SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Loading...

Thursday, February 28, 2013

"GILA"FRIEND DAN "BUAYA"FRIEND (MORAL DECADENCY AND THE DAMAGING FAMILY INSTITUTION)

Gambaran manusia yang kelabu mata dek panahan cinta asmara diungkapkan dengan pelbagai cara, misalnya 'cinta itu buta', 'cinta tidak mengenal usia', dan banyak lagi. Lirik lagu bertema cinta lara yang dialunkan dengan begitu mendayu meruntun jiwa remaja untuk hanyut dalam dunia khayalan cinta tanpa mengira sama perbuatan mereka benar atau salah, halal atau haram, bijak atau dangkal.

Kisah remaja perempuan yang sanggup derhaka kepada ibu bapa kerana mengikut jantan Bangla atau Lombok ke negara asal mereka. Setelah merana apabila pengalaman asyik mahsyuk yang hanya sebentar bertukar dengan penderitaan dan penyeksaan keluarga suami yang jahil dan kolot dalam serba-serbi sisi kehidupan. Apabila berjaya dibawa balik ke pangkuan keluarga, hanya cerita keburukan si jantan warga asing sahaja yang dijaja, walhal akhlak buruk diri sendiri langsung tidak terucap.

"Uda dan Dara, 'Cinderella' atau 'Cupid and Culprit' ialah antara gambaran klasik tentang kisah cinta tanpa ikatan yang sah. Jika pada zaman dahulu, hubungan terlarang antara teruna dan dara berlaku secara tersembunyi, kini pada zaman komunikasi maya langit terbuka, kesempatan untuk memulakan pergaulan bebas sukar disekat walaupun remaja sering diberi peringatan tentang risiko jenayah dan penyamaran. Banyak kisah tragis yang berlaku dianggap remeh-temeh dan sebagai kes terpencil.

Remaja perempuan yang termakan dengan pujuk rayu jantan durjana seolah-olah sudah tidak dikenal oleh ibu bapa mereka sendiri. Segala jasa, kasih sayang dan pengorbanan ibu bapa sejak di dalam kandungan hingga sebesar dua tapak tangan dan kemudian menjelma sebagai gadis rupawan yang ditatang bagaikan minyak yang penuh sirna begitu sahaja. Cakap si jantan durjana bagaikan mempunyai kuasa tarikan magnet dan magis yang luar biasa.

Suatu ketika dahulu, panggilan teman wanita dalam bahasa Inggeris diubah kepada "gila"friend, manakala untuk teman lelaki menjadi "buaya"friend. Remaja perempuan yang sudah hilang akal itu memang menjadi gila hingga sanggup membuang keluarga sendiri, mengenepikan adat resam dan melanggar hukum hakam agama. Si jantan durjana, termasuk yang sudah kerepot memang seperti buaya yang sedia membaham mangsa yang masuk dalam perangkap.

Habis madu sepah dibuang. Gilafriend akhirnya merana dan hilang maruah diri. Si jantan durjana bertukar menjadi sekutu iblis syaitan yang berwajah buaya darat, casanova dan don juan.

...

...

...

...


Wednesday, February 27, 2013

E-MEL SAIZ BESAR (FREE EXTRA MEGABYTES)

Penggunaan laman sesawang (dahulu home page) secara percuma tertakluk kepada terma, syarat dan batasan yang tertentu. Begitu juga e-mel percuma di bawah domain gmail, yahoo dan lain-lain. Sebagai contoh, imej atau audio video yang dimuat naik terhad kepada saiz tertentu yang dibenarkan oleh pemilik domain, melainkan pengguna bersetuju membuat sejumlah bayaran tertentu.

Namun, terdapat beberapa cara untuk mengirim mengecilkan saiz sesuatu fail. Misalnya, kebanyakan gambar yang dirakam secara digital membabitkan resolusi tinggi sehingga 8 megabit. Dengan klik sebelah kanan kursor, gambar boleh diubah daripada fomat JPeg itu ke format Paint yang bersaiz kurang daripada satu megabit, atau kalau dipotong (crop), tinggal beberapa puluh kilobit sahaja.

Lampiran fail (attachment) yang dikirim melalui e-mel percuma hanya dihadkan kepada 25 megabit. Jalan penyelesaiannya ialah dengan menggunakan perisian muat turun percuma yang boleh memuatkan saiz fail 100 megabit secara sekali gus (gunakan aplikasi ini). Kod muat naik yang dipaparkan perlu disalin dan dimaklumkan kepada penerima atas konsep perkongsian fail.

...

...

...

...

...

...

...

Tuesday, February 26, 2013

PERSATUAN BOLA SEPAK NEGARA PANTANG DIKRITIK? (THE MAGIC MIRROR)

Apabila seorang sarjana ulung bersuara sudah pasti terselit mesej besar yang perlu mendapat perhatian. Profesor Emeritus Dr. Khoo Kay Kim (baca di sini) memberi teguran kepada Persatuan Bola Malaysia (Fam) justeru terlalu taksub dengan artikel 88 yang melarang pemimpin dan anggota gabungan persatuan berkenaan meluahkan rasa tidak puas hati, tetapi tidak pula sibuk mencari jalan meningkatkan pencapaian skuad kebangsaan. Lama-kelamaan, semakin banyak pihak berasa jemu dengan telatah Fam yang dilihat sebagai kuku besi, serta dijauhi oleh rakan yang jujur sebagai cerminan kelemahan pemimpim Fam.

...

...

...

...

...

...

...

...

...

Monday, February 25, 2013

PERUBAHAN KESEIMBANGAN EKONOMI TERBUKA (AE, INJECTION-LEAKAGE ANALYSIS IN THE FOUR SECTOR ECONOMY)

1  Menerusi pendekatan Y = AE:  Y = C + I + G + Xn

2  Menerusi pendekatan J = W:    I + G + X = S + T + M

3   Boleh ditunjukkan menerusi gambar rajah
     (Nota: sila tambah M untuk bocoran dan tambah X untuk suntikan)

4   Kes Xn = +ve
     (+ΔX > +ΔM)

     


5   Kes Xn = -ve
     (+ΔX < +ΔM)



6   Kes Xn = 0
     (+ΔX  = ΔM)



7   Aplikasi LAST



8   Perbincangan

Sunday, February 24, 2013

KOREA SELATAN DAPAT PRESIDEN WANITA (EMINENCE FAMILY REIGNED IN POLITICS)

Akhirnya Korea Selatan menambah senarai negara yang dipimpin oleh kaum wanita apabila Park Geun-Hye, 61, mengangkat sumpah jawatan presiden negara kuasa baharu ekonomi dunia itu. Beliau anak bekas diktator, Park Chung-Hee, presiden pertama republik berkenaan (baca lebih lanjut di sini atau di sini). Berbeza dengan bapanya yang menduduki kerusi presiden menerusi rampasan kuasa tentera pada tahun 1961 sebelum dibunuh oleh ketua perisik beliau sendiri pada tahun 1979, Geun-Hye memenangi jawatan itu menerusi pilihan raya dengan menewaskan pencabar beliau, Moon Jae-in yang mewakili parti progresif.
sumber gambar di sini

Park Geun-Hye ialah siswazah kejuruteraan daripada Universiti Sogang dan tidak pernah berumah tangga. Pelantikan beliau ke jawatan presiden dijangka mengubah perspektif susun lapis masyarakat Korea Selatan yang masih taksub dengan nasab kaum lelaki dalam keluarga, kepimpinan dan korporat. Geun-Hye menimba pengalaman sebagai wanita pertama Korea Selatan selama lima tahun (1974 - 79) apabila ibu beliau terbunuh dalam satu serangan ejen Korea Utara yang ditujukan kepada presiden.

...

...

...

...

...

...

...

...

Saturday, February 23, 2013

MOTIVASI BELAJAR: KELEBIHAN PENGAJARAN SEBAYA (THE BEST WAY OF LEARNING)

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam sejahtera


Perbincangan kita pada kali ini dimulai dengan petikan kata-kata Profesor Dr. Muhaya Mohamad, seorang pakar pembedahan mata kaedah LASIK, merangkap pendakwah selebriti ulung di negara kita.. Dalam buku 'Pelajar Bertanya Prof. Dr. Muhaya Menjawab' pada halaman 18 ada menyatakan bahawa "Antara cara untuk gagal adalah tidak ada keupayaan untuk berdiskusi... cara kita ingat adalah 70 peratus daripada perbincangan. Sekiranya kita membaca seorang diri, kita dapat mengingati 10 peratus sahaja."

Profesor Muhaya seterusnya menyebut bahawa apabila mendengar (daripada orang lain atau rakaman suara sendiri?), 20 peratus lagi bertambah. Kombinasi mendengar dan membaca menghasilkan 50 peratus, manakala amali meningkatkan daya ingatan kepada 60 peratus dan akhir sekali mengajar orang lain, kita dapat mengingat 100 peratus.

Pendapat Profesor Muhaya itu bukanlah perkara baharu dalam maksim tentang pembelajaran (bacaan lanjut di sini). Malah, Conficius juga dikatakan berpendapat sedemikian, I hear and I forget. I see and I remember. I do and I understand (sumber di sini). Maka, antara kaedah pembelajaran di bilik darjah ialah bual bicara, forum, pembentangan, seminar dan kolokium.

Setiap kaedah pembelajaran memiliki kelebihan dan kekurangan yang tersendiri justeru setiap orang tertakluk kepada kecerdasan yang pelbagai (teori Horward Gardener, baca di sini). Selain itu, kita pernah mendengar tentang pembahagian hemisfera otak kanan dan hemisfera otak kiri (lakukan ujian sama ada anda lebih cenderung ke arah hemisfera otak kanan atau hemisfera otak kiri di sini). Memandangkan cara belajar yang tidak sama antara golongan murid, kaedah pendidikan khas sama ada untuk kumpulan bermasalah pembelajaran atau kumpulan pintar cerdas semakin dikembangkan.

Adik-adik yang dikasihi,

Untuk berlaku adil, mari kita meminjam kebijaksanaan Profesor Muhaya yang begitu kaya pengalaman dan telah terbukti sangat berjaya dalam bidang pengajian perubatan yang dianggap sebagai kritikal dan sukar. Tambahan pula, amalan kerjasama dan jemaah ialah suatu tuntutan agama. Tinggal lagi bahawa kita perlu memindahkan saranan bestari Profesor Muhaya dalam bentuk amalan sebenar.

Proses pengajaran sebaya yang dilaksanakan di bilik darjah diperhatikan mempunyai batasan dan kelemahan yang tersendiri akibat sikap murid yang cenderung berlumba-lumba untuk mendapat perhatian. Selain persediaan pembentang atau pengajar sebaya yang ala kadar, rakan-rakan yang lain tidak memberi perhatian dan sokongan sebagaimana yang diharapkan. Mereka bukan sahaja kurang yakin dengan kebolehan rakan sebaya, bahkan khuatir bahawa populariti si pengajar akan melonjak, lalu mengatasi dirinya.

Sebagai pakar pembelajaran yang peka, guru mencuba kaedah pengajaran dan pembelajaran sebaya yang bersifat mikro, iaitu dalam kumpulan kecil antara dua hingga empat orang. Tugasan yang diberi dibincangkan bersama dalam tempoh tertentu. Hasil perbincangan bakal dibentangkan untuk penilaian skor tertentu.

Kaedah dyads (rujuk di sini) iaitu pembelajaran secara berpasangan dengan rakan di tempat duduk bersebelahan ialah suatu pilihan yang berkesan apabila kawalan dilaksanakan. Guru bergerak dari meja ke meja bagi memastikan bahawa murid memberi tumpuan terhadap tugasan dan bukan mengambil kesempatan untuk melencong tentang hal yang tidak berkaitan. Sebagai pakar pentaksiran, pengukuran dan penilaian formatif, guru telah bersedia dengan reka bentuk item yang membawa skor tertentu.

Adik-adik yang dimuliakan,

Kemusykilan yang lazim dibangkitkan oleh pelajar ialah tentang proses pembelajaran di luar bilik kuliah. Manakah yang lebih berkesan, belajar sendiri atau berkumpulan? Hakikatnya, kedua-dua kaedah belajar yang berkenaan perlu dilakukan.

Semasa belajar bersendirian, pelajar perlu sentiasa menyediakan pen dan buku catatan membuat hubungan grafik antara idea, isi atau pemboleh ubah yang terdapat dalam sesuatu teks. Apabila belajar berkumpulan, pelajar harus memastikan bahawa ahli kumpulan yang dipilih mempunyai kecenderungan yang sama untuk memberi sumbangan produktif, bukan sekadar penumpang. Idea kelakar atau penyampaian kreatif (seperti ayat berirama) boleh dibenarkan, tetapi mesti sentiasa dalam landasan pembelajaran.

Sekian sahaja perbincangan buat kali ini. Wabillahi taufiq wal hidayah. Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Friday, February 22, 2013

NATIJAH WAJIB LULUS BAHASA INGGERIS SPM (OPEN CERTIFICATE CHALLENGES)

Ura-ura mewajibkan lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membawa erti bahawa syarat persijilan terbuka mengalami perubahan. Ketika mula diperkenalkan mulai tahun 2003, calon hanya perlu lulus Bahasa Melayu sebagai syarat mendapat sijil dan kalau gagal Bahasa Melayu pula, walaupun semua mata pelajaran lain lulus, calon dikira gagal. Kemudian, terdapat pengumuman bahawa Sejarah akan dijadikan mata pelajaran wajib lulus sebagai syarat mendapat sijil.

Namun, pelaksanaan wajib lulus Bahasa Inggeris hanya akan dilaksanakan setelah semua pihak yang berkenaan, terutama murid dan guru telah bersedia. Maksudnya, murid memiliki peluang akses pembelajaran Bahasa Inggeris yang setara daripada guru yang cukup terlatih, sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar. Dengan usaha menutup jurang digital menerusi penembusan jalur lebar di semua sekolah, termasuk kawasan pedalaman, inovasi dalam pembelajaran Bahasa Inggeris lebih mudah disampaikan.

Jika Sejarah dan Bahasa Inggeris juga wajib lulus sebagaimana Bahasa Melayu, calon SPM sudah ada tiga mata pelajaran yang mesti diberi tumpuan tanpa gagal. Slogan 'lulus BM lulus SPM, gagal BM gagal SPM' perlu dipinda, khususnya bagi program harapan lulus (halus) dan kelas pemulihan. Barangkali setelah murid yang kurang kecenderungan akademik ditempatkan di kolej vokasional, kelas-kelas seumpama itu di sekolah harian mungkin tiada lagi. 

Sebelum aliran Inggeris dimansuhkan pada tahun 1980 dan peperiksaan Malaysian Cerificate of Education (MCE) juga berakhir, calon SPM tidak boleh mendapat gred kepujian dalam Bahasa Inggeris. Sehabis baik pun, calon SPM hanya boleh mencapai gred 7P. Pengenalan kertas English Communication 121 pada tahun 1978 ialah langkah awal membolehkan calon SPM (aliran Melayu) beroleh kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Setelah semua sekolah bertukar kepada aliran Melayu atau kebangsaan, semua calon wajib menduduki kertas Bahasa Inggeris 121 dan dibenarkan menduduki kertas English 1119 yang dikendalikan oleh Cambridge. Kini, calon SPM hanya menduduki satu kertas Bahasa Inggeris, tetapi diberi dua gred, iaitu tempatan dan antarabangsa. Gred antarabangsa mengikut piawaian Cambridge hanya mengambil kira bidang penulisan.

Cabaran pembelajaran bahasa Inggeris lebih ketara dalam kalangan murid luar bandar dan pedalaman yang dipengaruhi oleh persekitaran harian yang menggunakan komunikasi bahasa slanga. parokial atau kolokial tempatan. Masalah bukan hanya berlaku terhadap pembelajaran bahasa Inggeris, bahkan untuk bahasa Melayu sendiri. Kebiasaan bertutur dalam loghat kedaerahan mengakibatkan penggunaan bahasa baku menjadi bahan lawak jenaka dan dipandang sebagai janggal.

Murid luar bandar bukan tidak pintar dalam pembelajaran bahasa Inggeris, tetapi mereka mungkin belum mencapai potensi sebenar ketika di sekolah. Buktinya, penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1970 telah membuka laluan kepada pelajar yang berasal dari kawasan luar bandar dan pedalaman yang tidak fasih berbahasa Inggeris mencapai mobiliti pendidikan yang tinggi, sekali gus mengubah status sosioekonomi keluarga masing-masing.  Di UKM, modul pembelajaran bahasa Inggeris di bawah kod MF sebanyak enam kertas semuanya telah mengukuhkan penguasaan bahasa Inggeris semua mahasiswanya yang wajib lulus sebagai syarat pengijazahan.

Siswazah UKM terawal telah mendaki puncak tertinggi kerjaya sehingga banyak yang bergelar profesor dan naib canselor setelah menyambung pengajian ijazah lanjutan di universiti ternama dunia, serta melakukan penyelidikan yang autentik. Sekarang, siswazah UKM juga sudah menyandang jawatan menteri kabinet, exco kerajaan negeri, tokoh korporat, dermawan, ketua pengarah dan ketua setiausaha pelbagai kementerian. Terkini, ketua pengarah kesihatan Malaysia juga ialah siswazah UKM.

Keadaan sudah berubah lagi apabila syarat lulus minimum Band 3 dalam kertas Malaysian University English Test (Muet) untuk tujuan pengijazahan. Malah, kursus kritikal yang menjadi rebutan seperti perubatan, pergigian, farmasi, optometri, kejuruteraan, undang-undang dan perakaunan memerlukan pemohon memperoleh Band 4 atas sebab persaingan yang begitu sengit. Pemohon yang hanya berbekalkan Muet Band 1 atau Band 2 hanya boleh mengharapkan kursus bukan ikhtisas, tetapi mesti membaiki keputusan Muet semasa belajar di universiti.

Negara mungkin kehilangan banyak lagi bakat yang tidak dapat dikembangkan hanya kerana halangan bahasa Inggeris di peringkat sekolah dan sukar pula diubah di peringkat universiti. Sesuatu perlu dilakukan bagi menampung keciciran bakat besar yang tersekat kerana sebab ketaksuban sesetengah pihak terhadap kompetensi bahasa Inggeris. Satu kajian skala besar hendaklah dilakukan bagi menentukan natijah wajib lulus bahasa Inggeris SPM dan kajian kes kejayaan UKM mengeluarkan siswazah hebat yang datang dari aliran kebangsaan dengan penguasaan bahasa Inggeris yang ala kadar sahaja...

Thursday, February 21, 2013

Wednesday, February 20, 2013

PROSES KERJASAMA DALAM ORGANISASI (THE CHALLENGE OF EDUCATIONAL ADMINISTRATION)

Kepimpinan ialah proses mempengaruhi orang atau pihak lain untuk mencapai sesuatu matlamat. Pentadbiran pula ialah proses mendapatkan kerjasama subordinat bagi mencapai matlamat organisasi. Sementara itu, pengurusan ialah melaksanakan sesuatu aktiviti menerusi peranan orang atau pihak lain.

...

...

...

...

...

...

...

...

...

Tuesday, February 19, 2013

PENEMPATAN AUTOMATIK GURU JIKA CAPAI PNGK 3.5 KE ATAS (THE EXCELLENT GOT THE POSTING)


Agensi berita kebangsaan (Bernama) melaporkan bahawa sejumlah 2,791 daripada 7,824 0rang siswazah pendidikan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) tahun lepas akan dilantik terus ke Gred DG41. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan mereka tidak perlu menghadiri temu duga kerana mencapai keputusan cemerlang dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.5 dan ke atas, serta mendapat sekurang-kurangnya keputusan A- dalam latihan praktikal. "Bagaimanapun, siswazah tersebut perlu menjalani sesi penilaian khas yang akan dilaksanakan oleh SPP, dan diperakui oleh IPTA dan IPGM," menurut kenyataan itu (baca di sini). 


Menurut SPP, sementara itu, baki 5,033 siswazah pendidikan pula perlu menduduki temu duga yang akan diadakan di seluruh negara mulai hari ini sehingga 27 Mac depan. Mereka perlu mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman sesawang rasmi SPP di sini.

...


...

...

...

...

...

...

...

Monday, February 18, 2013

APLIKASI 'LAST' UNTUK HURAIAN KESAN PENGGANDA (THE EFFECT OF INVESTMENT AND GOVERNMENT EXPENDITURE)

Secara umum, pengganda (k) ialah nisbah antara perubahan pendapatan negara (∆Y) akibat perubahan perbelanjaan agregat (∆AE). Rumusnya ialah k = ∆Y / ∆AE. Apabila merujuk kepada pengganda dua sektor, rumus k = ∆Y / ∆I, manakala untuk pengganda tiga sektor, k =∆Y / ∆G; I mewakili pelaburan; G mewakili perbelanjaan kerajaan. 

Jika maklumat kecenderungan mengguna sut (MPC), atau kecenderungan menabung sut (MPC) dinyatakan, tugas menghitung pengganda menjadi lebih mudah. Rumus yang boleh digunakan ialah k = 1 / 1-b; iaitu b mewakili MPC, atau terus dengan k = 1 / MPS

Proses penggandaan boleh dijelaskan menerusi kaedah jadual dengan menggunakan beberapa andaian dan data hipotetikal. Selanjutnya, interpretasi atau tafsiran mesti menyatakan hubungan antara jumlah ∆Y yang berlaku (berapa kali ganda) setelah berlaku ∆I  atau ∆G. Seperti biasa, nilai MPC yang paling mudah ialah 0.8, manakala nilai pelaburan katakan sebanyak RM100 juta.

Jadual yang disediakan perlu menunjukkan ruang pusingan penggandaan, ∆Y,  ∆C  ∆S, diikuti dengan jumlah yang pada akhirnya akur terhadap persamaan Y = C + S.

Kesan pengganda juga boleh ditunjukkan menerusi analisis grafikal, iaitu keluk fungsi AE.

sumber di sini

...

...

...

...

...

Sunday, February 17, 2013

KESELAMATAN MURID KETIKA CUACA BURUK (THE DANGER OF LIGHTENING SPARK)

Berita tentang seorang murid Maahad Tahfiz di Teluk Intan yang disambar petir mengingatkan kita terhadap peristiwa sama yang menimpa beberapa orang pelajar SMK King Edward VII, Taiping dan budak Felda tidak lama dahulu. Kebetulan lokasi kejadian semuanya di kawasan padang bola sepak yang lapang dan ketika hari hujan. Kes yang membabitkan budak sekolah sudah pasti mendapat perhatian masyarakat dan pihak yang berkepentingan.
sumber gambar di sini

Petir yang kuat selalu menyebabkan pokok kelapa tinggal separuh dan dalam keadaan yang ekstrem boleh menyebabkan kebakaran. Cas elektrik tinggi yang dibawa oleh petir akan bertindak balas dengan cepat jika terkena sebarang objek secara tepat. Manusia yang tidak sempat berlindung lalu disambar petir akan menghadapi risiko hilang nyawa.

Maka, peristiwa yang membabitkan murid disambar petir di kawasan sekolah, walaupun bersifat kes terpencil, tidak seyogia dipandang ringan. Sejajar dengan konsep sekolah selamat, sebarang bentuk ancaman yang mendatangkan mudarat atau risiko kecederaan kepada murid mesti dihapuskan. Dari segi undang-undang pendidikan, langkah berjaga-jaga (the duty of care) diberi keutamaan bagi mengelak kecuaian (negligence).

Kebiasaannya pihak sekolah akan membekalkan setiap murid dengan buku bersaiz poket tentang tatacara disiplin dan keselamatan sebagai garis panduan tingkah laku yang dikehendaki. Ingatan lisan juga disampaikan oleh pengetua kepada sekalian warga sekolah tentang perkara berkenaan. Guru-guru yang mengendalikan aktiviti luar bilik darjah turut mengambil langkah yang sama.
Papan tanda amaran di Amerika, Australia, England? Malangnya, di negara kita!

Hayat ingatan manusia lazimnya tidak begitu panjang, khususnya terhadap hal-hal yang bukan rutin. Maka, pihak sekolah boleh menyediakan papan tanda yang jelas tentang bahaya petir berhampiran kawasan padang. Garis panduan ringkas tentang tindakan yang perlu diambil hendaklah disediakan dalam bahasa kebangsaan dan jika perlu, terjemahan bahasa Inggeris dalam saiz huruf yang lebih kecil.

Kejadian murid disambar petir sudah tentu menyayat hati dan mengejutkan ibu bapa, serta pihak sekolah. Jika segala langkah proaktif sudah diambil, maka peristiwa seumpama itu memang malang tidak berbau. Pihak sekolah telah menunaikan kewajipan in loco parentis, iaitu sebagai ganti ibu bapa yang memberi jagaan dan perlindungan kepada kanak-kanak yang berada di kawasan sekolah...

Saturday, February 16, 2013

TUJAHAN KOMET DI PERGUNUNGAN URAL, RUSSIA (WITH JUST A SMALL PIECE OF 'WARNING')

Bandar Chelyabinsk dengan kepadatan sejuta orang penduduk digegar oleh serpihan tahi bintang atau meteoroid dengan anggaran kelajuan 54,000 kilometer sejam terjunam ke dalam sebuah tasik di Chebakul, 60 kilometer dari pusat bandar. Agensi berita antarabangsa melaporkan sebanyak 1,200 penduduk mengalami kecederaan akibat terkena pecahan kaca bangunan sebaik sahaja komet itu menghentam bumi dalam kejadian pada pukul 9.20 pagi dengan persekitaran gelap dan suhu -18 darjah celcius. Namun, seperti teori konspirasi tsunami Acheh, seorang pemimpin nasionalis Rusia, Vladimir Zhirinovsky mendakwa bahawa letupan yang berlaku sebenarnya ujian senjata baharu Amerika Syarikat (baca di sini).

Kejadian hujan komet di ruang angkasa lepas ialah fenomena sistem cakerawala yang biasa, tetapi apabila memasuki ruang bumi, ancaman terhadap keselamatan menjadi perhatian. Sebelum ini, kejadian yang sama juga berlaku di Russia pada tahun 1908. Pergerakan dan pusingan sistem cakerawala dalam sistem jagat raya yang tidak diketahui sempadannya memancing minat orang awam terhadap pengetahuan astronomi dan betapa agung kuasa Yang Maha Pencipta.
sumber gambar di sini

...

...

...
sumber gambar: Ibid

...

...

...

...

...

Friday, February 15, 2013

MASALAH KECURIAN KENDERAAN DI KAWASAN PERUMAHAN (PROTECTING THE SAFETY OF MOBILE PROPERTY)

Baru sebentar tadi telah diadakan majlis bacaan Yasin di sebuah surau bagi memohon pertolongan Ilahi atas musibah kehilangan sebuah kereta Honda City yang dibeli tiga bulan lalu yang diletak di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat. Beberapa bulan yang lalu, sebuah kereta Proton Waja di kawasan kejiranan yang sama juga dilarikan oleh penyangak. Kejadian berlaku antara pukul tiga hingga empat pagi.

Ruang meletak kereta di rumah teres lazimnya hanya mampu memuatkan dua buah kereta di dalam kawasan pagar. Sudah menjadi pemandangan biasa bahawa lebih banyak kereta diletak di luar pagar rumah dan di sepanjang laluan pesiar kaki di seberang jalan. Jika penghuni menerima kunjungan saudara atau sahabat, maka bilangan kenderaan yang diletak di luar kawasan pagar rumah akan bertambah banyak.

Kereta yang diletak di luar pagar rumah memang sangat berisiko untuk menarik perhatian niat jahat penjenayah yang sentiasa berkeliaran mengenakan mangsa sebaik sahaja beroleh peluang. Semakin canggih sistem keselamatan yang dipasang pada kenderaan, semakin licik pula taktik yang digunakan oleh penjenayah untuk menjayakan modus operandi mereka. Di manakah penjenayah jahanam itu menerima latihan teknikal sistem kenderaan berteknologi tinggi yang dijadikan sasaran?
kenderaan mewah menjadi sasaran jenayah, sumber akhbar ini

Laporan sebuah akhbar di London (baca di sini) mendapati bahawa tempoh kecurian kenderaan berlaku dalam 10 saat sahaja. Kini, tumpuan penjenayah ialah terhadap sistem kunci immobilizer, serta kod keselamatan kenderaan sama ada menggunakan pengesanan satelit atau penggera konvensional. Maka, pakar keselamatan automatif mesti mencari jalan supaya sistem keselamatan kenderaan termaju direka bentuk sehingga mampu mengecewakan penjenayah.

Di Kuala Lumpur, taktik terbaru penjenayah ialah melekatkan sekeping kertas di belakang cermin kereta. Ketika pemandu masuk dalam kereta dan hendak mengundurkan kenderaan, mereka akan keluar kereta untuk mengalihkan kertas itu yang menghalang penglihatan. Pada ketika itulah penjenayah yang bersembunyi membuat serbuan dan terus melarikan kenderaan sepantas kilat.

Sebagai langkah berhati-hati, setiap kali hendak keluar daripada kenderaan, tidak kira di tempat meletak kenderaan, atau di stesen minyak petrol, enjin perlu dimatikan serta-merta dan kunci dimasukkan ke dalam poket yang berzip. Saranan sedemikian mungkin kedengaran lucu dan leceh, tetapi mencegah lebih baik daripada mengubati. Penyamaran penjenayah semakin sukar untuk dikesan dengan mata kasar.

Berbalik kepada kes kecurian kenderaan di kawasan perumahan yang didapati semakin berleluasa dan belum nampak jalan penyelesaian yang meyakinkan. Antara kaedah pencegahan kecurian kereta ialah menubuhkan Rukun Tetangga dengan sistem giliran rondaan yang terancang. Jika penduduk menghadapi masalah kerjasama sesama sendiri atau sekatan majikan dari segi cuti tanpa rekod, maka rondaan keselamatan swasta dengan bayaran upah yang ditanggung bersama.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memasukkan peruntukan perbelanjaan bagi memasang kamera litar tertutup yang canggih di pintu keluar utama di semua kawasan perumahan bagi mengesan pergerakan kenderaan keluar masuk, terutama pada waktu kejadian dilaporkan.

...

...

Thursday, February 14, 2013

MODEL PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA (PARADIGM SHIFT ON PLURAL SOCIETY DISCOURSE)

Kerukunan hidup bermasyarakat dan bernegara hanya tercapai dengan perpaduan yang tuntas. Tidak kira masyarakat majmuk atau suku kaum tunggal, tiada sebarang jaminan automatik bahawa perpaduan akan berlaku. Kumpulan manusia terbina atas kepentingan bersama, sejarah, pertalian darah, cita rasa dan sebagainya.

Dalam konteks negara kita, latar belakang sejarah penjajahan yang panjang, iaitu hampir 500 tahun telah menyaksikan pembentukan masyarakat majmuk. Terkini, masyarakat bumiputera (Melayu, etnik asal Sabah dan Sarawak) dianggarkan mewakili 60 peratus penduduk Malaysia, Cina 24 peratus dan India 4 peratus. Berdasarkan satu unjuran kadar kelahiran dan kematian, nisbah penduduk bumiputera akan mencapai tahap 80 peratus pada tahun 2050.

Perspektif tentang pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia boleh dibaca di sini. Dari segi teori, perbincangan lanjut berkenaan masyarakat majmuk terdapat di laman ini. Ridhuan Tee, ahli akademik dan pendakwah kontroversi keturunan Cina yang dilabel sebagai ultra Malay menulis hasil penyelidikan tentang perspektif perpaduan kaum di negara kita dalam jurnal UKM ini.

Institusi persekolahan dan pengajian tinggi ialah antara kesempatan terbaik untuk proses perpaduan kaum di Malaysia (baca tesis Umi Soleha binti Radzali (2011) di sini atau kajian lain di sini dan juga jurnal USM ini atau jurnal UTM). Nazri Muslim dan Jamsari Alias dari UKM berpendapat bahawa penerapan semangat cinta negara (patriotisme) menyumbang terhadap keutuhan perpaduan kaum di Malaysia (teks penuh di sini). Profesor Ulung Shamsul Amri Baharin (gred jawatan Turus, mengatasi Jusa) pula berpendapat sikap tolak ansur orang Melayu dan kaum-kaum lain juga yang begitu tinggi sebagai faktor perpaduan kaum begitu terpelihara (baca di sini).

Sentimen perkauman yang dimainkan secara melampau ibarat bom jangka yang akan memusnahkan ikatan perpaduan yang telah dibina sekian lama. Namun, kecenderungan untuk bergaul dan mempertahankan pelbagai ciri, kepentingan dan warisan kelompok sendiri ialah suatu proses biasa dalam sesebuah masyarakat asal sahaja tidak menjejaskan hak kelompok yang lain pula (baca syarahan perdana profesor hubungan etnik di portal ini). Akses pendidikan dan tadbir urus hubungan masyarakat berbilang-bilang kaum yang baik selama ini telah melumpuhkan cubaan provokasi perbalahan kaum seperti peristiwa hitam 13 Mei 1969.

Sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen yang masih menuju tahap kematangan politik, sejumlah 12 kali pilihan raya telah dilalui dengan jayanya. Pertikaman lidah antara ahli politik dan di peringkat akar umbi memang sentiasa berlaku, tetapi masih terkawal justeru tiada kejadian pertumpahan darah yang berlaku seperti di negara dunia ketiga di benua Afrika dan Asia Selatan. Pemimpin tertinggi parti politik yang bersaing sengit untuk pilihan raya ke-13 kelihatan masih boleh berbual mesra di lobi parlimen dan menikmati teh tarik bersama.

Kecurigaan kaum juga tidak kelihatan dalam urus niaga dan kegiatan kemasyarakatan. Orang bukan Melayu tidak kekok untuk mengunjungi restoran orang Melayu dan bazar Ramadan, manakala orang Melayu sudah biasa ke kedai orang Cina dan India. Orang Melayu juga tidak ragu-ragu untuk makan di restoran orang bukan Melayu yang beragama Islam kerana bagi mereka isu halal ialah pertimbangan utama.

Pemisahan kanak-kanak berdasarkan kaum berlaku di peringkat sekolah rendah kerana sistem pendidikan vernakular masih dibenarkan wujud. Sebagai langkah menjalin hubungan kaum, terdapat program yang dipanggil sebagai Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (Rimup). Murid dari sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil digabungkan dalam satu program bersama. Pelaksanaan kurikulum dan program luar bilik darjah yang lain juga sentiasa dalam radar pemantauan pihak berkuasa pendidikan.

Masyarakat bukan Melayu juga didapati semakin faham tentang kedudukan Islam dalam kalangan masyarakat Melayu. Orang Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya sudah tidak kekok berurusan dengan sistem perbankan patuh syariah, malah tidak fobia dengan hukum Islam, termasuk hudud. Barangkali hanya segelintir generasi boomers, generasi X dan kumpulan ekstrem tertentu sahaja masih taksub dengan fahaman perkauman yang menebal.

Generasi muda hari ini nampak seperti terpinga-pinga jika dilontarkan konsep warganegara kelas dua yang pernah dijadikan senjata provokasi perkauman suatu ketika dahulu. Mereka bersedia menerima hakikat sejarah dan kontrak sosial sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan negara. Pendek kata, tahap puas hati dalam kalangan generasi muda tentang kehidupan bermasyarakat di Malaysia boleh disifatkan sebagai cukup tinggi.

Perpaduan ialah insurans atau jaminan kemajuan dan kemakmuran negara. Semua pihak, baik penduduk tempatan atau pelabur asing, berasa selamat untuk berurus niaga apabila ancaman perkauman tidak mendapat sambutan. Kegiatan pelancongan dan perjalanan juga menjadi pengalaman yang menarik apabila tiada prasangka tentang asal usul seseorang yang menjadi kerisauan mana-mana pihak.

Dari segi Islam, perpaduan ialah agenda utama umat yang diikat dengat tali Allah (ali-Imran:103). Catatan sirah juga membuktikan bahawa masyarakat Islam boleh hidup dengan aman, damai dan sentosa dengan masyarakat bukan Islam selagi sikap saling menghormati tetap dijaga. Sesungguhnya model perpaduan kaum di Malaysia ialah contoh unggul tentang keutuhan masyarakat yang memiliki kepelbagaian latar belakang...

Tuesday, February 12, 2013

SISI GELAP KOREA SELATAN (THE UNTOLD STORY OF GANGNAM STYLE)

Di sebalik kehebatan jenama Korea Selatan di arena antarabangsa, sama ada kepimpinan: Ban Kin Moon sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu; ekonomi: automatif, telekomunikasi, elektronik; hiburan: k-pop, Psy, Winter Sonata dan sukan, sebahagian rakyat negara berkenaan masih dibebani tekanan hidup yang melampau. Agensi berita AFP (Kosmo!, 12.2.13:24) melaporkan bahawa jutaan rakyat Korea Selatan terjerat dengan hutang, terutama pinjaman perumahan yang mencecah 937.5 trilion won (RM2.6 trilion), atau 70 peratus keluaran negara kasar tahun 2011. Lee Sang-Kuk yang bekerja sebagai penghantar daging dan pemandu menganggap pinjaman perumahan umpama barah, malah dia sendiri pernah cuba membunuh diri.

Bilangan penduduk pertengahan umur yang diberhentikan kerja juga dilaporkan semakin meningkat. Golongan itu sukar memperoleh pinjaman bank untuk memulakan perniagaan kerana penarafan kredit yang rendah atau masuk dalam senarai hitam. Maka, fenomena kemiskinan di sebuah negara kuasa ekonomi baharu dunia itu akan menyerlahkan wajah hodoh kapitalisme yang boleh boleh menggugat kestabilan politik, ekonomi dan sosial Korea Selatan dalam jangka panjang.

Bakal presiden, Park Geun-Hye mencadangkan dana 18 trilion won (RM510 bilion) dana awam untuk meringankan beban hutang golongan berpendapatan rendah. Jumlah berkenaan masih dianggap sangat sedikit untuk kebajikan rakyat. Spekulasi keuntungan hartanah mendorong peningkatan harga yang luar biasa sehingga mengakibatkan golongan berpendapatan sederhana dan kecil tersepit. Kira-kira 10 peratus rakyat Korea Selatan masih menanggung bahana krisis mata wang Asia Tenggara sejak tahun 1997.

Persaingan sengit memasuki kolej dan universiti menyebabkan ibu bapa terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tambahan yang juga dibiayai menerusi hutang persendirian. Keadaan bertambah buruk apabila kos sara hidup yang melambung mengakibatkan hutang untuk tujuan perbelanjaan harian juga didapati meningkat. Akhirnya semua pendapatan isi rumah terpaksa diperuntukkan untuk membayar hutang yang dikenakan kadar faedah yang cukup tinggi.

...

...

...

...

...

... 


KAEDAH 'LAST' DALAM PENULISAN ESEI EKONOMI STPM (TIP TO EXPLAIN GRAPHICAL TOOL)

Berdasarkan pengalaman sendiri sebagai guru ekonomi, dan laporan rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), masalah utama yang dikenal pasti dalam kalangan calon STPM ialah bahagian penulisan esei. Sebahagian calon didapati masih keliru kerana terlalu terikat dengan format karangan umum bahasa, atau menggunakan laras ayat yang juga bersifat umum. Calon juga didapati menghadapi kesukaran untuk menulis huraian bagi tugasan dengan bantuan gambar rajah, atau tanpa bantuan gambar rajah.

Jika soalan tidak menyatakan 'dengan bantuan gambar rajah' atau 'dengan bantuan jadual berangka' bermakna bahawa calon hanya dikehendaki menghuraikan sesuatu konsep, prinsip atau teori. Sebarang bentuk data, jadual atau keluk hanya dijadikan rangka jawapan dan tidak perlu muncul dalam skrip jawapan sebenar. Sebagai contoh, tugasan berbunyi 'Terangkan kesan peningkatan cukai ke atas fungsi perbelanjaan agregat dan fungsi bocoran, serta ke atas keseimbangan pendapatan negara'.

Ayat pertama jawapan hendaknya menegaskan bahawa cukai menyebabkan pendapatan boleh guna (Yd) jatuh, lalu keluk fungsi penggunaan juga beralih ke bawah mengakibatkan keluk fungsi perbelanjaan agregat (AE) juga beralih ke bawah, manakala keluk fungsi bocoran beralih ke sebelah atas kiri. Hubungan geometrik secara menegak antara keluk AE-AS dengan J-W kemudian dijelaskan secukupnya. Arah dan saiz perubahan yang berlaku mesti dikaitkan dengan nisbah kecenderungan mengguna sut (MPC).

Saranan kaedah perkataan LAST dalam perbincangan ini tidak merujuk maksud terakhir, sebaliknya cantuman kepada Lokus, Arah, Saiz dan Teori. Lokus merujuk kepada titik atau tingkat rujukan, misalnya tingkat keseimbangan asal, tingkat keseimbangan baharu, tingkat pendapatan negara pada guna tenaga penuh dan sebagainya. Arah pula dilambangkan oleh istilah seperti naik / turun, meningkat /jatuh, kanan / kiri, atas / bawah, bertambah / berkurang, mengembang / menguncup, membesar / mengecil dan sebagainya.

Saiz diwakili oleh perkataan seperti lebih besar / lebih kecil; lebih tinggi / lebih rendah, atau diwakili oleh jarak antara titik ko-ordinat tertentu. Teori akan mengikat segala huraian lokus, arah dan saiz tadi. Huraian berakhir dengan satu penegasan teori yang berkaitan.

...

...

...

...

...

...

...


Monday, February 11, 2013

PENDEPOSIT TABUNG HAJI TERIMA BONUS TERTINGGI (PERCENTAGE OF RETURN AGAINST PERCENTAGE OF INFLATION)

Sejumlah enam juta orang pendeposit akaun Lembaga Tabung Haji (TH) kini berdebar-debar menunggu jumlah bonus yang bakal diterima apabila urusan sistem berkenaan selesai menjelang awal pagi Rabu 13.2 ini. Kadar bonus asas yang diumumkan ialah sebanyak 6.5 peartus, dan bonus tambahan sebanyak 1.5 peratus lagi, atau keseluruhannya 8 peratus. Namun, disebabkan jumlah deposit tidak sama secara harian dan bulanan, kiraan secara purata tentulah tidak tepat.

Idea asal penubuhan TH dicetuskan oleh Profesor Diraja Ungku Aziz, mantan naib canselor Universiti Malaya, dan pemikir ekonomi yang ulung (Pak Ungku juga mengasaskan Angkasa, badan induk koperasi kebangsaan). Simpanan cara dahulu di bawah tilam atau dalam tempayan yang disorok bukan sahaja terdedah kepada risiko kecurian, bahkan wang berkenaan menjadi mati dan tidak produktif. Apabila disimpan dalam instutusi kewangan yang sah, maka terkumpul suatu dana raksasa yang hidup, produktif dan mencipta rantaian kegiatan ekonomi lain yang menguntungkan umat.

TH menggunakan wang deposit yang mencecah puluhan bilion RM itu untuk pelaburan yang halal, sah dan berdaya saing. Kajian kemungkinan (feasible study) yang dilakukan oleh pakar ekonomi TH ialah bagi memastikan bahawa amanah pendeposit tidak akan dikhianati. Sudah jelas bahawa tujuan asal pendeposit TH ialah untuk perbelanjaan menunaikan ibadah haji dan sebarang pulangan ke atas deposit mereka ialah rezeki.
Namun, apabila TH berjaya mencatat pencapaian pulangan pelaburan yang tinggi, serta memberikan bonus yang menarik, deposit TH turut menarik perhatian orang ramai yang mahukan simpanan wang mereka berganda tanpa dikaitkan dengan urusan perbelanjaan menunaikan haji. Tambahan pula bahawa urusan bayaran zakat perniagaan dibuat bagi pihak pendeposit oleh pihak TH sendiri. Maka, TH telah muncul sebagai institusi kewangan gergasi, malah mampu menguasai institusi bank dan takaful.

Bagi isi rumah yang memiliki lebihan pendapatan yang tidak dibelanjakan, TH menjadi satu lagi potfolio tabungan yang menarik berbanding dengan bank perdagangan yang hanya menawarkan kadar dividen tahunan antara dua hingga tiga peratus sahaja. Ibu bapa juga telah membuka akaun anak masing-masing sejak beroleh sijil lahir dan membuat pendaftaran haji apabila cukup syaratnya. Lebih sejuta orang pendeposit TH telah mendaftar sebagai bakal haji, sedangkan kuota tempat untuk jemaah Malaysia hanya lebih kurang 30,000 orang setiap tahun. 

Di samping pegangan ekuiti dalam syarikat senaraian awam patuh syariah, TH juga melaksanakan pelaburan dan aktiviti perniagaan menerusi anak-anak syarikat. Sektor hartanah nampaknya agak bermasalah apabila kompleks TH seperti di Ipoh dan Dungun masih ketiadaan penyewa utama. Sektor perladangan kelapa sawit, termasuk di Indonesia lazimnya mendatangkan pulangan lumayan walaupun berhadapan dengan hakikat bahawa harga komoditi yang sukar diramal.

Bagi mengekalkan kepercayaan pendeposit dan rakan perniagaan strategik, TH sudah pasti sentiasa mengubah suai strategi pelaburan dan perniagaan dengan mencairkan pegangan kepentingan yang bermasalah. Setakat ini, TH belum pernah berhadapan dengan situasi pengeluaran tunai secara panik oleh pendeposit. Dalam kata lain, TH berjaya mengekalkan reputasi cemerlang pengurusan kecairan sejak penubuhannya lagi.

Kadar 8 peratus setahun bukanlah jumlah yang hebat sangat kepada golongan usahawan atau peniaga. Namun, golongan berkenaan juga memperuntukkan sebahagian pendapatan mereka untuk deposit TH sebagai dana kecemasan, selain untuk menampung kemungkinan pulangan perniagaan yang rendah. Tindakan berkenaan juga jika dilakukan dengan tulus ikhlas bagi memenuhi konsep tolong-menolong (taawun) pada akhirnya akan menjana kegiatan ekonomi umat secara keseluruhan.

Bonus atau dividen tahunan TH juga boleh dianggap sebagai elaun inflasi, iaitu bagi menebus kejatuhan kuasa  beli wang seiring dengan perjalanan masa. Anggaran kadar inflasi yang munasabah ialah antara tiga hingga lima peratus setahun. Maka, bonus asas 6.5 peratus kali ini boleh disifatkan berbaloi.

Langkah menabung di TH ialah suatu kebijaksanaan bagi meningkatkan pegangan tunai terkumpul. Lebih baik kalau pendeposit tidak menggunakan kemudahan kad pengeluaran automatik TH, sebaliknya pengeluaran tunai di kaunter sahaja supaya wujud suatu kawalan jangka panjang. Orang yang memiliki sejumlah tunai mungkin sekali beroleh peluang terpijak untuk membida pembelian harta strategik di pasaran secara serta-merta...

Sunday, February 10, 2013

KONSEP MENDAHULUI MASA DALAM PEMBELAJARAN DI SEKOLAH (PREPARE FOR THE WORST)

Walaupun baru berada awal sesi persekolahan, kebanyakan sekolah telah merangka persiapan awal kurikulum untuk menyempurnakan sukatan pelajaran lebih awal daripada jadual bagi mengelakkan kemungkinan luar jangka. Hanya barangkali bagi program kumpulan murid tertentu, strategi yang diambil bakal berbeza sedikit. Kebijaksanaan pengurusan kurikulum dan kerjasama murid sangat penting supaya pada akhirnya matlamat kecemerlangan pembelajaran tercapai sebagaimana yang diharapkan.

Program pendidikan di sekolah tidak terhad kepada aktiviti kurikulum di bilik darjah semata-mata, bahkan dilengkapkan dengan penglibatan di luar bilik darjah, dan di luar sekolah bagi memberi pengalaman pembelajaran dunia sebenar kepada murid sekolah. Menerusi interaksi pelbagai peringkat, iaitu dengan memasuki pertandingan atau persembahan tertentu, murid sekolah dapat membina jaringan masa depan untuk kemajuan kendiri. Barang diingat bahawa penyertaan dalam sesuatu pertandingan atau persembahan membabitkan persediaan dan peruntukan masa yang tidak sedikit.

Terdapat banyak program wajib tahunan bagi setiap sekolah seperti hari anugerah kecemerlangan kurikulum, anugerah kecemerlangan kokurikulum, kejohanan sukan, sambutan kemerdekaan, hari guru, dan program khas seperti hari kerjaya, hari terbuka, pelantikan pemimpin murid dan banyak lagi. Sebahagian guru dan murid akan terlibat dengan mesyuarat, tugas pelaksanaan dan raptai acara, jika perlu. Konsep melindungi masa instruksional murid (MMI) secara tuntas mungkin menghadapi cabaran atau perlu kebijaksanaan baharu dari segi amalan sebenar.

Kebanyakan program dilangsungkan selepas waktu sesi persekolahan harian murid tamat, atau diselitkan dalam majlis perhimpunan mingguan rasmi. Mamang benar bahawa sesuatu program yang dirancang dengan baik akan menjimatkan sumber, khususnya masa. Namun, komponen perancangan yang baik itu boleh mengambil 80 peratus masa keseluruhan hingga jadi program.

Sebagai insan biasa, guru dan murid tertakluk kepada pelbagai faktor dalam kawalan dan juga di luar kawalan. Murid dan guru boleh dipastikan akur dengan jadual pelaksanaan aktiviti kurikulum yang ditetapkan, tetapi mereka juga terdedah kepada pengaruh persekitaran, kesihatan dan pelbagi peristiwa yang muncul secara tidak diduga. Maka, tahap pencapaian yang sentiasa stabil seperti kehendak piawaian kualiti tidak dapat diberi jaminan yang muktamad.

Sebagai langkah proaktif, atau dalam peribahasa Melayu 'sediakan payung sebelum hujan', kepimpinan sekolah perlu memikirkan reka bentuk konsep mendahului masa tanpa menjejaskan hak dan akses murid terhadap pendidikan, serta proses pembelajaran yang paling bermutu. Aplikasi prinsip keberkesanan dan kecekapan penyampaian umpama kenderaan terbaik untuk membawa guru dan murid ke arah destinasi sebenar. Kreativiti dan pembaharuan dari segi pelaksanaan kurikulum perlu diberi keutamaan dengan syarat semua murid pada akhirnya hanya beroleh manfaat semata-mata.

Konsep mendahului masa juga sejajar dengan cogan kata 'mencegah lebih baik daripada mengubati', atau 'cegah sebelum parah'. Maksudnya segala langkah dan perancangan telah diambil terlebih awal bagi mengelak sebarang kemungkinan risiko. Jika sudah terantuk baru terngadah, atau nasi sudah menjadi bubur, penyesalan sudah tidak berguna lagi, iaitu menangis tidak berlagu jawabnya.

Dalam konteks persediaan peperiksaan awam sebagai contoh, andai kata seluruh sukatan pelajaran hanya dapat diselesaikan pada saat-saat akhir, maka strategi kecemerlangan akan memiliki baki masa yang sangat terhad. Konsep menepati masa (on the dot) wajib untuk pelaksanaan sesuatu program sebenar, tetapi sangat tidak kena untuk proses perancangan strategik pembelajaran. Peperiksaan bermula dan  berakhir mengikut jadual, tetapi proses persediaan peperiksaan wajib mendahului masa.

Kepimpinan sekolah harus mencari jalan supaya konsep mendahului masa dapat diterima sebagai suatu amalan yang sihat dalam kalangan warga sekolah. Dengan contoh kepimpinan melalui teladan, warga sekolah akan sentiasa datang lebih awal, menyiapkan tugasan lebih awal dan akur dengan keperluan ketepatan masa supaya ada ruang untuk bernafas. Kerja keras hingga ke saat-saat akhir (bahasa basahannya cupui-cupui) hanya menyesakkan nafas, lalu tercungap-cungap seperti nyawa di kerongkongan layaknya.

Guru dan murid mencapai persetujuan bahawa aktiviti pembelajaran di bilik darjah mendahului masa, iaitu proses penglibatan aktif yang terancang, reka bentuk latihan yang cekap dan pengalaman yang kontekstual. Sukatan pelajaran dapat diselesaikan lebih awal untuk memberi laluan kepada persiapan kecemerlangan dan peristiwa luar jangka. Sesungguhnya, dengan mendahului masa, kegiatan nilai tambah dan pembaharuan bakal meningkatkan bakat modal insan generasi muda di sekolah...

Saturday, February 9, 2013

MAMBANG DI AWAN TERSOROK DI TEPI (THE HOT SPOT IN KAMPAR)

Dari segi asal usul kata, mambang merujuk kepada warna kuning kemerah-merahan tatkala matahari hendak masuk di sebelah barat (Kamus Dewan edisi IV, 2005: 989). Orang tua-tua zaman dahulu menggunakan mambang pada waktu senja sebagai langit hendak terbakar supaya budak-budak bersegera masuk ke rumah menjelang waktu Maghrib. Mambang juga boleh digunakan untuk maksud sejenis hantu, atau sebagai kata kiasan bagi perempuan yang belum bersuami, iaitu anak gadis.

Mambang Di Awan ialah sebuah pekan kecil tidak jauh dari bandar Kampar menuju ke arah Temoh atau Teluk Intan. Pekan Mambang Di Awam tidak kelihatan dari luar jalan utama, melainkan pemandu kenderaan membelok ke kanan lampu isyarat. Jika tidak, seseorang itu mungkin menganggap bahawa Mambang Di Awan hanya suatu imaginasi yang sengaja dibesar-besarkan.
Dari muka jalan besar terdapat sebuah bulatan (round-about) untuk memasuki deretan kedai di pekan kecil Mambang Di Awan. Kenderaan tidaklah banyak sangat, tetapi pemandu mesti tetap berhati-hati. Penunggang motosikal gemar mencelah dan cermin sisi kereta mungkin tidak dapat menunjukkan imej mereka (blind spot).

...
Terdapat sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) yang gah dengan kompleks bangunan yang agak canggih. Masyarakat Cina tempatan sangat kuat dan bersatu hati dalam mempertahankan warisan bahasa ibunda mereka menerusi sekolah vernakular seumpamanya. Tidak hairan bahawa naskhah surat khabar Cina masih laris di pasaran, serta mendapat tempahan ruang iklan yang paling banyak.

...
Mambang Di Awan juga sering dikunjungi oleh orang jauh, termasuk dari kota besar KUala Lumpur, Pulau Pinang dan Ipoh bagi mendapatkan rawatan tradisional tabib Cina atau sinseh. Kedai Wing Ning seperti yang tertera di atas ialah milik keluarga Liu yang mendapat latihan perubatan herba Cina dari universiti di Taiwan. Tabib berkenaan begitu fasih berbahasa Melayu dan Inggeris, serta peka tentang keperluan ubat yang patuh syariah.

...

Friday, February 8, 2013

BERITA DARI KITAB SUCI (HOW TO EXERCISE FAIRNESS)

Antara ayat yang dibaca oleh khatib di mimbar Jumaat saban minggu ialah petikan surah an-Nahl, 16: 90 maksudnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang daripada perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran." Contoh  teks khutbah boleh dibaca di sini atau buat carian lanjut di sini.

Perintah suruhan supaya berlaku adil, melaksanakan kebajikan dan membantu anggota keluarga terdekat. Perintah larangan pula ialah supaya menjauhi perbuatan keji, mungkar dan permusuhan. Semua perintah itu menjurus kepada tanggungjawab membentuk kehidupan bermasyarakat yang sejahtera.

Perbincangan ini memberi tumpuan kepada aplikasi konsep adil terhadap diri sendiri dan orang lain. Seseorang yang sudah mukallaf itu menggalas pelbagai bentuk tanggungjawab terhadap diri sendiri bermula sebagai hamba Allah, umat Nabi Muhammad Sallallahu ailhi wasallam, sebagai anak kepada sepasang ibu bapa, sebagai jiran, sebagai pengguna, sebagai rakan, sebagai murid, sebagai rakyat, dan sesenarai panjang tanggungjawab lagi. Demikian juga halnya kewajipan menunaikan hak-hak orang lain bermula dengan keluarga terdekat, tetangga dan seterusnya umat seluruhnya.

Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Lawan kepada adil ialah zalim, iaitu tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Neraca adil bagi orang yang beriman merujuk kepada anjuran Allah dan rasul-Nya.

...

...

...

...

...

...


Thursday, February 7, 2013

KEBAJIKAN KAUM GURU (FRINGE BENEFITS FOR EMPLOYEES)

Sebaik sahaja dilantik sebagai kakitangan awam, seseorang pegawai dan kakitangan itu akan tertakluk kepada syarat dan terma perkhidmatan yang ditetapkan, terutama perintah am kerajaan (baca di sini), pekeliling yang sedang berkuat kuasa, serta dasar, undang-undang dan kehendak lain yang dinyatakan dari masa ke masa. Majikan dan ketua jabatan diberi peruntukan punca kuasa untuk melaksanakan hukuman tatatertib (Bab D, baca di sini) terhadap sebarang bentuk ingkar perintah atau kelakuan yang bercanggah dengan keutuhan perkhidmatan awam.

Kemudahan yang diperuntukkan bagi pegawai dan kakitangan awam masuk dalam kategori budi bicara (baca di sini). Barang diingat bahawa semua lantikan ke dalam perkhidmatan awam dibuat atas nama DYMM Yang Di-Pertuan Agong. Maka, semua kakitangan awam terikat kepada konsep kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada institusi tertinggi negara itu.

Budi bicara dalam konteks kepimpinan, pentadbiran dan perhubungan manusia ialah kebebasan membuat pertimbangan yang sewajarnya daripada seseorang yang dianggap berkuasa (berwibawa) dalam sesuatu hal (Kamus Dewan edisi IV, 2005: 212). Seseorang majikan atau ketua jabatan tidak seyogia bergantung secara mutlak terhadap peraturan yang berkuat kuasa tanpa melihat prinsip pengecualian dan kelonggaran atas sebab-sebab yang istimewa. Tambahan pula, proses tindakan tatatertib bukan boleh dilakukan sewenang-wenangnya, tetapi harus mematuhi tatacara pentadbiran yang ditetapkan.

Perubahan persekitaran dan zaman telah mengakibatkan banyak peraturan mengalami kemas kini dan pindaan. Misalnya, dengan sistem saraan kakitangan awam yang lebih baik dan tinggi pada masa ini, pemilikan kenderaan yang dahulunya mungkin jatuh dalam kategori mewah sudah kurang relevan. Seorang pekerja kumpulan pelaksana / sokongan / pembantu am rendah yang mencapai gaji hingga RM1,500 sebulan sudah mampu memiliki sebuah kereta Viva yang bernilai RM25k (baharu) atau Wira terpakai (RM10k) menerusi skim bayaran ansuran fleksibel institusi kewangan yang sah.

Peraturan waktu datang dan balik dari tempat bekerja juga telah mengalami beberapa proses pengubahsuaian, terutama bagi menangani kesesakan waktu puncak di bandar dan untuk mengurangkan risiko nahas jalan raya kerana terlalu tergesa-gesa menuju destinasi. Walaupun semakin banyak pengangkutan awam disediakan, faktor kemanusiaan dan teknikal harus diambil kira jika ada pekerja yang didapati sesekali berhadapan dengan masalah ketepatan waktu. Demikian juga keadaannya kepada pegawai dan kakitangan yang harus mengurus ibu bapa yang uzur atau anak istimewa sebelum bergegas ke tempat kerja.

Suatu ketika dahulu, terdapat majikan swasta yang berdegil untuk menghalang pegawai dan kakitangan Islam daripada menunaikan solat Jumaat. Penulis blog (PB) sendiri pernah menghadiri satu temu duga sebagai pegawai kawalan kualiti di sebuah syarikat kabel swasta dan diminta kepastian supaya sanggup bekerja ketika waktu solat Jumaat. PB spontan berpegang teguh pada prinsip walaupun seorang lagi rakan PB berjaya mendapat jawatan berkenaan dan memberi alasan bahawa kesanggupan itu sebagai strategi sementara!

Masalah solat Jumaat tidak berbangkit di negeri-negeri yang berhujung minggu pada hari berkenaan, iaitu di Kedah, Kelantan dan Terengganu. Memang suatu ironi bahawa cuti hujung minggu pada hari Ahad memberi keselesaan kepada pengunjung rumah ibadat yang tertentu. Maka, pegawai dan kakitangan Islam juga perlu beroleh kemudahan dan keselesaan untuk menunaikan solat Jumaat tanpa tergesa-gesa atau dalam keadaan berpeluh.

Sebagai langkah kompromi, pegawai dan kakitangan Islam lelaki dibenarkan keluar pejabat lebih awal, misalnya pukul 12.00 tengah hari walaupun waktu rasmi mereka ialah sehingga pukul 12.15 tengah hari. Gantian waktu boleh dibuat dengan mengawalkan waktu kedatangan atau melewatkan waktu pulang kerja bersamaan dengan tempoh 15 minit tadi. Kakitangan wanita Islam dan kakitangan lain boleh terus berada di tempat kerja sehingga 12.15 tengah hari bagi memberi laluan kepada pegawai dan kakitangan lelaki bergerak pulang lebih awal tanpa kesesakan jalan raya yang luar biasa.

Di sekolah, jadual waktu mengajar guru lelaki Islam dihadkan setakat pukul 11.45 pagi untuk hari Jumaat supaya mereka dapat bersiap-siap untuk pulang lebih awal. Perkara ini tidak menimbulkan masalah kerana bilangan guru lelaki Islam di sesebuah sekolah lazimnya hanya mewakili 20 hingga 30 peratus jumlah guru. Setelah kemudahan diberi, jika masih ada guru lelaki Islam yang sanggup menunggu lebih lama di sekolah, perkara itu sudah menjadi pilihan individu.

Selain solat Jumaat, isu guru menyambung pengajian ijazah lanjutan di universiti tempatan juga sering menjadi isu pentadbiran, misalnya kemudahan cuti tanpa rekod, kebenaran pulang lebih awal pada hari persekolahan tertentu dan sokongan moral. Sudah tiba masanya garis panduan yang lebih jelas, terkini dan terperinci disediakan untuk rujukan pengetua, guru dan pihak yang berkepentingan supaya calon ijazah tinggi dalam kalangan guru dapat menjalani proses pengajian dengan gembira dan selesa. Sumbangan kepakaran guru berijazah lanjutan akhirnya akan dipulangkan dalam bentuk pencapaian pembelajaran murid yang lebih berkesan, menarik dan menyeronokkan.

Proses inovasi dan transformasi perkhidmatan awam bermakna bahawa sistem penyampaian akan lebih cekap, berdaya saing dan sebagai pemangkin kepada pelaksanaan dan pencapaian segala dasar negara. Kerenah birokrasi yang bersifat tanpa wajah (faceless entity) sudah ketinggalan zaman dan hanya sesuai pada era jentera dan teori X dahulu. Aplikasi perkhidmatan atas talian telah mengurangkan beban perkhidmatan kaunter dan bersemuka, lalu mewujudkan keperluan tentang etika dan keselamatan data yang lebih kuat.

Guru-guru di sekolah juga berhadapan dengan murid dan ibu bapa yang memiliki akses maklumat yang lebih luas berbanding dengan zaman mereka bersekolah dahulu. Pengetua juga mengurus pasukan organisasi yang dipenuhi guru-guru yang berkelayakan tinggi dan pakar dalam bidang pengkhususan tertentu. Maka, kaedah kepimpinan, pentadbiran, pengurusan dan sebagainya perlu seimbang antara kehendak peraturan dengan pelaksanaan budi bicara dalam hubungan kemanusiaan...

Wednesday, February 6, 2013

MOTIVASI BELAJAR: JAGA DIRI SENDIRI (WISDOM SAILING INTO THE WIND)

Walaupun seseorang itu tidak mungkin mampu mencapai kejayaan tanpa bantuan orang lain, dia tetap perlu berdikari, iaitu tumpuan terhadap usaha diri sendiri. Orang lain boleh membantu, tetapi mereka tidak berdamping dengan diri kita sepanjang masa. Dengan berlalunya masa, ibu bapa semakin meniti usia, guru bertukar ganti, kawan-kawan membawa haluan sendiri dan semuanya beransur-ansur pergi.

Maka, mahu tidak mahu, seseorang itu mesti terus bergerak ke hadapan dengan persekitaran dan sumber yang baharu. Dalam kata lain, jangan terlalu berharap bahawa orang-orang di sekeliling kita akan sentiasa menunggu hingga kita berjaya mencapai kejayaan yang diidamkan. Perkara yang lebih penting ialah tidak boleh menjadikan orang lain sebagai 'kambing hitam' setiap kali kita berhadapan dengan kesukaran dan masalah.

Sebagai contoh, murid menyalahkan guru sebagai tidak berjaya mengajar dengan baik, guru disiplin terlalu garang, persekitaran sekolah sangat membosankan, kawan-kawan tidak membantu dan seribu satu kelemahan pihak lain lagi. Kita menyalahkan semua pihak lain, kecuali diri kita sendiri! Kita seperti takut dengan bayang-bayang sendiri untuk melakukan muhasabah, introspektif dan renungan kendiri.

Sejak tadika, anak-anak kecil sudah biasa menyayikan lagu "Bangau Oh Bangau" yang menggambarkan semua haiwan yang bermula dengan bangau hingga katak menyalahkan semua perkara lain hingga pada akhirnya sang ular mematikan semua alasan berkenaan. Barangkali hanya sebahagian kecil mesej dalam lagu tersebut berjaya menangkap imaginasi kanak-kanak tentang peri pentingnya sikap yang betul dalam menilai sesuatu keadaan supaya tidak terlalu cepat latah, lalu menyalahkan pihak lain semata-mata.

...

...

...

...

...

...

...

Tuesday, February 5, 2013

LATIH TUBI KESEIMBANGAN EKONOMI 2, 3 SEKTOR (CLOSE ECONOMY AND GOVERNMENT ACTIVITY)

Seksyen A:  Baca pernyataan dan tentukan sama ada benar atau palsu.

1   Keseimbangan pendapatan negara tercapai apabila nilai keluaran seluruh firma sama dengan jumlah
     perbelanjaan dalam ekonomi.   (Benar / Palsu)

2   Tabungan ialah komponen suntikan.   (Benar / Palsu)

3    Bocoran mengecilkan saiz aliran pusingan pendapatan negara.   (Benar / Palsu)

4    Apabila cukai dikenakan, pendapatan boleh guna lebih besar daripada pendapatan negara.  (Benar / Palsu)

5   Singkatan T = G bermakna bahawa semua hasil cukai dibelanjakan oleh kerajaan.   (Benar / Palsu)

6   Dalam ekonomi dua sektor Yd = Y.  (Benar / Palsu)

7   MPC ialah nisbah antara C dengan Yd.   (Benar / Palsu)

8   MPS = 1 - MPC   (Benar / Palsu)

9   Dalam persamaan fungsi penggunaan, b mewakili MPC.   (Benar / Palsu)

10   Penggunaan autonomi berlaku ketika pendapatan negara bernilai positif.   (Benar / Palsu)

11   Makan tabungan (dissaving) bersamaan dengan penggunaan autonomi.   (Benar / Palsu)

12   Lama-kelamaan, pertambahan Y akan melebihi pertambahan C.   (Benar / Palsu)

13   MPC golongan kaya lebih tinggi daripada MPC golongan miskin.  (Benar / Palsu)

14   Ketika inflasi, S akan meningkat.   (Benar / Palsu)

15   Pelaburan berkaitan dengan keupayaan pengeluaran dan pendapatan masa hadapan   (Benar / Palsu)

16   Pelaburan teraruh tidak ditentukan oleh tingkat pendapatan negara.   (Benar / Palsu)

17   Kadar bunga berhubungan songsang dengan pelaburan.  (Benar / Palsu)

18   Keluk MEI beralih ke kanan jika pendapatan negara berkurang.   (Benar / Palsu)

19   Pada tingkat pendapatan negara kurang daripada keseimbangan, berlaku lebihan AE.  (Benar / Palsu)

20   Lebihan stok firma berlaku apabila pendapatan negara berada di sebelah kanan keseimbangan.   (Benar / Palsu)

21   Lebihan pelaburan bermakna pendapatan negara kurang daripada tingkat keseimbangan.  (Benar / Palsu)

22   Garis 45° menunjukkan Y = AE.   (Benar / Palsu)

23   Selepas cukai sekali gus, keluk fungsi C, S beralih ke bawah secara selari.   (Benar / Palsu)

24   Saiz perubahan penggunaan akibat cukai dihitung menerusi rumus APC darab ΔT.   (Benar / Palsu)

25   Keluk fungsi perbelanjaan kerajaan bercerun positif.   (Benar / Palsu)

26   Fungsi perbelanjaan kerajaan dipengaruhi oleh tingkat pendapatan negara.   (Benar / Palsu)

27   Pada keseimbangan pendapatan negara, I + G = S + T.   (Benar / Palsu)

28   Pengganda mengukur perubahan pendapatan negara sebagai akibat ΔAE.   (Benar / Palsu)

29   Pengganda (k) = 1 / 1-b.   (Benar / Palsu)

30   Lebihan AE mengakibatkan stok / inventori bernilai positif.   (Benar / Palsu)

31   Lebihan AE mendorong pertambahan keluaran ke arah tingkat keseimbangan.   (Benar / Palsu)

32   Pertambahan G mewujudkan lebihan AE.   (Benar / Palsu)

33   Saiz pengganda ekonomi sektor dengan cukai sekali gus lebih besar daripada saiz pengganda ekonomi dua sektor.   (Benar / Palsu)

Monday, February 4, 2013

GAYA HIDUP MEWAH (RICH AND GLAMOUR)

Mewah membawa maksud segala-galanya banyak (makanan, harta dan lain-lain), serba berlebih, serba elok; sangat mahal dan memberi kepuasan serta keselesaan; barang-barang yang elok tetapi tidak mustahak benar; hidup dengan makanan dan barang-barang yang serba banyak (Kamus Dewan edisi IV:1030). Bermewah pula ialah berbelanja dengan berlebih-lebihan (Ibid). Dalam bahasa Inggeris, mewah merujuk kepada istilah luxury (rujukan maksud di sini atau di sini).

Gaya hidup mewah juga pernah dikaitkan dengan konsep ranggi (dalam bahasa perbualan, ranggi bermaksud angkuh, lagak, sombong; Ibid: 1282). Istilah ranggi yang merujuk hal berkenaan pernah digunakan oleh Allahyarham Ustaz Azizi bin Haji Abdullah, seorang novelis ulung negara dalam naskhah lewat beliau. Cikgu Azmi (Presiden Teras Pengupayaan Melayu), juga menyelar gaya hidup mewah atau elitis yang cenderung terhadap pembaziran dengan segala alasan dan justifikasi (Haram dalam Budaya Hidup, Persatuan Pengguna Pulau Pinang, 2012).

Kehidupan mewah tergambar menerusi pakaian yang elegan, kenderaan yang canggih, kediaman bak mahligai dan percakapan yang tinggi-tinggi belaka. Golongan mewah mula memandang gaya hidup biasa-biasa sebagai tiada kelas dan kufur nikmat. Malah, kedapatan juga pemuka agama yang menganjurkan perbelanjaan mewah sebagai tanda bersyukur terhadap limpahan rezeki yang dikurniakan.

Sesekali ingin merasa percikan kemewahan mungkin boleh difahami, tetapi jika sudah menjadi rutin, maka golongan mewah yang terbabit perlu diberi peringatan. Jika sudah larut dengan kelazatan duniawi, maka dikhuatiri bahawa maksud kehidupan itu sendiri sudah sirna. Sedikit demi sedikit, kepekaan mereka terhadap tanggungjawab hidup bermasyarakat dan menunaikan hak-hak orang lain semakin berkembang.

Sejarah membuktikan bahawa kebiasaan hidup mewah boleh meruntuhkan sesebuah empayar dan kerajaan yang dibina dengan susah payah. Pemimpin yang gila kemewahan akan lupa peranan sebenar mereka sebagai pemegang kepercayaan rakyat untuk memperuntukkan sumber khazanah negara untuk kebajikan dan kesejahteraan masyarakat dengan adil dan benar. Mereka hanya dikelilingi tukang kipas dan pembodek yang membenarkan sahaja penipuan yang berlaku.

Gaya hidup mewah lebih mirip kepada aliran kapitalisme dan hedonisme. Orang kaya memiliki kesempatan menimbun-nimbun harta tanpa mempedulikan kemungkinan berlaku pencerobohan dan penindasan terhadap golongan yang daif dan tidak mempunyai akses yang setara. Bagi mereka, hidup hanya ada dua pilihan, iaitu sama ada gembira (pleasure) dan sengsara (pain).

Pembersihan atau penyucian jiwa dan harta ialah jawapan kepada penyakit hidup bermewah-mewah tanpa kawalan itu. Orang-orang kaya boleh memperuntukkan sebahagian lebihan harta mereka untuk diagihkan semula kepada golongan yang memerlukan bantuan, sama kaum kerabat, jiran tetangga, orang yang meminta-minta dan organisasi berteraskan kebajikan. Di samping kewajipan mengeluarkan zakat, orang-orang kaya dan hartawan boleh berbelanja ke arah kebaktian (infaq fi sabilillah) sama ada derma, sedekah, wakaf dan yang seumpamanya.

Menjadi kaya bukan suatu kesalahan dan menjadi miskin bukan suatu kesucian. Saidina Ali karamallah wajhah pernah menegaskan andai kata kemiskinan itu wujud sebagai makhluk yang hidup, nescaya beliau bunuh. Pemimpin umat pada zaman dahulu sentiasa menjaga diri daripada menyentuh khazanah negara untuk kepentingan peribadi walaupun mereka sangat berpeluang untuk berbuat begitu (baca kisah Umar bin Abdul Aziz dan Salman al-Farsi).

...

....