SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, May 11, 2014

KULIAH PENGENALAN EKONOMI SEBAGAI SAINS KEKAYAAN (THE ORIGINAL IDEA OF HOUSEHOLD MANAGEMENT)

Hasil pembelajaran
1   Mentakrifkan ilmu ekonomi sebagai kajian tentang bagaimana sumber terhad digunakan
     untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad
2   Menggariskan perbezaan antara mikroekonomi dengan makroekonomi

Asal perkataan ekonomi
-  gabungan 'oikos' dan 'nomos'
-  'oikos' bererti rumah tangga
-  'nomos'  (nemien) bererti peraturan, pengurusan atau agihan
-  maka, secara etimologi (kajian asal usul kata, ekonomi bermaksud 'peraturan rumah tangga'
-  dalam konteks yang lebih luas, ekonomi merujuk kepada sistem yang berkaitan dengan hal ehwal
    manusia bagi memastikan peruntukan (sumber) yang cukup kepada masyarakat /
    mengelakkan pembaziran (sumber)
(klik di sini untuk bacaan lanjut)

Takrif ekonomi
-  sains kekayaan (Adam Smith, klik di sini)
-  sains kebajikan (klik di sini)
-  sains kekurangan  (contoh perbincangan: klik di sini)
-  kajian sains sosial tentang cara manusia memperuntukkan sumber yang terhad bagi memenuhi
   kehendak manusia yang tidak terhad (dengan cara yang paling cekap).

Bidang kegiatan ekonomi
-  pengeluaran
-  penggunaan
-  pertukaran

Beza antara miroekonomi dengan makroekonomi
-  ejaan :  mikro merujuk analisis pelaku ekonomi secara individu
            :  makro merujuk analisis pelaku ekonomi secara agregat
-  mikro memberi tumpuan terhadap bahagian kecil daripada keseluruhan: seorang pengguna,
   sebuah firma, sebuah pasaran; makro memberi tumpuan terhadap tindakan pengguna secara
   keseluruhan, firma secara keseluruhan, kegiatan ekonomi secara keseluruhan
-  mikro berteraskan teori harga (pasaran barang, pasaran faktor;
   makro berteraskan pencapaian keseimbangan kegiatan ekonomi
-  pemboleh ubah utama mikro ialah permintaan (DD) dan penawaran (SS);
   pemboleh ubah utama makro ialah permintaan agregat (AE) dan penawaran agregat (AS)
-  matlamat kajian mikro untuk melihat peranan pasaran dan keperluan campur tangan kerajaan
   matlamat kajian makro ialah mengkaji pelaksanaan dasar (fiskal, kewangan) bagi mencapai
   pertumbuhan yang mapan, tanpa inflasi, tanpa pengangguran, dan imbangan pembayaran positif

Kesimpulan
-
-
-

No comments: