SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Loading...

Sunday, March 31, 2013

TEORI PERANGKAP KECAIRAN (KEYNESIAN VS CLASSICAL ECONOMICS)

Secara umum, perangkap kecairan ialah keadaan apabila kadar bunga sudah mencapai paras paling rendah (minimum) dan tidak akan jatuh lagi, lalu menyebabkan harga bon mencapai tingkat tertinggi (maksimum). Orang ramai akan membuat keputusan untuk menjual semua bon dan memegang kecairan (tunai). Secara gambar rajah, perangkap kecairan boleh ditunjukkan seperti keluk di bawah: 

sumber: http://econfix.wordpress.com/tag/liquidity-trap/


Perangkap kecairan merujuk kepada permintaan wang untuk spekulasi (Ls). Dalam gambar rajah di atas, perangkap kecairan diwakili oleh bahagian keluk Ls yang anjal sempurna (selari dengan paksi Ls) apabila tingkat  kadar bunga mencecah X. Orang ramai menjual bon untuk memegang kecairan.

Beza teori kuantiti wang klasik (TKW) dengan teori keutamaan kecairan Keynes
1)  TKW mengehadkan Ld untuk tujuan urus niaga sahaja (Lt), sedangkan Keynes memasukkan Ld untuk tujuan awasan (masih lagi Lt) dan untuk tujuan spekulasi (Ls). 
2)   Klasik mengandaikan guna tenaga penuh (gtp) selalu tercapai, Keynesian mengandaikan gtp jarang-jarang tercapai

Beza Lt dengan Ls
1)  Lt = f(Y), iaitu permintaan wang untuk tujuan urus niaga dan awasan dipengaruhi oleh pendapatan, hubungan positif --> keluk Lt bercerun +ve
2)  Ls = f(r), iaitu permintaan wang untuk spekulasi dipengaruhi oleh kadar bunga, keluk Ls pada mulanya bercerun -ve, kemudian anjal sempurna

Pembentukan keluk Ld
Campuran geometrik mendatar keluk-keluk Lt + Ls
Paksi diseragamkan kepada kadar bunga (r) lawan kuantiti wang (W)
Maka, keluk Lt akan menjadi tidak anjal sempurna kerana Lt ≠ f (r )

...

...

...

...

...

Saturday, March 30, 2013

VADAI LARIS DI JALAN TAR, PASAR MALAM (STREET SELLING ATTRACTION)

Hampir dua jam memerhatikan perniagaan jalanan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR), Kuala Lumpur, penulis blog (PB) menganggarkan tidak kurang 200 biji ulunthu vadai dan 200 biji masala vadai berjaya dijual. Anggaran dibuat berdasarkan tiga kali bekas besar yang penuh dicurahkan dalam dulang jualan. Di sebelah meja jualan vadai, terdapat pula meja jualan putu mayam dan kacang kuda. 

Harga vadai di Jalan TAR lebih murah jika dibandingkan dengan di pasar malam sekitar Ipoh. Di situ, tiga biji vadai berharga RM1 sahaja, berbanding dengan di Ipoh RM1.20, iaitu 40 sen sebiji. Saiz vadai dan mutu masakan vadai di Jalan TAR juga lebih baik.
Jualan vadai dalam dulang di atas meja dengan lokasi pesiar kaki nampak seperti bukan usaha individu. PB berpendapat vadai dimasak di restoran mamak berdekatan, kemudian pekerja tertentu bertugas untuk membuat jualan vadai yang masih panas kepada orang ramai yang lalu-lalang. Konsep itu lebih kurang sama dengan jualan telefon bimbit, tudung  dan item lain di ruang legar pasar raya, walaupun kedai induk mereka berada dalam pasar raya yang sama.

Peniaga Melayu juga sudah pandai menjual vadai yang dimasak sendiri. Buktinya, di kawasan Simpang, berdekatan dengan Changkat Jering, Taiping terdapat banyak gerai tepi jalan milik penjaja Melayu menjual vadai dan telinga keling (denderam, peniaram). Resepi tidak menjadi masalah kerana mudah dirujuk menerusi laman sesawang, misalnya ulunthu vadai di sini dan masala vadai di sini.

Orang Kuala Lumpur tekenal dengan makanan 'rasmi' mereka, iaitu donut dan karipap, serta vadai. Orang Kuala Lumpur juga sudah tidak kisah tentang jualan tepi jalan atau tepi longkang kerana mereka mengejar masa dan melayan perut yang berkeroncong. Risiko pemindahan cecair badan kepada mereka yang lemah antibodi juga seperti dilupakan.

Barangkali antibodi orang Kuala Lumpur memang kuat dan sukar diceroboh oleh tentera bakteria dan virus pembawa penyakit seperti hepatetis B dan C, pembunuh senyap seperti sakit jantung. Makanan yang terdedah di tepi jalan mudah tercemar oleh debu, air liur penjaja dan orang ramai, serta asap kenderaan. Namun, aroma dan kerangupan vadai yang terhidang bagaikan magnet yang berkuasa.

Di kampung, orang Melayu lebih kenal masala vadai berbanding dengan ulunthu vadai. Malah, masala vadai diberi nama lain sebagai masak lodeh. Orang Melayu sudah lama menerima masala vadai sama seperti pisang goreng panas sebagai hidangan ringkas.

Sekarang ini, masala vadai dan ulunthu vadai segera yang disejuk beku telah dijual di pasar raya dan kedai sejuk beku. Tiada masalah untuk mencari tepung kacang hitam atau ramuan yang lain, sebaliknya hanya tinggal dimasukkan di dalam kuali untuk proses gorengan. Jika makanan yang berasal dari selatan India itu boleh memasuki negara kita, apa kata jika pelbagai makanan tradisional Melayu diangkat ke peringkat antarabangsa?

Friday, March 29, 2013

BAHASA MELAYU SERING MENJADI MANGSA? (THE NATIONAL IDENTITY CRISIS)

Akta Bahasa Kebangsaan (baca di sini) menjelaskan lagi maksud  Perkara 152 perlembagaan persekutuan (klik di sini dan di sini). Sudah terang lagi bersuluh bahawa pada akhirnya kedudukan bahasa Melayu mestilah tertinggi, walaupun bahasa Inggeris masih dibenarkan dalam urusan rasmi, tertakluk kepada perkenan DYMM Yang Dipertuan Agong dan parlimen. Jika berlaku percanggahan dalam dokumen undang-undang, versi bahasa Melayu dianggap sah, bukan sebaliknya seperti yang banyak berlaku sekarang.

Penegasan tentang kedudukan bahasa Melayu tiada kaitan dengan sikap perkauman, melampau, atau taksub secara melulu. Silakan belajar bahasa apa-apa pun, tiada sekatan dan teguran. Namun, kehebatan bahasa ibunda dan bahasa asing tidak boleh seperti kaduk naik junjung yang cuba merendah-rendahkan martabat bahasa Melayu sebarang lambang jati diri dan perpaduan kebangsaan.

Pada zaman kegemilangan empayar Melaka (abad 15), bahasa Melayu telah menikmati status sebagai bahasa dagang dan lingua franca. Bahasa Melayu bukan sekadar layak mengungkapkan puisi dan karya sastera, tetapi telah memiliki nilai ekonomi yang tinggi. Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1970 pula telah membuktikan bahawa bahasa Melayu memang berupaya mengangkat status pelajar aliran Melayu dalam bidang sains dan perubatan. 

Pejuang-pejuang bahasa Melayu sangat cemas dengan ruang yang diberikan kepada pengkagum bahasa Inggeris sehingga mereka begitu berani dan berleluasa mencadangkan kedudukan bahasa Inggeris setara dengan bahasa Melayu. Malah, baru-baru ini terdapat anggapan bahawa bahasa Melayu, Inggeris dan Mandrin ialah sebahagian jati diri rakyat Malaysia.

Pemimpin politik, korporat, sukan dan sebagainya semakin galak bercakap dalam bahasa Inggeris semasa sidang media walaupun bersifat bahasa basahan. Kecintaan terhadap bahasa Melayu semakin pudar dan layu, seolah-olah tiada berharga lagi. Jika asas perlembagaan sudah tidak dihormati, apakah jaminan bahawa jati diri rakyat Malaysia dapat dibanggakan?

Daya usaha MABBIM (klik di sini) sangat tepat pada waktu kedudukan bahasa Melayu teumbang-umbang bagaikan dilanda krisis psikologi yang parah. Hendaknya ilmu watan dan tamadun Melayu yang diangkat sebagai agenda penting persidangan tidak meminggirkan pencapaian ilmu sains dan teknologi yang disampaikan dalam bahasa Melayu. Langkah DBP menerbitkan kamus bahasa Inggeris yang bersumberkan bahasa Melayu juga suatu langkah terbaik bagi mengingatkan pemuja bahasa Inggeris bahawa bahasa Melayu tidak lebih rendah daripada bahasa ilmu yang lain di seluruh dunia.

Pemuja tegar bahasa Inggeris masih cuba untuk mengembalikan aliran sekolah bahasa Inggeris seperti awal kemerdekaan hingga lewat 1970-an. Mereka mahu lebih daripada dasar PPSMI yang telah dimansuhkan sepenuhnya menjelang tahun 2016. Pertubuhan ibu bapa elit seperti Page kelihatan seperti hendak bersaing dengan PIBGN tentang perkara berkenaan.

...

...

...

Thursday, March 28, 2013

CARA BELAJAR EKONOMI YANG BETUL (FOCUS ON LECTURE, NOT TO GOSSIP)

Pencapaian sebahagian calon STPM modular dalam kertas Mikroekonomi baru-baru ini memang mendukacitakan. Seperti biasa, bilangan calon yang memperoleh gred A masih dalam lingkungan 10 peratus, tetapi yang mendapat gred F masih setinggi 30 peratus. Bilangan calon yang hanya lulus sebahagian (C-, D+ dan D) juga besar, tetapi sekurang-kurangnya masih berjaya mendapat nilai mata PNG bagi membantu pencapaian PNGK secara keseluruhan.

Perbincangan ini hanya memberi tumpuan kepada kumpulan besar gred F tadi. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa mereka berkongsi ciri pembelajaran yang sama, iaitu membuat keputusan yang sipi justeru dipengaruhi oleh hasutan negatif dari dalam sendiri dan rakan sealiran, maksudnya yang enggan bersusah payah sedikit. Dari awal penggal lagi sudah meluahkan kata-kata kononnya tidak mengapa, kerana nanti boleh diulang dalam penggal tiga.

Lalu, kumpulan berkenaan mengorbankan pembelajaran ekonomi untuk memberi tumpuan terhadap mata pelajaran yang dirasakan lebih mudah seperti Pengajian Am, Bahasa Melayu dan Sejarah. Akhirnya, semua pun tidak cemerlang, bahkan ekonomi terus gagal dengan parah. Guru sudah memberi nasihat, tetapi pengaruh ketua kumpulan sipi berkenaan ternyata lebih kuat.

Tidak salah untuk mencuba lagi bagi meningkatkan gred kertas ekonomi, tetapi secara tidak sedar mereka telah menambahkan beban pembelajaran untuk penggal tiga. Nasi sudah menjadi bubur, tiada apa-apa yang boleh ditangisi. Hanya ucapan selamat berjuang buat kumpulan gred F penggal satu mikroekonomi.

Maka, kesilapan yang sama jangan diulang lagi untuk kertas makroekonomi penggal dua ini. Kalau gaya pembelajaran masih sama, dan alasan juga masih sama, kalian hanya menempah jalan yang sukar. Kini, masa berbaki dua bulan sebelum peperiksaan STPM penggal dua tiba.

Seperti yang selalu ditegaskan bahawa disiplin dan pembelajaran ibarat irama dan lagu yang tidak mungkin dapat dipisahkan. Antara komponen disiplin atau adab belajar yang unggul ialah menghormati guru. Semasa kuliah, pelajar wajib memberi tumpuan secara tuntas, bukan banyak keluhan atau melayan perasaan sentimental yang tidak membawa kalian ke mana-mana pun.

Sebagai mata pelajaran separuh kuantitatif, pelajar ekonomi kena banyak dan rajin membuat latihan. Selain buku teks, pelajar hendaknya bermurah hati membeli naskhah kertas ekonomi spesimen (dalam lingkungan RM5 sahaja) dan kertas latihan topikal (RM8). Buat apa dengan baucar RM250 baru-baru ini?

Proses membuat latihan hendaklah disekalikan dengan ujian masa sebenar peperiksaan. Maksudnya, pelajar dapat mengenal pasti tempoh yang diperlukan untuk mencapai markah lulus (C) atau kepujian (C+, B-, B). Jika masih terkial-kial, ulangi proses yang sama berkali-kali lagi sehingga boleh.

Pencapaian cemerlang ibarat permata yang bernilai tinggi dan sukar pula untuk diperoleh. Terdapat ungkapan bahasa Inggeris, no pain no gain. Sudah tahu diri sendiri kurang cekap, maka peruntukan masa pembelajaran mesti lebih panjang daripada pelajar yang lebih cekap.

Kesimpulannya, perkara pertama yang perlu dilakukan untuk pembelajaran ekonomi ialah perubahan sikap, lalu diikuti dengan kaedah pembelajaran yang betul. Ekonomi ialah disiplin kajian yang bermain-main dengan sejumlah konsep, pemboleh ubah, pekali, prinsip, teori, hukum, model dan rumus. Dengan itu, gaya pembelajaran ekonomi harus berbeza dengan mata pelajaran kemanusiaan yang lain...

Wednesday, March 27, 2013

MOTIVASI BELAJAR: PANJANG AKAL DALAM PEMBELAJARAN (NEVER GIVE UP TO EXCEL)

Pelajar yang dikasihi,

Apakah yang membezakan antara pelajar yang berjaya dengan pelajar yang kecewa?  Mengapakah dengan sejumlah kesempatan dan sumber yang sama banyak, terdapat pelajar yang cemerlang dan terdapat juga pelajar yang kecundang? Benarkah kemenangan hanya milik pelajar yang gigih berusaha, manakala kekalahan menjadi milik pelajar yang mudah tenggelam punca?

Hakikatnya terlalu banyak soalan boleh dibangkitkan untuk mengenal pasti punca kemajuan seseorang pelajar, atau untuk menyelidiki punca ketinggalan kelompok pelajar yang lain. Pelbagai usaha campur tangan (intervensi) dan saranan dilontarkan sebagai pencerahan minda supaya pelajar mencungkil bakat terpendam dan menggilap potensi diri. Pada ketika orang lain sudah jauh di hadapan, adakah kita masih sibuk mencari alasan demi alasan?

Dalam surah ar-Ra'du ditegaskan betapa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka mengubah apa-apa yang ada dalam diri mereka, iaitu sikap mereka sendiri. Sikap yang betul ialah merebut segala peluang yang muncul supaya masa tidak berlalu dengan sia-sia. Dalam proses merebut peluang itu, seseorang insan yang budiman dan mulia tidak pernah menceroboh hak orang lain walaupun dia mampu berbuat demikian.

Sikap menentukan perspektif, pandangan hidup, wawasan, welstanschauung, tasawwur dan cara bertindak. Perubahan sikap ke arah pembaharuan (islah) dan penambahbaikan merupakan prasyarat menuju pencapaian terbaik. Namun, masih terdapat bahagian sikap yang wajib bersifat kekal seperti pegangan aqidah dan urusan yang bersangkutan dengan akhlaq dan syariat. 

Tumpuan wacana kali ini ialah tentang panjang akal dalam proses pembelajaran. Pelajar sudah nipis telinga dengan anjuran belajar gigih dan belajar dengan betul. Biarlah pelajar membiasakan diri dengan mendengar nasihat yang sama berulang-ulang, justeru dalam kehidupan kita seharian, kita banyak sekali melakukan perkara yang sama saban waktu. Malah, bijak pandai mengatakan bahawa pengulangan ialah anak kunci kejayaan.

Panjang akal bermaksud tidak mudak buntu, putus asa atau tenggelam punca. Sesungguhnya pembelajaran bukan semuanya bersifat indah dan mudah. Sebaliknya, pembelajaran ibarat meniti suatu perjalanan yang panjang dan penuh dengan cabaran.

Di sekolah, pelajar tidak pernah bersendirian dalam mengharungi pengalaman dan perjalanan pembelajaran yang tidak ubah seperti tercampak dalam sebuah tasik ilmu yang luas dan dalam. Sentiasa ada guru sebagai penolong dan sentiasa ada kelompok rujukan teladan dalam kalangan rakan sebaya yang ikhlas menghulurkan pertolongan.

Kesedaran bahawa proses pembelajaran membabitkan pertolongan banyak pihak, maka pelajar hendaklah bersikap rendah diri dan tidak berlagak sombong. Pelajar perlu meletak diri sebagai pihak yang bekeperluan (disanvatage) terhadap sumber pembelajaran yang bersifat diperlukan (advantage). Pelajar hendaknya menerima guru dan rakan sebaya sebagai penolong atau rakan kongsi kecemerlangan tanpa banyak syarat yang menyekat perubahan ke arah kebaikan.

...

...

Tuesday, March 26, 2013

TARIKH PILIHAN RAYA UMUM KE-13 SEMAKIN HAMPIR (DEMOCRACY IN ACTION)

Jika tanggal 8 Mac 2008, iaitu pilihan raya umum ke-12 diambil kira, maka buat pertama kali dalam sejarah politik di negara kita, pilihan raya umum melepasi tempoh lima tahun. Ketua kerajaan persekutuan, iaitu perdana menteri dan ketua kerajaan negeri (menteri besar, ketua menteri) diperuntukkan kuasa untuk memberi nasihat kepada ketua negara (DYMM Yang Dipertuan Agong) dan ketua negeri (raja, sultan, yang dipertua) untuk perkenan pembubaran parlimen dan dewan undangan negeri (DUN). Jika peruntukan itu tidak digunakan, parlimen dan DUN terbubar secara automatik berdasarkan perkiraan tarikh angkat sumpah anggota dewan.

Negeri Sembilan menjadi DUN pertama yang terbubar secara automatik berkuat kuasa lusa, Khamis 27 Mac 2013 (baca di sini dan di sini). Parlimen pula akan terbubar secara automatik pada 28 April depan. Walaupun tarikh pembubaran setiap DUN dan parlimen berbeza-beza, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mempunyai kuasa pemutus tentang tarikh pilihan raya yang lazimnya dijalankan serentak di seluruh negara, kecuali DUN Sarawak, atas faktor keberkesanan kos dan pentadbiran.

Bahang pilihan raya sudah mula dirasakan apabila perang poster dan perang saraf semakin rancak. Propaganda juga semakin hangat menerusi media cetak dan media sosial, atau juga dikenal sebagai media baharu, media atas talian, media maya dan sebagainya. Kaedah konvensional seperti ceramah dan kunjungan bakal calon pilihan raya bersemuka dengan pengundi tetap diteruskan.

Kelayakan umur mengundi ialah 21 tahun ke atas. Namun, hanya mereka yang telah diwartakan sebagai pengundi sah oleh SPR layak berbuat demikian. Semakan daftar pengundi boleh dilakukan dengan klik di sini.

Penyertaan pengundi dalam pilihanraya pada zahirnya begitu mudah, iaitu dengan memangkah calon parlimen dan DUN pilihan masing-masing. Namun, hakikatnya proses memangkah calon pilihan yang memakan masa beberapa minit sahaja itu bakal menentukan pihak yang berjaya membentuk kerajaan persekutuan dan negeri. Kemenangan calon dikira berdasarkan majoriti mudah walaupun hanya dengan perbezaan satu undi.

Walaupun sesiapa juga boleh menawarkan diri sebagai calon pilihan raya setelah mematuhi semua syarat, termasuk tidak muflis, tetapi hanya calon yang mewakili parti politik sahaja yang diberi perhatian. Calon bebas kebiasaannya hanya memperoleh undi simpati dan hilang wang pertaruhan, melainkan dalam kes yang istimewa seperti dalam kes Cikgu Jabbar di Sepang selama tiga penggal dan Shahrir Samad di Johor Bahru, serta di Sabah dan Sarawak.

Elaun sebagai wakil rakyat tidaklah sehebat gaji pegawai tinggi awam, korporat atau profesional, tetapi masih menjadi rebutan. Di Malaysia, wakil rakyat berpeluang dilantik sebagai menteri, ahli majlis mesyuarat (exco) kerajaan negeri, atau sebagai wakil kerajaan dalam agensi dan badan berkanun, serta pengarah dalam syarikat berkaitan kerajaan. Mereka juga menikmati status sebagai orang kenamaan, atau VIP.

Peranan terpenting wakil rakyat ialah sebagai penggubal undang-undang. Segala rang undang-undang dan perbekalan hanya boleh berkuat kuasa setelah mendapat undian majoriti di parlimen atau DUN. Sekiranya berlaku pertikaian, tafsiran muktamad bakal diputuskan oleh pihak mahkamah.

Sebagai ahli politik, seseorang wakil rakyat mestilah memiliki kesihatan dan stamina yang baik, serta kedudukan kewangan yang stabil. Mereka perlu ke sana ke mari, menghadiri pelbagai majlis sehari suntuk. Masa untuk melelapkan mata mungkin hanya di dalam kereta atau pesawat.

Ketelusan, keutuhan dan manifesto parti politik yang diwakili oleh calon mengatasi faktor batang tubuh atau keperibadian seseorang calon. Pilihan raya umum ke-13 dalam tempoh terdekat ini (paling lewat pada 26 atau 27 Mei berdasarkan tempoh 60 hari pembubaran DUN NS dan dengan andaian pilihan raya serentak)  dianggap paling sengit dalam sejarah politik negara yang kian mirip sistem dua parti seperti yang berlaku di negara-negara maju. Suara rakyat suara keramat, iaitu sebagai tuan sebenar kerajaan yang terlantik kelak...

Monday, March 25, 2013

ANEKDOT BAS EKSPRES (UNWRITTEN SCRIPT)

I:  Di hentian Dungun

Ibu pelajar UTP:  Encik, nanti berhenti depang UTP kang?

Pemandu kedua:  Tugasang saya memandu bas jer
                           Yang itu kena jaga sendiri
                            Tak boleh janji, cuba jer...

II:  ketika bas baru bergerak kira-kira lima minit  (8.40 malam)

Pemandu bas:  Apa yang hok dok puas hati?
                       Nok semayang 40 waktu (rakaat, sunat) sari semalang tok dok sape larang.
                       Kebebasang jalang sana sini, dok?
                       Sape jaming orang kite masuk kerja kejaang
                       Orang laing belum tentu!

Pemandu kedua:  ya, ya

III:   Di sebuah hentian transit mengambil penumpang (12 tengah malam)
     
Bapa si gadis:  (kepada seorang pelajar lelaki)
                       Tolong tengok sikit anak perempuan pak cik
                       Takut terlelap

Pelajar lelaki:  Insya-Allah pak cik, sebenarnya ada dua tiga lagi budak perempuan UTP sekali

Ibu si gadis:  Awak engineering jugak kan? MRSM mana dulu?

Pelajar lelaki:  Saya sekolah biasa jer...

Ibu si gadis:  Tolong deh...

Pelajar lelaki:  Insya-Allah

Bapa si gadis datang bersalam sambil bertanya:  Mari dari mana?

Pelajar lelaki:  Dungun, pak cik

IV  Di hentian transit yang sama (12.20 tengah malam)

Pemandu bas: Gane tak cukup sorang penumpang nih

Pelajar lelaki:  Nanti pak cik, kawan saya baru turun

Pemandu:  Gane baru turung?

(Pelajar lelaki meminta rakan di belakang membuat panggilan)

(Setelah lima minit baru muncul tanpa sepatah kata, terus ke tempat duduk)

Pemandu bas:  Gane gitu, sudah susah orang, ucap terima kasih pun dok...

Sunday, March 24, 2013

PERANAN KEJIRANAN MENCEGAH JENAYAH (LATE NIGHT RIDER SUSPECTED)

Undang-undang tahanan rumah kepada golongan remaja selepas pukul 10 malam seperti di Thailand dan Indonesia memudahkan kawalan terhadap kemungkinan peristiwa jenayah. Jika remaja masih berada di jalanan selepas pukul 10, mereka akan ditangkap tanpa banyak soal jawab. Sebab itu kota mega Jakarta sunyi daripada hiruk-pikuk kenderaan setelah waktu berkenaan.

Di Papua New Guinea pula berlainan. Apabila menjelang malam, seluruh bandar dikuasai oleh gerombolan penyangak dan penyamun sehingga penduduk berkurung dalam rumah sahaja. Tiada jaminan keselamatan bagi sesiapa yang berani keluar pada waktu malam.

Di kebanyakan negara di benua Eropah, semua premis perniagaan, sama ada gedung membeli-belah atau kedai makan ditutup seawal pukul tujuh malam. Konsep mereka ialah waktu malam sebagai waktu rehat dan tiada makan-makan lagi. Hanya kedai roti yang masih dibenarkan beroperasi.

Di negara kita hingga dini hari, malah hingga ke waktu Subuh, restoran mamak masih dipenuhi pelanggan yang menjamu selera dengan hidangan berat dan minuman manis. Segelintir mereka membuka komputer mudah alih sambil berbual dengan rakan dengan menggunakan perkhidmatan wi-fi percuma di situ. Sambutan terhadap restoran mamak telah mendorong rangkaian restoran makanan segera utama seperti KFC dan McDonald beroperasi 24 jam.

Di Kuala Lumpur, keperluan dapur boleh dibeli 24 jam di sekitar Kampung Bharu, Jalan Raja Bot dan Chow Kit. Barangan kulit dan baju sukan tiruan juga boleh diperoleh di pelbagai lokasi uptown dan downtown. Bilakah orang Kuala Lumpur berehat dan tidur?

Penjenayah pula menunggu peluang apabila mendapati mangsa berlaku cuai. Dengan ketiadaan sekatan pergerakan di jalan raya dan kawasan perumahan, kegiatan jenayah berleluasa. Penduduk kawasan perumahan yang sering menjadi mangsa akhirnya bertindak sendiri dengan mengadakan sekatan seperti menutup laluan masuk ke kawasan perumahan mereka selepas tengah malam.

Barangkali tindakan lambat pihak berkuasa tempatan (PBT) menjadi punca penduduk kawasan perumahan terpaksa membuat tindakan sendiri. Teguran Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (baca di sini) tentang hal berkenaan wajar mendapat perhatian kedua-dua belah pihak. Segala proses pencegahan jenayah di kawasan perumahan hendaklah dimudahkan, bukan sebaliknya.

Usaha bersepadu pihak berkuasa dan orang awam mampu menyebabkan penjenayah berputih mata. Segala peluang untuk menceroboh, pecah rumah dan melarikan harta benda penduduk di kawasan perumahan akan tersekat sepenuhnya. Remaja yang menjadi rekrut kumpulan penjenayah tidak lagi memiliki peluang untuk berkeliaran menunggang motosikal sesuka hati selepas pukul 10 malam sama ada sebagai pemberi maklumat, atau bertindak sebagai penjenayah sebenar.

Sebagai ikhtiar, semua laluan utama ke kawasan perumah perlu dipasang dengan kamera litar tertutup yang canggih, serta tidak dapat dikesan untuk dirosakkan oleh penjenayah. Kejadian jenayah pada waktu siang juga tidak kurang hebatnya, terutama apabila seisi rumah sibuk dengan urusan pekerjaan dan pembelajaran. Tiada sebab bagi orang yang bukan penduduk sesuatu kawasan perumahan untuk berlegar-legar di sana dalam keadaan yang mencurigakan.

Dalam jangka panjang, suatu reka bentuk laluan kawasan perumahan selamat perlu dijadikan syarat kelulusan projek. Penduduk kawasan perumahan sudah letih dan serik dengan kejadian jenayah yang menimpa kawasan kejiranan mereka. Jika penjenayah semakin licik, seharusnya pelan pencegahan jenayah jauh lebih licik daripada itu...

Saturday, March 23, 2013

Friday, March 22, 2013

Thursday, March 21, 2013

KEPUTUSAN SPM 2012 MENINGKAT (15,793 CANDIDATES SCORED STRAIGHT a'S)

Ringkasan analisis keputusan SPM 2012 oleh Tan Sri Abdul Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sepertimana yang dilaporkan oleh agensi berita nasional, Bernama. Sila klik di sini untuk merujuk sumber asalnya.

1   15,793 calon memperoleh semua A, 13,721 daripadanya calon sekolah kerajaan

2   481 calon iaitu 438 calon sekolah KPM dan 43 calon sekolah bukan KPM berjaya memperoleh gred A+ iaitu Cemerlang Tertinggi bagi semua mata pelajaran 

3    indeks Gred Purata Nasional (GPN) yang mencatatkan 5.08 mata berbanding 5.04 tahun sbelumnya

4   pencapaian calon bandar menurun sebanyak 0.16 mata kepada 4.83 mata;, pencapaian calon luar bandar juga menurun 0.05 mata kepada 5.44 mata berbanding 5.39 mata tahun sebelumnya.

5   pelajaran yang meningkat ialah mata pelajaran teras iaitu Matematik = 0.30 mata dan Pendidikan Moral  meningkat 0.21 mata

6  Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Sejarah, Sains dan Bahasa Inggeris pula menurun

7   229,009 atau 51.1 peratus calon yang menduduki Bahasa Inggeris (1119) SPM berjaya memperoleh Sijil GCE O-Level

8  48,193 atau 61.3 peratus layak menerima Sijil LCCI daripada Education Development International (EDI), United Kingdom

9   3,590 pusat peperiksaan, melibatkan 30,239 petugas dan 22,930 pemeriksa

10   khidmat pakar pentaksiran dari luar negara: Cambridge International Examinations (CIE), United Kingdom, National Institute for Educational Measurement (Cito), Belanda dan Education Development International (EDI),
 

Wednesday, March 20, 2013

NAIK TARAF POLITEKNIK SEBAGAI UNIVERSITI (MORE DEGREE HOLDERS IN THE NEAR FUTURE)

Di England, sudah lama politeknik menawarkan kursus universiti hingga peringkat doktor falsafah, Ph.D. Sebagai contoh, Politeknik Sunderland yang kini sudah dinaik taraf sebagai University of Sunderland. Nampaknya Malaysia juga sudah memulakan proses ke arah itu (baca lebih lanjut di sini).

...

...

...

...

...

...

...

...

...

Tuesday, March 19, 2013

EKONOMI STPM LEBIH MUDAH DAPAT 'A' DARIPADA KERTAS LAIN (SCORE SUBJECT, NOT THE KILLER SUBJECT)

Berdasarkan unjuran pencapaian STPM di sekolah tempat penulis blog (PB) bertugas dalam tempoh beberapa tahun belakangan, didapati bahawa Ekonomi mencatat pencapaian yang lebih baik berbanding dengan Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah, Pengajian Perniagaan dan Matematik. Pada tahun ini, bilangan calon yang memperoleh A bagi Ekonomi sekali ganda berbanding dengan Pengajian Am. Maka, dengan sendirinya anggapan bahawa Ekonomi sebagai mata pelajaran yang sukar sudah tertolak dengan sendirinya.

Kelas UA3 sebagai contoh, 40 peratus calon mendapat A dalam kertas Ekonomi. Sebagai guru kelas dan guru Ekonomi, sudah tentu bahawa pencapaian berkenaan sangat melegakan. Penekanan terhadap kemahiran generik pembelajaran ekonomi, model huraian deskriptif dan grafikal, serta petua kuantitatif yang dikongsi dengan pelajar nyata berbaloi.

Beberapa orang pelajar yang berada dalam zon risiko F juga berjaya dibimbing hingga mereka berhasil mencatat gred lulus sebahagian, lalu mereka mendapat purata nilai gred minimum 1.0, bukan 0. Perkara yang paling diingatkan kepada kelompok harapan lulus (halus) itu ialah percubaan menulis jawapan, iaitu tidak membiarkan masa berlalu dengan tidak cuba menulis sesuatu. Kalau cuba menulis masih ada harapan, tetapi kalau tidak berbuat apa-apa pasti akan kecundang.

Setelah pelajar berjaya diyakinkan, secara ansur maju, pelajar dibimbing menyenaraikan sejumlah konsep, prinsip, teori dan hukum yang terjangkau sebagai asas jawapan minimum dalam peperiksaan. Penerapan prinsip kaunseling dalam membantu pelajar halus didapati sangat membantu mereka supaya tidak mudah berputus asa dalam pembelajaran ekonomi. Hasutan negatif sama ada berpunca daripada dalam diri sendiri atau daripada rakan yang bersikap pesimis mesti dihapuskan tanpa gagal.

Sama seperti masyarakat sebenar, pengaruh unggul memainkan peranan penting bagi menyokong persekitaran pembelajaran yang berkesan. Maka, tingkah laku terpuji diberi pengukuhan, manakala tingkah laku melencong dikenakan isbat yang jelas. Pelajar yang sering melafazkan keluhan dan rungutan perlu diberi amaran yang tegas supaya penyakit negatif mereka tidak berjangkit, lalu menjejaskan pembelajaran seluruh kelas.

Kaedah konfrontasi hanyalah strategi sementara kerana pada akhirnya pelajar harus mencapai kesedaran kendiri dan kesediaan untuk terbabit aktif dalam proses pembelajaran ekonomi. Namun, strategi guru ekonomi perlu mendapat sokongan daripada pentadbiran sekolah demi kebaikan dan pencapaian pelajar. Cubaan pelajar untuk mengelakkan diri daripada 'susah payah' pembelajaran perlu disiasat dengan saksama.

Hakikat bahawa tekanan dalam pembelajaran tidak dapat dielakkan perlu diulang cakap kepada pelajar dari masa ke masa. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Kebijaksanaan peruntukan masa ialah kemahiran kritikal yang harus diberi perhatian di peringkat pengajian prauniversiti. Walaupun bilangan mata pelajaran tidak banyak, tetapi bilangan tugasan yang perlu disiapkan lebih banyak. Mutu persembahan tugasan juga mesti sejajar dengan tahap persediaan universiti. 

Sudah tentu guru ekonomi juga inginkan persekitaran pembelajaran ekonomi yang ceria dan selesa untuk dinikmati oleh semua pelajar. Proses mendapatkan kerjasama dan sokongan pelajar merupakan prasyarat atau titik tolak pembelajaran ekonomi yang berkesan dan hidup. Guru ekonomi harus merancang proses imbangan antara layanan terhadap keperluan motivasi pelajar dengan kesuntukan masa untuk menyediakan mereka dengan sejumlah sukatan pelajaran.

Tidak dinafikan bahawa disiplin ekonomi yang menjurus kepada pemikiran matematik menghadirkan kesukaran kepada pelajar yang memiliki latar belakang sastera semasa SPM. Pelajar kelompok sedemikian memerlukan intervensi pembelajaran sebaya di luar bilik darjah supaya beban minda yang dihadapi menjadi lebih ringan. Kepercayaan bahawa jalan menuju kecemerlangan menuntut beberapa pengorbanan harus sentiasa bersemi dalam diri pelajar.

...

...

Monday, March 18, 2013

PERATUS DAPAT STPM NAIK 0.48 PERATUS (THE END OF TERMINAL SYSTEM FOR SIXTH FORM)


Analisis keputusan STPM yang diumumkan oleh Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin tengah hari tadi. Sumber ambilan klik di sini.

a)  47,884 calon (92.67 peratus) lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran  berbanding 46,705 calon (92.19 peratus) pada tahun 2011.

b)   2,709 calon (5.24 peratus) lulus penuh dalam lima mata pelajaran 


c)   21,779 calon (42.15 peratus) lulus dalam empat mata pelajaran berjumlah .

d)  10,029 calon (19.41 peratus) lagi lulus penuh tiga mata pelajaran

e)   7,299 calon (14.13  peratus) lulus penuh dua mata pelajaran 

f)    6,068 calon (11.47 peratus) lulus penuh satu mata  pelajaran.

g)   
18 orang calon mencapai Gred A  dalam lima mata pelajaran (12 calon: 2011): 7 sains, 11 sastera

h)   ambil lima mata pelajaran, mendapat empat Gred A  = 53 orang calon

i)    ambil empat mata pelajaran, mendapat empat Gred A  = 379 orang calon.

j)    min Purata Nilai Gred Keseluruhan (PGNK) negara meningkat kepada 2.24 daripada 2.22  pada 2011

k)   442 orang calon (0.86 peratus) mendapat PGNK 4.00 berbanding 300 calon pada tahun 2011 (0.59  peratus)

l)   prestasi calon bandar jauh lebih baik: yang mendapat 5A, 4A dan 3A adalah seramai 1,105 (13.53 peratus) berbanding hanya 170 calon (9.20  peratus) luar bandar.

m)  bilangan calon bandar aliran sains yang mendapat 5A, 4A dan 3A adalah seramai 392  (14.85 peratus) berbanding hanya lapan (6.4 peratus) calon luar bandar

n)    calon bandar aliran sastera yang mendapat 5A, 4A dan 3A pula adalah seramai  713 calon (12.90 peratus) berbanding hanya 162 calon (9.24 peratus) luar bandar

o)   min PNGK sekolah kerajaan pada tahun 2012 ialah 2.33 berbanding  2.29 pada 2011

p)   59 buah sekolah mencapai min PNGK 2.8 atau lebih tinggi berbanding 52  sekolah pada tahun sebelumnya dan 47 sekolah pada 2010

q)   calon sekolah kerajaan yang mendapat lulus penuh dalam lima dan empat mata pelajaran iaitu 23,683 calon (49.64 peratus) bagi tahun lepas  berbanding 22,430 calon (47.84 peratus) pada tahun 2011

r)   enam mata pelajaran meningkat prestasinya iaitu Further Mathematics T (71.43 peratus), Bahasa Cina (69.34  peratus), Ekonomi (59.19 peratus), Syariah (76.43 peratus), Sejarah (64.18 peratus) dan Geografi (70.21  peratus)

s)   15 mata pelajaran yang lain pula dianggap tidak berubah prestasinya kerana beza  peratusan calon yang lulus penuh antara tahun 2011 dan tahun sebelumnya kurang daripada dua peratus

t)   dua mata pelajaran iaitu Bahasa Arab dan Literature in English pula menurun

u)   penggunaan Bahasa Inggeris dalam jawapan calon bagi tujuh mata pelajaran iaitu  Mathematics S, Mathematics T, Further Mathematics T, Computing, Fizik, Kimia dan Biologi, Mohd Noh berkata 98.13 peratus (25,503) calon telah menjawab soalan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya pada tahun  lalu berbanding 98.11 peratus (25,993) pada tahun sebelumnya

v)   Malaysian University English Test (MUET) sesi November  2012, beliau berkata pada keseluruhannya berlaku peningkatan terhadap prestasi calon iatu sebanyak  36.22 peratus calon telah mendapat Band 3 atau lebih baik berbanding 23.94 peratus pada sesi Julai  tahun lepas

w)  Lulus penuh dalam lima dan empat mata pelajaran telah meningkat sebanyak 1,253 calon, iaitu daripada 23,246 calon (45.89 peratus) pada tahun 2011 kepada 24,488 calon  (47.39 peratus)

...

...

...

Sunday, March 17, 2013

MALAYSIA NAIB JUARA HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH (LAST MINUTES NEVER TOO LATE FOR AUSTRALIANS)

Ipoh, Ahad: 17/3/13 = 5 Jamadil Awal 1434

Syabas kepada skuad hoki negara yang berjaya menyebabkan pasukan nombor dua dunia, Australia berhempas pulas hingga ke saat-saat terakhir perlawanan sebelum mengesahkan kejuaraan. Corak permainan yang diterap oleh jurlatih Paul Revington dari Afrika Selatan benar-benar berkesan dan sukar dibaca oleh pasukan yang jauh lebih bergaya dalam saingan tertinggi dunia. Kedudukan di tangga ke-13 dunia tidak menjadi alasan untuk pemain negara berasa rendah diri.

Malaysia membuktikan penguasaan permainan

...

...

...

...

...

...

Saturday, March 16, 2013

CABARAN MEMPERKASA DISIPLIN PELAJAR PRAUNIVERSITI (DEVIANTS AND REBELLION BEHAVIOUR)

Sewaktu mula mendaftar pengajian prauniversiti pada bulan Mei, kebanyakan pelajar sudah mencecah usia 18 tahun, iaitu dalam konteks undang-undang sebagai melepasi usia juvana. Maksudnya, pelajar prauniversiti sudah layak memikul tanggungjawab yang lebih tinggi sejajar dengan usia matang mereka. Serentak itu juga, mereka boleh dibabitkan dengan proses undang-undang sebagaimana orang dewasa.

Masalah yang berlaku ialah pelajar prauniversiti tingkatan enam masih berada dalam persekitaran sekolah bersama kanak-kanak berstatus juvana. Mereka juga harus mengenakan pakaian seragam sekolah, serta terbabit dengan kegiatan utama sekolah tanpa kecuali. Penjenamaan semula pengajian prauniversiti tingkatan enam hanya akan terserlah jika penubuhan kolej khas untuk mereka menjadi kenyataan dalam tempoh yang terdekat.

Sistem modular mirip pengajian di universiti, iaitu tempoh kuliah dan peperiksaan bagi setiap akhir penggal atau semester. Pelajar juga mesti memenuhi syarat kerja kursus yang lebih menjurus terhadap aplikasi prinsip penyelidikan asas bagi setiap mata pelajaran. Kertas projek yang telah diluluskan perlu dibentangkan dalam sesi ala viva untuk tujuan pentaksiran.

Kerja kursus atau kertas projek bagai setiap mata pelajaran prauniversiti sudah tentu tidak sama dengan penyediaan folio dan bukti (eviden) untuk pentaksiran berasaskan sekolah untuk murid menengah rendah dan atas. Tugasan yang banyak dan tarikh peperiksaan yang begitu cepat mengakibatkan sebahagian pelajar prauniversiti berasa tertekan dan serba tidak kena. Tambahan pula, sebahagian pelajar yang bermotivasi rendah menjadi agak dominan dan berlagak seperti tiada apa-apa yang bakal berlaku.

Gaya belajar di peringkat prauniversiti belum ketara. Pelajar masih terbawa-bawa dengan cara mereka di peringkat SPM dan enggan bersusah payah. Kaedah kuliah yang disarankan akhirnya sama sahaja seperti gaya pembelajaran menengah atas.

Disiplin menepati masa dan menghormati guru masih di takuk lama. Nota kuliah dan tugasan tidak dikemas kini, sebaliknya hanya tersedia apabila diminta oleh guru atau untuk tujuan pencerapan bahan pembelajaran. Sikap sambil lewa itu masih berterusan seolah-olah tugasan itu hanya untuk memuaskan hati pihak lain, dan bukan untuk kepentingan pembelajaran diri sendiri.

Segelintir pelajar yang berpencapaian rendah sering menimbulkan kekecohan dalam bilik kuliah dengan pelbagai kerenah yang membosankan rakan lain yang mahu belajar. Apabila ditegur, pelajar lemah itu mudah menunjukkan bantahan secara terbuka. Malah, bagi menyelamatkan diri daripada dikenakan tindakan, pelajar jenis sedemikian sanggup menyebarkan cerita rekaan bagi menyembunyikan kesalahan diri sendiri.

...

...

...

...

...

Friday, March 15, 2013

PENGALAMAN SEBAGAI PESERTA DI PERINGKAT KEBANGSAAN (HIGH LEVEL CHALLENGE)

Pelawaan Jabatan Penerangan Perak supaya Sekolah Menengah Teknik Persiaran Brash, Ipoh sebagai tempat berlangsungnya pertandingan kuiz kenegaraan daerah Kinta bersekali dengan penyertaan satu pasukan yang diwakili oleh pelajar tingkatan 6 Atas. Alhamdulillah, pasukan berkenaan yang diketuai oleh Khairul Azam, kini pensyarah UPSI, muncul sebagai juara. Namun, perjalanan mereka tersekat di peringkat negeri.

Pada tahun berikutnya, pasukan sekolah diwakili pula oleh guru, termasuk penulis blog (PB). Peserta lain ialah Cikgu Anwar (kini pensyarah politeknik), Cikgu Ali (kini penolong kanan) dan Cikgu Ishak (Allahyarham, pensyarah UPSI). Pasukan guru berjaya muncul sebagai juara negeri dan bertanding di peringkat kebangsaan. Kebetulan, Perak yang menjadi tuan rumah.

Pada sangkaan PB, peserta negeri lain akan menunjukkan sikap mesra dan ramah, tetapi meleset. Mereka benar-benar serius dan menganggap pasukan lain yang bersaing sebagai 'musuh' yang perlu dijauhi. Senyum pun mereka enggan!

Soalan dipilih berdasarkan nombor sampul yang dipilih oleh peserta. Pasukan yang muncul sebagai juara amat bertuah kerana hampir semua soalan yang dicabut berkisar tentang dunia hiburan dan sukan tempatan. Pasukan Perak pula menempah soalan aras tinggi yang membabitkan pengetahuan tentang protokol dan antarabangsa.

Walaupun demikian, pasukan Perak berpuas hati dengan kedudukan tempat keempat daripada 13 buah negeri yang bertanding. Saingan rapat Perak, iaitu Terengganu tetap mempamerkan sikap 'keras' hingga tamat pertandingan. Barangkali memang demikian strategi mereka sebagai perang psikologi bagi melemahkan semangat pasukan lawan.

II

Sebagai ketua panitia sejarah di SM Teknik, PB dicalonkan menyertai program peningkatan profesionalisme guru sejarah sekolah menengah teknik dan vokasional bertempat di Hotel Federal, Bukit Bintang selama seminggu. Tanpa disangka-sangka sebulan selepas itu, PB dijemput untuk berkampung semula di hotel yang sama juga selama seminggu. PB telah terpilih sebagai salah seorang daripada 10 wakil Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk persidangan sejarah peringkat kebangsaan.

Persidangan dianjurkan bersama oleh Pusat Perkembangan Kurikulum KPM dan Persatuan Sejarah Malaysia. Kebanyakan peserta persidangan ialah sarjana sejarah (profesor), pakar kurikulum, pegawai utama kementerian dan pengetua. Hanya dua tiga kerat orang guru yang bertuah dipilih menyertai persidangan yang bertujuan mengesahkan semakan semula kurikulum mata pelajaran sejarah di sekolah menengah.

PB berkongsi bilik dengan pengetua dari Kelantan yang bernama P. Ramlee. Memang nama itu diberi justeru orang tua beliau sangat kagum dengan seniman agung negara Tan Sri Dr. P. Ramlee. Walaupun Cikgu P. Ramlee berjawatan pengetua, cara beliau bercakap cukup sederhana (sempoi). 

Pertanyaan yang sukar untuk dijawab ialah apabila peserta persidangan yang lain bertanya tentang kedudukan PB sama ada universiti (fakulti mana dan sudah PM = profesor madya), atau pengetua sekolah mana. Agaknya blazer yang disarung menambah nilai penampilan hingga disangka sebagai orang muda yang berkedudukan tinggi dalam kerjaya. Ketua Pengarah Pelajaran (KPPM) ketika itu juga datang memberi salam dan menyangka PB dari kampus.

Tidak semua soalan perlu dijawab kerana si penanya hanya mahu menyapa, kemudian terus berlalu. Jadi, PB lebih banyak mendengar daripada bercakap. Maklum sahaja jika buka mulut, lebih banyak soalan susulan akan ditanya!

III

...

...

... 

Thursday, March 14, 2013

KARANGAN CERAMAH KESELAMATAN JALAN RAYA (THE DUTY OF CARE AND NEGLIGENCE)

Tugasan Soalan:

Kelab Keselamatan Jalan Raya sekolah anda menganjurkan kempen keselamatan jalan raya. Pihak kelab telah menjemput seorang pegawai polis lalu lintas untuk menyampaikan ceramah tentang keselamatan murid sekolah di jalan raya semasa perhimpunan rasmi mingguan.

Tulis semula ceramah berkenaan dengan lengkap.

========================================================================

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam sejahtera dan selamat pagi

Terima kasih saudara pengacara majlis

Yang Berusaha Tuan Pengetua, guru dan pelajar yang dikasihi sekalian.

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Kelab Keselamatan Jalan Raya SMK Indah Jaya kerana sudi menjemput saya menyampaikan ceramah tentang keselamatan murid sekolah di jalan raya. Saya, Inspektor Anas bin Asri dari Unit Trafik, Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Perak Darul Ridzuan. Tugas saya ialah sebagai pegawai data dan perhubungan awam di unit berkenaan.

Sejak awal pagi pada setiap hari persekolahan, jutaan murid akan memegang peranan sebagai pengguna jalan raya, sama ada sebagai pemandu kenderaan, penumpang, penunggang basikal, pembonceng dan pejalan kaki. Kemakmuran negara dan kuasa beli rakyat yang lebih tinggi telah mengakibatkan pertambahan besar dalam jumlah kenderaan di jalan raya yang sudah mencecah angka lebih 10 juta buah. Masing-masing pula hendak tiba ke tempat yang dituju alam tempoh masa yang tertentu.
 

Guru dan murid yang dimuliakan,

Keselamatan murid di jalan raya bergantung kepada pelbagai faktor. Sebelum mula bergerak, murid hendaklah memastikan keadaan kenderaan dalam keadaan terbaik, terutama tayar yang membawa kendraan bergerak dan sebagai satu-satunya komponen kenderaan yang sentiasa bersentuh dengan permukaan jalan raya. Data di ibu pejabat saya menunjukkan bahawa 80 peratus nahas jalan raya berpunca daripada keadaan tayar yang bermasalah.

Sebahagian murid sekolah masih menggunakan pengangkutan awam, manakala sebahagian lagi dihantar oleh ibu bapa masing-masing. Murid yang memandu sendiri kenderaan untuk ke sekolah seharusnya telah mematuhi semua syarat lesen memandu. Murid yang berusia 16 tahun sudah boleh mengambil ujian lesen motosikal, dan murid yang berusia 17 tahun dan ke atas boleh mengambil lesen memandu kereta.

Jalan raya ialah kemudahan awam yang dibina untuk menghubungkan satu tempat dengan satu tempat yang lain. Jalan raya yang telah diwartakan telah melalui proses reka bentuk dan spesifikasi yang ketat. Bagi memastikan mutu jalan raya yang terbaik, pihak kerajaan telah memperuntukkan perbelanjaan yang sangat besar dengan bersumberkan hasil cukai yang dikutip daripada rakyat sendiri.

Murid sekolah yang menyarung pakaian seragam pula memiliki keistimewaan yang tersendiri dari segi perlindungan undang-undang, termasuk di jalan raya. Dari segi prinsip, pengguna jalan raya yang lain sepatutnya memberi ruang kepada murid sekolah untuk melintas jalan raya dan juga bertimbang rasa dengan pemandu muda yang masih belum berpengalaman luas dalam pemanduan di jalan raya awam. Namun, tidak semua pemandu dewasa begitu peka terhadap keperluan berkenaan, bahkan jalan raya yang tidak tertakluk kepada prinsip pengecualian (eksklusif) memungkinkan pembuli, penjenayah dan samseng turut menggunakan kemudahan awam itu secara melulu.


Guru dan murid yang dihormati,
 
Keselamatan murid di jalan raya bergantung kepada pelbagai faktor. Maka, sebelum mula bergerak, murid hendaklah memastikan keadaan kenderaan dalam keadaan terbaik, terutama tayar yang membawa kenedraan bergerak dan sebagai satu-satunya komponen kenderaan yang sentiasa bersentuh dengan permukaan jalan raya. Data di ibu pejabat saya menunjukkan bahawa 80 peratus nahas jalan raya berpunca daripada keadaan tayar yang bermasalah.

Sebagai penumpang kenderaan awam, bas sewa atau kenderaan ibu bapa, murid juga harus memainkan peranan masing-masing supaya pemandu kenderaan dapat menumpukan poerhatian terhadap pemanduan. Penumpang hendaklah berdisiplin apabila berada di dalam sebuah kenderaan yang sedang bergerak. Sebagai contoh, murid hendaklah duduk di tempat duduk masing-masing dan jika berdiri hendaklah memberi kerjasama dengan tidak berbuat bising atau bergurau senda.

Kepada murid yang menunggang basikal atau motosikal, kalian perlu sangat berhati-hati dan peka terhadap 'jiran' kenderaan lain di hadapan, belakang, kanan dan kiri. Risiko pemanduan kenderaan dua roda memang tinggi. Murid yang demikian wajib memberi tumpuan terhadap jalan raya, di samping peka terhadap pergerakan kenderaan lain yang berjiran.

Apabila turun daripada kenderaan, murid akan bertukar peranan sebagai pejalan kaki. Maka, apabila hendak melintas jalan, murid juga harus memberi tumpuan maksimum. Sebarang bentuk kecuaian bakal mendedahkan murid terhadap risiko menjadi mangsa nahas jalan raya.

Walaupun murid yang menyarung pakaian seragam sekolah sepatutnya diberi keutamaan laluan, pengguna jalan raya yang lain mungkin hanya memnetingkan diri sendiri. Maka, saya menyeru murid sekalian supaya menjaga keselamatan diri masing-masing tanpa mengharap sangat terhadap ihsan orang lain. Menolong orang membawa bahagia, mengharap orang membawa derita.

Hampir semua sekolah yang berdekatan dengan jalan raya menyediakan perkhidmatan warden trafik sekolah. Murid hendaklah mematuhi sepernuhnya arahan warden trafik berkenaan yang telah terlatih dan diberi kebenaran khas bagi mengawal pergerakan lalu lintas. Walaupun demikian, mata murid-murid harus juga liar memerhatikan kenderaan yang kelihatan pegun kerana dikhuatiri ada yang terlepas dan tidak mematuhi kawalan tarfik.
 
Pengacara majlis, tuan pengetua, guru dan murid yang dikasihi,

Sebelum menutup bicara, sukacita saya memaklumkan bahawa saya telah memabawa bersama sejumlah poster dan risalah berkenaan maklumat lanjut keselamatan jalan raya dan data tentang murid sekolah sebagai pengguna jalan raya yang berhemah. Saya berharap bahawa bahan-bahan tersebut dapat memberi manfaat kepada sekalian warga sekolah, khususnya murid sekoah sebagai pemimpin dalam pembikinan. Saya akhiri ceramah saya dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih atas kesabaran dan perhatian hadirin sepanjang majlis ini.

Sekian, wabillahi't-taufiq wa'l-hidayah. Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Wednesday, March 13, 2013

KEPENTINGAN NASKHAH KERTAS STPM MAKROEKONOMI SPESIMEN (DO MORE EXCERCISES BEFORE EXAM)

Semasa belajar di dalam kelas, nampak macam senang sahaja mata pelajaran ekonomi. Masalah hanya berlaku apabila berhadapan dengan kertas soalan ujian dan peperiksaan. Kadang-kadang ayat tugasan soalan langsung tidak dapat ditangkap maksudnya oleh calon.

Hakikatnya pernyataan di atas merujuk kepada persepsi atau tanggapan yang sipi tentang cara pembelajaran ekonomi. Sebahagian pelajar beranggapan bahawa ekonomi boleh dipelajari pada saat-saat akhir (over night). Mereka lupa tentang hubung kait antara sejumlah pemboleh ubah bagi menjelaskan sesuatu takrif, konsep, prinsip, teori dan hukum ekonomi.
Tiada jalan pintas untuk menguasai penjelasan hubungan antara pemboleh ubah dalam pembelajaran ekonomi, melainkan menerusi sejumlah latihan yang mencukupi dan relevan. Bidang atau tumpuan latihan hendaklah akur dengan sukatan pelajaran dan buku teks yang disyorkan. Bentuk latihan boleh jadi berdasarkan tajuk (topical), mahupun kertas spesimen peperiksaan selengkapnya.

Antara buku latihan ekonomi penggal 2 (makro) yang terdapat di pasaran ialah terbitan Oxford Fajar yang menggabungkan tiga orang penulis. Sebanyak 7 kertas model disediakan berasaskan contoh yang terdapat dalam sukatan pelajaran modular. Dengan harga senarai RM10 (sebelum diskaun), pembelian buku yang tersebut memang berbaloi.

Kebanyakan item soalan yang direka bentuk begitu mirip dengan piawaian kertas STPM yang lalu. Penulis telah mengambil kira perubahan sukatan pelajaran dan aras soalan yang bersesuaian dengan sistem penggal. Cadangan jawapan boleh dimantapkan dengan merujuk huraian daripada buku teks ekonomi yang digunakan sepanjang kuliah.
Naskhah spesimen kertas STPM Makroekonomi yang boleh membantu calon meningkatkan kecekapan menjawab soalan ialah modul pentaksiran tulisan Faith Lim, terbitan Ilmu Bakti. Mutu soalan yang dimuatkan lebih kurang sama dengan buku Oxford Fajar. Bezanya, naskhah ini tidak dijilid, sebaliknya boleh dipisahkan sebagai 6 set naskhah soalan spesimen STPM yang berlainan.

Alangkah baiknya jika pelajar memiliki kedua-dua naskhah latihan ini supaya dapat bersedia dengan pelbagai bentuk dan ragam soalan. Harga modul Ilmu Bakti ialah antara RM5.90 sebelum diskaun. Maka, kedua-dua naskhah latihan tidak sampai RM20, atau belum sampai separuh nilai baucar buku tempoh hari.

Kedua-dua naskhah latihan ini bakal melengkapkan bahan latihan yang terdapat di penghujung setiap bab dalam buku teks. Memandangkan tarikh peperiksaan sudah di ambang, maka ketiga-tiga sumber latihan ini sudah dikira cukup sebagai persediaan untuk mencatat keputusan yang cemerlang dalam STPM. Guru ekonomi juga sudah tentu menyediakan sejumlah item latih tubi yang penting.

Ujian Masa
Hal inilah yang paling perlu diberi keutamaan oleh calon peperiksaan awam justeru bahawa dalam tempoh peruntukan masa yang terhad, kecekapan dalam proses merancang dan menulis jawapan menjadi kunci pencapaian yang cemerlang. Maka, naskhah modul pentaksiran dan kertas spesimen peperiksaan seumpama di atas sangat membantu dalam persediaan peperiksaan sebenar. Tidak mengapa jika calon harus mengulang set ujian yang sama banyak kali demi sehingga berjaya mencapai kecekapan yang dikehendaki.

Jika wujud keraguan dalam naskhah spesimen
Penulisan kertas model dan spesimen sudah tentu tidak sepertimana ketelitian dalam penulisan buku teks. Dari itu, andai kata berlaku percanggahan, pelajar hendaklah menerima penjelasan buku teks. Sumber rujukan seterusnya ialah sukatan pelajaran, serta guru ekonomi yang memang sentiasa di sisi sebagai 'rakan' kecemerlangan pelajar...

Tuesday, March 12, 2013

KEPUTUSAN STPM DIUMUM ISNIN, KHAMIS DEPAN (THE LAST COHORT OF TERMINAL SYSTEM CANDIDATES)


Bagi Calon STPM sistem terminal

Pilihan untuk mendapatkan keputusan STPM calon kohort terakhir sistem terminal pada hari Isnin, 18 Mac ini:

1  calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai 12 tengah hari

2  calon persendirian akan memperolehnya melalui pos.

3  menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM RESULT 
    {jarak} No.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.

4   melayari laman web MPM: klik di sini mulai 12 tengah hari, hari yang sama.


Perangkaan calon terminal 2012

Jumlah calon = 51,673 orang

Calon sekolah = 47,708 orang

Calon sekolah swasta = 1,112 orang

Calon persendirian =  2,795 orang

Calon sekolah kerajaan negeri. =  58 orang



Bilangan pusat peperiksaan = 760 buah

Sidang media tentang analisis keputusan peperiksaan akan diadakan pada pada 12 tengah hari, pada hari yang sama di Dewan Besar MPM, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor.


Bagi Calon sistem modular penggal 1:  Khamis 21 Mac

layari laman web MPM: klik di sini atau hantar SMS pada 21 Mac ini, dengan menaip STPM RESULT   {jarak} No.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888 seperti kaedah di atas

sumber maklumat Bernama: ambilan dari sini

Monday, March 11, 2013

KAKITANGAN AWAM DAPAT KENAIKAN GAJI TAHUNAN JULAI INI (BETTER PAY SOON)

Kerajaan mengumumkan anugerah kenaikan gaji tahunan antara RM80 hingga RM320 bagi kakitangan awam gred 1 hingga 54 pertengahan tahun ini. Dalam kata lain, 'dua kali' kenaikan gaji bakal dinikmati untuk 2013. Kakitangan awam yang sudah mencapai tangga gaji maksimum juga layak menerima kadar kenaikan gaji yang serupa (baca laporan penuh di sini dan di sini).

Pemindahan satu kenaikan gaji tahunan (KGT) pada bulan Julai kali ini atas prinsip 'diawalkan'. Maksud sebenar tentang hal itu kena tunggu perincian oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam. Cakap-cakap bahawa bakal berlaku pelarasan gaji sebanyak 13 peratus tidak menjadi kenyataan buat masa ini.

Sementara itu, ketua setiausaha negara (KSN), Tan Sri Dr. Ali Hamsa memaklumkan bahawa semakan elaun perkhidmatan awam, keraian, perumahan dan bantuan sara hidup (Cola) hanya dapat dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini (baca selanjutnya di sini). Kini terdapat sejumlah 87 jenis elaun dalam perkhidmatan awam.

Kerajaan juga mengumumkan nama baharu 'Sistem Saraan Transformasi' (SST) atau Salary Transformation Incentives (STI) bagi menggantikan sistem saraan baharu perkhidmatan awam (SBPA) yang telah dibatalkan. Namun, perkara baik dalam SBPA seperti matriks gaji sebaris dan amaun KGT berdasarkan gred mungkin dikekalkan. Usaha ini dilihat sebagai cara untuk menarik bakat terbaik modal insan menyertai jentera perkhidmatan awam negara.

Pengumuman dibuat di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (Mapa) ke-13 bertemakan 'Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020' yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pagi tadi. KSN berkata bahawa Mapa tiada kaitan dengan musim pilihan raya, sebaliknya sebagai agenda tahunan perkhidmatan awam bagi mengumumkan pembaharuan dan penambahbaikan dalam skim perkhidmatan awam. Kebajikan kakitangan awam diberikan keutamaan bagi menyumbang terhadap sistem penyampaian yang sentiasa berkesan dan cekap.

Kerajaan juga tidak menolak kemungkinan berlaku semakan atau pelarasan gaji. Namun, buat sementara waktu, sejumlah hampir 200,000 kakitangan awam yang sudah mencapai mata gaji maksimum akan kembali menikmati pergerakan gaji. Semua gred perjawatan akan menikmati tambahan tiga kali kenaikan gaji tahunan (KGT) daripada yang ada sekarang.

Proses naik pangkat secara laluan pantas, bidang kepakaran dan kemahiran tinggi juga dilihat sebagai usaha mengekalkan kakitangan perkhidmatan kritikal daripada berhijrah ke sektor swasta atau menerima tawaran dari luar negara. Kepakaran industri dan korporat telah lama dibawa menganggotai beberapa panel penasihat perkhidmatan awam, termasuk pendidikan, supaya persekitaran perkhidmatan awam sentiasa serasi dengan kepesatan tempo perubahan di luar organisasi kerajaan. Jalinan kerjasama pintar dan strategik seperti itu bakal menjadi pemangkin pencapaian status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Anggota keselamatan negara sekali lagi mendapat perhatian istimewa menerusi pengumuman SST. Penolong Penguasa Polis (ASP) dan kapten ATM kini dimasukkan dalam gred 44, berbanding 41 sebelumnya. Timbalan Penguasa Polis (DSP) dan mejar ATM diberi gred khas 46A, manakala Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) dan kolonel ATM kini menikmati gred jawatan 52.

