SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, December 31, 2013

CUBAAN KOMPLOT SEKULAR GUGAT TURKI (

Setelah gagal menumbangkan Abdullah Gol dan Erdogan menerusi gerakan anarkis (bantahan jalanan), golongan minoriti sekular yang mendakwa sebagai penjaga Turki memulakan rancangan jahat yang baharu, iaitu tuduhan rasuah terhadap keluarga pemimpin utama berkenaan. Puak sekular yang masih mempunyai pengaruh dalam pentadbiran kehakiman dan tentera menggunakan segala sumber yang mereka miliki bagi melemahkan kerajaan yang diterajui Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) yang dikaitkan dengan gerakan Islam Ikhwanul Muslimin. Kejatuhan Presiden Morsi yang mendapat sokongan majoriti rakyat Mesir mendorong puak sekular Turki cuba menongkah arus massa.

Ketika di bawah pemerintahan empayar Uthmaniyyah, Turki merupakan sebuah kuasa besar meliputi benua Asia dan Eropah. Negara Turki sendiri berada dalam dua benua berkenaan yang dipisahkan oleh selat bosphorus yang sempit itu. Turki yang berusaha sekian lama untuk menjadi kerat Kesatuan Eropah dilabel sebagai orang sakit benua berkenaan (the sick man of Europe). 

Sebagai bangsa besar suatu ketika dahulu, masyarakat Turki masih bertebaran di Asia Tengah dan Eropah. Pemain bola sepak handalan Jerman, Mezut Ozil misalnya berasal daripada masyarakat Turki yang sudah lama menetap di negara berkenaan. Sejarah membuktikan bahawa Turki mengalami kemerosotan dari segi politik, ekonomi dan sosial bermula dari era Kamal Atartuk, pelopor pemerintahan sekular yang dipercayai berdarah yahudi.

lagi

lagi

lagi

lagi

lagi

lagi

kesimpulan

Monday, December 30, 2013

KERAJAAN UMUM 11 LANGKAH BERJIMAT (LESS PUBLIC SPENDING NEXT YEAR)

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

MOTIVASI BELAJAR TAHUN BAHARU: MENGUSIR KEESUAN, MENGEJAR KECEMERLANGAN (BRINGING ENTHUSIASM IN THE CLASSROOM)

akan datang

akan datang

akan datang

akan datang

akan datang

akan datang

akan datang

akan datang

akan datang 

akan datang




Sunday, December 29, 2013

PERNYATAAN AZAM TAHUN BAHARU 2014 (ALWAYS RIGHT FROM THE BEGINNING)

Azam bukan sahaja perlu diperbaharui saban tahun, bahkan pada setiap hari atau pada setiap kali mahu melaksanakan sesuatu perancangan. dalam kata lain, azam boleh dinyatakan secara makro dan jangka panjang, atau secara mikro dan jangka pendek. Selain itu, azam boleh diperincikan berdasarkan pelbagai peranan yang disandang oleh seseorang.

Tulisan ini memberi tumpuan terhadap pernyataan azam tahun baharu 2014 berpandukan peranan yang berlainan. Seorang pelajar juga ialah seorang anak, seorang cucu, seorang abang / kakak, seorang adik, seorang jiran, seorang pengguna jalan raya, seorang pemilik kenderaan, seorang penggemar gajet mudah alih, seorang lelaki / perempuan budiman dan banyak lagi. Maka, contoh pernyataan azam boleh ditulis seperti berikut:

Azam sebagai seorang pelajar

1   sentiasa berdaya saing dalam pembelajaran dengan pencapaian cemerlang

2   mendahului masa dalam menyiapkan tugasan

3

4

5

6

Azam sebagai seorang anak

...

...

...


Azam sebagai seorang cucu

...

...

...


Azam sebagai seorang abang / kakak

...

...

...


Azam sebagai seorang adik

...

...

...


Azam sebagai seorang jiran

...

...

...


Azam sebagai seorang pengguna jalan raya

...

...

...


Azam sebagai seorang penggemar gajet mudah alih

...

...

...


Azam sebagai seorang

...

...

...


Azam sebagai seorang

...

...

...


...

...

POPULIS, RASIS, RETORIK? (PSY-WAR JARGONS)

Dalam dunia kepimpinan, permainan tanggapan (perception game) diberikan perhatian utama. Hakikatnya, 80 peratus manusia dipengaruhi oleh tanggapan, berbanding 20 peratus lagi yang memiliki disiplin berfikir yang serius. Tanggapan pula ibarat sekeping gambar yang hanya boleh dianggap benar dan tepat untuk ketika gambar itu ditangkap sahaja.

Kedudukan dan pengaruh seseorang pemimpin bergantung kepada tanggapan yang memihak kepadanya. Maka, pemimpin yang hendak bertahan lama perlu memiliki keupayaan membina dan mengukuhkan tanggapan yang baik dalam kalangan pengikut atau subordinat. Lalu, setiap keputusan dan tindakan yang hendak diambil mesti ditanggapi sebagai wajar.  

...

...

...

...

...

...

...

...

Saturday, December 28, 2013

ISU BARANG NAIK: PROFESOR MUHAYA KENA 'BELASAH' (THE INTELLECTUAL BIAS AND CLAIM)

Kini giliran pakar pembedahan mata lasik, Profesor Dr. Muhaya binti Mohamad, 54, berhadapan dengan kritikan bertubi-tubi ekoran ulasan beliau tentang isu kenaikan harga barang. Sebagai cendekiawan selebriti yang kerap muncul dalam program wacana ilmu dan motivasi, beliau turut melontarkan pandangan tentang persediaan orang ramai dalam mengharungi kos sara hidup yang tinggi. Profesor Muhaya menggesa supaya tindak balas terhadap kenaikan harga barang bersifat positif supaya pada akhirnya beroleh hasil yang positif. 

Profesor Muhaya juga menyarankan supaya masyarakat menghentikan perbelanjaan yang tidak produktif seperti merokok. Kaum wanita pula digesa supaya menggunakan bakat yang ada bagi menjana pendapatan tambahan. Pendek kata, sebagaimana ungkapan lazim beliau 'reset minda', Profesor Muhaya mahu semua orang berfikir secara positif terhadap masalah kenaikan harga barang (klik di sini).

Jika dalam hampir semua program motivasi beliau sebelum ini diberi sambutan dan keakuran, keadaannya sudah berbeza untuk isu kenaikan harga barang. Hampir semua maklum balas yang diterima menolak saranan Profesor Muhaya. Barangkali pengalaman yang pernah menimpa penceramah motivasi yang lain seperti Dr. Fadzilah Kamsah, Dr. Hasan Ali, Dr. Mashitah Ibrahim, Dr. Muhammad Jantan dan Ustazah Siti Bahiyah Mahmud kini menjadi giliran Profesor Muhaya.  (klik di sini)

Profesor Muhaya boleh dianggap sebagai  penceramah motivasi nombor satu negara dengan mengatasi populariti Profesor Madya Izuddin Haji Ali (UiTM dengan ungkapan 'renung-renungkan dan selamat beramal') dan Dr. Tengku Asmadi (Motivasi Alihan Pelajar, MAP). Namun, ulasan beliau tentang kenaikan harga barang yang nyata tidak disenangi ramai mungkin mengakibatkan kedudukan berkenaan tidak dapat dipertahankan. Label pemikiran simplistik dan lebih ekstrem, iaitu 'kangkung' (klik di sini) menggambarkan kemarahan orang ramai terhadap lontaran idea Profesor Muhaya.

Budi setahun segunung intan. Sudah bertahun-tahun Profesor Muhaya memberi dorongan dan inspirasi kepada sekian banyak orang. Mungkin jauh lebih ramai pengikut beliau yang menyatakan sokongan secara pasif dan senyap.

Penceramah motivasi lazimnya menyampaikan idea tentang kesempurnaan dan utopia, lalu dilihat sebagai idealis. Mereka sentiasa bercakap tentang kebahagiaan, kecemerlangan dan kesejahteraan. Mereka berharap supaya khalayak atau peserta program motivasi berfikir tentang impian yang indah belaka.

Maka, saranan Profesor Muhaya sejajar dengan laras tipikal ayat-ayat motivasi. Beliau sendiri telah menjelaskan bahawa sudah banyak pihak yang memberi ulasan tentang punca, bentuk dan kesan kenaikan harga barang, maka biarlah beliau fokus terhadap motivasi positif yang perlu disemai oleh orang ramai di dalam sanubari masing-masing. Sebagai seorang ilmuan yang bijaksana, sudah pasti beliau tidak meluahkan segala perasaan yang bermain-main dalam fikiran secara melulu dan terbuka.

Bukan mudah untuk Dr. Muhaya mencapai tahap akademik dan kesarjanaan pembedahan mata sehingga berjaya menyalakan semula harapan beribu-ribu orang pesakit untuk menyembuhkan penglihatan yang terganggu. Malah, sebagai profesor, kepakaran beliau bakal disambung oleh ribuan pelajar beliau untuk manfaat sejumlah pesakit yang besar. Mana-mana peradaban dan tamadun sekalipun memberikan penghormatan yang tertinggi kepada golongan cendekiawan, guru dan ulama.

Dr. Muhaya hanya mengaplikasi kepakaran rawatan beliau apabila bercakap tentang harapan, impian dan motivasi. Maka, pelaku ekonomi yang bermasalah dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan tidak ubah seperti pesakit yang diselubungi pelbagai bentuk perasaan. Matlamat seorang doktor ialah penyembuhan atau paling kurang meringankan penderitaan pesakit.

Jarak sosial akibat perbezaan latar belakang dan pengalaman hidup sering menimbulkan konflik cara berfikir dan cara bertindak. Penceramah motivasi dan pendeta (sarjana) mempunyai buah fikiran yang canggih dan hebat, tetapi mungkin tidak pernah menyelami kesempitan hidup yang ditanggung oleh orang-orang yang tiada akses kepada punca pendapatan yang moncah. Penulis blog pernah membaca sebuah cerpen tentang betapa seorang guru sekolah terpaksa bergantung harap kepada murid yang sering dipandang rendah olehnya ketika peristiwa dia sesat di dalam sebuah hutan ...

KLON NILAI 3 DI SERI ISKANDAR? (ANOTHER TEXTILE HUB IN PERAK)

Pusat Dagangan Seri Iskandar (SIBC) kini memperoleh sinergi baharu sebagai daya tarikan perniagaan daerah Perak Tengah. Selain berhampiran dengan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak, SIBC juga berdekatan dengan Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan hanya kira-kira 40 kilometer dari bandaraya Ipoh. Walaupun kemajuan bandar Seri Iskandar agak perlahan, kewujudan SIBC dijangka mencetuskan momentum dan sebagai pemangkin pusat pertumbuhan ekonomi di negeri Perak.

Apabila disebut tentang fabrik dan hiasan rumah, orang akan teringat tentang Nilai 3 yang terletak di Negeri Sembilan, tetapi berdekatan dengan laluan ke Lapangan Terbang Antarabangasa Kuala Lumpur (KLIA). Kaum wanita sanggup menghabiskan masa sehari suntuk bagi membuat pilihan kelengkapan rumah. Suami lebih banyak berperanan sebagai pemandu kenderaan, tukang angkut barang dan tukang bayar!

Kini di Nilai 3 terdapat banyak kemudahan penginapan seperti hotel, rumah tumpangan kedai dan inap desa. Anak-anak yang sanggup menemani ibu bapa ke Nilai 3 bolehlah berehat apabila mula berasa penat justeru tidak mempunyai tujuan yang khusus. Urusan makan minum memang tiada masalah.
Kaum wanita di negeri Perak memang sudah biasa berbelanja membeli kain pasang, langsir, permaidani dan hiasan rumah yang lain ke Nilai 3, Rantau Panjang, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, Tangkak dan tidak ketinggalan Sungai Besar. Di negeri Perak sendiri, kaum wanita sudah biasa berbelanja di Greentown Nova dan pasar Kemboja di Parit Buntar. Maka, kemunculan SIBC sebagai klon Nilai 3 menambah satu lagi destinasi beli belah fabrik secara hentian berpusat.

Sama ada SIBC akan menjadi sebutan ramai sebagaimana Nilai 3 hanya akan dapat diukur setelah semua lot kedai di situ mempunyai penyewa. setakat ini, hanya 20 peratus premis perniagaan yang mula beroperasi. Proses ubah suai reka bentuk kebanyakan kedai sudah memasuki fasa akhir.

Sebagaimana perniagaan makan minum yang sentiasa terdapat permintaan, demikian juga dengan jualan fabrik dan hiasan rumah. Walaupun persekitaran perniagaan dan kuasa beli pengguna mengalami keadaan turun naik, jualan fabrik dijangka mampu bertahan. Promosi yang agresif juga mampu menyerap tekanan paradoks penjimatan akibat kemerosotan pendapatan benar pengguna.
Kumpulan Nafisa miliki enam buah kedai

Industri fabrik negara tidak bergantung semata-mata kepada pengguna tempatan, sebaliknya dengan kadar tukaran wang yang menarik, pelancong asing menjadi sasaran jualan berskala besar. Kecurigaan Barat terhadap warga timur tengah, krisis politik di Thailand dan kes letupan bom di beberapa lokasi negara jiran mengakibatkan pelancong beralih ke Malaysia. Tahun Melawat Malaysia 2014 mensasarkan ketibaan pelancong asing berjumlah 30 juta orang.

Kunjungan ke SIBC boleh dimasukkan dalam acara kunjungan pelancong asing ke negeri Perak Darul Ridzuan. Projek bandar air Seri Iskandar yang mirip bandar Venice mungkin boleh dihidupkan semula. Konsep pelancongan tani di kawasan berdekatan seperti Bota dan Parit boleh menjadi nilai tambah yang berbaloi.

Kemudahan mesin juruwang automatik (ATM) pelbagai bank boleh dipusatkan di bawah satu bumbung yang bersebelahan dengan pondok bit polis bagi menjamin keselamatan pengguna. Semua kedai juga perlu menawarkan kemudahan pembayaran menerusi kad debit dan kad kredit. Papan tanda arah premis perniagaan juga mestilah jelas dan menarik.

Sesungguhnya pembukaan SIBC sebagai klon Nilai 3 buat permulaan bukan sahaja melengkapkan pakej kunjungan pelancong ke Seri Iskandar, tetapi memberi peluang pekerjaan dan perniagaan samping kepada penduduk tempatan. Industri pengangkutan, penginapan dan sajian makanan akan beroleh manfaat berganda. Suatu hari kelak, SIBC akan bermegah dengan jenama sendiri dan keluar daripada bayang klon Nilai 3 ...

Friday, December 27, 2013

UMAT ISLAM JANGAN CUAI (THE ABSENCE OF ENTHUSIASM)

Kedatangan tahun 2014 dalam kalendar Masihi menandakan 90 tahun berlalunya sejarah keruntuhan empayar Uthmaniyyah Turki dan serentak dengan itu berleluasa fahaman sekular yang berteraskan hedonisme dan utilitarianisme. Apabila umat Islam sudah berjaya dijauhkan daripada al-Quran dan al-Sunnah, secara automatik mereka menjadi mundur dari segenap segi kehidupan. Barat mula menjalankan rancangan licik mereka untuk terus melemahkan umat demi melunaskan dendam kekalahan Perang Salib.

Dalam pengamatan pengabadan (periodisasi) sejarah, proses pembaharuan (tajdid) bakal berlaku setiap seratus tahun. Maka, berdasarkan hitungan kalendar Masihi tempohnya berbaki sepuluh tahun sahaja lagi. Namun, mengikut kiraan takwim hijrah, jangka masa 100 tahun itu sudah tinggal lebih kurang tujuh tahun setengah sahaja lagi.

Barat dan juak-juak sekular di negara umat Islam sudah pasti tidak akan berdiam diri dan berpeluk tubuh tanpa cuba menyekat proses pembaharuan yang dimaksudkan menerusi serangan pemikiran (al-ghazwul fikri, klik di sini untuk bacaan selanjutnya) sehingga segelintir umat Islam sendiri sanggup menjadi tali barut dan boneka Barat. Umat yang sudah sedia ketinggalan dalam segala bidang duniawi diasak supaya menjadi pengkagum Barat dan berasa rendah diri untuk kembali berpegang kepada cara hidup yang syumul. Tugas dakwah menghadapi cabaran yang lebih getir apabila dilabel sebagai menyokong keganasan.

Begitulah antara intisari mimbar Jumaat yang disampaikan oleh khatib bertugas tengah hari tadi. Teks khutbah yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) itu segera mengundang kecaman daripada pihak yang menyokong usaha sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan yang cuba mengangkat isu domestik ke persidangan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB). Jakim berpendapat bahawa terdapat percubaan untuk melemahkan umat Islam secara terang-terangan walaupun hal itu bercanggah dengan peruntukan perlembagaan.

...

...

...

...

...

...

Thursday, December 26, 2013

UCAPAN PENDAFTARAN MURID BAHARU (WELCOME TO THE COUNTLESS AND ENDLESS LEARNING EXPERIENCES)

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam sejahtera dan selamat pagi

Terima kasih pengacara majlis

Tuan puan dan murid yang dikasihi,

Bersyukur kita ke Hadrat Ilahi justeru dengan Inayah dan Kurnia-Nya dapat berkumpul bersama dalam majlis yang sangat bermakna dan bersejarah pada pagi ini. Marilah kita menetapkan niat yang tulus ikhlas supaya kehadiran kita dalam majlis ini dinilai sebagai ibadah kepada-Nya jua, insya-Allah. Tahniah kepada semua murid yang mendaftar di sekolah ini kerana kalian telah memilih jalan kecemerlangan dalam dunia pendidikan yang membuka jendela minda kita dengan seluas-luasnya.

Musim cuti persekolahan hujung tahun 2013 yang lalu telah meninggalkan kita dengan kenangan yang cukup indah bersama keluarga, sahabat dan tetangga. Saya berharap bahawa tempoh cuti yang panjang itu telah memberi sepenuh manfaat kepada murid sekalian. Walaupun murid tidak bergelumang dengan aktiviti bilik darjah dalam jangka masa berkenaan, proses pembelajaran tidak rasmi masih terus berlaku menerusi kegiatan kekeluargaan, kemasyarakatan dan mungkin juga berjalan ke negeri orang.

Pada pagi ini murid kembali ke sekolah dengan perasaan yang bercampur-campur antara kerinduan musim cuti dengan kemaraan menuju mercu jaya dalam dunia pembelajaran di sekolah. Pihak sekolah sangat maklum tentang perasaan murid dan telah bersedia untuk menolong kalian meneruskan pengalaman yang menarik sepanjang masa meniti usia awal remaja yang begitu indah. Jadi, berilah kepercayaan kepada pihak sekolah dan guru untuk menolong murid mencapai impian kehidupan yang penuh warna warni selama masih bergelar warga sekolah dan menyarung pakaian seragam sekolah yang sangat dipandang mulia.

Guru dan murid yang dihormati,

Sekolah tidak ubah seperti rumah dengan persekitaran keluarga besar yang saling menghormati, saling menolong dan saling menyayangi. Amalan nilai murni dan etika sebenarnya melengkapkan proses pembelajaran supaya murid mampu menjelmakan keperibadian yang unggul, kemuliaan insan dan rakan pembelajaran sebaya yang berkesan. Sikap yang terpuji dalam diri murid hendaklah dizahirkan dalam bentuk tingkah laku yang menggambarkan ciri insan yang budiman, berjiwa besar dan soleh.

Peribahasa ada menyebut bahawa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang kerbau menguak.

Seperti mana-mana organisasi sama ada kecil mahupun besar, sekolah perlu melaksanakan kawalan bagi menjamin keselamatan, kesihatan, kebersihan dan keceriaan persekitaran pembelajaran supaya murid berasa selesa untuk datang ke sekolah saban hari. Maka, sekolah mewujudkan peraturan dan undang-undang yang mesti dipatuhi oleh semua murid tanpa gagal. Mohon semua murid memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak sekolah, guru, pengawas dan kakitangan sekolah dalam usaha memastikan bahawa tujuan utama murid berdaftar di sekolah ini pada akhirnya akan tercapai jua.

Hadirin yang dimuliakan,

Kegiatan dan urusan di sekolah memang sentiasa padat dan sibuk. Maka, saya mengharapkan murid sentiasa peka terhadap segala maklumat yang bakal disampaikan dengan pelbagai cara sama ada secara bersemuka, menerusi laman sesawang rasmi sekolah atau paparan di papan kenyataan sekolah. Saya percaya bahawa murid generasi Y sekarang ialah pencari maklumat yang cukup aktif.

Murid yang masih mempunyai kemusykilan tentang urusan persekolahan dan pembelajaran boleh merujuk masalah yang tersebut kepada guru tingkatan masing-masing atau merujuk kepada guru kaunseling untuk tindakan yang selanjutnya. Ibu bapa murid juga dialu-alukan untuk datang berjumpa dengan pihak pentadbiran sekolah pada bila-bila masa bagi mencari jalan yang terbaik untuk murid sekalian belajar dengan jiwa yang aman tenteram dan bahagia. Sebarang aduan, pertanyaan dan saranan juga boleh disampaikan menerusi kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi yang disediakan.

Barangkali sudah agak panjang saya berceloteh di pentas ini. Sebelum pamit, terimalah serangkap pantun empat kerat yang tidak sepertinya ini:

          Mulakan makan dengan basmalah
          Mensyukuri rezeki amalan mulia
          Murid mendaftar sempurnalah sudah
          Moga bersemi di puncak jaya

Sekian ucapan saya. Terima kasih atas kesabaran dan perhatian. Mohon maaf atas kekurangan dan kesilapan. Selamat datang ke dunia kecemerlangan pembelajaran di sekolah.

Wabillahi taufiq wal hidayah. Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh ...

JERUK MADU PAK ALI KINI DI IPOH (WITHOUT SACCHARIN OR COLOURING ADDITIVE)

Pulau Mutiara atau Pearl of The Orient, jolokan nama Pulau Pinang, memang terkenal dengan buah pala, jeruk buah-buahan dan nasi kandar. Kunjungan ke sana seakan-akan tidak sah jika tidak pulang dengan membawa oleh-oleh buah pala dan jeruk buah-buahan. Pada suatu ketika hampir semua keluaran buah pala dan jeruk buah-buahan menjadi monopoli pengeluar keturunan Cina.

Namun, usaha mewujudkan kelompok usahawan bumiputera di bawah program perusahaan kecil dan sederhana (PKS) telah membuahkan hasil, termasuk dalam industri jeruk buah-buahan. Misalnya, jenama Pak Ali yang mula memasuki pasaran sejak tahun 1985 sudah berkembang pesat hingga mampu membuka cawangan sama ada secara francais atau wakil jualan ke seluruh negara (klik di sini). Perusahaan Pak Ali beroleh manfaat bimbingan daripada pelbagai agensi kerajaan persekutuan dan negeri.
Kini, orang Ipoh sudah boleh membeli keluaran Pak Ali secara terus menerusi lot niaga yang baharu dibuka bersebelahan Tesco Extra di Jalan Tasek, atau menghubungi talian 014-7595325. Tulisan ini bukanlah pula iklan berbayar dan bukan juga iklan percuma. Maklumat ini sebagai tanda sokongan kepada keluaran yang bersih, enak dan halal (tag line Pak Ali). 

Jeruk madu Pak Ali bukan sahaja bergantung kepada label halal Jakim (nombor siri: 1039-12/2010), tetapi terhadap pembaharuan dan penambahbaikan keluaran berbanding dengan pesaing sedia ada. Sementara masih banyak peniaga menggunakan ibu gula tiruan (sakarin) sebagai bahan asas penyediaan jeruk bagi menjimatkan kos, Pak Ali menggunakan gula pasir, air tapis dan dimasak, serta cuka epal. Pak Ali mendakwa keluaran jeruk madu beliau tiada kesan batuk sepertimana jeruk biasa yang lain. 

Masyarakat yang peka terhadap kemungkinan risiko kesihatan akibat pengambilan makanan sampingan seperti jeruk buah-buahan. Mereka lebih cenderung mengambil jalan selamat daripada berharap kepada dapatan penyelidikan yang merumuskan bahawa penggunaan perisa tambahan, monosodium glutamat (MSG) pewarna, sakarin dan tartazin dalam jumlah yang terkawal tidak mendatangkan mudarat (klik di sini). Maka, keluaran Pak Ali memenuhi kehendak golongan tersebut.

Walaupun pada amnya, pengguna memberi sokongan terhadap keluaran PKS yang memenuhi cita rasa mereka, isu harga masih menjadi rungutan. Misalnya, harga jeruk buah-buahan yang mencecah RM15.00 satu kilogram dianggap agak mahal. Barangkali PKS perlu belajar taktik jualan harga psikologi yang lazim digunakan oleh keluaran yang sudah lama bertapak di pasaran. 
stok jeruk madu Pak Ali baharu tiba dari Pulau Pinang

Apa-apa pun, selamat datang jeruk madu Pak Ali ke Ipoh. Mungkin selama ini keluaran jeruk madu Pak Ali sekadar di rak pasar raya dan kedai tertentu, tetapi kini memiliki lot niaga yang tersendiri. Promosi yang lebih berkesan kepada warga bandar raya Ipoh dan bandar berhampiran mungkin sekali meningkatkan permintaan terhadap keluaran jeruk madu Pak Ali.

Sesungguhnya kejayaan keluaran jeruk madu Pak Ali melebarkan sayap perniagaan ke seluruh negara menandakan satu lagi kejayaan program PKS bagi mewujudkan lebih banyak usahawan bumiputera Muslim. Persaingan sihat dengan usahawan kaum lain perlu dipandang dalam persekitaran perniagaan yang positif. Kek kemakmuran ekonomi negara hendaklah dinikmati bersama ...

Wednesday, December 25, 2013

KUASA BUKAN LESEN BERLAKU ZALIM (THE UNFAIR PRACTICE, KINSHIP FAVOURATISM)

Adil bermaksud meletakkan sesuatu (perkara) pada tempatnya, manakala zalim ialah meletakkan sesuatu (perkara) tidak pada tempatnya. Maka, adil dan zalim bagaikan garisan selari yang tidak mungkin bertemu. Orang yang adil itu tidak zalim. orang yang tidak adil itu zalim, dan sebaliknya.

Adil bukan bererti sama rata, sebagaimana ajaran komunisme dan sosialisme, justeru jari manusia pun tidak sama panjang. Ada orang yang perlu makan banyak, dan ada orang pula tidak perlu makan banyak. Pendek kata, sempadan antara adil dengan zalim ialah kriteria kena pada tempatnya.

...

...

...

...

...

...

...

... 

HINGGA KE BUMBUNG AEON (PARKING BAY AT THE TOP)


Setelah beberapa pusingan berlegar-legar di kawasan letak kereta berbayar aras bumi, penulis blog (PB) akur untuk memanjat laluan ke tempat letak kenderaan di aras tiga gedung Aeon (dahulunya Jusco) Stesen 18, Ipoh. Kompleks berkenaan dibeli oleh pihak Aeon daripada pemaju hartanah, Keris Properties. Khabarnya, Aeon akan membina sebuah lagi gedung besar di Jalan Kuala Kangsar, selain terus menjadi penyewa utama kompleks Kinta City di Jalan Tasek.

Aras tiga juga sudah dipenuhi kenderaan yang masih enggan berganjak justeru jama baru menunjukkan pukul 11.30 pagi, iaitu setengah jam daripada gedung Aeon memulakan perniagaan harian. Setelah beberapa kali mencuba nasib, PB seperti pemandu kenderaan yang lain tidak dapat berbuat apa-apa melainkan harus memanjat lagi ke atas. Kali ini kenderaan bergerak ke bahagian bumbung gedung Aeon, suatu kawasan terbuka dan tidak beratap.

Rupa-rupanya sudah banyak kenderaan di bahagian bumbung gedung Aeon yang senasib. Pemilik kenderaan harus cam betul-betul terhadap label kedudukan tempat meletak kenderaan supaya tidak susah untuk mencari semula kenderaan usai urus niaga nanti. Buktinya, beberapa orang pemilik kenderaan kelihatan tertinjau-tinjau kenderaan masing-masing, barangkali sudah terlupa.

...

...

...

...

...

...

...

Tuesday, December 24, 2013

WAWANCARA DENGAN PEMENANG PINGAT EMAS SUKMA (ENDEAVOUR DRIVEN AND PASSIONATE GIFT)

Ahsan Ulya (bukan nama sebenar) ialah pemenang pingat emas acara boling padang kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) tahun lalu. Beliau yang berusia 21 tahun memberitahu bahawa untuk mencapai tahap yang tinggi dalam acara sukan ialah pengorbanan masa dan kesabaran yang tinggi. Seseorang ahli sukan juga mungkin terpaksa mengetepikan minat utama sukan mereka bagi mengejar peluang bersaing pada peringkat tertinggi. Ikuti wawancara PB dengan Ahsan Ulya (AU).

PB: Boleh AU ceritakan dengan ringkas latar belakang penglibatan AU dalam acara boling padang?

AU: Insya-Allah, setakat yang saya mampu jawab. Sebenarnya minat saya terhadap boling padang berputik daripada galakan bapa saya, seorang guru yang pernah menyertai pemilihan skuad negara ke Sukan Komanwel. Namun, ayah saya menarik diri daripada dicalonkan justeru hendak memberi tumpuan kepada tugas menolong murid beliau di sekolah teknik. Saya mula berlatih permainan boling padang sejak di bangku sekolah rendah lagi.

PB:

AU:

PB:

AU:

PB:

AU:

PB:

AU:

PB:

AU:

PB:

AU:

PB:

AU:

PB:

AU:

PB:

AU:

... 

Monday, December 23, 2013

SESAT SEBENTAR DI KUALA KANGSAR (SEEING, BUT IS NOT BELIEVING)

Bandar Di-Raja Kuala Kangsar mungkin bandar keempat di negeri Perak selepas Ipoh, Taiping dan Teluk Intan, dan mungkin juga disaingi rapat oleh bandar Sitiwan dan Seri Iskandar. Maka, rangkaian jalan raya Kuala Kangsar tidaklah begitu mengelirukan bagi pengunjung luar. Namun, kewujudan lebih banyak jalan sehala sedikit sebanyak mengubah perspektif itu.

Penulis blog (PB) memang sudah biasa ke Kuala Kangsar atas pelbagai urusan, sama ada rasmi atau peribadi. Di Kuala Kangsar terdapat banyak sekolah, sama ada milik kerajaan persekuutuan atau milik kerajaan negeri, seperti Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan. Demikian juga Kuala Kangsar dikenali dengan Kem Bina Semangat Ulu Kenas dan penginapan pelancongan tebing sungai.

Seperti kebanyakan bandar yang berkembang pesat, Kuala Kangsar juga tidak terkecuali daripada proses naik taraf jalan bandaran, hiasan landskap dan pengurusan kebersihan. Lebih banyak pemisah jalan (divider) dibina bagi melancarkan pergerakan lalu lintas. Dengan itu, kenderaan tidak boleh membelok sesuka hati.
Ads by Webexp Enhanced

Seseorang pemandu kenderaan mungkin sudah nampak dengan jelas kedudukan tempat yang dituju, tetapi tidak menjumpai jalan masuk, melainkan kalau sanggup menapak (berjalan kaki) sahaja. Jadi, kenderaan harus diarahkan ke hadapan dahulu sementara akses jalan masuk ke tempat tujuan ditemui. Pada masa begitu, khidmat sistem perayauan kedudukan sejagat (GPS) boleh membantu.

Namun, kadang-kadang pemandu tidak menghiraukan saranan GPS kerana menganggap boleh tiba ke tempat tujuan tanpa bantuan alat berkenaan. Demikian yang berlaku kepada PB apabila sengaja mahu menguji ketepatan GPS apabila masuk ke simpang kedua bulatan walaupun saranan GPS ialah simpang keempat. Akibatnya, PB terkeluar dari jalan utama menuju ke Ipoh walaupun jalan berkenaan masih boleh dilihat dengan jelas di seberang  sana.

PB masuk ke laluan beberapa buah taman perumahan yang memiliki jalan yang agak sempit, malah banyak pula jalan mati macam cerita 'Madu Tiga' Tan Sri (Dr) P. Ramlee. GPS sebagai alat elektronik memang tidak pernah berputus asa memberi panduan jalan selagi tidak dimatikan.  PB harus akur dengan bantuan GPS walaupun jalan utama masih dalam jarak penglihatan yang jelas.

Jika bermula dari pekan memang jalannya lurus dan papan tanda pun sangat membantu seseorang pemandu kenderaan. Apabila PB bermula dari perkarangan rumah rehat, demikianlah cerita yang terjadi. Barangkali banyak lagi perubahan jalan yang akan berlaku di Kuala Kangsar pada masa hadapan.

Perubahan harus dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan memandangkan kepadatan penduduk semakin bertambah dan kunjungan pelancong ke kawasan tarikan pelancongan Kuala Kangsar, termasuk Istana Iskandariah, Masjid Ubudiah, Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Sekolah Clifford. Selain itu, Kuala Kangsar terkenal dengan hidangan laksa beras yang dijual oleh penjaja Melayu dengan resepi turun-temurun yang menjadi rahsia eksklusif mereka. Terima kasih Kuala Kangsar untuk segala pengalaman yang berharga ...

Saturday, December 21, 2013

PERSIAPAN KEMBALI KE SEKOLAH (FACING PRICE HIKE IN THE NEW YEAR)

Perbelanjaan persekolahan anak-anak kini lebih tertumpu kepada kelengkapan pakaian dan pengangkutan ke sekolah. Yuran sekolah dan yuran peperiksaan awam telah dikecualikan menerusi peruntukan khas awam. Sekolah bantuan penuh kerajaan menghampiri konsep pendidikan percuma.

Siri kenaikan harga akibat pengumuman rasionalisasi subsidi akan diikuti dengan tuntutan upah dan gaji yang lebih tinggi di sektor awam dan swasta. Peniaga dan pengeluar kecil-kecilan juga akan cuba menyerap kos sara hidup yang lebih tinggi itu dengan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan, atau menjual barang dan perkhidmatan pada harga yang sama, tetapi dengan kuantiti dan saiz yang lebih kecil. Kebimbangan tentang penurunan daya saing eksport juga disuarakan oleh pihak yang berkenaan (klik di sini).

Peningkatan harga umum secara berterusan dan tidak terbatas atau ringkasnya inflasi akan mengakibatkan kuasa beli wang dan pendapatan benar mengalami kemerosotan. Portfolio kecairan juga mengalami kesusutan nilai. Hanya nilai harta tidak alih mengalami peningkatan dari segi harga semasa. Maka, kebijaksanaan dalam merancang belanjawan keluarga, terutama perbelanjaan persekolahan menjadi begitu kritikal.

lagi

lagi

dan lagi

dan lagi

teruskan

dan teruskan

menunggu artikel selengkapnya

Friday, December 20, 2013

SIAPA KATA MUTU PENDIDIKAN DI MALAYSIA KETINGGALAN? (UNFAIR STATEMENT)

Dalam satu majlis kenduri semalam, seorang ayah memberitahu bahawa dia tidak menyangka bahawa anaknya yang lulus Sijil Pelajaran Malaysia jurusan sastera berjaya memperoleh biasiswa untuk menyambung pengajian ke Amerika Syarikat. Persaingan memang cukup kuat, tetapi peluang tetap ada kepada mereka yang masih berharap dan berusaha kuat. Maka, anggapan sesetengah pihak yang sinis tentang pencapaian generasi muda kita dalam akademik kononnya sebuah gambaran palsu  sangatlah mendukacitakan.

Golongan berkenaan mengukur pencapaian akademik dari kaca mata Barat menerusi ujian PISA dan TIMMS yang tidak diketahui kesahan dan kebolehpercayaan pentadbiran instrumen mereka dari segi sampel dan populasi yang terbabit. Dakwaan bahawa murid kita ketinggalan beberapa tahun dalam kalangan negara jiran terdekat juga sangat mengelirukan. Sudah pasti bahawa kita tidak menolak sepenuhnya ukuran sejagat anjuran OECD, agensi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), namun hakikat bahawa penyeluruhan atau generalisasi yang melampau melambangkan kelemahan dalam memahami had atau batasan sesuatu alat pengukuran dan penilaian pendidikan tidak kira dalam mana-mana skala sekalipun.

Apabila semakin ramai calon PMR dan SPM beroleh semua A, golongan amatur pendidikan tanpa berlengah menghamburkan cemuhan. Semua kerana graf diturunkan dan berlaku ubah suai taburan normal untuk penetapan gred peperiksaan. Mereka masih dibuai kenangan lampau mereka kononnya bagus sangat.

Kasihan pada murid kita yang berkejar ke sana ke mari demi menggapai impian diri sendiri, ibu bapa, keluarga dan masyarakat. Cuba perhatikan bahawa kurikulum murid sekolah rendah sudah begitu ke hadapan jika dibandingkan dengan zaman ibu bapa mereka dan zaman pengkritik amatur pendidikan. Pendidikan ialah tentang masa hadapan dan perubahan, bukan mahu mundur semula ke garisan permulaan.

Jika Barat hendak dijadikan kayu ukur pencapaian pendidikan, pengkritik amatur itu patut membaca naskhah The Closing of The American Mind karya Allan Bloom (klik di sini). Meskipun PBB memang mendatangkan manfaat kepada hubungan antarabangsa dan kemanusiaan, entiti berkenaan ialah kewujudan pasca-Perang Dunia Kedua yang menyaksikan penguasaan kuasa besar yang menang. Maka, tidak menghairankan jika banyak nilai yang cuba dipaksakan terhadap negara-negara yang dianggap tidak berdaya untuk bersuara tentang jati diri dan seumpamanya.

Laporan PBB tentang mutu pendidikan di Malaysia boleh dibaca di sini. Selain politikus, laporan yang bersifat sebelah pihak itu turut disambut begitu sahaja oleh pihak amatur pendidikan (klik di sini). Mereka tergamak membuat kesimpulan melulu tanpa memberikan keadilan kepada seluruh struktur sistem pendidikan negara yang telah berhempas pulas dalam menjayakan konsep pendidikan bermutu untuk semua murid, atau disebut pendemokrasian pendidikan, atau pendidikan inklusif.

Golongan pemuja bahasa Inggeris (anglofil) juga didapati cuba memberi tekanan kononnya tahap penguasaan bahasa Inggeris murid zaman sekarang sudah tidak sehebat zaman sekolah aliran Inggeris dahulu. Mereka masih dibuai dengan kenangan silam ketika sisa-sisa taring penjajah Inggeris masih hadir, terutama dalam urusan dokumentasi kewangan dan sektor swasta. Bahasa Inggeris atau mana-mana bahasa asing memang mustahak, tetapi tidaklah sampai perlu menyisihkan bahasa  kebangsaan kita sendiri.

Secara berbanding, sistem pendidikan di Malaysia masih dalam proses perjalanan ke arah ciri yang berkesan, jitu dan mantap. Maka, pelbagai dasar dan pendekatan telah dilaksanakan supaya capaian (aksesibiliti), keadilan (ekuiti), pengurusan dan kecemerlangan pembelajaran dapat dinikmati oleh murid di sekolah dan pelajar institusi pengajian tinggi. Dalam jangka pendek, Malaysia mungkin dilihat sebagai ketinggalan, tetapi suatu hari nanti model pendidikan kita akan dicemburui.

Secara teoritikal, sesuatu sistem pendidikan dipengaruhi oleh permintaan modal insan, permintaan sosial dan perancangan atasan (contohnya klik di sini). Sarjana tersohor seperti Syed Muhammad Naquib al-Attas menerusi pengisytiharan pendidikan Makkah juga telah menggariskan sistem pendidikan yang berteraskan tawhid dan karamah insaniyyah (baca di sini). Dari masa ke masa, akan muncul saranan perubahan dan penambahbaikan dalam penyampaian pendidikan dan pembaharuan kurikulum supaya sejajar dengan keperluan semasa dan masa hadapan dalam persekitaran yang sukar utnuk diramalkan sepenuhnya.

Perbuatan melontarkan dakwaan, label dan tuduhan memang lancar kerana lidah itu tidak bertulang, serta akal fikiran yang cenderung untuk mengkagumi diri sendiri. Marilah kita berlapang dada, berjiwa besar dan berkepala dingin dalam keghairahan untuk menyumbang terhadap sistem pendidikan yang sempurna. Hendaknya hujah, pendapat dan saranan yang dizahirkan sentiasa dipacu oleh neraca pertimbangan yang adil dan bertunjang kepada ilmu pengetahuan yang autentik ...

Thursday, December 19, 2013

31 RIBU CALON PMR DAPAT SEMUA 'A' (RIDING TO THE HIGHER EQUILIBRIUM)

klik di sini


klik di sini

klik di sini

lagi di sini

Statistik Bilangan calon semua A mengikut negeri:

Negeri                          Bilangan calon                   GPN

Perak                                 3,200                          2.69  ( - .04 )

Selangor                             6,480                          2.57  ( - .02 )

Pahang                               1.645                          2.58  ( - .04)

Kelantan                            1,839                           2.58 ( - .04 )                                                                                     
Johor                                 3,948                           2.65  ( -. 04 )

Kedah                               2,264                           2.73  ( - .08 )
Melaka                               1,011                          2.60  ( -  .04 )

Negeri Sembilan                  1,653                         2.59  ( - .06 )

Pulau Pinang                        2,268                         2.62  ( - .04 )

Perlis                                      307                         2.79  ( -.05 )

Sarawak                              1,729                        2.86  ( - .05 )

Sabah                                     916                        2.95  ( - .06

Terengganu                           1,733                       2.55  ( - .02 )

WP Kuala Lumpur                1,683                       2.57  ( - .03 )

sumber:  Berita Harian, 20/12/13, ms 14

lagi

dan lagi

dan lagi

harapan

Wednesday, December 18, 2013

PMR 2013: 80.37 PERATUS CALON STAR DAPAT SEMUA 'A' (DISADVANTAGE STUDENTS WITH FLYING CALOURS)

Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh (Star), sebuah sekolah berasrama penuh premier bertaraf sekolah berprestasi tinggi (SBT) membuktikan bahawa pengambilan murid program khas dari kawasan luar bandar dengan latar keluarga yang serba kekurangan tidak menjejaskan pencapaian akademik sekolah berkenaan. Mereka membentuk 25 peratus daripada keseluruhan 107 orang calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) Star bagi tahun 2013. Berkat strategi yang tepat oleh kepimpinan Star dan penat lelah para guru, Star berjaya mencatat gred purata sekolah (GPS) 1.05 mata, iaitu meningkat berbanding dengan tahun lepas.

Star yang pernah mengungguli carta PMR negeri Perak masih bertahan pada kedudukan ketiga dengan perbezaan tipis kepada Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Sekolah Raja Azlan Shah, Taiping (Seratas). Sekolah Menengah Sains Tapah yang gempar dengan kes keracunan makanan semasa peperiksaan PMR sedang berjalan kali ini berpuas hati dengan kedudukan keempat. Di peringkat kebangsaan, Star berada pada kedudukan ketiga belas.

Geografi muncul sebagai mata pelajaran cemerlang dengan catatan 106 calon gred A, setara dengan Kemahiran Hidup Bersepadu yang sebelum ini tujuh tahun berturut-turut mencatat 100 peratus gred A. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merekodkan 101 orang calon beroleh A, manakala kebanyakan mata pelajaran lain juga mencatat bilangan A melebihi 100 orang calon.
Pengetua Star, Haji Hashim (memegang fail kuning),
 serta Penolong Kanan, Dr. Mior Hamdan bersama Starian PMR 2013
(klik gambar untuk imej lebih jelas)

Pengetua Star, Haji Mohd. Hashim bin Abdul Karim ketika berucap di hadapan murid dan ibu bapa mengungkapkan rasa gembira dan syukur justeru pencapaian kohort terakhir PMR berpusat sepenuhnya berjaya melepasi jangkaan pihak sekolah. Beliau menyeru murid yang berjaya untuk terus menjulang nama sekolah di puncak kecemerlangan dalam peperiksaan SPM pula. Haji Hashim turut mengingatkan bahawa pelaksanaan kuat kuasa disiplin akan diperketat supaya penyampaian pengajaran dan pembelajaran akan lebih mantap.

...

...

...

...

...

...

Tuesday, December 17, 2013

KREATIVITI DALAM KEPIMPINAN (SHOW THE RIGHT THINGS)

Kepimpinan ialah kata terbitan daripada kata dasar pimpin yang juga bererti bawa, heret atau tuntun. Begitulah penjelasan seorang pegawai integriti Terengganu dalam slot wawancara khas Radio Malaysia Terengganu pagi tadi. Kalau dalam bahasa Inggeris, leadership berasal daripada kata dasar lead yang membawa maksud di hadapan atau mendahului.

Pendek kata, kepimpinan yang tulen berupaya mengumpul sejumlah pengikut yang setia dan sanggup mendengar kata sang pemimpin. Pengikut sentiasa akur (enggih, dalam bahasa Jawa) akan hala tuju dan kehendak pemimpin yang diletakkan kepercayaan. Dalam kursus kepimpinan, pemudah cara akan mengulang-ulang konsep kepimpinan sebagai proses mempengaruhi orang lain bagi mencapai sesuatu matlamat yang tertentu.

...

...

...

...

...

...

...

...

Monday, December 16, 2013

MI REBUS TERENGGANU (SAME NAME, DIFFERENCE COOKING)

Usah berharap untuk menikmati hidangan mi rebus dengan kuah pekat ubi keledek (klik di sini) jika anda membuat pesanan di sebelah Terengganu. Sebaliknya, anada akan menerima semangkuk mi rebus yang saling tidak tumpah seperti mi sup di pantai barat. Namun, mi rebus Terengganu tidak pula seperti rasa mi sup kerana bahan yang digunakan dalam masakannya memang berbeza (klik di sini).  

lagi
hidangan mi rebus Terengganu di Cherating, Pahang

lagi

lagi

lagi
mi rebus asli Jawa Chenderong Balai

lagi 

lagi

lagi

Sunday, December 15, 2013

SATU PETANG DI 'MIDVALLEY MEGAMALL' (TOO MUCH SPACE)

Macam tidak percaya bahawa pihak lain berjaya mendapat 'lesen' menyebarkan lambang amalan mereka secara begitu terbuka. Pohon buatan berbentuk kon gergasi setinggi tiga tingkat bangunan berdiri megah di ruang legar kompleks beli belah terkemuka di ibu kota. Sebahagian peniaga dan pekerja juga kelihatan memakai kostum Santa Klaus.

Berdekatan kaunter aras satu Metrojaya terdapat persembahan lagu Jingle Bell dan seumpamanya oleh sekumpulan remaja Cina sambil diiringi piano dan tamborin. Barangkali projek gold, gospel, glory yang dibawa  ke rantau Nusantara sejak abad ke-16 lagi mula menuju sasaran. Di Indonesi, bilangan mereka telah mencecah 30 juta jiwa, termasuk penduduk pribumi yang masih kuat dipengaruhi amalan kuno turun-temurun.

Menjelang musim perayaan krismas dan tahun baharu masihi, kebanyakan gedung perniagaan yang besar melancarkan taktik jualan dalam bentuk pemberian baucar atas belian. Setelah membeli sejumlah barang dengan potongan harga (haga asal dinaikkan, mark up lebih tinggi), pelanggan berkejar membeli barang yang mungkin tidak perlu kerana tarikh sah baucar yang begitu singkat. Jumlah urus niaga yang tinggi membolehkan pasar raya memperoleh untung besar walaupun margin keuntungan per unit barang mungkin rendah sedikit.

Kelibat pelancong Arab, Eropah dan Eropah memang ketara. Hampir semula bilik penginapan Cititel, Boulevard dan Garden telah ditempah. Kadar sewaan antara RM350 hingga RM1,000 sehari semalam tidak menjadi hal kepada golongan pelancong mewah itu.   

Pilihan kasut berjenama antara tarikan yang menggamit ketibaan pelancong asing dan juga tempatan. Hampir segenap ruang jualan kasut dipenuhi pelanggan, seolah-olah pembelian kasut sudah tidak boleh ditangguh lagi. Pertuturan bahasa Inggeris jalanan sudah cukup buat petugas jualan kasut memandangkan pelancong yang datang bukan berbahasa Inggeris persuratan.

Usai memilih kasut dan barangbelian yang lain, pelanggan harus beratur dalam barisan yang panjang, macam menunggu giliran untuk mendapat bantuan. Tiba-tiba seorang pak cik pelancong asing cuba memotong barisan dengan alasan beli sehelai baju sahaja, sedangkan sebelumnya dia telah membeli banyak barang. Namun, akhirnya dia terpaksa akur untuk beratur sekali lagi apabila anak muda yang bertugas di kaunter pembayaran memberi penjelasan yang munasabah.

Pengunjung gedung perniagaan besar biasanya tidak sedar bahawa mereka telah berdiri dan mundar-mandir selama berjam-jam. Hanya apabila perut berkeroncong, mereka mencari makanan. Medan Selera Oasis di Aras Dua menjadi tumpuan ramai kerana hidangan yang membuka selera dan harga yang berpatutan. Menu masakan Portugis, iaitu ikan bakar, mendapat sambungan hangat hingga petugas masakan disitu tidak memang tangan.

Perkhidmatan teksi di kompleks Lembah Tengah Gedung Mega (terjemahan bahasa Melayu?) memang cekap. Seorang pemandu teksi wanita kaum Sikh mendakwa dia berpendapatan RM15,000 sebulan, memiliki ijazah berganda dan sarjana, serta bestatus ibu tunggal dengan anak tunggal yang sudah berkhidmat sebagai juruterbang. Dia turut memberi nasihat percuma tentang pengalaman keibubapaan sebagai imbas kembali zaman kanak-kanak mereka sendiri.

Pameran kereta lumba berkelajuan tinggi turut dipamerkan berhampiran pintu keluar utama gedung perniagaan berhampiran Universiti Malaya itu. Peralatan sukan turut dijual dengan harga promosi, di samping demonstrasi permainan tertentu sebagi gimik. Tiada desakan kepada pengunjung untuk membuat belian, tetapi penganjur berjaya membingkiskanimpian kepada pengunjung supaya berbuat demikian suatu hari nanti ...

Saturday, December 14, 2013

PERANAN KOPERASI SEKOLAH (BIG VOLUME OF SMALL PURCHASING POWER)

Penindasan dan kezaliman yang dialami oleh kelompok besar atau majoriti berpunca daripada kejahilan dan perpecahan. Segelintir manusia atau kelompok minoriti mengambil kesempatan atas kelemahan yang berlaku untuk membina empayar kekuasaan dan penguasaan sumber secara berleluasa. Dalam bidang ekonomi, golongan peniaga yang tamak dan kaum pemodal yang rakus langsung tidak mempedulikan kesusahan yang dihadapi oleh pengguna.

Ringkas cerita, minoriti berjaya melaksanakan manipulasi terhadap majoriti yang tidak mempunyai akses tentang taktik jualan, serta enggan bersatu padu untuk mengajar si tamak dan si zalim tadi. Amalan kepenggunaan yang dibentuk menerusi strategi pemasaran yang licik mengakibatkan pengguna lalai untuk memberi tekanan kepada minoriti yang menindas dan menzalimi mereka. Sebaliknya, senjata beli di tangan mereka diserahkan dengan begitu mudah.

Sekolah ialah organisasi yang memupuk pembelajaran. Generasi muda diberi pendedahan kurikulum terkini berteraskan amalan nilai murni yang peka terhadap keperluan masyarakat yang saling bergantung. Citra usahawan yang budiman direka bentuk dan disampaikan kepada murid bahawa keuntungan yang diperoleh menerusi setiap urus niaga hendaklah setimpal dengan kesanggupan pengguna berpisah darpada wang ringgit mereka.

Pendidikan keusahawanan, kepenggunaan dan koperasi sekolah yang menjunjung tinggi nilai-nilai murni, etika dan akhlak terpuji ialah jawapan kepada sistem urus niaga yang pincang serta berat sebelah. Golongan peniaga yang ingin berjaya mestilah menghormati kuasa beli pengguna, atau menghadapi tindak balas yang boleh menjejaskan kedudukan mereka dalam sistem urus niaga yang baharu. Hanya peniaga yang budiman, jujur dan berpegang kepada etika yang luhur dapat bertahan.  

Salah satu gerakan kepenggunaan yang kuat, walaupun masih dibelenggu perebutan kerusi kepimpinan, ialah koperasi (Bacaan lanjut sejarah koperasi: klik di sini). 

...

...

...

...

... 

Friday, December 13, 2013

LAYANAN YANG SAKSAMA DI SEKOLAH (EQUITY IN EDUCATIONAL PRACTICE)

Naskhah memoir 'Seteguh Tekad' (klik di sini) mencatatkan perjalanan kejayaan seorang ilmuan yang pernah menjadi mangsa berat sebelah sewaktu bergelar sebagai murid yang miskin dan serba kekurangan. Penulisnya mendakwa bahawa amalan diskriminasi terhadap murid kurang beruntung, sama ada dari segi latar belakang keluarga mahupun paras rupa, berlaku di seluruh dunia dan pada sepanjang zaman. Murid yang bersih, comel dan pintar sahaja yang mendapat layanan istimewa, sedangkan murid yang lain hanya mampu memendam rasa.

Hakikatnya, guru berpegang kepada prinsip keadilan dalam kegiatan pembelajaran, iaitu menerima semua murid seadanya dan tanpa syarat. Perkara berkenaan terjelma dalam ikrar perkhidmatan dan etika keguruan. Maka, andai kata masih berlaku peristiwa murid menjadi mangsa layanan berat sebelah, masalah itu lebih menjurus kepada tahap amalan ikhtisas seseorang guru yang perlu diperbaharui dari masa ke masa. Pihak kepimpinan sekolah dan rakan setugas mesti sentiasa saling memberi peringatan bahawa tingkah laku lencongan seperti itu menjejaskan penghormatan terhadap kerjaya keguruan yang sangat disanjung tinggi.

...

...

...

...

...

...

...

...

Thursday, December 12, 2013

MENCANTUM PUING-PUING SEJARAH (TIMELESS, TIMELY, RIGHT TIME)

Betapa perjalanan masa tidak pernah tertunda. Sebentar tadi baharu, sekejap lagi bertukar lama, lapuk dan usang. Banyak yang sudah berakhir, tetapi lebih banyak yang hendak bermula.

Sama ada usia meningkat atau menurun, bergantung kepada perspektif dan cara seseorang itu berfikir. Jika usia diukur mulai tarikh kelahiran, maka usia seseorang semakin meningkat. Sebaliknya, jika usia diukur berdasarkan baki atau sisa kehidupan, maka usia seseorang semakin menurun.

Hari-hari yang berlalu mengukir kenangan dan sejarah, bergantung kepada peristiwa yang terjadi, sama ada bermakna atau biasa sahaja. Selagi nafas di kerongkongan hari ini atau masa sebenar sentiasa datang dan dalam sekelip mata terus pergi buat selama-lamanya. Esok atau masa depan belum pasti dapat ditempuhi andai kata dijemput ke alam baqa'.

Selagi denyut nadi masih berfungsi, seseorang itu wajib berusaha melakukan segala amalan dan tindakan yang terbaik, iaitu sejajar dengan jalan menuju redha-Nya. Panjang angan-angan atau leka dengan perbuatan yang sia-sia bakal mengundang sesalan yang tidak dapat ditebus kembali. Maka, pilihan yang tepat berada dalam genggaman dengan suluh akal yang sihat dan waras. 

lagi

lagi

lagi 

lagi

lagi

lagi

Wednesday, December 11, 2013

SEKOLAH YANG MENJADI REBUTAN (KEY ATTRIBUTES FOR HIGH EXPECTATION IN EDUCATIONAL INSTITUTION)

Ibu bapa yang prihatin terhadap masa hadapan anak mereka akan memilih sekolah yang dikenal pasti sebagai berkesan dan memiliki persekitaran pembelajaran yang berdaya saing (klik di sini). Memang benar bahawa semua sekolah, khususnya sekolah bantuan penuh kerajaan dan sekolah bantuan modal menyediakan kepimpinan dan guru terlatih yang setara dari segi kelayakan akademik, ikhtisas dan pengalaman. Namun, mengapakah pencapaian sekolah tetap berbeza-beza?

Kajian keberkesanan sekolah juga mengkategorikan sekolah sebagai berkesan, merangkak dan tenggelam. Di Malaysia, penarafan sekolah dibuat berdasarkan band menerusi julat markah tertentu. Menerusi kaedah itu, ibu bapa dapat membuat pilihan untuk mendaftarkan anak masing-masing tertakluk kepada kekosongan tempat, kriteria lokasi dan sebagainya. 

Kebanyakan ibu bapa memandang berat tentang pencapaian akademik yang dicatat oleh sesebuah sekolah, disiplin murid, keselamatan sekolah dan gaya kepimpinan pengetua. Mereka juga akan mengambil peduli tentang kes salah laku murid yang pernah didengar walaupun belum tentu sahih atau sekadar cakap-cakap. Setelah beroleh gambaran yang positif tentang sekolah pilihan, ibu bapa yang prihatin tadi akan mencari jalan untuk mendapatkan tempat bagi anak mereka di sana.

Dalam laras perbualan harian biasa disebut bahawa segala 'kabel' atau talian hayat akan digunakan oleh ibu bapa bagi mencapai maksud mendaftarkan anak mereka di sekolah pilihan tadi.

seterusnya

seterusnya

seterusnya

seterusnya

seterusnya

seterusnya

Tuesday, December 10, 2013

GAJI GURU SARJANA, Ph.D DITAMBAH BAIK (AFTER LONG WAIT)

Sidang Dewan Negara diberitahu bahawa guru siswazah yang memiliki ijazah sarjana dan doktor falsafah ialah antara 33 skim perkhidmatan awam yang bakal menerima insentif gaji permulaan yang yang lebih tinggi. Bagi guru yang sedang berkhidmat dan masih berada pada gred lantikan, dan kemudian memperoleh kelulusan akademik berkenaan, akan ditawarkan insentif hadiah kenaikan gaji. Selain itu, Lembaga Kenaikan Pangkat akan memberi pertimbangan khas bagi urusan itu berdasarkan merit dengan kelebihan kepada pegawai yang memiliki kelayakan Ph.D (Berita Harian, 10.12.13, tajuk utama).

Sebagai contoh, guru (pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah) di KPM boleh dinaikkan pangkat menerusi Laluan Cemerlang yang mengambil kira kelayakan akademik ijazah tinggi, serta pengalaman mereka. Wajaran penilaian yang akan diperuntukkan oleh panel penilai (kenaikan pangkat) ialah 15 peratus daripada keseluruhan kriteria kecemerlangan. Sumber Bernama (agensi berita nasional) turut memetik kenyataan Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, ketua pengarah perkhidmatan awam bahawa kajian semula 81 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik itu membabitkan 635,000 penjawat awam di seluruh negara.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim membacakan teks jawapan perdana menteri kepada soalan asal Senator Baharudin Abu Bakar di bangunan parlimen semalam. Selain guru, pensyarah universiti, pegawai teknologi maklumat, pegawai penyelidikan, akauntan, pegawai kanan polis, serta pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) juga termasuk dalam kategori yang diumumkan. Kini, semua pihak yang terbabit perlu menunggu perincian insentif berkenaan daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam.

...akan dikemas kini dari masa ke masa apabila ada perkembangan terkini, insya-Allah.

...pekeliling terbaru JPA (klik di sini), terima kasih maklumat sabahat di ruang komen (nombor 18)

...

...

...

Monday, December 9, 2013

DR KHAIR KPPM BAHARU MULAI 8 DISEMBER 2013 (THE EDUCATION CAPTAIN LEADERSHIP)

Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof, 57, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) yang baharu berkuat kuasa 8 Disember (Ahad) yang lalu (klik di sini). Dr. Khair ialah KPPM kedua yang memiliki latar belakang kejuruteraan, serta memulakan kerjaya ikhtisas di politeknik selepas Datuk Dr. Ahamad bin Sipon. Beliau lahir di Tanjung Sepat, Selangor dan memulakan persekolahan di SK Port Swettenham, sebelum ke Sekolah Tinggi Kelang (LCE) dan Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR), Seremban sehingga lulus MCE dengan cemerlang.

Dr. Khair kemudian menyambung pengajian di United Kingdom di peringkat O Level (Blackpool College), B.Sc. kejuruteraan awam  (Bolton Institute of Technology) dan sijil perguruan lepas ijazah (PGCE, North East London Politechnic). Beliau kembali ke tanah air dan bertugas sebagai pensyarah Politeknik Ungku Omar Ipoh sehingga tahun 1991. Dr. Khair kemudian memperoleh ijazah sarjana kejuruteraan awam dari Universiti Teknologi Malaysia (1989) dan doktor falsafah pendidikan (Manchester, UK) pada tahun 1997 (klik di sini).
Dr. Khair menyertai Kementerian Pendidikan sebagai penolong pengarah kurikulum di Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV, kemudian dijenamakan semula sebagai Jabatan Pendidikan Teknikal) yang menjaga hal ehwal sekolah teknik dan vokasional, serta politeknik di seluruh negara. Beliau pernah kembali bertugas di politeknik sebagai Pengarah Polisas, Kuantan. Dr. Khair juga memiliki pengalaman bertugas sebagai Pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB), sama seperti Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud, KPPM sebelum beliau.

Kini, setelah tiga tahun berada pada kedudukan Timbalan KPPM, Dr. Khair akhirnya mendaki puncak kerjaya ikhtisas dalam bidang pendidikan negara, iaitu sebagai KPPM dengan gred Turus II. KPPM juga secara automatik menganggotai Lembaga Naik Pangkat Perkhidmatan Awam (bagi melantik pegawai tinggi kerajaan seperti ketua-ketua setiausaha kementerian), yang terdiri daripada enam orang penjawat awam tertinggi, termasuk ketua setiausaha negara dan ketua pengarah perkhidmatan awam. Di KPM, Dr. Khair akan menjaga hal ehwal ikhtisas pendidikan, manakala urusan kewangan dan pentadbiran yang lain terletak di bawah bidang kuasa ketua setiausaha KPM dengan sekumpulan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD).

Susunan kabinet persekutuan pasca-PRU 13 menyaksikan kementerian pelajaran dan kementerian pengajian tinggi kembali disatukan di bawah kementerian yang asal, iaitu kementerian pendidikan. Maka, bidang kuasa kementerian pendidikan tidak terhad kepada hal ehwal sekolah dan perkhidmatan keguruan, malah menjangkau pentadbiran pengajian tinggi dan kursus separa teknikal. Dr. Khair bukan sahaja memiliki latar belakang sebagi murid sekolah bantuan modal, sekolah berasrama penuh, mahasiswa luar negara dan pelajar siswazah universiti tempatan, bahkan memiliki ijazah kedoktoran pendidikan.

Segala pengalaman yang dilalui sejak di bangku sekolah dan pengajian tinggi, serta perkhidmatan sebagai pensyarah politeknik dan kemudiannya menyertai kementerian sebagai pegawai kanan, Dr. Khair sudah memiliki pakej yang cukup untuk menerajui sebuah kementerian yang begitu besar dan penting. Beliau juga telah membina jaringan dan pasukan yang utuh ketika bertugas sebagai pegawai kanan dan tinggi sebelumnya. Tidak syak lagi jawatan KPPM sangat tepat buat Dr. Khair.

...

...

GELAGAT DAN TELATAH IBU BAPA DI MRSM PARIT (OBSESSION AND REDEMPTION)

Sejumlah 213 orang calon ujian kemasukan program International General Certificate of Secondary Education, IGCSE kemasukan tingkatan satu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) hadir di kampus MRSM Parit yang bernilai RM80 juta pada 9 dan 10 Disember yang lalu. MRSM Parit bakal mengambil 210 orang murid baharu tingkatan satu. Namun, persaingan juga berlaku dengan calon-calon yang menghadiri sesi ujian dan temu duga di seluruh negara. 

Kelihatan murid dan ibu bapa begitu teruja justeru dapat bersua muka dengan rakan lama, kini merangkap pesaing untuk merebut tempat ke MRSM. Tema perbualan murid lebih tertumpu kepada cerita dalam facebook dan perisian telefon bimbit pintar. Ibu bapa pula lebih sibuk bertanya khabar dan kisah keluarga.
Seperti biasa kaum ibu tidak menang tangan mempersiap anak supaya penampilan anak serba sempurna bagi menghadapi ujian dan temu duga yang sangat penting. Mereka tentu berharap agar si anak bakal menyambung legasi kecemerlangan mereka yang kesampaian dan yang belum kesampaian. Apa khabar pula sang bapa?
Sebelum ujian bertulis, calon MRSM menghadiri sesi temu duga dalam bahasa Inggeris dan ujian bacaan ayat suci al-Quran. Tujuannya ialah supaya pihak MRSM dapat menilai calon secara berhadapan (in person) dan seadanya (spontan). Dalam kata lain, bukan berapa banyak pengetahuan yang diuji, sebaliknya kebolehan calon bertutur dalam bahasa Inggeris komunikasi dan lancar membaca al-Quran.

Terdapat sejumlah calon berketurunan Cina dan India yang hadir atas kuota bukan Melayu. Sudah pasti mereka dikecualikan daripada bacaan al-Quran. Di Sabah dan Sarawak, terdapat etnik peribumi dan keturunan Cina memohon masuk ke MRSM atas kategori bumiputera bukan Islam.
Ujian bertulis berlangsung di dewan besar MRSM. Item ujian merangkumi kecekapan matematik dan sains, serta ujian aptitud. Format soalan ialah aneka pilihan sepenuhnya.

Bagi memberi kesempatan kepada calon menduduki ujian tanpa dibayangi kehadiran ibu bapa berhampiran dewan ujian, pihak MRSM mengalih ibu bapa ke pusat sumber untuk sesi taklimat bersama pengetua. Sebagai MRSM termuda yang hanya bermula pada pertengahan tahun 2012, rak buku di pusat sumber berkenaan masih banyak yang kosong. Namun, pengetua MRSM Parit memberi jaminan, perubahan akan dapat dilihat dalam tempoh yang terdekat.

Kecemerlangan pencapaian MRSM menyebabkan berlaku persaingan dengan sekolah berasrama penuh (SBP). Terdapat cakap-cakap yang mengatakan bahawa kini enrolmen MRSM ialah baki calon yang tidak berjaya ke SBP. Dalam kata lain, MRSM didakwa hanya memperoleh murid second cream.

Hakikatnya, semua calon MRSM dan SBP memiliki pencapaian yang setara semasa UPSR. Pilihan sama ada untuk ke MRSM atau SBP bergantung kepada strategi calon pemohon dan ibu bapa masing-masing. Walaupun bernaung di bawah kementerian yang berlainan, kedua-dua model pendidikan MRSM dan SBP sentiasa mendukung falsafah kecemerlangan akademik dan kemahiran insaniah di tahap optimum.

Tidak semua calon yang hadir ujian dan temu duga MRSM atas kerelaan sendiri, sebaliknya atas desakan ibu bapa. Walaupun begitu, sekilas pandang, semua calon yang hadir menunjukkan kesungguhan kerana tidak mahu ketinggalan dengan rakan sebaya. Jika terpilih kelak, pengalaman pembelajaran di MRSM sudah tentu sangat istimewa dan unik dalam sepanjang kehidupan ...

Sunday, December 8, 2013

KENANGAN ZAMAN PERSEKOLAHAN (CHILDHOOD AND TEENAGERS EDUCATION)

Zaman sudah berubah. 

Era seluar pendek

Pakaian seragam yang kusam dan lusuh

Sama nasib

Ustazah dulu-dulu

Anak yatim dimuliakan

Denda fizikal

Pergaduhan murid

Acara sukan

Pengkagum rahsia

Saturday, December 7, 2013

KEPENTINGAN CITA-CITA KEPADA MURID SEKOLAH (SHAPING THE FUTURE, TAPPING THE TALENT)

akan datang

akan datang

akan datang

akan datang

akan datang

akan datang

akan datang

akan datang

akan datang

akan datang



Thursday, December 5, 2013

NELSON MANDELA IKON TOLAK KEZALIMAN KULIT PUTIH (LIBERATION LEADER THAT EMERGED FROM PRISON)

Rolihlahla Mandela, 95, pemilik nama asal Nelson Mandela. (18.7.1918 - 5.12.2013) yang membebaskan Afrika Selatan daripada kekejaman dasar apatheid meninggal dunia di kediaman beliau di Houghton yang terletak di pinggir Johannesburgh semalam. Mandela yang kehilangan bapa ketika berusia sembilan tahun, pernah meringkuk dalam tabir besi (penjara) selama 27 tahun dalam era kerajaan minoriti kulit putih, tidak menamatkan pengajian di universiti dan hanya menduduki kerusi presiden selama satu penggal sahaja. Beliau mula menjalani rawatan sejak tahun 1988 lagi (klik di sini).

...

...

...

...

...

...

...

...

...

Wednesday, December 4, 2013

BERKONGSI PENDERITAAN DENGAN MANGSA BANJIR (DEEP EMPATHY)

Macam-macam kuliah, pendapat, teori dan cakap-cakap tentang bencana banjir, tetapi keutamaan di depan mata sekarang ialah usaha membantu, memahami dan menyelami kesusahan yang ditanggung oleh mangsa banjir. Bagi mereka yang jauh dan tidak dapat turut serta ke tempat bencana, doa dan sokongan dalam bentuk yang termampu. Walaupun bilangan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara dilaporkan menurun, namun trauma yang dialami tidak mudah luput dalam ingatan.

Kegiatan harian semasa banjir memang di luar kebiasaan. Keselesaan di rumah sendiri terpaksa ditinggalkan begitu sahaja. Peralatan dan harta benda yang tidak boleh diinsuranskan memerlukan perbelanjaan baik pulih yang tinggi kelak.

Pergerakan menjadi terhad. Mangsa banjir harus bergantung harap kepada bantuan pihak penyelamat yang perlu menguruskan sejumlah kes yang besar. Bekalan elektrik harus diputuskan apabila tapak pencawang utama ditenggelami air kerana risiko renjatan elektrik menerusi aliran air banjir.

Hubungan komunikasi juga terjejas apabila mangsa banjir sibuk dengan urusan menyelamatkan segala dokumen dan peralatan rumah yang mustahak sehingga tidak sempat mencari punca untuk mengecas bateri telefon bimbit yang semakin lemah. Fikiran juga berserabut tentang masalah yang datang bertimpa-timpa. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

akan datang

akan datang

akan datang

akan datang

akan datang

akan datang


Tuesday, December 3, 2013

MEMAHAMI KENAIKAN TARIF ELEKTRIK (COST OF LIVING GOING UP AND UP)

Tenaga Nasional Berhad, syarikat berkaitan kerajaan senaraian awam mengeluarkan kenyataan bahawa kenaikan tarif yang akan berkuat kuasa pada bulan Januari 2014 perlu dilakukan bagi menampung kos penjanaan susulan peningkatan bahan api global. Selain itu, TNB memberi alasan untuk perbelanjaan pelaburan infrastruktur bekalan elektrik dan perubahan kos operasi masa hadapan. Langkah kenaikan tarif itu juga sebahagian program rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat (klik di sini).

Menteri yang menjaga hal ehwal pengguna juga sudah memberi jaminan bahawa kenaikan tarif elektrik sekitar 15 peratus itu hanya memberi kesan kepada pengguna tenaga berskala besar. Namun, maklum balas orang ramai sangat bertentangan justeru mereka menaruh kebimbangan bahawa pihak industri akan memindahkan beban kenaikan kos pengeluaran dalam bentuk peningkatan harga barang akhir yang dibayar oleh mereka. Kos hidup yang meningkat akan menyebabkan taraf hidup masyarakat menurun, sekurang-kurangnya dalam jangka pendek (klik di sini).

Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, gabenor bank negara, dalam reaksi spontan beliau menjangkakan kadar inflasi akan meningkat sebanyak 0.4 peratus, sebagai tambahan kepada unjuran 2.8 peratus sebelum ini (klik di sini). Namun, beliau berpendapat kesan inflasi yang dicetuskan itu hanya bersifat sementara. Dr. Zeti berkata bahawa jangkaan itu berdasarkan penilaian awal oleh pihak bank pusat yang diterajui beliau.

Belanjawan kurangan yang berterusan sejak tahun 1998 antaranya berpunca daripada beban subsidi yang begitu besar dalam anggaran perbelanjaan kerajaan. Sesetengah pihak berpendapat peruntukan subsidi di Malaysia perlu disusun semula supaya menepati sasaran sebenar. Golongan berpendapatan tinggi dan warga asing yang membentuk sejumlah besar pengguna domestik turut menikmati subsidi yang sepatutnya hanya ditujukan kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan sederhana dan rendah.

Dari sudut lain, kenaikan tarif elektrik itu merupakan cabaran kepada para penyelidik dan saintis untuk mengenal pasti sumber baharu tenaga yang lebih murah dan selamat berbanding dengan tenaga elektrik tradisional. Pergantungan kepada sumber tenaga tunggal ternyata memberi kesan yang kurang baik dari segi kos pengeluaran dan kawalan kuasa monopoli pembekal tenaga. Cadangan penggunaan tenaga suria masih belum berjaya sebagai ganti kepada tenaga elektrik.

Sifir mudah tentang kenaikan tarif elektrik ialah peningkatan kos pengeluaran. Sebahagian peningkatan kos itu dipindahkan dalam bentuk kenaikan harga barang dan perkhidmatan, bergantung kepada keanjalan permintaan dan keanjalan penawaran. Kenaikan harga barang dan perkhidmatan akan menyebabkan tuntutan kenaikan upah bagi mengekalkan taraf hidup.

Pusingan kenaikan harga dan upah yang berterusan persis kata-kata walhasil balik asal (back to square one). Namun, bagi golongan berpendapatan tetap (misalnya pengeluar dalam pasaran persaingan sempurna), mereka sukar menyerap kenaikan tarif elektrik. Pendapatan benar mereka akan merosot dan kuasa beli mereka juga turun serta-merta.

Peningkatan harga barang dan perkhidmatan mengakibatkan kenaikan upah, jika ada, hanya bersifat sebagai elaun inflasi. Penyata gaji mungkin menunjukkan perubahan angka yang lebih besar, tetapi peningkatan itu tidak pula membolehkan mereka menikmati kuantiti dan kualiti barangan yang relatif lebih tinggi. Mereka masih kekal di takuk lama.

Pengguna mungkin boleh melepaskan geram kepada TNB dengan pelbagai label walaupun selama ini mereka menikmati perkhidmatan yang menyenangkan hidup mereka. TNB hanya sebuah konglomerat yang bergantung kepada sumber modal awam, tanggungjawab kepada pemegang saham dan perbelanjaan pelaburan yang sangat tinggi. TNB juga perlu menjadualkan pembayaran hutang kepada institusi kewangan secara konsisten.

Pengguna berhak untuk berasa tertekan dan terbeban dengan natijah kenaikan tarif elektrik dalam kehidupan mereka. Pengguna perlu melakukan penyesuaian dari segi perbelanjaan, menghadapi kehidupan yang lebih perit dan sukar. Mana ada peniaga yang sanggup berkorban dan menanggung kerugian demi pengguna?

Nampaknya program pengajian keusahawanan di negara kita perlu menerapkan nilai kemanusiaan yang tinggi supaya bakal usahawan masa hadapan sanggup berkongsi susah dan senang bersama masyarakat pengguna, bukan memanipulasi mereka tanpa belas kasihan semata-mata untuk mengaut keuntungan. Jika taraf hidup masyarakat jatuh, pada akhirnya permintaan terhadap barang dan perkhidmatan juga bakal mengalami nasib yang sama. Adakah usahawan dan kegiatan ekonomi tidak akan terjejas?