SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, February 10, 2014

PENGALAMAN BERURUSAN DENGAN POLIS TRAFIK (ETHICS AND STANDARD OPERATION PROCEDURE)

Walaupun sebahagian pengguna jalan raya berasa cuak dengan kehadiran anggota polis trafik kerana khuatir disaman, hakikatnya peranan mereka sering disalah anggap. Anggota polis trafik sanggup berdiri di kawasan laluan kenderaan yang sibuk, terdedah kepada pelepasan asap kenderaan yang sangat tercemar, cuaca ekstrem dan provokasi pemandu tidak berhemah. Mereka juga berdiri dalam tempoh yang lama di lokasi bertugas, sambil memantau tingkah laku pengguna yang diserang tekanan untuk cepat tiba ke tempat tujuan masing-masing.

Sekatan jalan raya juga diadakan dari masa ke masa atau secara mengejut, bergantung kepada keperluan dan kes-kes yang segera. Di samping komunikasi secara tradisional seperti penggunaan walkie talkie, anggota polis trafik juga dibekalkan dengan teknolgi imbasan yang boleh membaca kod bar tertentu pada paparan cukai jalan. Operasi bersepadu dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Unit Tindakan Khas (UTK), Rela dan polis bantuan (PVR) juga dilaksanakan.

Antara kesalahan biasa pemandu kenderaan ialah memandu melebihi had laju yang dibenarkan, tidak memakai tali pinggang keledar, menggunakan telefon bimbit, memotong garisan berkembar, memasuki kawasan garis putih serong (no man island) dan memandu secara bahaya. Pesalah jalan raya akan dikeluarkan notis saman di tempat kejadian dan perlu membuat urusan susulan di unit trafik berdekatan. Pesalah boleh memilih oleh melunaskan bayaran kompaun (lebih rendah daripada jumlah saman) sebelum tamat tempoh yang ditetapkan ataupun sanggup ke mahkamah majistret.

Andai kata pemandu terbabit dengan kemalangan sama ada secara bersendirian atau jiran (istilah undang-undang untuk pemandu di hadapan, belakang, kiri dan kanan), laporan hendaklah dilakukan di balai polis berhampiran supaya kertas siasatan kes dapat dibuka oleh unit trafik dalam tempoh 24 jam. Kegagalan berbuat demikian mungkin mengakibatkan pemandu berkenaan dikenakan bayaran kompaun. Pemandu proaktif akan mengambil gambar lokasi kejadian, kenderaan terbabit dan  pihak yang satu lagi.

Sebelum membuat laporan polis, pastikan bahawa dokumen siasatan seperti kad pengenalan, lesen memandu dan bahan bukti (gambar digital) disediakan terlebih dahulu. Laporan atau aduan kemalangan akan dicatat menerusi sistem komputer PDRM secara masa sebenar yang boleh dicapai di mana-mana balai polis di seluruh negara. Pengadu akan diarah untuk bertemu dengan pegawai penyiasat tertentu yang akan meminta dokumen tambahan seperti geran kenderaan dan sijil insurans / takaful untuk proses keputusan kes.

Jika keputusan kes memihak kepada pengadu, proses selanjutnya ialah membeli salinan laporan polis yang disahkan (RM4) dan mendapatkan salinan keputusan kes (sekitar RM3 satu salinan) yang disahkan. Pihak yang didapati bersalah akan dikenakan bayaran kompaun (RM300) secara serta-merta, atau jika tidak berpuas hati boleh memanjangkan kes berkenaan ke mahkamah. Jika kedua-dua pihak hendak cuba menyelesaikan kes di luar siasatan polis trafik, mereka boleh meminta budi bicara pegawai penyiasat untuk menangguhkan notis kompaun sehari dua. 

...

...

...

...

1 comment:

Unknown said...

Pengalaman mngadu dgn Polis trafik gelangpatah mngenai pelanggaran. Pernahkah anda mngalami kes mahu d tunda selama 2bulan??? Kem lenyap d lesap. Kelak Bila cungkil smula akn d katakan kes lama dah luput??? Pande kah polis trafik jb buat kerja? Maaf ckp polis investigation smua berunsur dgn emo d kperluan mereka bukn kperluan masyarakat. Maka tak guna buang duit kerajaan mnyimpan polis yg tak pande berkhidmat. Kempen bersih d tulus tu cuma d lidah aje. Org camni depa takda "balls" dah kena kerat .tulah tak dpt berkhidmat.pkaikan depa bra d pampers suruh duduk rumah hisap puting. Tak sangka bodoh d bahlol camni!!!!