SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Loading...

Sunday, June 30, 2013

PEMBENTANGAN GURU CEMERLANG FIZIK (TEN PER CENT OF HIGHER ORDER THINKING SKLILLS, HOTS)

Penarafan daya saing pelajar Malaysia di peringkat antarabangsa tidak menggembirakan penggubal dasar pendidikan kebangsaan. Malaysia didapati ketinggalan jauh di belakang berbanding dengan Singapura yang setanding dengan negara maju. Pada ketika Malaysia boleh menarik nafas lega apabila Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM) silih berganti tersenarai antara 200 buah universiti terbaik dunia, Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) sudah mampu menghuni tangga ke-20 terbaik dunia. 

Walaupun sistem penarafan berkenaan masih terbuka kepada perdebatan, tetapi persepsi antarabangsa tentang mutu pendidikan sesebuah negara tidak boleh dipandang sebelah mata. Konglomerat Singapura misalnya telah berjaya menguasai perkhidmatan telekom di Thailand dan Kanada, di samping memiliki pegangan hartanah strategik di negara maju seperti Amerika Syarikat dan Australia. Mereka juga pernah melobi untuk memiliki kepentingan utama dalam perkhidmatan rawatan di negara kita.

Begitu juga dengan lonjakan industri teknologi tinggi di Korea Selatan yang kini dikenali di seantero dunia menerusi jenama Samsung, Hyundai, Kia dan LG. Pada hal, pada dekad 1970-an dan 1980-an Korea Selatan berada pada kedudukan yang setara sahaja dengan Malaysia. Langkah mengukuhkan daya saing pelajar kejuruteraan Korea Selatan dipercayai telaj menyumbang terhadap kemajuan hebat negara tersebut walaupun pada peringkat awalnya mengalami lambakan siswazah kejuruteraan yang menganggur.

Demikian juga India, China dan Filipina yang mengalami fenomena pengangguran siswazah yang meruncing. Namun, harga yang dibayar itu sangat berbaloi justeru ketiga-tiga negara bakal muncul sebagai kuasa ekonomi rantau sebelah sini dalam tempoh yang terdekat. Industri yang berteraskan pembaharuan dan reka cipta begitu cepat berkembang.

Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 (PPPM) memberi penekanan dan penjenamaan semula terhadap konsep kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT atau HOTS, higher order thinking skills). Taksonomi Bloom yang menjadi kerangka pedagogi selama ini juga mengalami proses ubah suai (klik di sini). Demikian juga dengan item pentaksiran dan peperiksaan, serta kegiatan luar bilik darjah akan menjurus kepada unsur KBAT.

Persekitaran pembelajaran digital juga mendapat maklum balas yang memberangsangkan dengan 80 peratus murid menunjukkan kesediaan dan penerimaan pembelajaran secara tuntas. Potensi dan fakulti murid benar-benar digembleng ke arah optimum sehingga mencetuskan minat yang luar biasa dalam aktiviti bilik darjah. Murid didedahkan dengan penembusan teknologi terkini dari seluruh dunia sebagai persediaan melakukan pembaharuan dalam persekitaran tempatan.

Buat permulaan, tiga mata pelajaran pilihan KBAT ialah Sejarah, Matetamtik dan Sains. Guru-guru mata pelajaran bakal mengahdiri kursus dua hari yang dikendalikan oleh jurulatih utama yang terdiri daripada guru cemerlang. Hakikatnya prinsip KBAT telah dilasanakan sekian lama, tetapi kali ini  tumpuan dan pemantauan yang lebih khusus akan diberi penekanan (kenyataan Datuk Ahmad Senin, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, New Straits Times, 31.7.2013, ms 9).

Sejumlah 53 orang guru Fizik daerah Kinta Utara telah menghadiri taklimat khas KBAT yang disampaikan oleh guru cemerlang Fizik gred DG 52, Encik Chong Weng Sung, dari SMK St. Michael, Ipoh. Program Peningkatan Akademik Panitia Fizik Daerah Kinta Utara itu berlangsung pada hari Khamis, 4 Julai yang lalu bertempat di SMK Methodis (ACS) Ipoh selaku pengerusi daerah. Usai taklimat, semua peserta dipecahkan kepada 10 kumpulan bagi menghasilkan item ujian dan pentaksiran berunsur KBAT.

Selain bank item soalan berunsur KBAT, guru-guru Fizik Kinta Utara juga boleh memuat turun slaid persembahan power point taklimat dengan menghubungi pihak urus setia program. Daerah Kinta Utara ialah sandaran utama Jabatan Pendidikan Perak untuk melonjakkan kecemerlangan pencapaian akademik peringkat negeri. Program KBAT berkenaan dijangka diperluaskan ke daerah-daerah lain dalam tempoh yang terdekat.

KBAT seharusnya disambut dengan baik justeru berupa kesinambungan dan pengukuhan konsep kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (kbkk) selama ini. Guru, ibu bapa dan murid hendaknya memberi sokongan padu terhadap pelaksanaan konsep KBAT sejajar dengan cita-cita negara maju acuan sendiri berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Sesungguhnya bukanlah mustahil untuk kita mengejar dan seterusnya memintas kedudukan Singapura, India, China, Korea Selatan dan Filipina andai kata kita berani merintis pembaharuan dan meniti cabaran hari muka dengan bijaksana ...

PENJENAYAH SEMAKIN SELAMBA (THE EMPTY FEELINGS)

...
Klik di sini.

...

...

...

...

...

...

...

Saturday, June 29, 2013

CONTOH KERTAS KERJA PROGRAM TULISAN JAWI (PROJECT PROPOSAL)

Ucapan terima kasih kepada Panitia Pendidikan Islam, SMK Raja Perempuan Ipoh (RPS) yang memberi izin untuk perkongsian ilmu ini. Jazakumullahukhairan kathira, shukran jazilan.


SMK RAJA PEREMPUAN IPOH
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
PROGRAM JAWI I-KAD


Pendahuluan

Tulisan Jawi umpama gerbang pembelajaran tentang Islam dan juga merupakan warisan kebudayaan Melayu yang unggul. Sejarah pendidikan di Nusantara dan Tanah Melayu menunjukkan betapa akrabnya masyarakat Melayu dengan tulisan Jawi sebagai wahana yang mengangkat tahap keilmuan mereka di mercu kecemerlangan. Apatah lagi dengan hakikat bahawa kitab suci al-Quran hanya dapat dibaca menerusi penguasaan tulisan Jawi yang baik. Demikian juga Pendeta Za’aba telah menyusun satu sistem tulisan Jawi untuk tujuan persuratan bahasa Melayu yang diterima pakai hingga ke hari ini. Maka, Panitia Pendidikan Islam, SMK Raja Perempuan Ipoh berasa terpanggil untuk mengadakan program tulisan Jawi dalam kerangka yang lebih kreatif bagi memantapkan lagi kesedaran yang sudah pun bersemi dalam kalangan pelajar sekolah ini. Program I-Kad Jawi ini boleh dianggap sebagai suatu kesinambungan ke arah pengukuhan kecekapan pelajar menggunakan sistem tulisan Jawi yang tepat dengan lebih berkesan.


2   Rasional

     2.1   Masih terdapat pelajar yang kurang cekap dalam sistem tulisan Jawi
     2.2   Tulisan Jawi hanya digunakan untuk tujuan peperiksaan
     2.3   Buku bahasa Melayu bertulisan Jawi semakin lenyap di pasaran
     2.4   Sistem komunikasi atas talian juga didominasi tulisan rumi
     2.5   Tulisan Jawi tidak dihargai dalam urusan komersial
     2.6   Penggunaan tulisan Jawi dalam kalangan pelajar sekolah begitu terhad


3   Tema

     “Ke Arah Memartabatkan Tulisan Jawi Di Sekolah”


4   Matlamat
   
     Menyemarakkan Semula Kecintaan Terhadap Tulisan Jawi Dalam Kalangan Pelajar

5   Objektif

     4.1    Menerima pendedahan sistem tulisan Jawi yang tepat

     4.2    Menggunakan kaedah tulisan Jawi yang berkesan


6   Tarikh dan Tempat

     Pada   __   Jun 2013 =       Syaaban 1434 di Dewan Kuliah 1, SMK Raja Perempuan Ipoh


7   Penyertaan
    
     7.1   Pelajar tingkatan 4 seramai 100 orang
    


8   Pemudah Cara Jemputan
    
     8.1   Ustaz


9   Perbelanjaan

     9.1   Sagu Hati Penceramah      =  RM150.00
     9.2   Jamuan ringan                   =  RM  20.00
     9.3   Bahan cetak                      =  RM  30.00   

              Jumlah Besar                =  RM200.00


10   Sumber Kewangan

        10.1 Peruntukan Panitia Mata Pelajaran Pendidikan Islam  =  RM200.00


11    Bidang  Program

        11.1   Bengkel / ceramah
        11.2   Modul


12    Jawatankuasa Program

        12.1    Penaung:   Pengetua Cemerlang, SMK Raja Perempuan Ipoh
        12.2    Penasihat:  Guru Kanan Bidang Kemanusiaan
        12.3    Pengerusi:  Ketua Panitia Pendidikan Islam
        12.4    Setiausaha:
        12.5    Bendahari:
        12.6    Pendaftaran:
        12.7    Persediaan Tempat:
        12.8    Disiplin:
        12.9    Jamuan:
        12.10   Tugas Khas:


Penutup

Sesungguhnya daya usaha bagi memartabatkan kedudukan dan penggunaan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat seharusnya bermula dalam dunia pendidikan, termasuk di sekolah. Mudah-mudahan usaha kecil ini mendapat keberkatan dan redha Ilahi, Insya-Allah. Terima kasih kepada semua pihak yang sudi menghulurkan sumbangan sehingga memungkinkan program yang dirancang ini beroleh kejayaan. Amin.



Disediakan oleh:                                                                                            Disemak oleh:


(______________________)
Ketua Panitia Pendidikan Islam
SMK Raja Perempuan Ipoh

Wednesday, June 26, 2013

PANDUAN MEMILIH BAHAN RUJUKAN PBS TINGKATAN 6 (AUTHENTIC AND RELIABLE BIBLIOGRAPHY)

...

1)   Hendaklah laman sesawang atau portal rasmi sesebuah organisasi, atau hasil penyelidikan

2)   Berdasarkan wibawa dalam bidang yang dikaji, bukan sumber umum seperti kamus bahasa
       atau Wikipedia.

3)   Ambil data yang diperlukan sahaja dan catatkan sebagai sumber ubah suai.

4)  

5)

6)

7)

8)

9)

10)

...

Tuesday, June 25, 2013

DAPAT 'A' SEJARAH BUKAN GAMBARAN HEBAT (LEARNING WITHOUT SOUL)

Zaman kian berubah. Generasi muda kini sudah tidak begitu terikat dengan kisah-kisah silam dan sentimen sejarah. Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo KayKim meluahkan perasaan kesal beliau dalam satu persidangan bertaraf antarabangsa tentang hal itu (klik di sini).

...

...

...

...

...

...

...

Monday, June 24, 2013

Saturday, June 22, 2013

JEREBU DATANG LAGI (NO MORE FREE AIR)

Bandaraya Kuching, Sarawak pernah mencatat indeks pencemaran udara (IPU) setinggi 650 mata, iaitu sangat berbahaya. Bayangkan betapa bacaan IPU dengan nilai 101 hingga 200 sudah pun dianggap tidak sihat. Kali ini fenomena jerebu berlaku di pantai barat Semenanjung yang menerima kesan pencemaran udara dari wilayah Riau, Sumatera. 

Negara kerdil Singapura umpama sudah lenyap apabila tidak lagi kelihatan dari Tambak Johor. Kegiatan ekonomi dan sosial penduduk Johor terjejas dengan teruk kerana orang ramai memilih untuk memerap di dalam rumah masing-masing atas faktor keselamatan dan kesihatan. Semua 2491 buah sekolah di daerah Batu Pahat, Ledang, Muar dan Pasir Gudang diarahkan tutup kerana bacaan IPU telah melepasi nilai 300 yang masuk kategori berbahaya (klik di sini).

Jerebu ialah partikel halus seperti asap, debu dan bahan pencemar lain yang terampai di udara (baca lebih lanjut di sini).

...

...

...

...

...

...

...


Friday, June 21, 2013

GURU EKONOMI HADIRI TAKLIMAT PBS PRAUNIVERSITI (HIGHER EDUCATION STYLE OF LEARNING)

Tapah, Sabtu: 22 Jun 2013 / 13 Syaaban 1434

Sejumlah 100 orang guru ekonomi tingkatan enam dari seluruh negeri Perak berkumpul di Dewan Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang dekat sini mulai pagi tadi hingga esok untuk menghadiri taklimat pelaksanaan kerja kursus kertas Ekonomi penggal 3. Konsep pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) digunakan sebagai komponen pembelajaran prauniversiti walaupun tahap persembahannya berlainan jika dibandingkan dengan PBS arus perdana (tingkatan 1 - 5). Pelajar tingkatan enam perlu dilengkapkan dengan pakej kemahiran menulis asas laporan kajian yang mirip dengan tahap pengajian tinggi.

Program dua hari anjuran Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) itu dikendalikan oleh Unit Peperiksaaan STPM, Jabatan Pendidikan Perak (JPN). Taklimat am dan ucapan perasmian disampaikan oleh Encik Azmi bin Zuki selaku ketua unit berkenaan. Beliau menegaskan tentang hasrat JPN supaya sistem penyelarasan PBS peringkat negeri dan daerah yang dibentuk mampu melonjakkan pencapaian cemerlang calon STPM negeri Perak selama ini.
Bahagian utama taklimat diisi oleh Encik Ahmad Latfi, guru akademik tingkatan enam gred DG 54 dari SMK Simpang, penyelaras mata pelajaran ekonomi negeri, yang juga tenaga utama MPM kebangsaan. Beliau menggesa supaya guru benar-benar jelas tentang peranan mereka sebagai pembimbing kepada pelajar, bukan sebagai pembantu atau penolong dalam proses menyiapkan kerja kursus. Pelajar hendaklah dibimbing supaya berjaya menghasilkan laporan laras ekonomi sebagai persediaan bersaing dengan lepasan diploma dan matrikulasi di universiti kelak.

Encik Ahmad Latfi yang juga dikenali sebagai sifu ekonomi kemudian meminta guru memanfaatkan perkongsian maklumat menerusi laman facebook yang khusus. Dalam nada jenaka, beliau turut mengingatkan guru supaya tidak sampai terlupa tentang pelajar tingkatan enam rendah yang juga bakal menduduki peperiksaan penggal pertama pada bulan November nanti. Demikian juga dengan pembelajaran Ekonomi Malaysia yang tidak boleh dipandang sebelah mata.

Guru ekonomi juga diminta supaya menyediakan sistem fail dan penyimpanan bahan dokumen (eviden) di tempat yang selamat dan berkunci. Selain itu, kedatangan penyelaras daerah atau negeri hendaklah dialu-alukan dengan baik. Tugas penyelaras bakal berjalan lancar apabila mereka disediakan tempat meletak kenderaan, mesin cetak, kemudahan bilik PBS bagi sesi pembentangan dan sampel kerja kursus yang mencukupi. 
Slot taklimat tentang pemarkahan disampaikan oleh timbalan penyelaras negeri, Cikgu Hesham Ro, dari SMK Sultan Abdul Jalil, Seberang Perak. Bahagian penulisan yang mewakili 50 markah mesti mematuhi format dan kandungan yang ditetapkan. Pelajar dibenarkan menyediakan draf bertulisan tangan sebelum ditambah baik dan dimuktamadkan. 

Sesi pembentangan atau viva yang membawa 10 markah bertujuan untuk memastikan bahawa pelajar memiliki kebolehan penyampaian yang diharapkan, serta berjaya membuktikan bahawa hasil kerja mereka sebagai asli. Keseluruhan markah kerja kursus ialah 60 dan dicampur dengan markah peperiksaan bertulis Ekonomi Malaysia sebanyak 40 markah lagi. Wajaran skor penggal 3 ialah sebanyak 40 peratus, berbanding dengan penggal 1 dan penggal 2 yang mewakili 30 peratus bagi setiap satunya.

Tema kerja kursus yang diberikan bersifat kajian perpustakaan data sekunder. Maka, pelajar perlu dibimbing untuk proses mengumpul data mentah yang berkenaan berdasarkan tempoh yang dikehendaki. Pelajar boleh memanfaatkan pengalaman menulis laporan kerja kursus mata pelajaran sebelum ini pada penggal kedua yang lalu...

TURUN HARGA KERETA KERANA EKONOMI BIDANGAN? (EFFICIENCY IN PRODUCTION)

Isu penurunan harga kereta penumpang masih belum reda walaupun pilihan raya umum ke-13 telah berlalu lebih sebulan setengah. Mula-mula pengeluar kereta nasional Proton mengumumkan pelancaran model SV sesaran 1.3 liter berharga RM33k tanpa mengurangkan ciri keselesaan dan keselamatan. Kemudian, Perodua pula mengumumkan MyVi edisi S dengan penurunan harga sekitar RM5,200 seunit, siap dengan tambahan aksesori lagi!

Sementara itu, kereta rasmi jemaah menteri ditukar daripada Perdana V6 kepada Honda Accord 2.4 liter edisi pemasangan tempatan (CKD, complete knocked-down). Jika berdasarkan konsep liberalisasi perdagangan pertubuhan perdagangan sedunia, WTO yang menghapuskan sekatan perdagangan antarabangsa secara berperingkat, pengguna bakal menikmati harga kereta yang lebih rendah dari tahun ke tahun. Namun, pakar industri automotif menyarankan agar pembeli menunggu hingga belanjawan 2014 dibentangkan terlebih dahulu, serta membuat pembelian pada awal tahun 2014.

Pandangan sinis tentang ciri keselamatan kenderaan yang dijual dengan harga murah memang tidak dapat dielakkan. Kalau dahulu kereta buatan Jepun pernah dianggap seperti tin Milo, maka kereta nasional juga dilabel sebagai prototaip kereta Mitsubishi dan Datsun yang dikuasai oleh Toyota dengan teknologi yang sedikit ketinggalan. Projek kereta seperti Arena, Juara, Savvy dan Tiara mendapat sambutan dingin di pasaran tempatan walaupun mencatat jualan yang baik di Australia dan Thailand.

Penjelasan pihak Perodua boleh dikatakan paling menarik justeru menggunakan hujah ekonomi, iaitu penurunan kos apabila firma menikmati ekonomi bidangan menerusi pengeluaran secara besar-besaran. Jualan model MyVi yang hampir mencecah 200,000 unit setahun telah menyumbang terhadap kecekapan pengeluaran dan kecekapan peruntukan. Perodua mendakwa telah bersedia dengan proses liberalisasi perdagangan dengan harga yang lebih berdaya saing, tetapi dengan reka bentuk dan teknologi yang dibangunkan oleh gabungan kepakaran tempatan dan asing.

...

...

...

...

...

...


Thursday, June 20, 2013

CUTI SABATIKAL UNTUK GURU (INTERNATIONAL EXPOSURES TOWARD WORLD CLASS EDUCATORS)

Sebagai usaha melonjakkan sistem pendidikan negara sehingga setanding dengan negara maju, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang mengkaji kemungkinan melaksanakan program cuti sabatikal untuk pengetua, guru besar dan guru sekolah (klik di sini). Selama ini cuti sabatikal hanya dinikmati oleh pensyarah universiti awam sahaja, iaitu sama ada sembilan bulan di dalam negara, atau enam bulan di luar negara. Pensyarah terbabit boleh menjalankan penyelidikan pascakedoktoran atau projek akademik yang lain. 

Sebenarnya bilangan guru yang diberi kesempatan belajar di luar negara agak besar jumlahnya sama ada di peringkat ijazah asas (sarjana muda) mahupun di peringkat ijazah tinggi (sarjana dan doktor falsafah). Sebelum hadiah latihan persekutuan dianugerahkan untuk pengajian di dalam negara sahaja kira-kira 15 tahun yang lalu, guru dihantar ke Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom untuk pelbagai bidang pengajian ijazah tinggi. Guru sekolah teknik juga pernah dihantar berkursus selama beberapa bulan di Texas untuk mendalami kaedah kontekstual.

Bahagian Antarabangsa KPM juga menawarkan pelbagai kursus pendek di luar negara (dua minggu dan ke atas) atas tajaan pelbagai pihak. Namun, disebabkan tempat yang terhad, maklumat tentang kursus pendek berkenaan tidak begitu disebarkan secara meluas. Guru yang rajin bertanya atau pergi sendiri melihat papan kenyataan di bahagian tersebut mungkin boleh memohon dan seterusnya disenaraipendekkan.

Pergerakan guru sekolah memang begitu terhad justeru mereka terikat dengan keperluan sukatan pelajaran dan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS). Konsep melindungi masa instruksional murid (MMI) bererti bahawa keutamaan guru penolong ialah berada di sekolah berbanding dengan sumbangan di luar sekolah. Jumlah waktu maksimum guru berada di luar kawasan sekolah ialah 30 peratus, serta dihitung secara automatik menerusi aplikasi e-gerak.

Namun, sesuatu dasar tidak pernah bersifat jumud dari segi pelaksanaannya sehingga boleh menyekat kemajuan ikhtisas para guru. Maka, cadangan cuti sabatikal itu diharapkan menjadi dorongan kepada guru untuk menambah baik aktiviti bilik darjah sejajar dengan keperluan menjanakan modal insan minda kelas pertama acuan sendiri ke arah negara maju yang  berpendapatan tinggi. Laluan guru sekolah untuk proses naik pangkat yang sering dipintas oleh orang pejabat boleh diganti dengan kemudahan yang baharu ini.

Guru sekolah harian biasa yang hanya mampu tumpang seronok dengan program pengantarabangsaan sekolah kluster kecemerlangan dan sekolah berprestasi tinggi kini bolehlah mengintai peluang untuk ke luar negara. 

...

...

...

...

...

...

...

...

Wednesday, June 19, 2013

DIRIMU BAGAIKAN MASIH DI SISI (THE TOUCH OF THE EVERLASTING MEMORY)

          Dirimu bayi yang comel dan dinanti-nanti oleh ibu bapa
          Dirimu muncul sebagai kanak-kanak yang cerdas dan cergas
          Pada zaman remaja dirimu dibawa pergi oleh tentera Nipon
          Dirimu dikerah menjadi buruh paksa dari Siam ke Burma
          Takdir menentukan dirimu dihantar pulang dalam tempoh yang singkat
          Dirimu jatuh sakit dan Nipon tidak mahu mengambil risiko

          Dirimu pintar membaca Jawi dan menghitung ketika zaman buta huruf berleluasa
          Dirimu menceburi bidang perniagaan kelapa dan minyak masak bersama tauke
          Dirimu dihormati walaupun sanggup belajar dengan kaum pedagang
          Dirimu sudah biasa menaiki lori, mendaki jalan berliku lagi curam
          Dirimu sudah menjejaki Kuala Lumpur pada zaman awal kegemilangannya
          Dirimu antara generasi terawal merasai penginapan di Hotel Malaya

          Dirimu tidak segan berbasikal sambil membunyikan loceng menjual ais krim
          Dirimu melepaskan pangkat mandur walaupun sudah cukup berkuasa
          Dirimu mahu berdikari dan bebas daripada apa-apa jua kongkongan
          Dirimu memulakan perniagaan runcit bersama pasangan hidupmu
          Dirimu bijak mempelbagaikan punca kewangan keluarga
          Dirimu tegas dengan prinsip daripada menjadi mangsa sesiapa
          Dirimu berani menyuarakan hak dan menentang penipuan
          Dirimu setiasa membuat pengamatan kehendak pasaran

          Dirimu kasih sepenuh jiwa raga kepada kaum keluarga
          Dirimu tidak pernah jemu memberikan nasihat percuma
          Dirimu tidak lokek berkongsi pengalaman berharga
          Dirimu umpama butiran ilmu yang sedia untuk disebarkan
          Dirimu berfikiran jauh dan kritis
          Dirimu mencurahkan pedoman buat anak cucu tercinta
          Dirimu berterus terang dan bijak menyusun tamsil ibarat
          Dirimu tidak pernah lekang mahu mengeratkan hubungan keluarga

          Dalam sekelip mata jua
          Dirimu hanyalah sekujur tubuh yang tidak berdaya
          Dirimu bertarung dengan serangan terhadap sistem tubuhmu
          Dirimu dibantu dengan pelbagai rawatan dan peralatan
          Dirimu tidak lagi mampu membuka kelopak mata
          Dirimu hanya mampu menggerakkan kedua-dua tangan dan kaki
          Dirimu hanya mampu memusingkan kepala ke kiri dan ke kanan
          Dirimu terlantar menanggung ujian 

          Tanggal 18 Jun 2013 hari Selasa
          Bersamaan 9 Syaaban 1434
          Setelah ikhtiar terakhir para doktor
          Apabila sistem tubuh dirimu menolak titisan air dan susu
          Dirimu dijemput jua oleh-Nya
          Pukul 10.50 pagi
          Di wad 7C, katil 27C
          Di Hospital Sultanah Zahirah
          Dengan bisikan syahadah oleh anakanda tersayang

          Dirimu sudah tiada 
          Hanya jasad dirimu yang kelihatan dan diuruskan selayaknya
          Dari tanah dirimu datang dan kepada tanah dirimu kembali
          Doa anggota keluarga dan kenalan tidak pernah putus-putus
          Agar dirimu sentiasa tenang di sana
          Di bawah lembayung rahmat-Nya
          Mohon diampun segala dosa dirimu
          Moga diterima segala amal kebaikan dirimu
          Moga dirimu ditempatkan dalam kalangan para solihin
          Amin Ya Rabbal Alamin

          Khusus untuk ayahanda Ismail bin Chik
          Amin...
      

Tuesday, June 18, 2013

HOSPITAL MESRA KELUARGA PESAKIT (VISITING PERMISSION AT THE WARDS)

Dari segi asal usul istilah, hospital ialah kata terbitan hospes dan hospitium (klik di sini). Pada amnya, hospital merujuk kepada tempat perkhidmatan layanan. Kini, hospital lebih dikenali sebagai institusi penjagaan kesihatan yang menyediakan rawatan kakitangan terlatih dan peralatan teknologi canggih (Ibid).

Selain proses rawatan profesional, pesakit amat memerlukan sokongan keluarga bagi menghadapi tekanan hebat ketika menderita akibat penyakit yang dialami. Kunjungan anggota keluarga dan kenalan yang mengucapkan kata-kata semangat dan doa memberi kekuatan psikologi dan minda yang menyumbang terhadap proses pemulihan yang diharapkan. Dalam kes kritikal, pesakit yang hanya terlantar tanpa membuka mata sekurang-kurangnya dibantu untuk mempertahankan keimanan mereka yang sedang diuji dengan berat.

...

...

...

...

...

...

...

...

Monday, June 17, 2013

PELANCONGAN KESIHATAN DI MALAYSIA (SPECIALIST TREATMENT SERVICE ABROAD)

Negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom telah lama menjadi pilihan pesakit yang berkemampuan atau pesakit yang dibiayai menerusi dana tertentu untuk mendapatkan rawatan pakar perubatan yang terkenal. Negara lain seperti India, Mesir dan Singapura juga menawarkan perkhidmatan kepakaran perubatan kepada warga asing. Sebagai contoh, Hospital Mount Elizabeth di Singapura yang bukan sahaja menerima kunjungan pesakit serantau, bahkan dari seluruh dunia, misalnya kes pasangan kembar siam Iran tidak berapa lama dahulu.

Malaysia juga jelas memiliki keupayaan yang setanding dengan negara maju dari segi perkhidmatan pakar perubatan yang terbaik. Selain hospital awam yang memberi tumpuan terhadap rawatan rakyat tempatan, terdapat rangkaian perkhidmatan kepakaran perubatan swasta seperti KPJ Healthcare milik Perbadanan Johor, Pantai Medical Group yang dikuasai pelabur Singapura, Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Assunta dan al-Ridzuan milik Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Perak. Pesakit bukan sahaja membuat perbelanjaan terhadap kos rawatan, bahkan selalunya akan disertai oleh anggota keluarga terdekat yang akan menggunakan perkhidmatan penginapan, pengangkutan, makan minum dan aktiviti sampingan yang lain.

Menyedari ketibaan pesakit luar negara bersama keluarga mereka yang semakin besar bilangannya, suatu usaha tersusun untuk menjana kesan pengganda perkhidmatan rawatan pakar perubatan tempatan itu, konsep pelancongan kesihatan direka bentuk dengan lebih menyeluruh (klik di sini). Promosi dan pemasaran pelancongan kesihatan yang lebih agresif turut menjadi agenda bersama Kementerian Pelancongan dan Kementerian Kesihatan. Penggunaan media maya dan khabar kelebihan rawatan pakar di Malaysia yang meniti dari mulut ke mulut menyumbang terhadap peningkatan radikal permintaan rawatan perubatan pakar dalam kalangan pesakit antarabangsa di Malaysia.

Rangkaian hospital swasta yang semakin berkembang digembleng dalam satu perkongsian strategik bagi menarik ketibaan pelancong kesihatan tempatan dan asing (klik di sini). Konsep persaingan menang-kalah bertukar kepada menang-menang kerana masing-masing tidak menang tangan bagi memenuhi permintaan rawatan pakar secara bersendirian. Sumber kepakaran kesihatan yang bernaung di bawah organisasi yang berlain dapat disatukan bagi membentuk sinergi dan nilai tambah perkhidmatan rawatan kepada pelancong kesihatan.

...

...

...

...

...

...

Sunday, June 16, 2013

Saturday, June 15, 2013

GENERASI MUDA YANG BERTUAH (EARLY SEMINAR STYLE EXPOSURE)

Murid sekolah rendah zaman  sekarang sudah banyak menikmati perubahan yang menuju kecemerlangan pembelajaran. Selain kemudahan sekolah dan guru yang berkelayakan tinggi, mereka didedahkan dengan pelbagai aplikasi pembelajaran atas talian dan televisyen pendidikan. Akhbar arus perdana turut memuatkan edisi sisipan UPSR dan PBS untuk menolong murid memperoleh bahan tambahan yang disediakan oleh guru yang berpengalaman luas dalam bidang pengkhususan masing-masing.

Akhbar Berita Harian sebagai contoh menyediakan edisi Didik untuk kegunaan murid sekolah rendah. Khusus untuk calon UPSR, Berita Harian menganjurkan seminar teknik menjawab soalan peperiksaan di seluruh negara mengikut zon tertentu. Baru-baru ini bertempat di Institut Tadbiran Islam (Intim), Ipoh berlangsung seminaruntuk calon UPSR 2013.

...

...

...

...

...

...

...

...

Friday, June 14, 2013

CENDOL MASJID SUNGKAI (ZONING THE CLOSENESS TO MARKET)

Antara pertimbangan asas dalam mengendalikan perniagaan ialah masalah tempat atau lokasi (klik di sini). Tempat yang dipilih harus memiliki potensi terbaik untuk menjual sebanyak mungkin barang atau perkhidmatan yang ditawarkan. Para penjaja juga semakin bijak mengenal pasti tempat niaga strategik dan masa yang tepat supaya mereka berada dekat dengan kawasan tumpuan orang ramai.

...

...

...

...

...

...

...

Wednesday, June 12, 2013

KETINGGIAN DAN SAIZ MURID ZAMAN SEKARANG (THE 'TOWERING' PHYSICAL APPEARANCE IN SCHOOL)

Perihal murid lebih tinggi daripada cikgu bukanlah cerita baharu, contohnya klik di laman forum di sini. Pelbagai andaian boleh dibuat tentang perkara berkenaan jika tiada kajian yang autentik dilakukan. Misalnya dari sudut positif, generasi muda sekarang dibekalkan dengan gizi makanan seimbang yang sihat dan berkhasiat sehingga menyumbang terhadap proses tumbesaran ke tahap optimum.

Dari sudut negatif pula, terdapat dakwaan bahawa ukuran ketinggian murid sekolah walaupun baharu di sekolah rendah tidak mempunyai hubung kait dengan tabiat pemakanan yang sihat. Sebaliknya, murid sekolah mengalami ketinggian yang agak luar biasa justeru banyak mengambil makanan segera yang mengandungi bahan kimia dalam daging ayam dan lain-lain. Bahan kimia berkenaan masih tidak terurai sepenuhnya, lalu berpindah aktif ke dalam tubuh kanak-kanak, lalu mereka mencatat ketinggian yang mendadak.

Sama ada ukuran ketinggian murid sekolah itu sesuatu yang tulen atau sebaliknya lebih elok dijelaskan menerusi satu proses penyelidikan skala besar. Pelajar siswazah (sarjana dan doktor falsafah) mungkin boleh mereka bentuk instrumen yang memiliki kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi untuk ditadbirkan. Buat sementara ini, kita hanya mampu mengatakan bahawa ketinggian yang munasabah ialah suatu kelebihan  fizikal kepada murid, termasuk untuk persediaan alam pekerjaan.

Barangkali ketinggian purata guru generasi X (40-an ke atas) ialah sekitar 5 kaki 3 inci atau 155 sentimeter bagi lelaki dan 145 sentimeter bagi wanita. Guru-guru yang lebih muda mencatat ketinggian purata 5 kaki 6 inci dan 5 kaki 2 inci bagi setiap satunya. Budak sekolah tingkatan 3 pun sudah banyak yang mencatat ketinggian sekitar 5 kaki 8 inci dan ke atas.

Maka, jika semua murid berdiri dan guru bergerak dari meja ke meja, guru perlu mendongak sedikit untuk melihat wajah murid dengan jelas. Memang peribahasa ada mengatakan bahawa kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa. Namun, paradoks yang berlaku masih perlu dikaji dari segi baik buruknya supaya segala kebaikan dapat dimanfaatkan, manakala jika ada keburukan dapat ditangani dengan wajar.

Bilangan guru lelaki di seluruh negara sehingga bulan April yang lalu hanya mewakili nisbah 30.73 peratus atau 128,515 orang, berbanding dengan guru wanita yang merangkumi 69.27 peratus atau 289,631 orang (klik di sini). Bilangan murid sekolah pula agak seimbang bagi kedua-dua jantina, iaitu lelaki 50.68 peratus (2,643,032 orang) dan perempuan 49.32 peratus (2,571,321 orang). Bagaimanakah agaknya guru wanita yang lebih besar bilangannya berhadap dengan murid yang tinggi belaka?

Di sekolah menengah guru wanita berjumlah 122,532 orang (68.81 peratus) dan di sekolah rendah berjumlah 167,099 orang (69.61 peratus). Bilangan pengetua dan guru besar dalam kalangan guru wanita juga semakin meningkat, termasuk di sekolah dominasi murid lelaki. Maka, adakah faktor saiz dan ketinggian murid sekolah zaman sekarang bakal menimbulkan beberapa isu disiplin dan persekitaran pembelajaran?

Walaupun gejala salah laku murid hangat diperkatakan oleh masyarakat, majoriti murid yang bersahsiah mulia tidak mendapat perhatian. Sebagaimana keluk taburan normal, bahagian hujung sebelah kiri sebanyak lima peratus mewakili ciri negatif sesuatu entiti, organisasi atau masyarakat. Maka, 90 peratus yang biasa dan 5 peratus kanan yang cemerlang selalu terlepas pandang.

Ketinggian dan saiz murid hanyalah perubahan luaran yang normal sejajar dengan kemajuan bidang pemakanan dan kesihatan. Pendidikan sekolah yang sentiasa memupuk pembelajaran berusaha mengembangkan potensi dan fakulti dalam diri murid secara optimum ke arah kebaikan, kesejahteraan dan keimanan. Adab belajar diberi penekanan supaya hubungan yang harmoni di sekolah tidak tenggelam dalam arus perubahan zaman dan persekitaran yang begitu pesat menerpa sepanjang masa.

Isu kesihatan murid memang sentiasa mendapat perhatian pihak sekolah walaupun hal ehwal peribadi mereka menjadi tanggungjawab keluarga dan merupakan maklumat yang bersifat rahsia serta sulit. Namun, sebahagian masa berkualiti murid dihabiskan di sekolah bersama bimbingan dan pertolongan ikhtisas para guru. Isu ini bakal dibincangkan pada kesempatan yang lain, insya-Allah...

Tuesday, June 11, 2013

PENARAFAN UNIVERSITI DUNIA: IPTA PENYELIDIKAN TEPATI STATUS (UNIVERSITY OF MALAYA IN THE TOP 200)

Selain Times Higher Education (The), penarafan universiti yang dilakukan oleh QS (klik di sini) turut mendapat perhatian yang meluas. Walaupun instrumen dan penanda aras yang digunakan mungkin direka bentuk berdasarkan skala Barat, tetapi sekurang-kurangnya penarafan berkenaan mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap persepsi kedudukan universiti tempatan di persada dunia. Usaha menarik kemasukan pelajar asing bagi menjadikan negara sebagai destinasi pengajian tinggi rantau sebelah sini dijangka lebih mudah apabila beberapa buah universiti utama negara tersenarai dalam kelompok universiti terbaik dunia.

Universiti Malaya (UM) sekali lagi unggul dalam carta berkenaan apabila berjaya memperoleh 55.62 mata dengan kedudukan pada tangga ke-156, berbanding dengan Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (41.22 mata) di tangga ke-261, Universiti Sains Malaysia, USM (35.90 mata) di tangga ke-326, Universiti Teknologi Malaysia, UTM (33.65 mata) di tangga ke-358 dan Universiti Putra Malaysia, UPM (33.62 mata) di tangga ke-360. Kelima-lima buah universiti berkenaan merupakan universiti penyelidikan (RU) sejajar dengan sejarah pengajian tinggi negara sebagai universiti awam terawal.

Universiti komprehensif yang tersenarai dalam kalangan 874 buah universiti seluruh dunia yang dinilai, Universiti Teknologi Mara, UiTM menghuni kelompok 601 - 650. IPTS tidak pula kelihatan tersenarai walaupun begitu banyak menawarkan program pengajian berkembar dengan universiti terkemuka di Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom. Dalam kata lain, IPTA masih diberikan penarafan yang jauh lebih tinggi berbanding dengan IPTS.

Senarai peringkat Asia (klik di sini) juga menunjukkan UM unggul di tangga ke-33 (76.90 mata), UKM ke-57 (63.90), USM ke-61 (61.80), UTM ke-68 (57.10) dan UPM ke-72 (55.60). Universiti terbaik Asia ialah Universiti Sains dan Teknologi Hong Kong (kedudukan ke-23 dunia), diikuti oleh Universiti Kebangsaan Singapura (NUS, ke-25 dunia). Universiti glamor Korea Selatan, Sunghyunkwan menduduki tangga ke-21 dengan catatan 87.30 mata.

Dalam kelompok 201 - 250 terbaik Asia, muncul UiTM bersama Universiti Teknologi Petronas, Universiti Tenaga Nasional, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis. Kemudian, dalam kelompok 251 - 300, terdapat Limkokwing, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Tun Husin dan Universiti Tuanku Abdul Rahman. Sebagai perbandingan, universiti kebanggaan Indonesia, iaitu Institut Teknologi Bandung hanya mampu menghuni kedudukan ke-129.

Setakat ini hanya UKM dan UM yang konsisten berada dalam carta penarafan QS dan The. Universiti awam lain dan IPTS masih tidak menentu, termasuk USM yang diberi taraf universiti apex. Memang benar bahawa kedua-dua penarafan itu bukan bersifat muktamad atau sah, tetapi sebagai suatu iklan percuma, semua universiti terkemuka akan berlumba-lumba untuk melonjak ke tangga atas carta.

...

...

...

...

Monday, June 10, 2013

BEZA ANTARA PEMBELAJARAN DENGAN PEMELAJARAN (ADDING PREFIX AND SUFFIX TO CREATE NEW WORD)

Sebenarnya sudah banyak kupasan dibuat oleh guru bahasa tentang kekeliruan terhadap penggunaan imbuhan yang betul, imbuhan yang salah dan unsur lewah dalam pengimbuhan. Malah, penggunaan imbuhan yang tepat merupakan item pentaksiran bahasa yang penting dari peringkat sekolah rendah hingga ke universiti. Namun, berdasarkan pengamatan terhadap ucapan rasmi awam, rencana dalam media dan laporan penyelidikan dalam jurnal terkemuka, masalah pengimbuhan tidak pernah selesai dalam erti kata bahawa kekeliruan masih berlaku dengan ketara.

Tumpuan perbincangan ini ialah terhadap perkataan pembelajaran dan pemelajaran. Kata dasar bagi kedua-dua kata terbitan itu ialah 'ajar'. Kamus Dewan edisi keempat (2005: 20-21) menjelaskan ajar bermaksud petunjuk supaya diketahui (diikut dll) sebagai bimbingan atau panduan untuk melakukan sesuatu. Selain imbuhan awalan 'be', 'peN' dan 'meN', serta akhiran 'an' , kata dasar ajar menerima imbuhan yang istimewa (sisipan -el) iaitu belajar, pelajar, pembelajaran dan pemelajaran.

Kata terbitan pembelajaran pula ialah konsep besar dalam bidang pendidikan dan psikologi. Malah, kewujudan sekolah semata-mata bertujuan untuk memupuk pembelajaran. Dalam masyarakat maju yang mementingkan pengetahuan yang sentiasa diperbaharui, konsep pembelajaran secara berterusan dan sepanjang hayat semakin mustahak. 

Secara paling asas, pembelajaran bermaksud proses (kegiatan) belajar (klik juga di sini). Sejak sekian lama hanya kata terbitan pembelajaran sahaja yang digunakan sebelum ada pihak yang cuba menonjolkan kata terbitan pemelajaran sebagai istilah yang dikatakan lebih tepat. Walaupun demikian, sehingga kini kata terbitan pembelajaran masih unggul dan kata terbitan pemelajaran begitu terhadad dari segi penggunaannya.

Pemelajaran ialah proses mempelajari (klik pula di sini). Pemelajaran merujuk kepada proses untuk belajar, manakala pembelajaran merujuk kepada perbuatan menjadikan seseorang itu belajar. Titik perbezaan yang wujud sebenarnya sangat tipis dan mudah mengelirukan sesiapa sahaja yang kurang peka terhadap ketaksaan dalam bahasa dan istilah.

Contoh ayat yang tertera dalam Kamus Dewan (op.cit) berbunyi: Taraf penguasaan bahasa Inggeris begitu tinggi tetapi pemelajarannya terhad kepada mereka yang menghadiri sekolah aliran Inggeris. Maka, kalau kata terbitan pembelajaran hendak digunakan, ayatnya mungkin berbunyi: Bagi menggalakkan pembelajaran bahasa Inggeris dalam kalangan murid luar bandar, usaha yang lebih agresif perlu dilakukan.

...

...

Sunday, June 9, 2013

KERTAS PROJEK EKONOMI 3 (STPM) BERMULA [COURSEWORK FOR PREUNIVERSITY STUDENT)

Tujuan PBS

...

...

...


Penetapan tajuk

Pilih tema

Ciri tajuk yang khusus

Ayat tajuk


Latar belakang kajian

...

...

...


Pernyataan Masalah 

...

...

...


Objektif Kajian

...

...

...


Proses Mengumpul data

...

...

...


Analisis Data

...

...

...


Perbincangan

...

...

...


Kesimpulan / Penutup

...

...

...


Bahan Rujukan / Bibliografi

...

...

...


Lampiran

...

...

...


Pembentangan / viva

...

...

...


Pembetulan Draf / penambahbaikan

...

...

...


Penjilidan biasa sahaja

...

...

...


Akur jadual kemajuan kertas projek

Draf

Ubah suai

Hantar


Kegunaan Manual MPM

...

...

...


Bimbingan / penyeliaan guru / pensyarah

...

...

...

Saturday, June 8, 2013

MOTIVASI GURU: PENDIDIKAN BERSIFAT JANGKA PANJANG (DEVELOP PASSION IN TEACHING)

Guru sekolah berhadapan dengan kanak-kanak dan remaja yang sedang mengalami proses pertumbuhan fizikal dan akliah yang pesat. Sedikit demi sedikit kanak-kanak dan remaja membina autonomi diri dan mengurangkan kebergantungan. Persekitaran pendidikan berubah dengan begitu cepat sehingga pengalaman peribadi guru ketika remaja sudah tidak relevan.

...

...

...

...

...

...

...

...

...

Friday, June 7, 2013

Thursday, June 6, 2013

KERUSI KEDAI MAKAN, RESTORAN DI TEMPAT LETAK KENDERAAN (ENJOY FOOD AT YOUR OWN RISK)

Sudah menjadi pemandangan biasa tuan punya kedai makan dan restoran meletakkan kerusi meja makan sehingga melimpah ke tempat letak kereta. Pelanggan juga lebih suka memilih tempat terbuka berbanding dengan kerusi meja yang canggih di dalam ruang makan sebenar restoran. Maka, tepat sungguh peribahasa Melayu bahawa bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi!

...

...

...

...

...

...

...

...

...

Wednesday, June 5, 2013

DETIK KEJATUHAN SEORANG USAHAWAN (THE IMPORTANCE OF KNOW-HOW IN BUSINESS)

Pengenalan

Usahawan pernah digambarkan sebagai individu yang kepalanya di langit dan kakinya di bumi (jawapan spontan Tan Sri Azman Hashim, pemilik kumpulan AmBank dalam satu wawancara televisyen). Bidang keusahawanan ialah suatu ibadah yang sangat tinggi nilainya justeru menerusi kegiatan penggunaan, pengeluaran dan pengedaran barang (serta perkhidmatan), mereka memudahkan urusan masyarakat. Usahawan layak menerima untung atas segala risiko yang ditanggung (klik di sini), tetapi dengan syarat tidak terbabit dengan sebarang manipulasi negatif yang menganiaya dan menzalimi pengguna.


Konsep keusahawanan

...

...

...


Ciri Usahawan Berjaya

...

...

...


Keusahawanan dari sudut ekonomi:

...

...

...


Kemahiran asas usahawan

1)  membuat keputusan

...

...

...

2)  menggembleng sumber

...

...

...

3)  kewangan dan perakaunan

memisahkan entiti perniagaan dengan peniaga

kawalan aliran tunai

perakaunan inflasi

kepelbagaian potfolio

dana kecemasan

...

...


4)  pemasaran / psikologi indusri dan organisasi


5)  pengurusan krisis / risiko


6)  analisis persekitaran perniagaan


Cabaran Dunia Keusahawanan

1)  Risiko ketidakpastian yang tidak boleh diinsurans

2)  Persaingan

3)  Sabotaj

4)  Bacaan pasaran yang sipi

5)  Mutu keluaran

6)  Khabar angin

7)  Kemelesetan ekonomi

8)  Semangat luntur

9)  Penjenamaan

10)  Serba tidak menjadi

11)  Mudah muflis


Bangun daripada kejatuhan

...

...

...


Penutup dan Kesimpulan

...

...

...

Tuesday, June 4, 2013

MOTIVASI BELAJAR: BERBAIKLAH DENGAN GURU (THE SECRET OF SUCCESSFUL LEARNING)

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam sejahtera

Pada suatu pagi saya bertemu dengan seorang pesara guru yang sudah mencecah usia bonus 65 tahun, tetapi masih aktif dan sihat walafiat. Beliau bukan calang-calang guru kerana sangat berjasa kepada sekian banyak murid yang bermula dengan biasa-biasa, serba kekurangan dan polos, akhirnya berjaya menyandang jawatan menteri, profesor, usahawan, pegawai tinggi dan kedudukan penting yang lain. Beliau sudi berkongsi cerita tentang murid yang dimaksudkan.

Sebagai guru muda lepasan maktab perguruan, beza usia beliau dengan murid tingkatan lima yang semuanya lelaki hanya empat tahun. Sebagai strategi untuk memastikan bahawa proses pembelajaran (bahasa Inggeris) mencapai maksudnya, beliau langsung tidak mahu memberi muka terhadap kenakalan remaja. Beliau bertegas dan menahan diri daripada melemparkan senyuman.

Pilihan yang dibuat itu mungkin tidak popular dan menimbulkan persepsi tertentu kepada guru berkenaan. Namun, pada ketika itu menutup pintu kerosakan lebih utama. Murid yang bakal menduduki peperiksaan penting mereka perlu fokus dan tidak dibenarkan melayan perasaan sentimental yang tidak-tidak.

Pelajar yang dikasihi sekalian,

Di dalam kelas guru berkenaan, terdapat seorang murid yanag polos, tetapi pendiam. Kelas itu jurusan sastera yang sering dipandang kurang daya saing dan tidak begitu glamor. Murid berkenaan begitu tertarik dengan kesungguhan guru bahasa Inggerisnya, lalu menanam tekd untuk berjaya.

Guru muda berkenaan sentiasa memupuk nilai yakin diri dengan anjuran supaya mereka membuang segala perasaan rendah diri yang menyekat kemajuan. Murid lelaki tidak sepatutnya bersifat lembik dan lemah dalam menghadapai cabaran pembelajaran. Mereka sebaliknya perlu menggembleng potensi akliah atau juga disebut kebijaksanaan sebagaimana sifat jasmani lelaki yang maskulin.

Secara diam-diam murid berkenaan menyambut cabaran guru bahasa Inggeris itu, lalu meneguhkan tekad untuk menjadi insan yang berjaya dan menyumbang terhadap agama, bangsa dan negaranya. Dia melakukan anjakan paradigma dalam dirinya untuk mara lebih jauh. Akhirnya, dia mendaki satu demi satu  tangga akademik dan kedudukan sehingga akhirnya bergelar seorang menteri persekutuan.

Pelajar yang dimuliakan,

Saya tidak mengatakan murid yang akhirnya menjadi menteri itu sebagi contoh yang hebat atau ideal. Saya cuma hendak menceritakan kembali kisah seorang murid yang beradab dan tahu menghormati guru akhirnya mengecapi kejayaan yang bermakna. Sikap itu telah membantu guru melaksanakan aktiviti pembelajaran di bilik darjah dengan berkesan.

Murid yang kini bergelar profesor itu dahulunya murid jurusan sains yang mencatat pencapaian sederhana sahaja di peringkat SPM dan STPM. Namun, kesungguhan guru bahasa Inggeris itu mencetuskan dorongan yang kuat dalam dirinya untuk menggantung cita-cita setinggi bintang, sambil kakinya masih berjejak di bumi. Keyakinan yang tertanam dalam diri anak kampung itu untuk tidak malu berbahasa Inggeris akhirnya membawa dirinya hingga ke peringkat doktor falsafah di luar negara.

Saya secara peribadi pernah bercakap dengan profesor berkenaan yang kini timbalan naib canselor di sebuah universiti tempatan. Beliau mengakui bahawa seperti remaja lain, sifat nakal juga ada dalam dirinya, tetapi apabila guru mengajar, beliau memberikan tumpuan sepenuhnya. Beliau sangat berterima kasih dan terhutang budi dengan guru bahasa Inggeris berkenaan hingga ke hari ini.

Pelajar yang dihormati,

Cuba ingat kembali tujuan kalian ke sekolah dan institut pengajian tinggi, iaitu bagi menikmati pengalaman pembelajaran yang terbaik sebagai bekalan hidup masa kini dan masa hadapan. Maka, teruslah mara menuju ke hadapan dan jangan sesekali kalian tergelincir atau dipesongkan oleh pengaruh negatif sama ada dari dalam diri sendiri atau berpunca daripada nasihat palsu. Kelak diri sendiri merana seorang diri!

Guru ialah penolong kejayaan kalian yang melaksanakan amanah perkhidmatan dengan penuh kesungguhan, keikhlasan dan keadilan. Terimalah guru kalian seadanya walaupun kalian perlu mengalah untuk mencari keserasian dengan gaya pengajaran mereka. Demikian rahsia pencapaian kecemerlangan yang dibuktikan sejak zaman-berzaman.

Akhir kata, saya ucapkan selamat belajar. Kalian hendaklah senantiasa berbaik-baik dengan guru supaya pembelajaran mendapat berkat dan redha Ilahi. Selamat maju jaya.

Sekian. Wabillahi taufiq walhidayah. Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Monday, June 3, 2013

ADAKAH TELEFON AWAM MASIH RELEVAN? (EVELASTING OLD TECHNOLOGY)

Teknologi ialah aplikasi sains, iaitu ilmu pengetahuan yang diperoleh menerusi pelbagai cara sama ada pengalaman, pengamatan, mahupun penyelidikan. Sebagai contoh, teknologi menyuap makanan yang paling asas ialah dengan menggunakan tangan, diikuti oleh sudu, kayu stik dan tiub untuk pesakit. Kemajuan teknologi menganugerahkan kehidupan yang lebih selesa kepada insan.

Alexander Graham Bell ialah pencipta teknologi telefon (baca kisah hidup beliau di sini). Bentuk telefon peringkat awal sama seperti telefon awam yang mempunyai gagang dan dihubungkan menerusi talian fizikal yang disambung menerusi tiang, di bawah tanah dan di bawah laut. Teknologi dail secara putaran arah kanan diubah kepada menekan butang simbol nombor.

Walaupun penggunaan telefon awam tidak sehebat dahulu, perkhidmatannya masih meluas, termasuk di negara maju (klik di sini).

...

...

...

...

...

Sunday, June 2, 2013

PASAR PAYANG TINGGAL SEJARAH? (DIALECTICAL ARGEMENTATION ABOUT HERITAGE)

Dalam perjalanan pulang dari Machang, penulis blog (PB) sempat singgah di Pasar Payang, Kuala Terengganu. Kawasan sekeliling pasar telah dimajukan sebagai tarikan pelancongan dan perniagaan keluaran tempatan. Kesesakan dan masalah mencari tempat meletak kenderaan masih berlaku walaupun jam sudah menunjukkan hampir pukul 5.30 petang.

Dalam keadaan biasa, Pasar Payang sudah mulai sepi pada kira-kira pukul 5.00 petang, iaitu satu jam sebelum kebanyakan kedai menutup perniagaan harian masing-masing. Namun, pada masa cuti sekolah, peniaga sanggup menunggu hingga ke malam kerana pelancong tempatan dan asing masih berpusu-pusu masuk. Hasil jualan seminggu boleh menampung keuntungan suku tahun!
pukul 6.30 petang, pasar telah ditutup

Di aras bawah ialah pasar basah dan pasar kering yang menjual aneka keperluan dapur dan makanan tempatan. Aras bawah dan jualan ikan biasanya ditutup lebih awal, iaitu dalam lingkungan pukul dua petang. Namun, aras dua yang menawarkan pelbagai keluaran fabrik dan kraf tempatan masih sibuk dengan urus niaga dan tawar-menawar harga. 

Pasar Payang ialah destinasi wajib yang tersenarai dalam minda setiap pengunjung ke Terengganu. Kemudahan bayaran secara kad kredit dan kad debit membolehkan pengguna berbelanja membeli barang yang berharga tinggi tanpa perlu membawa wang tunai yang banyak. Peniaga juga boleh mengharapkan jumlah jualan yang lebih tinggi walaupun harus mengorbankan sedikit margin keuntungan untuk membayar caj bank sebanyak 2 hingga 3 peratus.
merenung nasib dan kenangan

Kunjungan PB kali ini 'disambut' dengan sepanduk yang terpampang di pintu masuk utama Pasar Payang. Nampaknya, ura-ura untuk merobohkan pasar sedia ada untuk digantikan dengan kompleks hotel lima bintang, kondominium dan pasar moden berhawa dingin masih dalam proses tarik tali. Kerajaan negeri bertegas mahu meneruskan projek itu, manakala peniaga dan orang ramai dikatakan membantah.

Dalam bahasa perubahan, kerajaan negeri ialah daya pacu, sedang pihak yang bertentangan disebut sebagai status quo. Hujah daya pacu ialah pemodenan dan perancangan jangka panjang, sebaliknya status quo berpegang kepada perpektif sejarah dan warisan. Perpindahan sementara selama dua tahun di Pulau Warisan (kawasan masjid kristal) didakwa bakal menjejaskan mata pencarian mereka justeru jumlah pengunjung ke sana yang semakin merosot dari segi bilangan.
kempen untuk mendapat perhatian

Kerajaan negeri yang baharu dibentuk semula berhadapan dengan tekanan yang lebih kuat apabila hanya memperoleh majoriti mudah 17-15 dalam pilihan raya umum ke-13 yang lalu. Sebarang keputusan besar mesti mengambil kira pandangan akar umbi dan kehendak pengundi. Pilihan-pilihan lain juga perlu difikirkan supaya pada akhirnya sensitiviti dan sentimen semua pihak yang berkepentingan dapat dijaga.

Pasar Payang umpama Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan dan Pekan Rabu, Alor Setar yang menjadi lambang perniagaan orang Melayu peringkat pertengahan dan kecil-kecilan. Jika pasar sedemikian ditukar menjadi kompleks perniagaan raksasa, dikhuatiri peniaga sedia ada tidak lagi mampu bersaing. Sebaliknya, pelabur asing seperti di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pula yang akan menyewa ruang niaga yang canggih dan eksklusif.
aras atas pasar: fabrik bermutu asli Terengganu

Dari sudut yang lain, sampai bilakah peniaga Melayu mahu kekal dengan skala perniagaan pertengahan dan kecil sebagaimana yang sedia ada? Adakah mereka tidak mempunyai wawasan untuk membina empayar perniagaan yang lebih besar dan berdaya maju? Wajarkah mereka terus dibelenggu perasaan khuatir tanpa alasan yang kukuh?

Barangkali sudah tiba masanya seluruh peniaga Pasar Payang membentuk sebuah konsortium perniagaan yang memiliki kuasa tawar-menawar untuk memperoleh, mengawal dan memperuntukkan sumber dengan lebih berkesan dan cekap. Pengurusan profesional dalam aspek pembiayaan, pemasaran dan perakaunan perlu digembleng bagi menghadapi cabaran perubahan persekitaran perniagaan. Kisah nasihat seorang bapa tentang sebatang lidi yang mudah dipatahkan berbanding dengan seberkas lidi patut diambil iktibar...

Saturday, June 1, 2013

KISAH DI MASJID GONG BALAI (SHARING FOOD)

Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Peribahasa berkenaan merupakan kebijaksanaan generasi silam tentang rempah ratus kehidupan yang terus relevan sampai bila-bila. Contoh paling mudah ialah apabila seseorang itu dipelawa makan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, maka dia patut menerima seadanya.

Walaupun Malaysia tidak seperti sebahagian negara di benua Afrika yang mengalami masalah kekurangan makanan, tetapi insan yang kelaparan masih terdapat di mana-mana. Contohnya, warga tua yang hidup sebatang kara di pondok usang kerana tersisih daripada keluarga dan masyarakat. Demikian juga mahasiswa yang terpaksa mengikat perut kerana pinjaman pengajian belum masuk akaun.

Namun, ada juga kes kelaparan yang bukan berpunca daripada kekurangan wang, tetapi disebabkan oleh ketiadaan jualan makanan, terutama bagi musafir yang menempuh kawasan bukan perniagaan. Dalam keadaan sedemikian, kuasa beli wang sudah tidak mendatangkan apa-apa erti. Pengalaman peribadi penulis blog (PB) malam tadi mungkin boleh dikongsikan bersama.

Dalam perjalanan pulang dari Machang, Kelantan atas urusan keluarga terdekat, PB singgah di Masjid Gong Balai untuk menunaikan solat jamak Maghrib dan Isyak. Berdasarkan keputusan jumhur ulama, seseorang musafir itu layak mendapat hadiah kelonggaran solat jamak dan qasar selama mana masih dalam urusan perjalanan. Jika dia sempat tiba di rumah dalam keadaan waktu yang masih belum luput, dia hendaklah menyempurnakan semula solat yang telah dijamak tadi, melainkan dilaksanakan secara jamak takhir dengan jumlah rakaat penuh (tamam).

Ketika tiba di masjid, jemaah baharu selesai menunaikan solat Isyak dan doa berjemaah. Maka, PB terus menuju ke ruang wuduk. Seorang jawatankuasa masjid memanggil PB untuk menyertai makan-makan di luar dewan solat. Namun, PB mohon izin untukk solat terlebih dahulu supaya bahagian dewan solat dapat dikunci dengan segera, maklumlah kejadian kecurian sudah tidak mengecualikan rumah ibadat.

Usai solat, sekali lagi jawatankuasa berkenaan mempelawa PB makan walaupun jemaah lain sudah beransur pulang. Makanan yang dihidangkan ialah mihun yang digoreng ala pantai timur, iaitu sedikit rasa masam yang lazat, sama seperti jualan pasar malam di sana. Mihun diakan bersama dengan keropok keping tempatan dan terdapat pilihan minuman panas atau sejuk.

PB sempat bersembang dengan tuk imam masjid, bekas pendakwah majlis agama Islam negeri. Beliau masih meneruskan kegiatan mengajar di masjid-masjid di sekitar daerah Marang. Orangnya masih tegap dan bercakap dengan penuh semangat.

Rupa-rupanya tuk imam dengan jawatankuasa masjid tadi bersaudara. Jawatankuasa itu kemudian memberitahu dia bekas tentera yang biasa merantau dan boleh 'cakap luar' termasuk bahasa Inggeris. Selepas bersara, dia menumpukan perhatian terhadap kegiatan masyarakat, di samping menoreh getah selama dua dua jam setiap pagi bagi mengeluarkan peluh.

Sambil menunggu PB selesai menikmati hidangan, jawatankuasa berkenaan sempat bercerita bahawa tuk imam yang juga abangnya itu merupakan pernah mendapat anugerah imam terbaik seluruh Terengganu sempena sambutan Maal Hijrah tahun 2012. Masjid Gong Balai pula terpilih sebagai masjid terbaik daerah Marang bagi tahun ini.

Walaupun dipelawa untuk menambah mihun, PB terlintas juga cakap orang muda sekarang, 'agak-agak' dalam berbuat sesuatu. Nabi juga berpesan supaya makan apabila lapar, berhenti makan sebelum kenyang. Nampaknya kena jadi 'mat skema' yang pandai membawa diri dalam sesuatu majlis.

Orang-orang masjid memang budiman. Musafir bukan sahaja dipelawa makan, bahkan disuruh membawa bekal pulang. Bak kata pepatah, pucuk dicita, ulam mendatang...