SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, February 19, 2014

BAS CATAR, BAS SEKOLAH PERSENDIRIAN DAN BAS KERAJAAN (SAFETY ISSUES UNDER SCHOOL DUTY)

Tidak semua sekolah memiliki kenderaan rasmi seperti bas, coaster atau van bagi tujuan mengangkut murid mengambil bahagian dalam kegiatan di luar kawasan sekolah, sama ada untuk lawatan, pameran, pertandingan dan sebagainya. Pihak sekolah terpaksa mengatur sewaan kenderaan berdasarkan tatacara yang diperuntukkan dalam akta pengangkutan jalan (klik di sini, di sini dan di sini). Pihak sekolah juga wajib mematuhi tatacara piawai operasi, S.O.P. tentang keselamatan murid seperti kebenaran ibu bapa dan perlindungan polisi insurans dan takaful (klik di sini).

Guru pengiring yang dilantik perlu berada bersama murid semasa dalam perjalanan dari perkarangan sekolah atau tempat mengambil murid hingga tiba ke tempat tujuan dan balik. Selain keadaan kenderaan yang baik, pemandu bas yang bertugas hendaklah dipastikan sihat walafiat, waras dan tidak mempunyai rekod pemanduan yang meragukan. Pemilihan syarikat tuan punya kenderaan juga hendaklah bebas daripada sebarang unsur duit kopi dan rasuah walau sekecil mana sekalipun. 
Istilah catar tidak terdapat dalam Kamus Dewan, tetapi menjadi istilah undang-undang pengangkutan jalan yang berbunyi: bas catar ertinya bas yang disewa seluruhnya bagi satu perjalanan yang baginya pembayaran dibuat kepada pemunya oleh orang yang menyewa bas itu (muka surat 8, klik di sini). Catar ialah ambilan daripada perkataan charter dalam bahasa Inggeris yang bererti sewaan. Semua bas catar yang dibenarkan berada di jalan raya telah melepasi pemeriksaan pusat kenderaan berkomputer (Puspakom) setiap tahun. 

Walaupun semua langkah keselamatan telah diambil dan segala tatacara penyenggaraan kenderaan telah dilakukan, tiada jaminan mutlak bahawa tidak akan berlaku kecuaian dan kesilapan di sana sini. Maka, segala kemungkinan yang paling buruk (thinking for the worst, klik di sini), walaupun bersifat negatif, mesti diambil kira berdasarkan prinsip langkah berjaga-jaga (the duty of care, klik di sini). Peribahasa mengatakan bahawa sediakan payung sebelum hujan, dan jangan sampai sudah terhantuk baru terngadah.

...

...

...

...

...

...

No comments: