SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, February 12, 2014

PELAKSANAAN PBS DIKAJI SEMULA (SCHOOL EDUCATION IN MALAYSIA)

Satu kajian menyeluruh bagi memperoleh rumusan sistem pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) akan dikenal pasti bagi memantapkan pelaksanaannya (klik di sini). PBS yang mula diperkenalkan mulai tahun 2012 itu menerima pelbagai bentuk maklum balas, terutama isu teknikaliti masukan data secara atas talian. Empat komponen PBS ialah pentaksiran pusat (PP), pentaksiran sekolah (PS), pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum (PAJSK) dan pentaksiran psikometrik (PPsi).

Pelaksanaan PBS (dikaji semula) dengan PBS (dikaji semula) ialah dua isu yang sangat berbeza. Dalam kata lain, kajian menyeluruh pelaksanaan PBS bertujuan untuk proses penambahbaikan, bukan untuk pemansuhan sebagaimana yang terjadi kepada PPSMI. Pelaksanaan PBS telah memenuhi kehendak untuk beralih daripada sistem peperiksaan berpusat sepenuhnya kepada sistem pengukuran dan penilaian pendidikan secara berterusan dengan autonomi tertentu di peringkat sekolah.

Pada prinsipnya, PBS sejajar dengan amalan kegiatan bilik darjah dan proses pembelajaran yang berkesan. Selama ini pun, komponen pentaksiran, sama ada formatif (klik di sini dan di sini) atau sumatif sentiasa dilaksanakan di sekolah. Menerusi pelaksanaan PBS, pentaksiran formatif dan sumatif diberikan wajaran gred pencapaian tertentu mengikut band.

Dalam kata lain, komponen pentaksiran dalam pembelajaran di bawah PBS telah diberikan status yang tertentu, bukan setakat untuk mengukur pencapaian hasil pembelajaran sebagaimana saranan mazhab tingkah laku (behaviourism). Kegiatan bilik darjah dan penglibatan murid sentiasa diberi penilaian dan membawa wajaran pencapaian band yang ditetapkan. Maka, bahan bukti atau eviden sama ada menerusi hasil tugasan murid atau catatan guru perlu sentiasa dikemas kini.

PBS menjadi mengukuhkan anjakan daripada sistem berpusat sepenuhnya (centralization) kepada sistem teragih (dicentralization) sepertimana amalan di Amerika Syarikat. Sebelum ini lebih banyak autonomi diserahkan kepada pihak sekolah seperti pengurusan kewangan (status pusat tanggungjawab, PTJ), pentadbiran cuti, dan rekod pengisytiharan harta. Sekolah kluster kecemerlangan dan sekolah berprestasi tinggi pula menikmati autonomi yang lebih luas, termasuk pengambilan guru dan kakitangan.

Sebuah kesatuan guru yang berpengaruh, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK, NUTP) menyambut baik kajian semula pelaksanaan PBS, malah meminta supaya sistem PBS dinilai semula secara tuntas. Presiden KPPK, Hashim Adnan berkata isu kesahan dan kebolehpercayaan PBS perlu diberi perhatian yang serius bagi mengelakkan manipulasi (klik di sini). Ura-ura kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) untuk menganjurkan bantahan di Putrajaya pada 22 Mac ini tidak boleh dipandang sebelah mata.

...

...

...

...

No comments: