SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, June 10, 2014

BANGUNAN LAMA KAMPUNG KEPAYANG DIRUNTUHKAN (MAKE WAY FOR DEVELOPMENT)

Di Ipoh, terdapat dua Kampung Kepayang: pertama berdekatan Fair Park dan Stadium Perak, dan kedua di mukim Sungai Raya, menuju ke Gopeng. Tulisan ringkas ini merujuk Kampung Kepayang yang kedua. Berhampiran masjid disitu, terdapat deretan kedai sebagai tinggalan urus niaga bijih timah dahulu.

Dalam tempoh terdekat, pemandangan di kiri kanan jalan Kampung Kepayang bakal berwajah baharu. Deretan kedai lama tadi sudah pun dalam proses pelupusan, iaitu diruntuhkan. Laluan sempit yang menjadi punca kesesakan pada waktu puncak antara Ipoh menuju Gopeng dan Kampar akan dilebarkan.
Deretan kedai berkenaan sudah lama terbiar kerana tidak selamat untuk maksud penghunian dan perniagaan. Pokok tumpang dan tumbuhan parasit telah menjalar hingga ke bumbung dan dinding. Jika tidak diruntuhkan sekalipun, bangunan lama itu bakal roboh sendiri yang mungkin mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya dan penduduk berhampiran.

Di bawah program transformasi pekan kecil negeri Perak, hampir 20 buah lokasi telah dikenal pasti untuk projek naik taraf, pemulihan dan penambahbaikan prasarana. Pusat pertumbuhan ekonomi baharu yang dihasratkan itu dijangka menjana kesan rantaian terhadap kegiatan penduduk setempat. Keistimewaan yang selama ini tersembunyi di pekan kecil seperti kampung Kepayang mungkin lebih terserlah.

Kerja merobohkan deretan kedai lama Kampung Kepayang dilakukan pada waktu siang dengan menggunakan jentolak. Pengawasan dilakukan dengan rapi supaya peristiwa Fair Park beberapa tahun yang lalu tidak berulang. Ketika itu bangunan lama diruntuhkan pada waktu malam, lalu dua mangsa kehilangan nyawa akibat ditimpa runtuhan konkrit.
Kemajuan bandaraya Ipoh sudah melimpah ke bandar satelit berhampiran seperti Batu Gajah, Gopeng dan Tanjung Rambutan. Nilai hartanah di semua kawasan telah mengalami peningkatan yang mendadak. Tambahan pula, Ipoh telah diberi penarafan bandar ketiga terbaik pilihan golongan pesara.

Transformasi Kampung Kepayang, mukim Sungai Raya telah bermula. Tiada bantahan oleh penduduk tempatan. Sebaliknya, mereka menanti perubahan rupa bentuk pekan yang lebih canggih dan moden.

Hakikatnya ialah tiada yang kekal di dunia ini, melainkan perubahan. Namun, setiap perubahan memiliki harga yang tertentu, iaitu korban sejarah. Seperti kota Rom yang tidak dibina dalam sehari, tapak warisan boleh lenyap sekelip mata ...

No comments: