SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, February 22, 2014

KUETIAU HALAL PALING POPULAR DI IPOH (A MUST MENU AT PERAK CAPITAL)

Peribahasa menyebut bahawa lain padang, lain lubuk lain ikannya (klik di sini). Maksud asalnya ialah setiap negeri memiliki adat resam dan penduduk yang berlainan. Dalam konteks makanan, bahan, cara persediaan dan kaedah masakan yang berbeza menjadikan sesetengah tempat dianggap sebagai tersendiri dan unik walaupun sesuatu hidangan itu boleh ditemui di mana-mana.

Sebagai contoh, Ipoh terkenal dengan kopi putih panggang yang mempunyai aroma rasa yang sangat istimewa. Mi bandung pula menjadi identiti bandar Muar, meskipun di serata Malaysia hidangan berkenaan boleh dibeli. Laksa Kedah berbeza dengan laksa Pulau Pinang dan laksa Johor atas sebab yang sama.

Kuetiau (kadang-kadang dieja sebagai kuey tiaw, kwetiau) ialah sejenis mi yang menjadi kegemaran penduduk tanah besar China. Kuetiau diperbuat daripada beras dan berwarna putih (klik di sini). Namun, kreativiti tukang masak dan penjaja menjadikan kuetiau tempatan sudah disesuaikan dengan selera Nusantara.
kuetiau Din di gerai 68, medan selera Stadium Perak

Di Ipoh, kuetiau yang menjadi saranan kepada pengunjung ialah kuetiau Din dan kuetiau Zack. Pada mulanya, Din menambat selera pembeli di pasar malam Rapat Setia Baru pada setiap malam Rabu sambil dibantu oleh Zack yang ketika itu sebagai pekerja beliau. Kemudian Din berumah tangga dengan seorang guru, lalu isterinya itu turut membantu.

Sambutan hebat pelanggan mendorong Din untuk menggunakan lori kecil yang bergerak di serata bandar raya. Din juga memenuhi permintaan untuk majlis keramaian dan majlis rasmi negeri. Akhirnya, Din memilih untuk membuka gerai tetap di medan selera Stadium Perak yang beroperasi mulai pukul 10 pagi hingga lima petang setiap hari kecuali hari Ahad atau jika ada majlis tertentu.

Selain kuetiau dan taugeh, bahan lain yang dimasukkan ialah kerang, telur dan udang segar. Sepinggan kecil kuetiau Din seperti gambar yang tertera berharga RM4 sahaja. Memang berbaloi masa menunggu yang harus diambil justeru aroma kuetiau yang masih panas itu sahaja sudah membangkitkan selera.

Bekas pekerja dan rakan kongsi Din, iaitu Zack tadi telah membuka premis jualan kuetiau sendiri di pekan Razaki, berdekatan Sungai Rokam. Seperti Din, Zack juga tidak menang tangan memenuhi permintaan pelanggan yang bagaikan tidak kenal erti jemu dengan 'air tangan' Zack. Tidak perlu risau kerana Zack menggunakan sarung tangan plastik dalam proses mencampurkan bahan masakan ke dalam kuali.

Zack berjaya lari daripada ciri tipikal kuetiau bekas mentor beliau, Din, dengan menyerlahkan penggunaan kicap. maka, tekstur dan warna kuetiau yang digoreng oleh Zack sudah berbeza dan tersendiri. Seperti Din, Zack tidak menyediakan kuetiau lambak (disediakan dalam satu talam untuk jualan), sebaliknya digoreng berdasarkan pesanan pembeli. Hanya ketika berniaga pada bulan puasa (bazar Ramadan), jualan kuetiau lambak dilakukan.

...

...

No comments: