SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, October 1, 2013

PMR TERAKHIR TAHUN 2013 (SCHOOL-BASED LEARNING GETTING STRONGER)

Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) secara berpusat sepenuhnya hanya sempat menginjak usia 21 tahun sejak diperkenalkan pada tahun 1993 sebagai ganti  Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Mulai tahun hadapan PMR akan diganti oleh Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah (PBSMR) dengan hanya empat mata pelajaran yang akan diuji secara berpusat. Sistem PBS sudah diperkenalkan kepada murid tingkatan satu kohort 2012 dan mereka memang sudah mengikuti mod pembelajaran PBSMR.

Hakikatnya syarat persijilan PMR lebih ketat daripada SPM dan STPM justeru calon wajib lulus dalam semua mata pelajaran yang diduduki, termasuk kertas elektif. Maknanya, andai kata calon beroleh 7A, tetapi memperoleh gred gagal (G) dalam mana-mana mata pelajaran lain, dia dikira gagal PMR. Semasa era SRP, Bahasa Melayu dan Matematik (Ilmu Hisab) menjadi mata pelajaran wajib lulus untuk persijilan.

Walaupun syarat persijilan PMR sangat ketat, dasar kenaikan automatik ke tingkatan empat sejak tahun 2003 telah berjaya mengelakkan masalah keciciran murid pada usia muda. Pilihan mata pelajaran di peringkat menengah atas begitu banyak, namun tertakluk kepada kemudahan prasarana sekolah dan tenaga pengajar yang mengkhusus dalam mata pelajaran yang ditawarkan. Kini, kolej vokasional diwujudkan bagi menawarkan program diploma selama empat tahun kepada lepasan PMR.

Tidak dinafikan bahawa sistem PMR telah menyumbang terhadap kelangsungan pendidikan dan tapisan kecemerlangan murid. Pencapaian dalam PMR telah sekian lama menjadi kayu ukur tentang keupayaan murid untuk meneruskan pembelajaran menengah atas dalam jurusan yang sesuai seperti sains, kemanusiaan, perdagangan, teknikal dan vokasional. Namun, PMR harus mengucapkan sayonara untuk memberi laluan kepada sistem pentaksiran yang lebih autentik dan dinamik untuk menghadapi perubahan persekitaran pendidikan yang bersifat sejagat.

...

...

...

...

...

...

No comments: