SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, January 8, 2014

PELAJAR POLITEKNIK HIDUPKAN TAMAN CEMPAKA (BUSINESS IN EDUCATION)

Penubuhan sesebuah institusi pendidikan bukan sahaja membuka peluang perniagaan yang berkaitan dengan operasi harian di dalam kawasan kampus, bahkan melimpah kepada rantaian kegiatan perniagaan sampingan di sekitarnya. Tidak semua pelajar berjaya beroleh tempat sebagai penghuni kolej kediaman, lalu harus mencari rumah sewa atau bilik sewa berdekatan dengan kampus.

Pelajar yang datang daripada latar belakang sosioekonomi yang biasa mungkin sekali bergantung kepada motosikal sebagai kenderaan utama. Maka, kedai yang menyediakan perkhidmatan servis dan membaiki motosikal mempunyai prospek pelanggan yang ramai. Demikian juga pengusaha restoran yang bijak mampu menjanakan keuntungan besar walaupun meletakkan kadar harga pelajar kerana bilangan pembeli yang ramai.
Taman Cempaka, Ipoh (TC) menjadi tumpuan pelajar Politeknik Ungku Omar (PUO), sebuah institusi pengajian teknikal yang sudah dinaik taraf sebagai politeknik premier yang bakal menawarkan kursus yang setara dengan ijazah sarjana muda dengan kepujian. Kedudukan TC juga begitu strategik justeru terdapat sekolah terkemuka yang berhampiran, iaitu Star, Izzuddin, Raja Chulan, Taayah dan Teknik Brash (kini Kolej Vokasional). Jiran TC yang lain termasuk kem tentera Tambun, Jabatan Penyelidikan Haiwan, Jabatan Geosains dan banyak lagi taman perumahan di sekitar Ampang.

TC mula berkembang sebagai kawasan perumahan kos rendah pada dekad 1970-an. Pada ketika seunit rumah teres dua tingkat berukuran 14 kaki X 60 kaki hanya dijual pada harga RM14,000.00. Kemudian, rumah kos sederhana turut dibina, diikuti dengan pembukaan kawasan perumahan Desa Cempaka.

Rumah di TC menjadi rebutan pelajar PUO dan juga orang bujang yang menyewa rumah secara beramai-ramai. Lot-lot kedai pula sentiasa mempunyai penyewa dan tidak pernah kosong untuk tempoh waktu yang panjang setelah konteks sewaan tamat. Segala jenis barang dan perkhidmatan boleh dicari di TC, kecuali pasar raya besar.

Pelajar PUO boleh disifatkan sebagai nadi kegiatan ekonomi TC. Perkhidmatan fotokopi serendah 3 sen per muka surat memang padan dengan kuasa beli mereka. Maka, kadar harga pelajar itu turut dinikmati oleh pengguna dalam kalangan penduduk kawasan perumahan yang berdekatan.  

Jika dahulu kedai fotokopi dikuasai oleh pengusaha keturunan Cina, kini kedai milik peniaga Melayu juga sudah mampu bersaing. Sebagai contoh, Sure Copy beroperasi sehingga pukul dua pagi bagi memenuhi permintaan pelajar PUO berkaitan dengan perkhidmatan salinan dokumen, cetakan dan penjilidan. Kedai Sure Copy juga menggunakan tenaga kerja keturunan Iban dari Bumi Kenyalang.

Segelintir pelajar PUO yang menunggang motosikal menyangka bahawa pada waktu malam mereka boleh bebas tanpa memakai topi keledar dan tidak membawa lesen memandu. Namun, sekejap tadi, tiga orang anggota polis didapati melakukan pemeriksaan kepada semua penunggang motosikal di laluan keluar TC. Nampaknya, pelajar PUO tidak sempat melencong ke laluan lain ...

No comments: