SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, April 3, 2014

SEPINTAS LALU TENTANG SEKOLAH 'MISSION' DI MALAYSIA (THE SO-CALLED BROTHERS EDUCATIONAL APPROACH)

Sekolah mission ialah sekolah mubaligh Kristian yang mula ditubuhkan di Malaysia pada kurun ke-16 apabila Portugis menawan Melaka (klik di sini). Dalam buku-buku sejarah, kegiatan penjajahan Barat sering dikaitkan dengan tujuan mendapatkan emas, kemegahan dan penyebaran agama Kristian (gold, glory and gospel) (klik di sini dan di sini). Mereka tampak berjaya di benua Afrika, India, Filipina, sebahagian India, Korea Selatan, Amerika Selatan, malah di Indonesia 10 peratus penduduknya ialah penganut Kristian.

Di Malaysia, penyebaran Kristian secara terbuka tidak dibenarkan di bawah peruntukan perlembagaan negara (klik di sini dan di sini). Masyarakat Islam memang sangat berpegang kuat kepada aqidah dan iman walaupun mungkin amalan seharian mereka tidak menggambarkan penghayatan Islam secara tuntas (syumul). Suatu ketika dahulu sebahagian ibu bapa enggan menghantar anak mereka ke sekolah mubaligh atas kekhuatiran anak mereka bakal dipengaruhi untuk meniru amalan orang kafir.

Kassim Tukiman, 2002 sebagaimana yang dipetik oleh Mohd Abdul Halim bin Paijalah (2013) menyebut:

               Namun demikian, kedatangan penjajah menyebabkan proses pendidikan di
               madrasah dan sekolah agama terancam kerana sistem sekular yang dibawa oleh
               mereka. Pada peringkat awal, penjajah British telah menubuhkan sekolah Inggeris
               yang dikendalikan oleh golongan mubaligh Kristian. Hal ini menunjukkan bahawa
               British telah berusaha membawa elemen agama dalam proses kristianisasi semasa
               menjajah negara ini. Keadaan ini telah menimbulkan rasa gelisah dalam kalangan
               orang Melayu yang kebanyakannya beragama Islam.
(klik di sini)

Namun, sistem pendidikan kebangsaan menerima kepelbagaian warisan sejarah penubuhan sekolah sebagai suatu kekuatan untuk memacu negara ke arah perpaduan yang menjadi jaminan kemakmuran dan keutuhan masyarakat berbilang-bilang latar belakang keturunan dan kepercayaan. Mulai awal dekad 1970-an secara beransur-ansur sekolah mubaligh bertukar status sebagai sekolah bantuan modal dengan pangkal nama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK). Segala urusan kurikulum dan pelantikan terletak di bawah bidang kuasa kementerian pendidikan, manakala hak milik bangunan dan kawasan sekolah masih menjadi milik penganjur mubaligh Kristian (klik di sini).

...

...

...

...

...

...

No comments: