meratap. Kaum wanita mereka lebih mudah dikenali dengan pakaian purdah serba hitam.

Walaupun Iran agak keras dengan rejim haram Tel Aviv, tetapi masih wujud masyarakat Yahudi dalam jumlah yang agak besar di negara berkenaan. Malah, Dr. Ahmad Neejad, mantan presiden Iran sendiri, mempunyai susur galur darah keturunan Yahudi. Iran dikatakan bersekongkol dengan Hezbollah Lubnan dan Bashar al-Asad di Syria untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai masyarakat Sunni.

Secara ilmiah, sejarah dan status fahaman Syiah dibincangkan secara mendalam oleh ahli usuluddin (ilmu kalam) yang turut memperinci aliran Jabbbariyah dan Muktazilah. Maka, urusan tentang itu eloklah diserahkan kepada mereka yang ahli. Sebagai orang awam, kita hendaklah berpegang teguh kepada al-Quran dan al-Sunnah sebagaimana pesanan Nabi Sallallahu alaihi wasallam.

Segala penyelewengan dan kekejaman puak Syiah patut menjadi iktibar kepada masyarakat Islam di Malaysia. Puak Syiah hanya bakal menanam kebencian dan dendam terhadap Sunni, serta merosakkan sisi kehidupan yang normal. Amalan nikah mutaah (kahwin kontrak) dan konsep solat jamak yang ganjil ialah antara contoh pengaruh buruk Syiah yang menjatuhkan martabat umat.

Masyarakat Islam di Malaysia sudah letih memerangi sesenarai panjang ajaran sesat dan khurafat. Kini, Syiah semakin berani menampakkan wajah mereka secara terbuka. Amalan longgar (liberal) mereka tentu disambut dengan gembira oleh kaki maksiat yang begitu senang menghalalkan cara.

Lama-kelamaan, jika dibiarkan berkembang, puak Syiah akan berasa kuat, lalu lebih berani menghembus jarum permusuhan terhadap masyarakat Sunni yang selama ini menganjurkan persaudaraan dan saling menghormati perbezaan pendapat. Fahaman Syiah tidak kurang bahayanya berbanding dengan aliran utilitarian, sekular dan hedonisme. Syiah yang cenderung kepada pemujaan peribadi (cult) dan taksub akan hanya memusnahkan sebanyak mungkin institusi masyarakat kita yang sudah terbina sedemikian lama ...

Wednesday, October 2, 2013

PERBANDINGAN PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA DENGAN MONOPOLI (PRICING AND WELFARE)

Pendahuluan

Dari segi asal usul perkataan (etimology), mono bererti tunggal, manakala poli bererti banyak. Dalam percakapan biasa, kita biasa mendengar istilah monogami (beristeri satu) dan poligami (beristeri lebih daripada satu). Dalam konteks ekonomi, monopoli bermaksud firma tunggal yang menguasai pasaran.

Oleh itu, firma monopoli juga ialah industri monopoli. Monopoli wujud kerana sekatan kemasukan firma baharu ke dalam pasaran. Monopoli tidak sejajar dengan kebajikan masyarakat (pengguna) kerana tingkat harga yang tinggi, tetapi dengan keluaran yang rendah.

Amerika Syarikat menggunakan Indeks Monopoli Bain (klik di sini dan di sini) bagi mengukur had maksimum urus niaga monopoli yang dibenarkan. Bill Gates dan Microsoft Inc. pernah didenda berbilion USD oleh mahkamah negara berkenaan kerana didapati melanggar akta monopoli. Malaysia juga telah menubuhkan Suruhanjaya Persaingan (klik di sini) yang telah mengenakan hukuman denda RM10 juta kepada syarikat penerbangan kebangsaan (MAS) dan Air Asia kerana didapati berpakat menguasai pasaran yang menjurus kepada amalan monopoli (klik di sini).

Andaian analisis grafikal

Bagi memudahkan perbincangan, monopoli dibandingkan dengan pasaran persaingan sempurna (PS). Struktur kos kedua-dua pasaran diandaikan sama dan berada dalam keseimbangan jangka panjang. Maksudnya, keluk kos purata jangka panjang (LAC) dan kos sut jangka panjang (LMC = SS) kedua-dua pasaran dikongsi bersama, tetapi keluk permintaan (DD = AR) dan hasil sut (MR) yang berbeza.
sumber ambilan: lembaran kerja pelajar LA1, SMK St. Michael, ipoh

Keseimbangan PS tercapai pada titik Es apabila MRs = LMC dengan harga Ps dan kuantiti Qs. Firma berkeadaan untung normal kerana pada keluaran seimbang Qs, ARs = LAC. Saiz jumlah hasil (TR) dan jumlah kos (TC) adalah sama, iaitu OQsEsPs.

Keseimbangan monopoli pula tercapai pada titik Em apabila MRm (keluk berwarna merah yang bercerun negatif) bersilang dengan LMC dengan harga Pm dan kuantiti Qm. Firma berkeadaan untung lebih normal kerana pada keluaran seimbang Qm, ARs > LAC. Kawasan untung ialah PmABPo, iaitu TR - TC atau OQmAPm - OQmBPo.

Keputusan Perbandingan

Pada tingkat keseimbangan didapati bahawa:

1  Harga monopoli lebih tinggi daripada harga PS:  Pm > Ps

2  Keluaran monopoli lebih rendah daripada keluaran PS:  Qm < Qm

3  Monopoli beroleh untung lebih normal, PS beroleh untung normal

4  Saiz lebihan pengguna monopoli, iaitu PmAF lebih kecil daripada lebihan pengguna PS, iaitu PsEsF.
    Kebajikan pengguna lebih terjamin dalam pasaran PS berbanding dengan monopoli.

5  PS beroperasi pada keluaran optimum (titik minimum LAC) iaitu titik Es, tetapi monopoli beroperasi             pada bahagian LAC sedang turun, iaitu titik B. Maknanya firma PS mencapai tahap kecekapan 
    pengeluaran, iaitu kapasiti penuh atau tanpa pembaziran sumber. 

6  PS juga mencapai kecekapan peruntukan, iaitu pada P = LMC, juga pada titik Es kerana keluk ARs =
    MRs = DD = P. Monopoli tidak mencapai kecekapan peruntukan kerana pada keluaran seimbang Qm, 
    didapati bahawa P > LMC.

Nota Hujung: Cara Melukis Keluk ikut tertib.
1  Paksi / label
2  LAC, terus tanda titik minimum LAC
3  ARs = MRs = DD = P
4  LMC potong minimum LAC
5  ARm = DDm = Pm bercerun -ve memotong titik minimum LAC
6  MRm = 1/2 ARm
7  Es, Em
8  Ps, Qs, titik untung normal
9  Pm, Qm, kawasan untung lebih normal
10  Lebihan pengguna: di bawah garis DD, di atas garis harga

Kesimpulan

Pasaran PS memiliki kelebihan dari segi kebajikan pengguna (harga lebih rendah, kuantiti lebih banyak dan lebihan pengguna lebih besar) berbanding dengan monopoli. Selain itu PS juga didapati lebih cekap dari segi penggunaan sumber, iaitu mencapai kecekapan pengeluaran (keluaran optimum dan tiada pembaziran sumber), serta mencapai kecekapan peruntukan (harga = hasil sut).