SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, January 18, 2014

ADAB BERBEZA PENDAPAT (GOOD ARGUMENTS)

Bacaan suhu perang saraf yang dicetuskan oleh ahli politik dan media memang sentiasa tinggi. Namun, hayat sesuatu isu yang bersifat sensasi biasanya agak pendek dan segera sejuk. Sebagai contoh, isu bughah dan kangkung hanya bertahan kira-kira seminggu tiap-tiap satunya.

Manipulasi sesuatu isu berlaku kerana terdapat pihak yang mengambil kesempatan untuk meningkatkan pengaruh diri sendiri dan dalam masa yang sama cuba melemahkan pengaruh pesaing. Isu yang dimanipulasikan tidak semestinya bersifat fundamental, sebaliknya perkara remeh-temeh. Serangan dilancarkan secara bertubi-tubi supaya pihak yang diserang tidak sempat bersedia.

Imej yang rosak sangat sukar untuk dipulihkan semula sebagaimana asal. Demikianlah hakikat permainan tanggapan (perception game) dalam dunia siasah dan juga perniagaan. Pihak yang terkena manipulasi tidak akan berdiam diri sahaja, malah hanya berundur sementara mengatur strategi dan tindak balas yang tepat.

Perang saraf konvensional dilakukan menerusi media tradisional yang sinonim dengan jolokan kuasa keempat (the fourth estate). Pemilik dan wartawan media cetak dan tradisional memang terlatih dalam penyiaran dan penulisan berita. Maksim bahawa 'mata pena lebih tajam daripada mata pedang' memang benar dalam konteks yang berkenaan. 

Namun, sejak Ronald Reegan memperluas penggunaan internet dan sistem perayauan kedudukan global (GPRS, kini GPS sahaja) daripada eksklusif untuk perisikan tentera kepada orang awam, dunia sudah berubah kepada jenama kampung sejagat atau dunia tanpa sempadan. Maklumat berlegar secara masa sebenar ke segenap penjuru alam. Kelebihan media tradisional untuk melakukan spin sudah terlucut!

Walaupun penyamaran dan penipuan identiti penghantar mesej secara atas talian berlaku, kemajuan teknologi forensik komunikasi tetap berjaya mengesan kedudukan penghantar mesej atau penggodam komputer menerusi data protokol pelayan internet (nombor siri ISP dan alamat URL). Buktinya, banyak penyangak siber berjaya diberkas, termasuk suspek muat turun hak cipta karya muzik dan seni filem. Pemasangan kamera litar tertutup di kawasan strategik bandar juga menyebabkan penyamar sukar untuk terlepas meskipun menghantar mesej daripada premis kafe siber.

Organisasi politik dan perniagaan yang berpengaruh mempunyai ketumbukan soldadu siber yang dilatih khas bagi memenangi tanggapan awam. Kumpulan berkenaan dikenali sebagai cybertrooper yang dibayar upah mengikut kepakaran dan persetujuan yang termeterai. Pertimbangan utama dalam peperangan maya bukanlah kebenaran atau kepalsuan, tetapi senjata ampuh perang saraf maya.

Kebanyakan negara berjaya menyekat anasir subversif daripada memasuki lebuh raya maklumat maya di negara masing-masing dengan penggunaan teknologi yang tertentu. Namun, penggunaan kod mesej yang licik tidak mungkin dapat dikawal dengan mudah. Maka, kesedaran dan keprihatinan pengguna internet memang perlu dipupuk dan disemai dengan berkesan supaya anasir jahat itu tidak mudah melebarkan pengaruh.

Perbezaan pendapat sentiasa akan berlaku akibat akses ilmu pengetahuan, kepercayaan dan perspektif pandangan alam (world view, weltanschauung, paradigma, school of thought, tasawwur) yang pelbagai. Maka, kebijaksanaan, saling memahami dan tolak ansur menjadi benteng yang paling kukuh bagi menjaga hubungan baik dan kerukunan komunikasi. Dalam kata lain, adab dalam perbezaan pendapat hendaklah berfungsi sebagai pegangan dan rujukan dalam kalangan orang budiman.

Perbincangan tentang adab berbeza pendapat baharu sahaja hendak bermula. Kita telah membuat suatu analisis kritikal tentang dimensi terkini penyampaian idea yang berbeza merentas ruang dan waktu. Insya-Allah, dalam kesempatan (posting) yang akan datang, kita bisa membuat perincian yang khusus tentang adab yang dimaksudkan itu ...

No comments: