SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, June 9, 2014

PANDUAN MEMILIH GURU TUISYEN (CLASSES OUTSIDE SCHOOL)

Pelbagai metafora diberikan terhadap kelas tuisyen berbayar. Misalnya, kelas tuisyen dianggap sebagai pusat jagaan lanjutan setelah separuh hari murid berada di sekolah. Ibu bapa sanggup memperuntukkan sejumlah wang dan masa untuk menghantar anak ke kelas tuisyen daripada berasa rimas melihat si anak melayan siaran televisyen atau perisian gajet yang lain.

Di bandar besar, pilihan untuk kelas tuisyen begitu luas, termasuk program khas pintar matematik, bahasa Inggeris dan sains. Begitu juga dengan kelas peluahan kreatif seni tampak. Ibu bapa Islam juga mempunyai pilihan untuk program tahfiz sambilan, taranum, dan pandai jawi.

Ibu bapa bukan tidak percaya kepada mutu pembelajaran di sekolah, tetapi berasa bahawa dengan bilangan murid di sesebuah bilik darjah, anak mereka mungkin tidak diberi perhatian khusus. Maka, kelas tuisyen diharap dapat menampung keperluan berkenaan. Demikian juga bilangan waktu pembelajaran mata pelajaran kritikal seperti Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi sebanyak empat waktu seminggu dianggap tidak mencukupi.

Ibu bapa yang berpendapatan tinggi sanggup mengupah guru tuisyen datang ke rumah dan memberi tuisyen hanya kepada anak mereka seorang. Setiap pertemuan selama dua jam dibayar antara RM50 hingga RM100. Guru tuisyen mewah seperti itu lazimnya tidak tertakluk kepada proses pendaftaran kerana tiada jadual dan tatacara kontrak yang tetap disediakan.

Kelas tuisyen tertentu menjadi tumpuan kerana sebaran cerita dari mulut ke mulut, sama ada oleh ibu bapa yang berasa puas hati dengan kemajuan pembelajaran anak masing-masing, atau oleh murid sendiri yang mahu mencontohi pencapaian cemerlang murid lebih senior. Kelas tuisyen itu mungkin diadakan di bangunan khusus, atau sekadar di rumah guru. Tiada iklan diperlukan kerana kepercayaan ibu bapa dan murid telah tersebar dengan cepat.

Selain itu, daya tarikan sesebuah kelas tuisyen ialah tenaga pengajar yang berwibawa, terutama guru yang arif tentang selok-belok peperiksaan. Guru berkenaan tidak semestinya pemeriksa kertas (maklumat berkenaan berstatus sulit), guru cemerlang atau panel rujukan mata pelajaran tertentu. Ibu bapa dan murid berasa berbaloi dengan kaedah penyampaian dan bimbingan yang berkesan.

Terdapat juga ibu bapa yang menaruh kepercayaan kepada syarikat pakar runding tertentu dalam menyediakan modul pembelajaran yang memperoleh hak paten, misalnya Kumon dan Math Monkey untuk pintar matematik. Syarikat berkenaan juga menyediakan khidmat rundingan kepada organisasi kerajaan dan swasta. Maka, ibu bapa beranggapan bahawa pilihan mereka tidak mungkin salah.

...

...

...

No comments: