SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, June 20, 2014

MOTIVASI BELAJAR: BERHATI-HATI MEMILIH RAKAN (UNCOVER YOUR AUTHENTIC SELF)

Assalamua alaikum dan salam sejahtera,

Bersyukur kita ke Hadrat Ilahi dapat bertemu kembali dalam slot motivasi buat kesekian kalinya. Sesungguhnya nikmat panjang umur dan murah rezeki yang dinikmati hendaklah disyukuri sepenuhnya. Walaupun begitu banyak insan yang mengalami penderitaan, Alhamdulillah, Allah masih menguji iman kita dengan kelapangan waktu, kesenangan dan kesihatan yang baik-baik.

Marilah kita bercakap sebentar tentang keperluan memilih rakan yang sejati supaya dapat memacu kita ke arah pencapaian akademik dan kemahiran insaniah dengan cemerlang. Rakan yang sejati tidak akan membiarkan kita rebah separuh jalan, lalu mengalah dalam proses pembelajaran. Rakan yang sejati tidak sekali-kali sanggup menjadi batu api yang menghembuskan bisikan jahat supaya kita menarik diri daripada berusaha bersungguh-sungguh dalam menghadapi proses pembelajaran yang mencabar.

Keputusan memilih rakan yang sejati merupakan langkah kritikal yang bakal mempengaruhi perjalanan kehidupan kita di dunia yang fana ini, seterusnya sentiasa mengingatkan kita tentang kehidupan yang kekal abadi di sana nanti. Rakan yang sejati mendorong kita ke arah amalan terbaik, disiplin dan sahsiah mulia. Pendek kata, rakan yang sejati ialah insan yang istiqamah dalam menjunjung prinsip kebenaran, kecemerlangan dan semangat juang yang tuntas.

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

No comments: