SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, March 31, 2014

PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA: SUATU ANALISIS MAKROEKONOMI (TRANSFER PAYMENT AND WELFARE MAXIMISATION)

Secara teori, pelaksanaan dasar makroekonomi bertujuan menjamin pertumbuhan yang mapan, tanpa inflasi dan tanpa pengangguran, serta dengan imbangan pembayaran yang positif. Di Malaysia, tujuan berkenaan cuba dicapai menerusi sistem agihan pendapatan yang lebih berkesan dan cekap. Proses rasionalisasi subsidi dan pelbagai skim bantuan kewangan di bawah program 1Malaysia dilaksanakan agar kek kemakmuran ekonomi negara dapat dikongsi oleh sekalian lapisan rakyat jelata (isi rumah).

Antara skim yang dimaksudkan ialah baucar buku 1Malaysia (BB1M) yang bernilai RM250 kepada semua pelajar pengajian tinggi dan prauniversiti, termasuk pelajar tingkatan enam. Semua pelajar yang berdaftar secar sah, sama ada di institut pengajian tinggi awam (ipta) mahupun swasta (ipts) layak menikmati bantuan kewangan yang diberikan itu. Baucar tersebut boleh ditebus di mana-mana kedai buku yang mengambil bahagian berdasarkan tarikh luput yang tertentu.

Dalam kajian ekonomi, segala bentuk bayaran atau ganjaran terhadap seseorang atau sesebuah organisasi tanpa sumbangan produktif diklasifikasikan sebagai bayaran pindahan. Contohnya ialah biasiswa, elaun pengangguran, pencen bulanan dan subsidi. Maka, BB1M termasuk dalam kategori bayaran pindahan, tetapi tetap menyumbang terhadap kerancakan kegiatan ekonomi, terutama dalam sektor perniagaan bahan bacaan.

Dengan anggaran konservatif bahawa 400,000 orang pelajar menerima BB1M, maka sejumlah RM1 bilion bakal mengalir ke dalam kocek atau kantung taukeh kedai buku. Tambahan pendapatan industri buku itu turut dikongsi oleh penulis buku dalam bentuk honorarium dan royalti, kilang cetak, pembekal kertas, pekerja dalam bentuk elaun khas dan kesan rantaian yang lain. Seterusnya, semua pihak yang menikmati pendapatan yang lebih tinggi akan berbelanja dalam sektor lain, misalnya pelancongan, atau menambah tabungan di bank yang bererti bahawa dana pinjaman dan pelaburan bakal mengelembung.

...

...

...

...

...

...

No comments: