SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, June 15, 2014

ILMUAN SELEBRITI, ILMUAN INTEGRITI (PSEUDO-INTELLECTUAL INFLUENCE)

Golongan bijak pandai, cendekiawan, ilmuan, intelektual dan sarjana memiliki autoriti dalam sesuatu disiplin yang khusus, berkeupayaan melaksanakan penyelidikan yang autentik dan berpegang kepada akauntabiliti dan etika yang luhur. Setiap butir tutur kata mereka bagaikan mutiara terpilih yang sangat berharga. Pendapat yang mereka lontarkan bukan berdasarkan kecenderungan peribadi yang dipengaruhi oleh mana-mana kepentingan mahupun spekulasi, sebaliknya bertunjang terhadap ilmu pengetahuan yang sah lagi benar.

Namun, belakangan ini golongan ilmuan juga terkena tempias dunia glamor dan populariti sehingga terlajak mesra media popular. Maka, terdapat segelintir ilmuan yang pantang dikemukakan soalan media, mereka terus gopoh memberi jawapan. Khalayak pembaca, pendengar dan penonton kini juga memiliki akses kelayakan akademik dan ikhtisas yang tidak kurang hebatnya.

Tidak hairanlah bahawa lontaran pendapat separuh masak ilmuan selebriti menerima kritikan hebat menerusi laman media sosial dan perbincangan tidak rasmi. 

Keadaan bertambah parah apabila semakin banyak pula individu yang sekadar memiliki ijazah asas turut tampil berhujah seolah-olah mereka pernah menghasilkan artikel jurnal yang diiktiraf oleh komuniti sarjana. Lebih berat lagi apabila beberapa selebriti lulusan diploma mengangkat diri mereka setara dengan sarjana fiqh antarabangsa. Dengan bermodalkan kepetahan bercakap, selebriti segera berkenaan berjaya memukau sejumlah khalayak yang besar walaupun pada hakikatnya input keilmuan dan hujah mereka masih cetek.

...

...

...

...

...

...

No comments: