SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, January 31, 2014

KUASA AKAR YANG MENJALAR (THE CHOICE OF TREES)

Sebagai sebuah bandar raya warisan era bijih timah, Ipoh bukan sahaja memiliki deretan bangunan yang bersejarah, malah mengekalkan sejumlah pokok yang berusia ratusan tahun. Pokok berkenaan asalnya tumbuh meliar di kampung atau memang sengaja ditanam oleh pemilik tanah. Kawasan berhampiran kompleks Islam, SMK St. Michael dan SMJK Pooi Lam dahulunya ialah penempatan masyarakat Melayu yang dinamakan Kampung Pisang.

Proses pembandaran telah menyebabkan pokok yang pada asalnya menghiasi pemandangan kampung kini berdiri pula di pinggir jalan raya yang sibuk. Pokok yang didapati masih kuat dijaga dengan rapi oleh pihak Dewan Bandaraya Ipoh (DBI), manakala pokok yang bermasalah terpaksa dilupuskan. Namun, ciri sebahagian akar tunjang yang menjalar di permukaan tanah mengakibatkan binaan jalan dan bangunan mungkin diancam rekahan (klik di sini dan di sini).
Laluan pejalan kaki bermula dari Bank Simpanan Nasional (BSN (dahulunya cawangan Bank Negara) sudah mengalami kerosakan yang ketara. Akar pokok besar yang berdekatan jalan telah tersembul di permukaan pesiar kaki. Blok batu konkrit yang menutup permukaan tanah yang asal terangkat satu demi satu.

Adakah kemungkinan bahawa akar yang menjalar itu akan melarat hingga ke permukaan jalan raya yang sibuk dengan kenderaan yang bertali arus di situ? Pihak DBI sudah tentu menyedari akan hal berkenaan dan jabatan landskap DBI memiliki kepakaran yang cukup bagi menangani kes yang berkait rapat dengan keselamatan orang ramai itu. Pelajar kejuruteraan awam politeknik atau universiti swasta yang berdekatan juga boleh mengambil kesempatan untuk menjalankan kajian.

Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) mesti membuat pemantauan tentang tiang lampu berdekatan dengan permukaan jalan yang terjejas akibat akar yang menjalar. Demikian juga Lembaga Air Perak (LAP) hendaklah membuat pemeriksaan berkala sama ada saluran paip bawah tanah yang sedia ada berkemungkinan mengalami gangguan. Pendek kata, langkah berjaga-jaga perlu mendapat keutamaan pihak yang menyediakan prasarana penting kepada orang ramai.
Pendapat pakar perhutanan dan pakar tumbuhan perlu diambil kira. Mereka boleh dijemput sebagai panel undangan khas jawatankuasa pengurusan risiko bandar raya. Tidak ada suatu perkara pun yang boleh dianggap kecil dan remeh apabila membabitkan risiko keselamatan awam.

Pemilik unit rumah di kawasan perumahan juga perlu diberi garis panduan tentang jenis pokok yang sesuai ditanam. Pokok yang mempunyai akar yang menjalar seperti mempelam juga hendaklah memperoleh nasihat jabatan landskap bandaran (dan bandar raya) sebelum ditanam. Barangkali terdapat cara penanaman dan jenis pokok tertentu yang tidak menjejaskan permukaan tanah dan struktur binaan di kawasan perumahan.

Ciri warisan dan persekitaran yang hijau menyumbang terhadap keunikan dan ekosistem sesuatu bandar. walaupun demikian, apabila berlaku percanggahan atau pertembungan antara keindahan dengan keselamatan, maka keselamatan orang ramai mesti didahulukan. Penggemblengan kepakaran dalaman sesebuah pihak berkuasa tempatan dan pendapat kedua pakar luaran merupakan gandingan kritikal yang memungkinkan orang ramai berpeluang menikmati kedua-dua unsur keindahan dan keselamatan ... 

No comments: