SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Loading...

Tuesday, April 30, 2013

AL-QURAN PERLEMBAGAAN UMAT (THE ULTIMATE REFERENCE)

Rasulullah Salallahu alaihi wasallam mengadu kepada Allah perihal kaum baginda menjadikan al-Quran suatu yang tidak diacuhkan (al-Furqan, 25 : 30). Hal yang demikian berlaku sepanjang sejarah dakwah dan perjuangan menyebarkan risalah tawhid kepada golongan manusia yang sangat taksub terhadap status quo. Masalah menjadi lebih buruk apabila sebilangan umat yang mengaku beriman hanya melayan al-Quran sebagai bacaan untuk orang sakit atau di pusara semata-mata.

Hakikatnya ialah musuh-musuh Islam paling takut jika umat Islam kembali berdamping dengan al-Quran sebagai perlembagaan hidup mereka yang menjurus kepada pencapaian kecemerlangan dalam bidang kehidupan. Kejayaan generasi awal Madinah atau yang disebut sebagai al-jil qur'ani'y-yu'n-farid (generasi al-Quran yang unik) membawa Islam berkembang di seluruh penjuru alam, lalu disambung oleh khulafa ar-rasyidin sehingga runtuhnya empayar Uthmaniyyah yang berpusat di Turki, umat mengecapi era kegemilangan peradaban dan tamadun yang unggul. Hanya apabila umat mula renggang dengan al-Quran, era kejatuhan dan zaman kegelapan pun pun bermula.

...

...

...

...

...

...

...

...

Friday, April 26, 2013

SEKOLAH SEBAGAI KAWASAN LARANGAN ATAU MESRA ORANG RAMAI? (PROVIDING SAFE LEARNING ENVIRONMENT)

Program sekolah selamat dilaksanakan sepenuhnya di semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara mulai tahun 2003 (pekeliling / punca kuasa klik di sini). Model pelaksanaan sekolah selamat di negara-negara maju seperti Australia boleh dipelajari sebagai perbandingan (klik di sini). Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga membina skor piawaian sekolah selamat sebagai penanda aras penarafan status pelaksanaannya di sesebuah sekolah (klik di sini).

Inti pati program sekolah selamat ialah:

1   warga sekolah berasa selamat menjalankan aktiviti bilik darjah dan luar bilik darjah tanpa gangguan;

2   perbezaan budaya / nilai setiap individu / kumpulan dihargai oleh semua pihak; dan

3   amalan menjaga keselamatan menjadi budaya dalam kehidupan seharian.

Perbincangan ini memberi tumpuan terhadap sekatan yang dikenakan kepada pihak luar ketika sesi persekolahan sedang berlangsung, iaitu murid dan guru berada di sekolah. Khusus untuk aktiviti bilik darjah atau proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), KPM telah memperkenalkan konsep melindungi masa instruksional murid (MMI) supaya segala konsep pendemokrasian pendidikan, iaitu pendidikan bermutu untuk semua benar-benar tercapai. Cogan kata atau maksim yang digunakan ialah 'kembali pada yang asal, guru mengajar, murid belajar (pelan tindakan lengkap: klik di sini).

Bagi menjamin keselamatan murid dan guru, sebarang kunjungan pihak luar, termasuk ibu bapa dan pegawai pihak berkuasa pendidikan perlu mendapat izin pengetua atau guru besar. Pihak pengawal keselamatan (kini kendalian syarikat swasta yang dilantik oleh PPD) terlebih dahulu mencatat butiran pelawat, memberikan borang kebenaran untuk dimajukan ke pejabat. Orang luar tidak boleh sewenang-wenangnya memasuki kawasan sekolah secara melulu kerana dikhuatiri mendatangkan gangguan dan risiko terhadap keselamatan sekolah.

Pada asasnya mana-mana jurujual tidak dibenarkan berurusan secara terus dengan guru atau murid melainkan setelah mendapat keizinan pengetua dan guru besar. Urus niaga berkaitan alat tulis dan buku dikhususkan untuk koperasi sekolah atau kedai buku, manakala jualan makanan dan minuman hanya dibenarkan di kawasan kantin sekolah. Peraturan tegas berkaitan hal itu ialah demi melindungi warga sekolah daripada sebarang bentuk kacau ganggu atau pencerobohan yang mendatangkan risiko keselamatan.

Pada suatu ketika dahulu pernah muncul saranan supaya sekolah dibuka kepada orang ramai sebagai pusat komuniti selepas tamat sesi persekolahan untuk penggunaan segala kemudahan di sekolah seperti pusat sumber, gelanggang dan padang permainan, bahkan bilik darjah untuk melaksanakan kursus atau seumpamanya. Rasional saranan ialah kemudahan sekolah tidak dimanfaatkan sepenuhnya sehingga berlaku pembaziran yang tersembunyi. Namun, perkara berkenaan sukar untuk dilaksanakan kerana kekangan pengurusan dan keselamatan harta benda sekolah. 

Kawasan sekolah terbiar kosong pada waktu malam sebagaimana kompleks pejabat yang lain melainkan terdapat kelas tambahan, acara khas atau kegiatan perkhemahan, dengan pengecualian terhadap sekolah yang mempunyai kompleks asrama. Sekolah harian biasa akan dikawal oleh pihak keselamatan,di samping pengawasan kamera litar tertutup yang dipasang di sekitar kawasan sekolah. Pendek kata, sekolah ialah sebuah kawasan eksklusif buat warga sekolah.

Penggunaan kawasan sekolah oleh orang ramai dan pihak luar setelah berakhirnya sesi persekolahan harian masih dibuka dengan syarat memohon kebenaran pengetua atau guru besar. Pihak sekolah akan meneliti segala aspek tatacara kewangan dan keselamatan sebelum bersetuju membenarkan kawasan sekolah digunakan. Pertimbangan utama kebenaran sudah tentu bahawa sebarang kegiatan di dalam kawasan sekolah oleh pihak luar tidak sesekali bakal menjejaskan kepentingan warga sekolah.

...

...

Thursday, April 25, 2013

PERANG BENDERA MUSIM PILIHAN RAYA (COUNTLESS VALUES OF CREATIVE MESSAGE)

Walaupun pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei ini dikaitkan dengan wadah media baharu, media sosial, jaringan maya dan seumpamanya, kaedah konvensional bagi memikat pengundi masih menjadi pilihan parti politik yang bertanding. Di serata tempat sudah penuh dengan bendera parti dan poster calon yang bertanding di sesuatu kawasan parlimen dan dewan undangan negeri. Perbelanjaan yang dikeluarkan mungkin besar, tetapi kepercayaan bahawa iklan tidak mungkin dapat dinilai dengan wang ringgit, maka kaedah berkenaan masih diteruskan.

Sebahagian besar pengundi telah pun lama dahulu membuat keputusan untuk memangkah calon atau parti pilihan masing-masing. Maka, perang saraf menerusi apa-apa kaedah pun tidak sama sekali bakal mampu menggugat pendirian mereka. Istilah tegar atau totok mungkin keterlaluan, tetapi kelompok berkenaan berpegang teguh terhadap prinsip yang telah bersemi dalam sanubari sekian lama.

Kali ini dianggarkan terdapat sejumlah 40 peratus pengundi kali pertama yang kebanyakannya akan berbaris di saluran empat.Golongan muda inilah yang paling banyak menggunakan komunikasi atas talian dan mudah alih berbanding dengan pengundi 'otai' (old timer) yang berbaris di saluran satu yang masih bergantung kepada maklumat media tradisional atau bersikap sentimental terhadap pengalaman masa lalu. Dalam era langit terbuka dan maklumat di hujung jari ini, kemampuan seseorang calon untuk menguasai undian hingga menghilangkan wang pertaruhan (deposit) pihak lawan menjadi sangat tipis.

Menyedari hal yang demikian, pasukan pemikir parti (think tank) menyarankan semua sekali kaedah konvensional dan terkini digunakan dengan sasaran yang berbeza. Undi penyokong tegar tidak boleh dirampas oleh calon parti lawan, sementara dengan sebilangan pengundi beralih arah sudah cukup untuk mencatat majoriti mudah yang tipis. Kelompok minoriti seringkali menjadi penentu keputusan undian kelak.

Dari segi yang lain, kilang kain, kilang cetak dan reka bentuk grafik berbantu komputer masih boleh cari makan. Demikian juga dengan tukang gantung bendera yang mungkin menerima imbuhan tertentu atau sekadar pengalaman merayakan demokrasi. Dalam tempoh kempen, pemandangan kawasan tumpuan di bandar dan desa seakan-akan suatu pesta layaknya.

...

...

...

...

...

Wednesday, April 24, 2013

SAMBUTAN HARI PENTING DALAM KELUARGA (RE-INVENTING HOME SWEET HOME ENVIRONMENT)

Institusi keluarga ialah asas pembentukan sesebuah masyarakat dan seterusnya negara. Kerukunan dalam institusi keluarga menyumbang terhadap pembentukan masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Sebaliknya, kepincangan yang berlaku dalam institusi keluarga bakal membawa kesan buruk sehingga menjejaskan  pembentukan sistem hidup bermasyarakat yang diinginkan.

Keutuhan sesebuah keluarga bergantung kepada ikatan kasih sayang, kemesraan dan kepekaan yang dipamerkan antara ibu bapa, anak-anak dan anggota keluarga yang lain yang menghuni rumah yang sama. Ibu bapa sebagai tonggak kepimpinan keluarga seharusnya memiliki kemahiran keibubapaan supaya dapat menjadi contoh yang unggul kepada anak masing-masing. Komunikasi berkesan dan bahasa mesra sesama anggota keluarga mampu mengukuhkan ikatan kekeluargaan dan menjadi perisai daripada sebarang ancaman pengaruh negatif yang boleh memporak-perandakan keluarga.

Antara amalan baik yang boleh dibuat ialah sambutan hari-hari penting dalam keluarga seperti sambutan hari lahir, ulang tahun perkahwinan, hari ibu, hari bapa dan sebagainya. Ucapan selamat dan doa sebagai tanda ingatan menjadikan hari berkenaan sangat istimewa untuk dikongsi oleh seisi keluarga. Acara makan-makan mengikut kemampuan boleh diatur supaya seluruh anggota keluarga dapat meluangkan masa bersama-sama dan mengungkapkan kisah-kisah lalu yang dapat menambah erat hubungan sesama anggota keluarga.

Pada kebiasaannya, ibu dan anak perempuanlah yang lebih peka terhadap tarikh-tarikh ulang tahun itu. Mereka berasa sangat bahagia apabila menerima ucapan selamat dan kata-kata indah berkaitan dengan sambutan hari yang dianggap sangat bermakna dalam hidup mereka. Bapa dan anak lelaki bukan tidak peka, tetapi mungkin hanya agak alpa.

Sambutan hari lahir bukanlah bertujuan mengikut pengaruh Barat, tetapi sebagai suatu peringatan tentang bertambahnya tanggungjawab seisi keluarga terhadap segala urusan duniawi dan ukhrawi. Di samping ucapan selamat dan doa, setiap anggota keluarga boleh mengambil kesempatan ketika berkumpul bersama itu bagi merancang sebarang aktiviti yang boleh mendekatkan lagi ikatan kekeluargaan. Jiran dan rakan terdekat boleh diajak bersama menghadiri majlis sambutan supaya anak-anak terbiasa dengan kehidupan bermasyarakat dalam konteks yang lebih luas.

Tiada masalah sama ada sambutan hari lahir disediakan dengan kek Secret Recipe atau pulut kuning. Upacara meniup lilin sambil memakai topi berbentuk kon mungkin kontroversi kepada orang dewasa, tetapi untuk kanak-kanak bergembira, tanyalah ustaz! Kini, terdapat juga ibu bapa yang berkemampuan menjemput jemaah surau ke rumah untuk majlis tahlil dan doa selamat, seterusnya jamuan khas.

Sambutan ulang tahun perkahwinan juga menjadi tarikh yang sangat istimewa bagi seseorang isteri. Mereka begitu ternanti-nanti akan kejutan yang bakal diterima daripada suami dan anak-anak. Naluri wanita memang suka kepada suasana romantis dalam hubungan perkahwinan walaupun kajian mendapati bahawa majoriti kaum lelaki jarang-jarang peka akan keperluan berkenaan.

Pada hari yang istimewa berkenaan, suami  boleh memberi kejutan khas dengan hadiah mengikut kemampuan kewangan masing-masing. Anak-anak juga dikumpul sekali untuk suatu majlis ringkas untuk mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan dan semoga jodoh ibu bapa mereka kekal ke akhir hayat. Anak-anak dilatih untuk menghargai ibu bapa yang banyak berkorban dan bersusah payah bagi menyediakan segala kesenangan yang dinikmati seisi keluarga selama ini.

Sambutan hari ibu dan hari bapa juga boleh menjadi landasan untuk mengukuhkan jalinan kasih sayang dalam keluarga. Ibu bapa sendiri jangan pula lupa kepada datuk dan nenek yang mungkin tinggal berasingan untuk sambutan hari istimewa itu. Anak-anak akan melihat kepekaan ibu bapa mereka sebagai contoh amalan masa depan mereka sendiri.

Kesimpulannya, sambutan hari-hari penting dalam kalangan anggota keluarga bertujuan bagi mengukuhkan ikatan kekeluargaan supaya sentiasa bertambah erat, mesra dan sejahtera. Majlis sambutan tanpa mengambil kira kecil atau besar pada hakikatnya menjurus kepada kesempatan untuk berkumpul seisi keluarga dalam persekitaran zaman yang begitu sibuk dalam hal ehwal kebendaan, mencari rezeki dan kegiatan di luar lingkungan rumah tangga. Satu kempen kesedaran tentang kesan positif sambutan hari-hari penting dalam kalangan anggota keluarga pada akhirnya menyumbang terhadap kerukunan, kemajuan dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Tuesday, April 23, 2013

IMBANGAN PEMBAYARAN DI MALAYSIA (INTERNATIONAL TRANSCATION ACCOUNTING RECORD)

Takrif Imbangan Pembayaran (BoP)

...

Butiran BoP

Akaun Semasa

...

...

...

...

Akaun Modal

...

Akaun Kewangan

...

...

...

Kesilapan dan Ketinggalan

...

...


Aset Rizab

...

...


Format BoP / Ilustrasi Hitungan

...

...

...


Analisis BoP di Malaysia

...

...

...

Masalah Kurangan / Defisit BoP

...

...

...

...

...


Cara Mengatasi Kurangan / Defisit BoP

...

...

...

...

...

Monday, April 22, 2013

PERNIAGAAN SEBAGAI AMAL SOLEH (THE POWER OF THE AFFLUENT)

Benarkah orang kaya seperti Abdul Rahman Auf lambat masuk syurga kerana hitungan kegunaan harta yang panjang? Benarkah kemiskinan itu sebagai sesuatu yang suci? Salah faham terhadap konsep kekayaan dan kemiskinan telah mencampak umat ke tahap kemunduran dan kemerosotan pengaruh kekuatan dakwah.

...

...

...

...

...

...

...

...

...

Sunday, April 21, 2013

KEGIATAN EKONOMI TRADISIONAL TEMPATAN (SMALL SCALE TRANSACTION)

Pengenalan

Kegiatan ekonomi merangkumi tiga komponen asas, iaitu penggunaan, pengeluaran dan pertukaran. Istilah tradisional pula merujuk kepada warisan nenek moyang atau turun-temurun, lazimnya secara lisan kepada generasi demi generasi. Kebiasaan atau norma yang sudah berakar umbi itu dianggap sebagai jati diri sesebuah masyarakat yang berhadapan dengan perubahan zaman dan persekitaran.

Dalam konteks kegiatan ekonomi tradisional, dianggarkan bahawa 400 juta jiwa masih terbabit dengannya, terutama di dunia ketiga yang masih banyak kedapatan kaum orang Asli yang belum memiliki akses terhadap kemajuan dan pembangunan moden (klik di sini). Dengan beberapa pengecualian, kegiatan ekonomi tradisional bergantung sepenuhnya terhadap persekitaran geografi setempat dan bersifat sara diri. Hanya, jika konsep kegiatan ekonomi tradisional dibuka lebih luas, maka usaha kecil-kecilan ekonomi desa yang berasaskan keluaran warisan dapat dibincangkan bersama.

Takrif Tajuk / Definisi

Kegiatan ekonomi tradisional ialah proses pengeluaran yang dipengaruhi oleh amalan turun-temurun, kepercayaan silam, dan adat resam sesebuah masyarakat (klik di sini).

Kegiatan ekonomi tradisional merujuk kepada cara sesebuah masyarakat memperuntukkan sumber berasaskan sistem turun-temurun atau warisan (op.cit).

Kegiatan ekonomi tradisional ialah suatu sistem ekonomi sara diri yang masih bergantung kepada peralatan dan kaedah lama (kuno) untuk bercucuk tanam dan memburu, serta pertumbuhan ekonomi sangat perlahan (klik di sini).

Ciri Kegiatan Ekonomi Tradisional
1)  Pengeluaran tertumpu terhadap usaha mengolah tanah dan mengumpulkan benda daripada persekitaran
2)  Kaedah pengeluaran dipelajari secara turun-temurun dan bersifat sangat sederhana
3)  Tiada pengkhususan dalam pengeluaran / bersifat sara diri
4)  Ciri keluaran yang homogen untuk keperluan asas minimum isi rumah / kelompok
5)  Berupa hasil kerajinan tangan / modal sedikit
6)  Pertukaran barang berasas sistem barter

Bidang Kegiatan Ekonomi Tradisional
Merujuk ciri yang disenaraikan, kegiatan ekonomi tradisional yang tulen hanya berlaku di kawasan terpencil yang dihuni oleh kaum orang Asli atau masyarakat yang sangat mundur. Namun, kebanyakan negara telah mengambil langkah yang tertentu bagi melakukan perubahan pola berkenaan ke arah kegiatan ekonomi moden. Maka, konsep kegiatan ekonomi tradisional hendaklah diambil hanya satu atau beberapa ciri yang masih wujud hingga kini.

Sebagai contoh, ciri 1  lebih sesuai untuk kegiatan menangkap ikan, mengumpul madu lebah dan memelihara ternakan (ayam kampung, kambing). Ciri 2 lebih kepada pembuatan kraf tangan (rebana, wau, songkok, tepak sirih, angklong) dan kuih-muih (keropok, cakar ayam, kerepek ubi, kacang tumbuk). Segala usaha dibuat secara sambilan sahaja.

1)  Skala Besar

     Tanaman kelapa di Bagan Datoh, sawah padi berkelompok

2)  Skala Sederhana

      kebun durian di Perak (Kampung Gajah, Gua Tempurung), Kelantan (Pasir Mas)

3)  Skala Kecil

     tapai, tempe, ikan pekasam, bedak sejuk


Usahawan Kegiatan Ekonomi Tradisional

1)   menjalankan usaha yang teratur

2)   melakukan pemasaran dan jualan

3)   mengekalkan ciri keluaran tradisonal, tetapi dengan penjenamaan semula


Dasar Kerajaan tentang kegiatan ekonomi tradisional

1)  Pengiktirafan


2)  Galakan / Insentif


3)  Pembiayaan


4)  Latihan


5)  Pemasaran


6)


Masalah yang dihadapi

1)   Punca Modal


2)   Pengurusan


3)   Kawalan mutu


4)   Rangkaian


5)   Persaingan / daya saing


6)  Penjenamaan


Masa depan / prospek kegiatan ekonomi tradisioanl

1)   Cita rasa retro: promosi lebih agresif


2)   Eksploitasi sentimen warisan / jati diri / naluri turun-temurun


3)   Sebagai produk / keluaran / tarikan pelancongan


4)   Penyelidikan dan pembangunan


5)   Teknologi dan kecekapan


6)    Penjenamaan semula


Contoh Kegiatan Ekonomi Tradisional

Lokasi:


Kaedah pengeluaran:


Tujuan kegiatan:

1)  keperluan keluarga


2)  jualan


Punca kewangan / modal:


Tenaga kerja:


Masalah yang dihadapi:


Masa depan / prospek


Analisis Data


Kesimpulan dan Penutup:

...

....

Friday, April 19, 2013

SINGGAH SEBENTAR DI CYBERJAYA (PLANNED CITY EXPERIENCE)

Setelah mendaftar keluar dari tempat penginapan di Rumah Universiti, Universiti Malaya, penulis blog sekeluarga singgah sekejap di jalan Tuanku Abdul Rahman sebelum meneruskan perjalanan ke Cyberjaya. Dalam suasana menjelang pilihan raya ke-13, perang bendera memang ketara, termasuk di sepanjang laluan menuju kampus. Namun, di dalam kampus memang tiada sebarang bendera parti politik yang kelihatan.

Cyberjaya ialah bandar pintar projek lebuh raya maklumat negara, MSC, sebagai pelengkap kepada Putrajaya yang berperanan sebagai pusat pentadbiran kerajaan persekutuan (baca lebih lanjut di sini). Cyberjaya seumpama Lembah Silikon, Amerika Syarikat atau banglore di India. Putrajaya pula mirip konsep Washington DC dan Canberra.
Cyberjaya menempatkan premis pejabat serantau syarikat korporat dan konglomerat bertaraf antarabangsa (multinational company, MNC) seperti BMWDHL, HPIBM dan Erricson. Dengan kawasan seluas 7,000 ekar, Cyberjaya yang dibangunkan oleh Setia Haruman Sdn. Bhd. masih rancak dengan pelbagai projek hartanah mega. Begitu juga sebagai bandar ilmu, Cyberjaya menempatkan Universiti Multimedia (MMU), milik Telekom Malaysia, Universiti Limkokweng dan Universiti Kolej Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS).

Sama seperti Putrajaya, tiada langsung penjaja jalanan yang kelihatan. Sebagai bandar pintar terancang, restoran dan medan selera diletakkan di bawah satu bumbung, serta berciri eksklusif. Misalnya di Cyber 6, terdapat kompleks yang menempatkan pelbagai sajian, termasuk kopitiam halal, restoran mamak, sajian utara dan lain-lain. 

Seorang petugas restoran warga Bangladesh yang ditemui mengatakan dia pernah bekerja di Tesco Ipoh, tetapi berpindah ke Cyberjaya kerana gaji yang lebih tinggi. Pengunjung restoran pula terdiri daripada golongan berkemampuan dan sebahagian lagi ekspetariat asing. Namun, harga makanan masih sederhana justeru pelajar juga menjadi pelanggan mereka.
Cyberjaya juga menempatkan sekolah berasrama penuh premier khusus untuk pelajar perempuan, iaitu Sekolah Seri Puteri (SSP). Persekitaran yang tenang dan mendamaikan menyumbang terhadap proses pembelajaran yang berkesan dan optimum. Pendedahan terhadap kegiatan perniagaan dan teknologi bertaraf antarabangsa membolehkan murid SSP beroleh dorongan yang kuat untuk muncul sebagai modal insan bertaraf sejagat.

SSP ialah kesinambungan tradisi cemerlang SSP Jalan Kolam Ayer, Kuala Lumpur yang menjadi impian murid perempuan terbaik negara, selain Kolej Tunku Khursiah (kini di Nilai) dan Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru. Berjiran dengan SSP ialah sebuah kawasan perumahan yang baharu siap dan hanya beberapa buah rumah kelihatan berpenghuni. Terdapat iklan besar tentang pameran jualan hartanah Cyberjaya bertempat di Hotel Cyberview dalam tempoh terdekat.

Harga seunit rumah teres di Cyberjaya masih rendah, iaitu antara RM250K hingga RM300k, serta dikelilingi pagar keselamatan dan kawalan akses di pintu masuk kawasan perumahan. Keadaan itu berbeza dengan Putrajaya dengan harga seunit rumah teres setingkat yang sudah mencecah RM600k, serta tiada pagar sama sekali. Barangkali dalam jangka panjang, pembelian rumah kediaman di Cyberjaya sangat berbaloi, apatah lagi dengan kedudukannya yang berhampiran dengan semua kampus universiti utama negara dan lapangan terbang antarabangsa negara, KLIA...

Thursday, April 18, 2013

KEPELBAGAIAN BIOLOGI DI UNIVERSITI MALAYA (CAMPUS LIFE)

Kampus induk Universiti Malaya (UM) terletak di tengah-tengah kepesatan bandar raya Kuala Lumpur. Nilai tanah berkeluasan 750 ekar itu dianggarkan tidak kurang daripada RM5 bilion. Sebuah syarikat korporat, UM Land, pernah menawarkan harga RM4 bilion kepada UM, sambil menyediakan pula kampus baharu seluas 3,000 ekar di Sepang lengkap dengan segala kemudahan termoden, tetapi cadangan itu mendapat bantahan meluas dalam kalangan alumni UM.
UM masih mengekalkan kawasan hijau di dalam kampus, termasuk beberapa hutan kecil, untuk tujuan pembelajaran dan kajian pelajar biologi. Berhampiran dengan Dewan Tunku Canselor, iaitu di sebelah Rumah Universiti, terdapat hutan kecil yang menjadi kawasan permainan sekumpulan monyet. Kumpulan monyet berkenaan kelihatan aktif pada awal pagi hingga menjelang tengah hari.

Gambar di atas menggunakan teknik lensa 21 kali pembesaran kerana kedudukan monyet nun jauh di sana, kemudian dipotong dan dibesarkan lagi (crop). Walaupun sepertinya keluarga monyet berkenaan pandai bergaya di hadapan kamera, hakikatnya ia suatu kebetulan. Sebuah keluarga monyet yang bahagia dengan ibu, ayah, anak dan datuk monyet.

...

...

...

...

...

Wednesday, April 17, 2013

PSIKOLOGI REMAJA DI SEKOLAH (DIFFERENCE STROKE AT DIFFERENCE SETTING)

Pendidikan sekolah menengah direka bentuk supaya sejajar dengan keperluan dan penerimaan murid dalam lingkungan usia remaja, iaitu 13 hingga 17 tahun. Secara amnya, usia remaja ialah fasa pertumbuhan emosi dan jasmani yang sangat kritikal dalam kehidupan seseorang. Guru berhadapan dengan kumpulan murid yang sedang menuju kematangan, banyak imaginasi dan pengukuhan pelbagai kecerdasan.

...

...

...

...

...

...

...

...

...

Tuesday, April 16, 2013

MOTIVASI BELAJAR: MENINGKATKAN KEMATANGAN DIRI (PERCEPTION ON LEARNING PROCESS)

Assalamu alaikum, salam sejahtera

Pelajar yang dikasihi sekalian,

Zaman persekolahan dan pengajian tinggi sepatutnya menjadi saat-saat yang paling indah dalam hidup kalian. Walaupun harus berhadapan dengan pelbagai cabaran, dugaan, dan susah payah, hakikatnya proses menuntut ilmu membawa kalian menuju kecemerlangan, berdamping dengan kebenaran, menolak kepalsuan, menjunjung nilai mulia dan muncul sebagai insan yang budiman. Seiring dengan perjalanan meniti usia remaja dan muda, kalian membina keperibadian yang unggul dan fikiran yang matang.

Perbincangan kali ini cuba memberi tumpuan khusus terhadap proses meningkatkan kematangan diri. Pembelajaran sebagai satu aktiviti perubahan menjurus terhadap kematangan diri supaya boleh membimbing diri sebagai insan yang berdikari dan berguna. Tahap kebergantungan diri kepada orang lain dapat diimbangi dengan pemantapan autonomi diri sendiri, atau ringkasnya jati diri.

...

...

...

...

...

...

...

...

Monday, April 15, 2013

MASALAH TEMPAT LETAK KENDERAAN DI BANDAR (LESS CONGESTED AREA IN TOWN)

Sama ada bandar terancang (seperti Perth, Australia dan Putrajaya) atau bandar konvensional, masalah tempat meletak kenderaan tidak pernah bertemu titik noktah (sebagai contoh, klik di sini). Bandar ialah nadi kegiatan politik, ekonomi, sosial, teknologi, agama (ringkasnya PESTA) dan sebagainya. Maka, bandar ialah pusat tumpuan dan kunjungan orang ramai untuk pelbagai bentuk urusan.

Saranan supaya orang ramai menggunakan pengangkutan awam seperti perkhidmatan kereta api transit aliran ringan, bas shuttle, teksi dan sebagainya mungkin suatu pilihan yang bijak, tetapi setiap orang yang memandu kenderaan sendiri ke bandar juga memiliki alasan dan justifikasi masing-masing. Mereka mungkin datang dari jauh dan perlu mengejar masa dalam sesuatu urusan.

Walaupun apa-apa jua alasan yang menyebabkan orang ramai memilih untuk memandu kenderaan sendiri masuk ke pusat bandar, hakikatnya kesesakan sudah menjadi fenomena bandar. Pergerakan kenderaan di jalan raya bandaran menjadi perlahan, pelepasan asap dan karbon monoksida dan tahap kebisingan juga semakin sukar dikawal. Banyak kenderaan berlegar-legar untuk mencari tempat letak kereta dan bilangan yang menunggu berlapis-lapis mengakibatkan laluan menjadi sempit.

Pengendali tempat letak kenderaan berbayar mengaut keuntungan besar dengan caj yang tinggi, tetapi masih tidak mencukupi.

...

...

...

...

...

...

...

...

Sunday, April 14, 2013

KISAH PENJAJA JALANAN (SURVIVAL OF LIFE)

Berapa banyak pun pihak berkuasa tempatan (PBT) menyediakan pusat penjaja, kemunculan kelompok penjaja jalanan masih tidak dapat disekat. Kelompok berkenaan berniaga tanpa lesen yang sah dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk mengelakkan daripada rampasan atau tindakan sita. Kehadiran penjaja jalanan merimaskan peniaga berlesen yang beroperasi dalam premis yang berdaftar dan akur dengan segala speksifikasi yang ditetapkan oleh pelbagai agensi penguat kuasa.
Hakikatnya, penjaja jalanan membawa cerita yang bersimpang-siur, tidak bersistem dan juga suka duka. Terdapat penjaja jalanan yang benar-benar terdesak oleh tekanan kehidupan, tetapi terdapat pula peniaga jalanan yang tidak bertanggungjawab sehingga pembeli menjadi mangsa. Pendek kata, kelompok penjaja jalanan merupakan suatu fenomena sosial yang perlu dikendalikan dengan berhati-hati.

Penyanyi tersohor, Datuk CT pernah menjaja kuih-muih dari rumah ke rumah bagi menampung kehidupan sebuah keluarga polis berpangkat rendah. pengalaman itu sedikit sebanyak memberi bekas sehingga beliau mampu muncul sebagai usahawan skala besar sekarang. Banyak usahawan lain di serata dunia mungkin berkongsi pengalaman yang serupa.

Penulis blog (PB) sendiri pernah merasi pengalaman menjaja buah rambai di tepi jalan raya yang tidaklah begitu banyak kenderaan di Kampung Bahagia, menghala ke pekan Teluk Anson (kini Teluk Intan). Tanpa disangka-sangka dalam tempoh tidak sampai dua jam, dua guni buah rambai yang dibawa dari kampung Sungai Tukang Sidin langsai. Barangkali justeru harga rambai yang ditawarkan sangat rendah, iaitu di bawah harga pasaran!

Di bandar raya pintar seperti Putrajaya dan Cyberjaya, kegiatan penjaja jalanan tidak dibenarkan sama sekali. Setakat ini tiada sesiapa pun berani melawan arus kerana penguatkuasaan dilakukan dengan begitu tegas. Di tempat lain termasuk bandaraya Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang dan Johor Bahru, sering berlaku adegan penjaja jalanan bertempiaran lari demi terserempak kelibat penguat kuasa PBT.

Sebilangan pelajar PB terdiri daripada anak penjaja jalanan. Ibu bapa mereka bertungkus-lumus membuka gerai mi di tepi jalan. Dengan kerja keras dan risiko dikenakan tindakan, mereka masih mampu menanggung keluarga, membiayai persekolahan anak dan membeli rumah. Alasan mereka ialah lesen sangat sukar diperoleh, dan permohonan premis tetap tidak pernah berjaya.

Penjaja jalanan tidak dapat dikenakan kawalan mengikut peruntukan undang-undang kerana mereka tidak berdaftar. Status kesihatan penjaja dan pembantu mereka tidak pernah disahkan oleh mana-mana pegawai perubatan. Pembeli harus menanggung sendiri risiko jangkitan penyakit jika penjaja adalah pembawa virus, atau akibat tatacara penyediaan makanan yang diragui. 

Keadaan bertambah buruk apabila penjaja jalanan ialah warga asing atau penjenayah yang menyamar. Sikap pembeli yang tidak peka akan perkara sedemikian menyebabkan keselamatan masyarakat setempat tidak dapat dijamin. Proses pemutihan penjaja jalanan sepertimana yang dilakukan kepada pendatang asing tanpa izin (Pati) perlu dipertimbangkan.

Ura-ura membawa kembali penaja jalanan ke 'sekolah', iaitu menerusi kursus pendek di kolej komuniti sebelum diberi sijil belum menjadi kenyataan. Maka, buat sementara ini, satu kempen kesedaran skala besar perlu direka bentuk supaya masyarakat pembeli lebih peka terhadap urus niaga dengan penjaja jalanan. Niat untuk membantu sesama manusia memang baik, tetapi mereka harus lebih berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa kecuaian suatu hari kelak.

Tidak dinafikan terdapat penjaja jalanan yang begitu berjaya sehingga dapat hidup mewah. Kekayaan mereka tidak dibersihkan kerana mereka tidak membayar cukai atau menunaikan zakat perniagaan. Natijah ekonomi seperti itu sahaja sudah cukup sebagai alasan supaya unit khas menangani urus niaga peniaga jalanan ditubuhkan dengan kadar segera...

Saturday, April 13, 2013

MOTIVASI CARA KITA (THE GENUINE WISDOM)

Memang benar bahawa kebijaksanaan ialah barang yang hilang daripada orang-orang yang beriman, al-hikmah dholat'ul-mukmin, kutiplah di mana-mana sahaja berjumpa. Walaupun demikian, dalam keinginan mengutip kebijaksanaan yang hilang itu, tidak wajar sama sekali sumber yang jelas dan sedia ada diletak ke tepi. Barangkali begitu mesej yang cuba disampaikan oleh Dr. Mohd Khairul Nizam, pensyarah kanan USIM yang masih muda belia, lulusan UIAM daripada ijazah pertama hingga Ph.D dalam bidang al-Hadith.

...

...

...

...

...

...

...

...

...

Friday, April 12, 2013

CIKGU SULAIMAN NAWI DAN AURORA BOREALIS (EVERLASTING CLASSROOM MEMORY)

Semasa penulis blog (PB) dalam tingkatan dua perdagangan, beliau mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Kemudian, Cikgu Sulaiman Nawi (kini Datuk) bertukar ke sesi pagi untuk mengajar mata pelajaran Siviks bagi kelas 4 Sains 1. Kelebihan utama Cikgu Sulaiman Nawi ialah dari segi kepetahan menyampaikan cerita, tidak ubah macam stand on comedian.

Antara cerita Cikgu Sulaiman Nawi yang masih menjadi bahan bualan setiap kali PB berjumpa kawan-kawan zaman persekolahan di SMK Seri Perak, Teluk Intan ialah tentang kisah Aurora Borealis. Cikgu Sulaiman Nawi sebenarnya bercerita tentang golongan penagih dadah tegar yang selalu nampak Aurora Borealis setiap kali masuk dalam alam halunisasi (high). Semua murid 4 Sains 1 terlopong dek cara penyampaian Cikgu Sulaiman Nawi yang begitu berkesan.

Pada era PB sebagai murid sekolah, pertanyaan oleh murid jarang-jarang berlaku. Kebanyakan murid percaya bahawa berdiam diri sebagai tingkah laku yang unggul. Perubahan hanya terjadi kepada budak tingkatan enam yang dianggap sudah sebelah kaki masuk universiti.

Berdasarkan perbualan selepas kelas, kebanyakan rakan PB membayangkan bahawa Aurora Borealis ialah sebuah bandar raya yang hebat, serta melimpah dengan cahaya lampu indah yang gemerlapan pada waktu malam. Bandar raya itu juga meriah dengan kegiatan manusia yang melepaskan penat lelah bekerja pada waktu siang. Pendek kata, Aurora Borealis ialah sebuah bandar raya impian yang muncul dalam khayalan penagih dadah sebagai suatu pelarian atau helah bela diri (escapism, defence mechanism).
sumber: klik di sini

Kini, jika berjumpa kawan-kawan lama, semua akan ketawa atas salah sangka yang berusia beberapa dekad itu. Memang betul Aurora Borealis penuh dengan limpahan cahaya, tetapi ia bukan sebuah bandar raya, sebaliknya suatu fenomena geografi (klik Ibid). Seperti juga gerhana, Aurora Borealis hanya muncul sekali-sekala. 

Hebat Cikgu Sulaiman Nawi. Mungkin beliau beroleh idea berkenaan apabila bersembang dengan Cikgu Adnan (kini juga Datuk, mantan pengarah JPN Perak), guru geografi 4 Sains 1 juga. Atau, mungkin juga belia merujuk ensaiklopedia justeru pada ketika itu perkhidmatan internet belum lagi dikenali.

Kepetahan Cikgu Sulaiman Nawi hampir-hampir membawa beliau tercalon sebagai wakil rakyat. Namun, beliau lebih sayang terhadap kerjaya keguruan dan berkhidmat hingga usia persaraan 55 tahun. Cikgu Sulaiman Nawi lebih banyak memainkan peranan sebagai mentor kepada rakan politik beliau yang lebih muda.

Aurora Borelais, Cikgu Sulaiman Nawi dan SMK Seri Perak, Teluk Intan memang sinonim kepada PB dan rakan sekelas 4 Sains 1. Sudah tentu kami terhutang budi dengan Cikgu Sulaiman Nawi, guru yang begitu berkesan dan sentiasa mempamerkan kesungguhan optimum ketika di dalam bilik darjah. Secebis kisah Aurora Borealis seyogia dikongsi oleh kaum guru generasi demi generasi...

Thursday, April 11, 2013

BAHASA MESRA DALAM KOMUNIKASI DI SEKOLAH (MIND YOUR MOUTH)

Urusan harian di sekolah melibatkan guru dengan murid, guru dengan guru, murid dengan murid, pengetua dengan pasukan pentadbiran, pengetua dengan guru, pengetua dengan murid, guru dengan kakitangan pejabat dan seterusnya. Sekolah juga sering dikunjungi oleh pegawai pihak berkuasa pendidikan pelbagai peringkat, nazir, penyelia guru praktikum, penguat kuasa pelbagai agensi kerajaan, ibu bapa, bekas pelajar dan banyak lagi. Tugas asasi sekolah sebagai organisasi yang memupuk pembelajaran hanya dapat dicapai jika segala amalan terbaik dilaksanakan dalam bilik darjah dan di luar bilik darjah.

Sebagai organisasi yang memupuk pembelajaran, sekolah menjunjung tinggi prinsip penghayatan nilai murni dan pemantapan jati diri dalam kalangan warganya. Kepimpinan sekolah, guru dan kakitangan yang lain terikat dengan disiplin dan tatakelakuan sebagai penjawat awam, manakala murid terikat dengan garis panduan disiplin dan peraturan yang ditetapkan. Pendek kata, semua pihak mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam proses menyumbang terhadap persekitaran pembelajaran yang baik, berkesan, mesra, selamat dan selesa.

Antara petunjuk penting keberkesanan sekolah ialah hubungan erat dan permuafakatan dalam kalangan seluruh warga sekolah. Sentiasa wujud komunikasi yang terbuka tanpa sebarang kekecohan yang ketara. Iklim sekolah yang sedemikian menjurus terhadap penanda aras sebuah sekolah berkesan, cemerlang dan dihormati.

Komunikasi terbuka bermaksud penggunaan bahasa mesra yang melambangkan kecerdasan emosi, serta kematangan warga sekolah. Walaupun perbezaan pendapat ialah perkara yang sukar sekali untuk dielakkan, namun komunikasi terbuka yang dikawal dengan penggunaan bahasa mesra akan mewujudkan tahap tolak ansur tertinggi, lalu membibitkan keadaan menang-menang. Gabungan pendapat yang bijaksana tanpa membiarkan sesiapa berasa terpinggir bakal membawa keberkesan sekolah ke tahap yang lebih tinggi.

Kepimpinan sekolah memiliki kuasa pentadbiran dan membuat keputusan yang lebih tinggi daripada guru, termasuk hal ehwal perkhidmatan dan kebajikan guru. Dalam bahasa pengurusan, kepimpinan sekolah sebagai pegawai atasan ialah superior, manakala guru ialah subordinat. Kepimpinan sekolah memiliki kelebihan akses dari segi pengagihan tugas, laporan prestasi dan pencalonan anugerah cemerlang.

...

...

...

...

...

...

...

Wednesday, April 10, 2013

UKM WAKIL TUNGGAL MALAYSIA TERBAIK ASIA, DUNIA (AT PAR WITH AMERICAN UNI. OF BEIRUT)

Pencapaian terbaik Malaysia dalam penarafan universiti dunia ialah kedudukan ke-89 yang pernah dikecapi oleh universiti tertua negara, iaitu Universiti Malaya pada tahun 2005. Selain itu, universiti yang memperkasa bahasa Melayu, UKM pernah tersenarai sebagai universiti ke-50 terbaik dunia dalam jurusan sains dan teknologi. Pada tahun ini, Malaysia hanya berjaya memasuki carta Asia di tempat ke-87 menerusi UKM sekali lagi (senarai lengkap, klik di sini).

Penarafan yang dilakukan oleh Times Higher Education (THE) yang berpangkalan di United Kingdom itu juga turut menyenaraikan UKM sebagai universiti ke-98 terbaik dunia dalam kategori universiti yang ditubuhkan kurang daripada 50 tahun (klik di sini). Dalam kalangan negara Asia, kebanyakan universiti yang menghuni kedudukan teratas ialah dari Jepun, Korea Selatan, China, Singapura dan Taiwan. Universiti glamor Korea Selatan dan tertua di rantau Asia Timur, Sungkyunhwan, berada tangga ke-23.

Universiti terbaik dunia kini dipegang oleh California Institute of Technology yang meninggalkan Harvad di tempat kedua, dan seterusnya Stanford, Oxford, Princeton, Cambridge dan MIT. Universiti terbaik Asia, Tokyo hanya menghuni kedudukan ke-30, sambil diikuti oleh Hong Kong (34) dan National University of Singapore (40). Senarai lengkap boleh klik di sini.

Asas penarafan sejumlah 655 buah universiti yang mengambil bahagian oleh pihak THE sebagaimana yang dipetik daripada portal rasmi mereka (klik Ibid) berbunyi:

The Times Higher Education World University Rankings powered by Thomson Reuters are the only global university performance tables to judge world class universities across all of their core missions - teaching, research, knowledge transfer and international outlook. The top universities rankings employ 13 carefully calibrated performance indicators to provide the most comprehensive and balanced comparisons available, which are trusted by students, academics, university leaders, industry and governments.

Selain THE yang paling hangat diperkatakan, terdapat penarafan lain yang dibuat oleh Quacquarelli Symonds Ltd (QS) (sila klik di sini). Semua universiti penyelidikan tersenarai sebagai universiti terbaik di Malaysia: UM (kedudukan ke-156), UKM (261), USM (326), UTM (358), UIAM (401) dan UPM (601). Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia juga mempunyai sistem penarafan tersendiri apabila menganugerahkan taraf universiti apex kepada USM. 

Walaupun penarafan yang dilakukan oleh THE dan Quacquarelli bukan bersifat muktamad, tetapi sebagai petunjuk dan penanda aras di peringkat antarabangsa, kedudukan universiti yang tersenarai tetap mempunyai nilai tertentu. Naib Canselor UKM, Profesor Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan berkata bahawa penarafan berkenaan boleh menjadi input penting dalam proses perancangan kecemerlangan sesebuah universiti, terutama dalam bidang penyelidikan (baca seterusnya di sini). UKM telah berada pada landasan terbaik untuk muncul sebagai sebuah institut pengajian tinggi terulung di rantau sebelah sini.

Dari segi sejarah, UKM ditubuhkan pada tahun 1970 dengan menggunakan kampus Maktab Perguruan Lembah Pantai (MPLP) bersebelahan Universiti Malaya. Bermula dengan fakulti pengajian Islam, perubatan sains dan sastera, UKM boleh dianggap sebagai adik kepada UM kerana pada peringkat awal penubuhannya, sebahagian tenaga pensyarah dipinjam dari UM. Malah, sebahagian siswazah UM telah dihantar menyambung pengajian ijazah lanjutan di luar negara sebelum dilantik sebagai pensyarah UKM.

Dalam usia 43 tahun, siswazah UKM telah mendaki mercu kecemerlangan akademik, kepimpinan dan antarabangsa. Siswazah UKM telah dilantik sebagai naib canselor di UUM, UMT dan MMU, malah Profesor Muhammad Rasat (siswazah UKM) pernah memangku jawatan naib canselor UM sebelum dilantik sebagai presiden dan naib canselor Universiti Multimedia, milik Telekom Malaysia.

Pada awal penubuhannya, UKM pernah dilabel sebagai universiti kampungan justeru menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Namun, apabila UKM berjaya membuktikan bahawa siswazah aliran Melayu dari sekolah menengah kebangsaan berjaya muncul sebagai profesor, doktor pakar, tokoh dan sebagainya, baharulah anggapan sinis itu berjaya dilenyapkan. Hari ini UKM menjadi rebutan pelajar terbaik program prauniversiti STPM, matrikulasi dan program asasi.

Sebagaimana IPT lain, UKM telah menyumbang terhadap kemajuan, kemakmuran dan pembangunan negara. Sebagai sebuah universiti yang disegani di peringkat antarabangsa, UKM akan terus memainkan peranan penting sebagai lambang kecemerlangan ilmu menerusi dapatan penyelidikan bertaraf dunia. Semoga UKM akan terus unggul, ulung dan unik...

Tuesday, April 9, 2013

PILIHAN RAYA UMUM KE-13: AHAD, 5 MEI (VOTING DAY)

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 April sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian akan diadakan pada 5 Mei (sumber: klik di sini). Dalam pada itu pengundian awal akan diadakan pada 30 April. Ketiga- tiga tarikh itu ditetapkan pada mesyuarat khas yang diadakan di Putrajaya sebentar tadi.


Berdasarkan keputusan hari ini, tempoh berkempen selama 15 hari diperuntukkan. Tempoh berkempen pada pilihan raya umum 2008 ialah selama 13 hari. Ketika mengumumkan tarikh-tarikh itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini, berdasarkan daftar pemilih yang digazetkan esok. Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dun.

...
(sumber: Ibid)

...

...

...

...

...

Monday, April 8, 2013

PENGALAMAN MENGAJAR EKONOMI ASAS (THE DIFERRENCE BETWEEN FAST LEARNER AND THE SLOWER ONE)

Mata pelajaran Ekonomi Asas, Perdagangan dan Prinsip Akaun ditawarkan dalam kelompok elektif bidang vokasional dan teknik. Antara sekolah terawal yang menawarkan mata pelajaran Ekonomi Asas ialah Teknik Brash, tempat bertugas penulis blog (PB) suatu ketika dahulu. Dengan latar belakang keputusan PMR yang cemerlang, pencapaian mata pelajaran Ekonomi Asas SPM memang sudah dijangka, iaitu hampir semua calon beroleh gred 1A (bersamaan A+) dan 2A (sekarang A). Tiada seorang calon pun yang gagal.

Segala konsep ekonomi yang abstrak dengan bantuan model, gambar rajah dan rumus tidak mendatangkan masalah kepada murid berpencapaian tinggi. Bagi menghidupkan kegiatan pembelajaran, PB harus menggunakan reka bentuk pedagogi yang menjurus terhadap penglibatan optimum semua murid. Ekonomi Asas muncul sebagai mata pelajaran kegemaran dan masing-masing berasa teruja untuk bercakap tentangnya bagaikan gosip yang bernilai tinggi.

Perancangan simulasi, sketsa dan main peranan, sebagai contoh, dibuat dalam kumpulan kecil yang bakal membuat persembahan dan pembentangan. Tajuk perbankan Islam dikelolakan secara simulasi kaunter perkhidmatan dan pelbagai urusan pelanggan. Suasana meriah yang berlaku menarik perhatian pengetua justeru menyangka murid berbuat kecoh.

...

...

...

...

...

...

...

KEPERLUAN AUTONOMI PENGAJIAN PRAUNIVERSITI TINGKATAN ENAM (THE DILEMMA OF NUMERICAL TARGET)

Dari segi psikologi, pelajar prauniversiti tingkatan enam akan lebih bertanggungjawab terhadap pencapaian  akademik masing-masing apabila program berkenaan diberi taraf autonomi. Maksudnya, program prauniversiti tingkatan enam tidak terikat kepada sistem sekolah dari segi peratus kelulusan peperiksaan awam dan program kecemerlangan akademik yang lain. Program prauniversiti tingkatan seharusnya menjadi semakin mirip dengan sistem pengajian tinggi yang sebenar.

...

...

...

...

...

...

...

...

...

Sunday, April 7, 2013

BAIK BURUK TURUN HARGA KENDERAAN PENUMPANG (DEBATE ON ECONOMIC ACTIVITIES)

Perbincangan ini bersifat ekonomi per se, tanpa merujuk manifesto pilihan raya ke-13 tidak lama lagi. Mengikut hukum permintaan, dengan andaian faktor lain tidak berubah (ceteris paribus), penurunan harga kereta akan menyebabkan kuantiti kereta yang diminta meningkat. Jumlah kenderaan yang menjalar di jalan raya sudah pasti meningkat juga.

Dasar liberalisasi perdagangan yang ditandatangani oleh anggota Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) membolehkan pengguna menikmati harga kereta yang rendah apabila segala macam cukai bakal dihapuskan secara berperingkat. Jika menjadi kenyataan, harga kereta mewah akan turun mendadak hingga mampu dibeli oleh golongan berpendapatan sederhana. BMW 5 siri baharu yang kini dijual pada harga RM400K  + mungkin turun serendah RM100K +.

Isi rumah Malaysia didapati memperuntukkan sebahagian besar pendapatan mereka untuk menanggung hutang perumahan dan kenderaan. Dalam kata lain, pembiayaan untuk membeli kenderaan dibuat menerusi pinjaman institusi kewangan. Maka, keputusan untuk memilih kenderaan banyak dipengaruhi oleh kadar asas pinjaman (BLR), amaun ansuran bulanan dan tempoh bayar balik.

Pertambahan mendadak bilangan kenderaan di jalan raya meningkatkan kos sosial akibat pencemaran dan bacaan indeks udara yang kurang sihat. Lebih banyak gas karbon monoksida dilepaskan ke udara menerusi asap kenderaan, lebih tinggi risiko penyakit dalaman yang bersifat jangka panjang. Mutu kehidupan semakin merosot walaupun masyarakat menikmati kemewahan yang tidak dapat dibayangkan sebelum ini.

Industri kereta kebangsaan seperti DRB-Proton dan Perodua dijangka tidak menghadapi masalah justeru mereka telah sekian lama menjalin perkongsian pintar strategik dengan pengeluar kenderaan penumpang utama dunia, khususnya dari Jepun dan Jerman. Selain model prototaip yang diberi sentuhan tempatan, kedua-dua perusahaan menggunakan teknologi automatif terkini bagi memenangi persaingan merebut pelanggan. Kumpulan DRB-Proton dan Naza pula aktif sebagai pengedar kenderaan penumpang mewah atau reckon.

Permintaan berkait dan terbitan seperti minyak petrol, aksesori kenderaan, alat ganti, keluaran penjagaan kenderaan, tayar, syarikat latihan memandu, ejen pengiklanan dan perunding automatif juga akan meningkat. Institusi latihan separa teknikal hands-on juga akan menerima jumlah permohonan yang lebih tinggi dalam setiap sesi pengambilan. Kontraktor penyenggaran jalan raya boleh berharap untuk beroleh projek dengan lebih kerap.

Geran penyelidikan kenderaan mesra alam



...

...

...

Saturday, April 6, 2013

KEPINCANGAN INSTITUSI KELUARGA PENYUMBANG GEJALA SOSIAL REMAJA (HOME PROBLEMS)

Keluarga ialah seisi rumah tangga yang terdiri daripada suami dan isteri, atau berserta anak-anak (Kamus Dewan edisi IV, 2005:725) yang wujud menerusi hubungan biologi, perkahwinan atau keturunan yang sah. Kepincangan pula merujuk kepada keadaan yang tidak seimbang atau tidak sebagai yang sepatutnya, kekurangan dan cacat cela (Ibid, 1210). Gejala sosial remaja dalam perbincangan ini membawa maksud tanda-tanda bahawa generasi muda menunjukkan kecenderungan tingkah laku yang melencong daripada norma masyarakat dan nilai murni. Kebimbangan tentang hal itu memang wajar kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Isu pergaulan bebas, keruntuhan akhlak, lari daripada rumah, buang bayi dan vandalisme ialah antara gejala yang dimaksudkan. Semua kesalahan tidak patut diletakkan kepada remaja semata-mata, bahkan seluruh masyarakat perlu memikul tanggungjawab atas krisis sosial yang semakin ketara itu.

Keluarga ialah bayangan sebuah masyarakat kecil yang memiliki kepimpinan, kewangan, susun lapis, komunikasi, permuafakatan dan perbezaan pendapat. Asas pembinaan rumah tangga ialah ikatan perkahwinan sepasang suami isteri. Hakikatnya, institusi perkahwinan ialah percantuman sejumlah perbezaan antara dua insan yang bersetuju menjalani kehidupan berumah tangga. Walaupun si suami dan isteri dilengkapkan dengan input keibubapaan, tetapi perspektif yang berbeza tentang pengurusan keluarga tidak dapat dielakkan akibat perbezaan latar belakang sebelum bernikah. Maka, persaingan idea yang unggul dapat diubah kepada bentuk kesepakatan jika wujud tolak ansur dan saling menghormati.

Suami isteri yang tidak dapat menyembunyikan persaingan idea unggul antara mereka, lalu mencetuskan pergaduhan terbuka menyebabkan anak-anak menjadi keliru. Perasaan kecewa bersarang di hati mereka kerana harus menyaksikan orang dewasa yang sepatutnya menjadi teladan berlaku sebaliknya. Sebagai anak yang dilabel masih mentah, mereka hanya mampu berdiam diri sambil memendam perasaan tertekan. Keadaan menjadi lebih buruk apabila anak-anak meniru tingkah laku agresif seperti ibu bapa mereka setiap kali berhadapan dengan perbezaan pendapat di sekolah. Mereka tidak kisah untuk melanggar peraturan atau dikenakan hukuman. Petanda gejala sosial remaja sudah bermula di situ.

Kesibukan dengan urusan di luar rumah seperti mencari rezeki, menghadiri pelbagai majlis dan terperangkap dalam kesesakan jalan raya menyebabkan masing-masing lesu ketika tiba di rumah. Masing-masing kemudian melayan perasaan menonton televisyen atau menghadap skrin komputer dan gajet mudah alih yang lain. Kisah seorang anak yang meminta wang RM10 daripada ayahnya, lalu dimarahi, tetapi akhirnya si bapa terkedu apabila si anak menghulurkan kembali RM20 bagi membeli masa si ayah selama satu jam. Kisah yang selalu diceritakan oleh penceramah motivasi keluarga itu membawa erti bahawa ada ibu bapa yang mengabaikan masa berkualiti bersama anak-anak sehingga mereka berasa tersisih, tidak penting dan kurang kasih sayang. Keadaan itu amat berbahaya kepada remaja perempuan kerana tempat mereka mendapat perhatian diambil alih oleh lelaki bukan mahram yang berniat buruk. Apabila si anak gadis dirosakkan, penyesalan sudah tidak berguna lagi.

Di suatu ekstrem lain, berlebihan kasih sayang atau terlalu memanjakan anak tanpa usul periksa juga membawa mudarat yang tidak terduga. Segala kehendak dan pujuk rayu si anak diturutkan sahaja. Gejala rempit atau lumba haram masih berleluasa walaupun pihak berkuasa telah mengambil pelbagai langkah pencegahan seperti sekatan jalan raya dan menyiasat dalang bengkel ubah suai motosikal 'kapcai' dan kuasa tinggi. Ibu bapa hanya bertanya sambil lewa tentang tujuan anak mereka keluar rumah, malah memberi wang belanja yang mewah. Jiran-jiran pula tidak berani membuat teguran justeru khuatir dikatakan suka menjaga tepi kain orang. Lama-kelamaan, ibu bapa yang kurang wibawa seperti itu hanya menyumbang terhadap gejala sosial yang lebih berat apabila si anak berjinak-jinak dengan kegiatan tidak sihat seperti lepak, membuat kacau ganggu, jenayah kecil, merokok dan mengambil bahan terlarang, terutama arak dan dadah.

Gejala sosial dalam kalangan remaja juga berpunca daripada tahap penghayatan agama yang rendah dalam sesebuah institusi keluarga. Pengabaian terhadap kewajipan asas agama seperti aurat, solat, hukum hakam dan pergaulan mengakibatkan seisi keluarga semakin hanyut dengan gaya hidup hedonisme dan bebas lepas. Anak-anak remaja menganggap tiada salahnya bagi mereka bergaul bebas dengan bukan mahram sambil mendedahkan aurat kerana ibu bapa mereka juga begitu dan tidak pernah melarang mereka. Maka, tanpa menghiraukan isbat sosial, segolongan remaja sebaliknya berasa bangga kerana dapat meniru gaya hidup masyarakat Barat yang kononnya maju. Jati diri sebagai masyarakat Timur sudah tunggang terbalik. Gejala sosial jelas bermula dari rumah tangga.

Institusi rumah tangga yang tidak menekankan prinsip pembelajaran sepanjang hayat juga menyebabkan pengurusan keluarga dilakukan secara cuba jaya.Maksudnya, tiada usaha yang serius oleh ibu bapa bagi meningkatkan ilmu pengetahuan yang sah tentang hak dan tanggungjawab setiap anggota keluarga. Hak anak-anak untuk memperoleh kasih sayang dan perhatian ditunaikan secara sambil lewa. Tanggungjawab sebagai anak yang soleh yang dipelajari di sekolah kurang mendapat pengukuhan dalam institusi rumah tangga. Anak-anak dibiarkan dalam dilema menghadapi cabaran persekitaran yang menjurus kepada tarikan gejala sosial secara bersendirian. Ibu bapa lepas tangan, anak-anak hilang haluan.

Bentuk keluarga nukleus semakin menyerlah, iaitu anak-anak hanya mengenali ibu bapa dan adik-beradik sendiri sahaja. Ibu jarang-jarang membawa anak menjenguk datuk nenek, ibu bapa saudara dan sepupu sepapat mereka. Dengan itu, sikap keakuan dan egosentrik semain berkembang dalam diri anak-anak. Tingkah laku agresif, iaitu mementingkan diri sendiri semata-mata mengungguli sikap asertif, iaitu menjaga hak diri sendiri dan hak orang lain. Tidak hairanlah gejala vandalisme seperti laku musnah harta awam dan grafiti di tempat yang dilarang semakin berleluasa. Sebagai bukti, dinding tandas awam diconteng dengan pelbagai mesej dan ilustrasi yang tidak senonoh. Ibu bapa tidak kisah, gejala sosial remaja semakin parah.

Tidak semua kepincangan institusi keluarga berpunca daripada kelemahan ibu bapa. Pengaruh persekitaran yang sangat kuat mengakibatkan anak-anak tidak lagi menjadikan ibu bapa mereka sebagai rujukan peribadi unggul. Ibu bapa yang tidak berpeluang menikmati pembelajaran terbaik mungkin mengalami perasaan rendah diri di hadapan anak-anak. Maka, kekurangan yang berlaku membuka ruang untuk si anak lebih dominan dalam proses membuat keputusan yang kurang matang. Nasihat dan teguran ibu bapa tidak berbekas. Bibit-bibit derhaka itu merupakan gejala sosial yang sedang berkembang dalam masyarakat kita.

Kesimpulannya, kepincangan institusi keluarga menyumbang terhadap gejala sosial dalam kalangan remaja masa kini. Kepimpinan ibu bapa yang terhad, kesibukan mencari rezeki, peningkatan ilmu yang statik dan amalan agama yang kurang mantap ialah antara punca yang dimaksudkan. Menyedari perkara berkenaan, semua pihak dalam masyarakat mesti mencari jalan memperkasa semula institusi keluarga supaya anak-anak tidak terdedah dan seterusnya terjebak dalam gejala sosial. Dasar-dasar tentang pekerjaan, aktiviti luar rumah dan pengaruh media mesti dikaji semula supaya ibu bapa mempunyai peruntukan masa untuk masuk semula ke sekolah keibubapaan dan mengukuhkan hubungan dengan anak-anak. Institusi keluarga perlu meraih sokongan segmen lain dalam masyarakat luas supaya dapat berperanan sebagai perisai gejala sosial dalam kalangan remaja.

Friday, April 5, 2013

PROFESOR 'KANGKUNG' JATUHKAN MARTABAT CENDEKIAWAN (PSEUDO-INTELLECTUALS PROMOTING FALLACIES)

Di Itali dan Sepanyol, guru sekolah menengah juga bergelar profesor. Bagi membezakan guru sekolah menengah dengan guru di universiti ialah gelaran khusus profesor universiti (klik di sini). Namun, bagi kebanyakan negara gelaran profesor hanya dianugerahkan kepada mahaguru dalam sesuatu bidang pengajian pengajian tinggi yang telah membuktikan kesarjanaan mereka menerusi sejumlah penyelidikan yang dibentangkan dalam persidangan antarabangsa, serta diterbitkan dalam jurnal terkemuka yang diiktiraf.

Kamus Dewan (Edisi IV, 2005:1233) mentakrifkan profesor sebagai tanaga akademik yang paling tinggi taraf jawatannya, biasanya mengetuai sesebuah jabatan pengajian di universiti atau pusat pengajian tinggi, mahaguru. Dalam amalan sebenar, tatacara pelantikan profesor tertakluk kepada perakuan dan tapisan sebuah jawatankuasa khas yang terdiri daripada naib canselor (pengerusi), seorang profesor kanan dan wakil Jabatan perkhidmatan Awam. Calon profesor yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temu duga bagi membuktikan tahap kesarjanaan yang diperlukan.

Sebelum layak dipertimbangkan jawatan profesor, calon berkenaan terlebih dahulu telah menyandang jawatan profesor madya (PM) dan pensyarah kanan. Kelayakan akademik minimum yang diperlukan ialah ijazah sarjana (masters), tetapi memerlukan tempoh perkhidmatan yang lebih panjang berbanding dengan penyandang ijazah doktor falsafah, Ph.D. Calon profesor juga sepatutnya telah membuktikan kewibawaan akademik yang tinggi menerusi penyelidikan bermutu tinggi seperti piawaian yang ditetapkan.

Ironinya, timbul cakap-cakap bahawa jawatan profesor tidak terlepas daripada isu 'kabel' dan politik akademik, terutama bagi calon profesor bukan sains tulen dan gunaan. Tiada penyelidikan skala besar dan impak tinggi yang dilaksanakan, tetapi hanya kerana rajin memberi ulasan isu semasa menerusi media popular seperti radio, televisyen, akhbar dan majalah yang berstatus umum. Pendek kata, kumpulan profesor sedemikian dikatakan hanya menonjol dari segi glamor dan populariti, bukan sumbangan kecendekiawanan masing-masing.

Untuk berlaku adil, semakan boleh dilakukan menerusi profil (curriculim vitae, CV) setiap profesor dalam portal rasmi universiti. Sungguh kasihan bahawa terdapat banyak pensyarah kanan yang menghasilkan penyelidikan hanya berakhir sebagai PM atau sekadar pensyarah kanan kerana tidak merasa dicalonkan ke jawatan profesor. Kadang-kadang mereka dilangkah oleh pensyarah lebih muda, malah oleh bekas pelajar mereka sendiri.

Masyarakat umum memang berasa geram dan menyampah dengan beberapa orang profesor glamor yang sering memberi pendapat tentang isu semasa, termasuk siasah, tetapi hujah yang dikeluarkan lebih bersifat peribadi, bukan berdasarkan pengamatan kecendekiawanan atau penyelidikan yang autentik. Maka, tahap profesor tadi sudah setara dengan penceramah motivasi atau penjual ubat homeopathi yang mengaku profesor (kononnya Ph.D universiti terbuka luar negara, dunia ketiga). Mungkin label 'profesor kangkung' terlalu kasar, keterlaluan dan hina, tetapi tanggapan itu sudah begitu meluas.

Gelagat segelintir profesor yang mengejar glamor dengan memberi ulasan berat sebelah, tidak ilmiah dan mengampu telah mengakibatkan kemuliaan taraf profesor tulen terjejas. Apatah lagi, jika profesor yang berkenaan bercakap seperti pencacai politik bawahan yang bermodalkan fitnah dan tikam kawan. Malang sungguh dunia kesarjanaan yang terpaksa menerima penumpang yang menyamar sebagai bijak pandai itu.

Kebebasan akademik bukan tiket bagi seseorang profesor untuk turun taraf sebagai seorang awam atau amatur yang bercakap ikut sedap mulut sahaja. Mereka akan hilang penghormatan dan kepercayaan masyarakat sebagai ilmuan yang sejati. Sebaliknya, hanya hujah yang dangkal tanpa sokongan data atau dapatan penyelidikan sebagai tunjang kesarjanaan sahaja yang bakal terserlah.

Harapan kepada profesor sebagai ilmuan pencinta dan pencari kebenaran begitu tinggi. Menerusi kesarjanaan tertinggi dalam bidang pengkhususan tertentu, dapatan penyelidikan para profesor dianggap unggul dan selisih ralat yang rendah. Mereka juga menyampaikan ilmu yang sah kepada pelajar prasiswazah dan pascasiswazah, serta berkongsi penemuan terbaharu dengan komuniti ilmuan yang lain.

Seseorang profesor dengan mudah dapat membaca pancingan emosi para wartawan berkepentingan, serta mampu melontarkan hujah kecendekiawanan dengan laras bahasa awam, tetapi sarat dengan input dan pengamatan kesarjanaan yang layak. Jika tidak, profesor glamor tertentu hanya menderita penyakit yang disebut sebagai nestapa kaum cendekiawan (Sayyed Hossen Nasr, klik di sini). Sementelah profesor tulen masih disanjung tinggi, profesor glamor memegang watak antagonis dalam dunia akademia yang suci...

Thursday, April 4, 2013

MOTIVASI BELAJAR: MENCARI CONTOH KEJAYAAN YANG REALISTIK (THE RIGHT REFERENCE PERSONALITY)

Assalamu alaikum dan salam sejahtera pelajar yang dikasihi sekalian.

Memang betul terdapat beberapa orang tokoh terkemuka yang berjaya membina empayar perniagaan ke tahap antarabangsa hanya berlatar belakang pendidikan sekolah menengah sahaja. Colonel Harland Saunders, pengasas Kentucky Fried Chicken ialah bekas tentera yang hanya mengecap kejayaan ketika meniti usia 60-an. Mujur dia dipanjangkan umur untuk melihat KFC muncul sebagai jenama sejagat selama lebih tiga dekad.

Bill Gate, pengasas Microsoft hanya sempat menamatkan pengajian tahun pertama di Harvard. Di Malaysia, mendiang Boon Siew yang membina empayar motosikal Honda dikatakan buta huruf. Usahawan Melayu terkemuka, Syed Mokhtar al-Bukhari hanya sempat belajar setakat tingkatan lima, tetapi kini berjaya menguasai begitu banyak syarikat senarai awam dan sendirian berhad, bahkan sudah berjaya menubuhkan universiti atas nama beliau sendiri!