Saiz perkhidmatan awam semasa ialah sebanyak 1.4 juta orang kakitangan. Beberapa jenis perkhidmatan kaunter dan bersemuka sudah boleh dijumudkan, tetapi perkhidmatan kritikal seperti perubatan, keselamatan, pendidikan dan pentadbiran keadilan sebaliknya perlu ditambah dari masa ke masa berdasarkan keperluan demografi. Malah, kelompok besar kakitangan awam itu membentuk kuasa beli raksasa yang merancakkan kegaiatan ekonomi secara makro.

Setiap kali pengumuman berita gembira saraan perkhidmatan awam, para peniaga mula berkira-kira untuk tumpang kaki menerusi kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Nampak gayanya persatuan pengguna, Ceupacs dan agensi penguat kuasa perihal dagangan perlu lebih tegas kepada peniaga supaya kenaikan gaji dan elaun kakitangan awam tidak hanya bersifat sebagai pampasan inflasi. Macam-macam alasan boleh diberi, tetapi akhirnya wal hasil balik asal, justeru hanya pendapatan nominal (wang) yang meingkat, sedangkan pendapatan benar (kuasa beli barang dan perkhidmatan) kekal malar...

Sunday, March 10, 2013

KEBANGKITAN LEWAT CHONG WEI TIDAK MENCUKUPI (CHEN LONG THE NEW ALL ENGLAND CHAMPION)

Corak permainan agresif yang ditunjukkan oleh Chen Long, 24, dari China berjaya menyekat pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, 31, yang dikenali sebagai pemain lambat panas daripada mendapat rentak. Buktinya, Chen Long mendahului lebih awal dalam kedua-dua set, iaitu 7-0 pada set pertama dan 6-1 pada set kedua. Keputusan perlawanan berakhir dalam dua set terus, iaitu 21-17 dan 21-18.

Pertarungan selama satu jam dua minit itu membayangkan permainan rally yang penuh muslihat dan taktikal yang berselang seli dengan pukulan kencang yang mengelirukan lawan. Set pertama kelihatan mudah bagi Chen Long kerana dia sentiasa di hadapan dari segi pungutan mata. Namun, set kedua penuh debaran apabila kedudukan mula terikat dari mata 14-14 hingga 18-18 sebelum Chen Long berjaya memaksa Chong Wei melakukan kesilapan dengan menghantar bola keluar atau sangkut di jaring.
Walaupun hajat untuk mencatat tiga kejuaraan Seluruh England berturut-turut tidak kesampaian, Chong Wei masih lagi ayam tambatan badminton negara justeru pemain pelapis semuanya terkandas di peringkat awal. Kelibat juara baharu sirkit kebangsaan, Misbun Ramadan Misbun, 22, tidak kelihatan, demikian juga dengan bekas juara remaja dunia, Zulfadli Zulkifli, 19, serta Mohd Arif Abdul Latif. Dua pasangan beregu termasuk veteran Farizuan Tazary dan Zakry Abdul Latif masih berjaya menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik di peringkat suku akhir.

Indonesia pula terus tenggelam selepas era Icuk Sugiarto, Lim Swie King dan penampilan terakhir Taufik Hidayat di Seluruh England kali ini apabila tumpas seawal pusingan pertama. Indonesia hanya mampu bersaing dalam acara beregu lelaki dan beregu campuran. Legenda mereka seperti Rudy Hartono, juara Seluruh England lapan kali, Christian Handinata, Tjun Tjun, Hermawan Susanto dan Rexy Manaiky tidak mampu menjadi inspirasi kecemerlangan pemain muda seperti Sony Dwi Kunchoro dan Tommy Sugiarto.
Nampaknya Chen Long telah mengisi kedudukan Lin Dan sebagai pemain yang sukar ditewaskan dalam kejohanan utama seperti Olimpik, Seluruh England dan Piala Dunia. Dengan susuk fizikal yang mantap dan pergerakan yang pantas, Chen Long memiliki ciri lengkap jagoan badminton yang sukar ditewaskan. Kelemahan jangkauan di sudut belakang sebelah kanan gelanggang berjaya ditutup dengan hantaran yang rendah di kiri kanan lawan.

Rejim latihan yang baharu perlu dirangka bagi menghadapi era permainan taktikal yang bersekali dengan pergerakan pantas bagi memburu setiap satu mata yang tidak diperoleh dengan mudah. Sekolah bertaraf akademi badminton mirip sekolah sukan di Bukit Jalil dan Bandar Penawar mungkin jalan terbaik bagi mengimbangi ketangkasan fizikal dengan input kecerdasan intelektual dalam permainan. Panel jurulatih dalam pelbagai bidang kepakaran ditawarkan kepada pemohon yang melalui tapisan yang ketat.

Persatuan Badminton Melayu Malaysia dan Persatuan Badminton India Malaysia perlu lebih aktif supaya bakat muda dalam kalangan kedua-dua masyarakat berkenaan menyerlah semula seperti suatu ketika dahulu. Negara pernah memiliki Abdul Rahman Mohammad, Suffian Abu Bakar, Misbun Sidek dan adik-adik, Roslin dan Hafiz Hashim dan sebilangan pemain remaja yang berjaya di peringkat remaja dunia ketika ini. Punch Gunalan dan James Selvaraj juga pernah menyinar di gelanggang antarabangsa suatu ketika dahulu.

Tanpa bermaksud perkauman atau segregasi, tujuan memperkasa persatuan badminton berdasarkan masyarakat lebih berupa landasan untuk menggilap bakat terpendam dalam pertandingan yang lebih fokus, di samping menghantar peserta ke kejohanan jemputan antarabangsa tanpa bergantung kepada pilihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang dikawal oleh beberapa kerat pemimpin sukan yang terlalu banyak syarat. Apa-apa pun tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei yang terus memastikan bahawa badminton Malaysia masih digeruni diperingkat tertinggi dunia...

Saturday, March 9, 2013

KEPENTINGAN PERHUBUNGAN AWAM DI SEKOLAH (ESTABLISH EXCELLENCE COMMUNIACTION AND ORGANISATIONAL IMAGE)

Pengenalan

...

Rasional

...

...

Konsep

...

...

Matlamat

...

Objektif

...

...

Bidang / terma rujukan

...

...

Batasan / Had

...

...

Pelaksanaan

...

...

Tatacara Pemilihan Personel

...

...

Latihan

...

...

Rangkaian / jaringan

...

...


Penutup

...

...

Friday, March 8, 2013

8 MAC: GENAP LIMA TAHUN PENGGAL PILIHAN RAYA (THE REAL POLITICAL FORCE)

Tahun 2008 mencatat lembaran baharu dalam sejarah pilihan raya negara apabila kebanyakan kerusi parlimen dan negeri membabitkan saingan dua penjuru. Buat pertama kali dalam sejarah juga, kerajaan dibentuk dengan majoriti mudah, iaitu tanpa penguasaan dua per tiga kerusi parlimen. Kini, masanya sudah semakin hampir untuk tarikh pilihan raya ke-13 berdasarkan tarikh akhir pembubaran parlimen dan dewan undangan negeri bersamaan dengan majlis angkat sumpah jawatan sebagai wakil rkayat.

Pengundi boleh membuat semakan daftar mengundi melalui laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR: sila klik di sini). Ringkasan penyelidikan tentang profil dan sikap pengundi juga telah dipaparkan di sini. Jika pada pilihan raya ke-12 yang lalu, hampir setengah juta pengundi muda yang berdaftar tidak sempat diwartakan, kali ini mereka akan membentuk kumpulan pengundi baharu yang besar jumlahnya.

Perang psikologi dan saraf telah lama dilancarkan menerusi media arus perdana dan juga maya yang disebut dengan pelbagai nama seperti media baharu atau media sosial. Capaian maklumat di hujung jari dan era langit terbuka membawa natijah bahawa pergantungan kepada media tradisional cetak dan elektronik yang dikendalikan oleh wartawan sepenuh masa sudah berakhir. Andaian telah politik persepsi, iaitu bahawa pengundi mudah dipengaruhi dengan propaganda sebelah pihak juga nampaknya tidak lagi berkesan 

Beberapa organisasi bebas juga sibuk menjalankan kajian tentang arah aliran sokongan, misalnya Merdeka Centre (klik di sini), Zentrum Future Studies (baca di sini) dan UMCEDEL (klik di sini). Namun, seperti yang dibuktikan pada beberapa siri pilihan raya kecil yang lalu, tidak semua dapatan kajian menepati keputusan sebenar. Isu persampelan dan ralat memang tidak dapat dipisahkan daripada kajian yang bersifat ilmiah.
sumber gambar di sini

Tahap kematangan demokrasi tempatan sekali lagi bakal teruji dalam proses pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi. Penyokong di peringkat akar umbi harus dapat mengawal emosi dan tingkah laku sebagaimana yang ditunjukkan oleh para pemimpin mereka semasa sesi persidangan parlimen dan dewan undangan negeri.  Fobia terhadap angka 13 sudah tidak relevan dalam era dunia tanpa sempadan kini.

...

...

...

...

...