Allahyarham S.M. Nasimuddin juga hanya belajar setakat tingkatan lima, tetapi telah berjaya mewariskan empayar automatif Naza yang menjalin perkongsian strategik dengan Kia Motors, Korea Selatan sehingga memiliki pusingan tunai mencecah bilion ringgit. Naza juga muncul sebagai pengedar kereta mewah seperti Brabus dan jenama mewah dari negara Jepun, selain kereta reckon kelas A seperti Alphard, Harrier dan Velfire.

Beberapa orang yang berasa diri mereka telah menikmati kejayaan seperti profesor dan usahawan yang dijemput mengisi program motivasi di sekolah lama mereka turut berkongsi pengalaman sebagai pelajar nakal, sering dihukum dan juga pernah menghisap rokok secara sembunyi di sekolah. Terdapat juga cakap-cakap bahawa beberapa orang pelajar cemerlang (seperti Nuramalina Che Bukhari) sebenarnya suka melayan program televisyen atau media sosial yang lain. Hakikatnya, kes-kes terpencil seperti itu sangat berisiko tinggi untuk diangkat sebagai contoh sebuah kejayaan!

Tidak dinafikan terdapat insan pintar cerdas yang tercicir dalam bidang pendidikan kerana tuah tidak menyebelahi mereka. Misalnya, mereka datang daripada keluarga konservatif yang tidak mempedulikan pencapaian pendidikan, atau kerana kesedaran kendiri yang rendah semasa zaman remaja. Bakat mereka hanya terserlah setelah menginjak usia kematangan.

Namun, jika dikaji secara keseluruhan, kebanyakan individu yang berjaya ialah mereka yang memiliki akses pendidikan yang cemerlang. Mereka lebih cekap menggembleng segala sumber bagi memacu organisasi dalam persekitaran yang serba rencam dan terdedah kepada persaingan yang tidak semestinya sihat belaka.

...

...

...

...

...

...

Wednesday, April 3, 2013

IKHLAS JAMINAN REZEKI HALAL (NO MATTER SMALL SCALE CONTRIBUTION)

Tahap pencapaian akademik dan akses maklumat membezakan pekerjaan antara individu. Namun, ada juga insan yang begitu cepat mendaki kedudukan yang selesa di alam pekerjaan atas faktor warisan keluarga atau hubungan dengan yang memiliki pengaruh. Pendek kata, rezeki yang dikurniakan Ilahi mempunyai sebab-musabab dan punca yang tertentu.

Cita-cita dan sasaran setiap insan juga berlainan. Segelintir insan memiliki bakat kepimpinan dan kemahiran insaniah sehingga mampu muncul sebagai majikan dan usahawan yang berjaya. Tidak pula kalangan yang tidak mahu memerah otak sebagai ketua organisasi, sebaliknya lebih selesa sebagai subordinat (pegawai atau kakitangan pertengahan dan bawahan).
Apa-apa pun pendirian seseorang tentang dunia pekerjaan, hakikatnya perkara yang paling mustahak ialah rezeki yang dibawa pulang itu datang daripada punca yang halal belaka. Konsep halal dalam pekerjaan jika dihalusi termasuklah melakukan pekerjaan dengan bersungguh-sungguh supaya setimpal dengan ganjaran, gaji dan upah yang diterima. Andai kata pekerjaan yang dilakukan berstatus halal, tetapi pekerja berlaku culas, malas dan sering curi tulang, maka wang yang diterima sebagai balasan pekerjaan sudah masuk kategori yang lain (diragui).

Setiap amal atau pekerjaan bergantung kepada niat seseorang. Jika seseorang pekerja yang sentiasa mementingkan rezeki yang halal, dia akan sentiasa ikhlas sambil memberikan sumbangan yang terbaik. Sumbangan kecil yang dilakukan dengan ikhlas dan berkekalan bakal menguntungkan organisasi dan jaminan pekerjaan masing-masing.

Gaji ciput dan cukup makan sahaja tidak semestinya membawa penderitaan kepada seseorang pekerja. Asalkan pekerjaan dilakukan secara ikhlas, insya-Allah rezeki yang diperoleh mendapat berkat. Sementara itu, segala kewajipan ditunaikan sama ada hak Allah atau hak manusia dan persekitaran. 

Kemajuan dalam pekerjaan hanya bakal menjadi kenyataan jika majikan berpendapat bahawa seseorang pekerja itu memberi sumbangan produktif dan signifikan terhadap organisasi. Pekerja berkenaan juga bijak menjaga imej organisasi dan juga air muka majikan yang juga insan biasa. Dia tahu membawa diri dalam keadaan tekanan dan tidak cepat melenting sehingga meninggikan suara kepada majikan.

...

...

Tuesday, April 2, 2013

PARLIMEN BUBAR ESOK (13TH ELECTION JUST AROUND THE CORNER)

Pengumuman yang sekian lama dinantikan bakal menemui titik noktah esok. Berita Harian Online (sila klik di sini) melaporkan bahawa perdana menteri dijangka melakukan perkara berkenaan selepas mesyuarat  mingguan jemaah menteri dan sesi bergambar. Jika menjadi kenyataan, pilihan raya ke-13 akan diadakan selewat-lewatnya 60 hari daripada pembubaran parlimen, iaitu sekitar 25 hingga 27 Mei, atau lebih awal.

Mengikut kelaziman, Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mesyuarat Kabinet bagi memohon perkenan pembubaran Parlimen. Beberapa menteri yang dihubungi mengesahkan menerima surat itu dan tidak menolak kemungkinan perdana menteri mengumumkan pembubaran Parlimen selepas mesyuarat Kabinet esok seperti kelaziman sebelum ini. 

Jika Parlimen dibubarkan esok, ia genap empat tahun Dato' Seri Najib menerajui negara selepas dilantik menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009.
 Tempoh satu penggal atau lima tahun Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) akan berakhir pada 30 April ini dan Parlimen akan terbubar secara sendiri jika tidak dibubarkan sebelum tarikh itu. Selepas itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh 60 hari sehingga selewat-lewatnya bulan Jun untuk mengadakan PRU-13 bagi membentuk kerajaan baru.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan menjadi negeri pertama terbubar secara automatik pada Khamis lalu dan kini ditadbir kerajaan sementara yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan. Sementara itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata jika Parlimen dibubarkan esok, SPR akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan beberapa perkara dasar seperti daftar pemilih, watikah kepada pegawai SPR, tarikh penamaan calon tarikh mengundi.

TERKINI
Pembubaran parlimen diumumkan pada pukul 11.30 pagi ini. SPR dijangka mengadakan mesyuarat penetapan tarikh penamaan calon pada hujung minggu ini atau awal minggu hadapan. Walaupun tempoh maksimum 60 hari setelah pembubaran untuk melaksanakan pilihan raya, ilustrasi di bawah memberi petunjuk tentang tarikh membuang undi yang lebih awal. 
sumber: klik di sini

Tempoh berkempen dan rapat umum selepas proses penamaan calon lebih bersifat memperkenalkan calon kepada pengundi sebenar di sesebuah kawasan parlimen dan dewan undangan negeri. Kempen secara tidak rasmi tentang dasar dan manifesto parti telah lama dibuat sejak teka-teki pembubaran parlimen semakin bertiup kencang. Pelbagai bentuk jelajah bertemu rakyat, kempen menerusi media arus perdana dan media baharu, serta perang saraf telah berlaku dalam skala yang agak luar biasa.

Bendera, poster dan sepanduk dinaikkan dengan begitu banyak bagaikan suatu pesta. Walaupun kekecohan kecil dilaporkan berlaku di beberapa tempat, tetapi menarik juga bahawa bendera parti politik yang bersaing dipasang secara berselang seli di banyak tempat. Sama ada atas semangat bersaing secara sihat atau tukang naik bendera ialah orang yang sama sukar dipastikan.

Kini kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri (kecuali Sarawak) yang sepakat melakukan pembubaran secara serentak ditadbir oleh kerajaan sementara (caretaker). Walaupun tiada peruntukan yang jelas tentang kerajaan sementara dalam perlembagaan, tetapi atas prinsip demokrasi, hal itu telah menjadi amalan sekian lama. Kerajaan sementara berfungsi melicinkan urusan harian pentadbiran dan keselamatan negara, tetapi tidak akan melaksanakan sebarang dasar atau rancangan baharu yang tertakluk kepada kelulusan parlimen dan dewan undangan negeri.

Metafora tentang politik
1)  Politik ialah suatu seni kemungkinan (politics is the art of possible)
     Bacaan sifir politik tidak sama dengan urusan biasa. Banyak kejutan, sandiwara, tukar kem dan 
     sebagainya boleh berlaku. Tiada kesetiaan yang bersifat kekal.
2)  Politik ialah permainan persepsi (politics is the game of perception)
     Kepimpinan bermaksud kebolehan mempengaruhi orang lain bagi mencapai tujuan tertentu. Orang politik 
    memang pakar dalam bab tersebut. Mereka bukan sahaja mampu mempengaruhi masyarakat awam 
    biasa, bahkan golongan bangsawan dan cendekiawan.
3)  Politik ialah suatu ibadah
     Politik hanya sebagai wasilah untuk mencapai matlamat reda Ilahi. Kepimpinan sebagai amanah untuk 
     memakmurkan bumi sejajar dengan peranan insan sebagi khalifah-Nya. Ungkapan seperti iqamatud-din 
    wasiyasat'ud-dun ya  (menegakkan agama dan menjalankan urusan dunia dengannya) menggambarkan prinsip berkenaan.

Proses demokrasi memberi kesempatan terbaik kepada rakyat bagi memilih pemimpin dan kerajaan yang diinginkan. Pemimpin politik yang bersaing lebih arif tentang pelbagai kelompok pengundi (tegar / totok, terbuka, atas pagar) dan menggunakan strategi yang berlainan bagi memenangi undi mereka. Pengundi juga semakin bijak untuk membuat keputusan demi kepentingan semasa dan akan datang...