SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, June 11, 2014

CENDOL ASLI IPOH (ACROSS GENERATION)

Memang benar minuman cendol boleh diperoleh dengan mudah di pasar malam, penjaja, gerai tetap, gedung beli-belah dan di majlis jamuan. Menjelang bulan puasa, sebahagian peniaga bazar Ramadan turut bercadang untuk menjual ais cendol. Walaupun macam-macam gambaran dilemparkan terhadap cendol, permintaan pengguna sentiasa menggalakkan.

Cendol dipopularkan oleh golongan peniaga mamak yang memiliki resepi tersendiri (klik di sini). Namun, kini peniaga kecil Melayu juga telah berjaya memecahkan monopoli jualan cendol itu dengan resepi yang diubah suai sedikit. Hotel juga menawarkan cendol sebagai salah satu menu istimewa mereka.

Penjual cendol juga mempunyai sasaran pelanggan khas, iaitu para jemaah masjid yang menunaikan solat Jumaat. Sebelum azan berkumandang, gerai cendol dipenuhi jemaah yang mahu membasahkan tekak masing-masing. Jika cuaca panas, jualan cendol lazimnya melonjak.
Walaupun perniagaan cendol telah memasuki era baharu dengan perniagaan skala besar, sebagai perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan jualan sampingan, peminat-peminat cendol masih mencari cendol yang dianggap asli dan unik. Di bandaraya Ipoh, terdapat sebuah gerai cendol istimewa bersebelahan bazar bulat di Jalan Tawil Azar. Gambar di atas menunjukkan gerai berkenaan sudah hendak ditutup pada pukul 6.30 petang setelah beroperasi sejak 11 pagi.

Pada waktu puncak, orang ramai sanggup beratur panjang untuk mendapatkan semangkuk cendol atau untuk membuat pesanan cendol bungkus. Harga semangkuk cendol biasa ialah RM1.50, tetapi kalau dibungkus, tambah 20 sen lagi. Cendol PJK (pulut, jagung dan kacang) pula dijual dengan harga RM3.50 semangkuk, atau RM3.70 sebungkus.

Walaupun ruang jualan cendol istimewa Ipoh itu kecil sahaja, tetapi diurus dengan sangat teratur. Peniaga yang telah mencecah usia emas itu dibantu oleh seorang pembantu wanita yang memiliki tanda di dahi. Kedengaran alunan lagu tamil klasik, tidak dapat dipastikan sama ada siaran radio, pemain cakera padat atau MP3.

Tempat meletak kenderaan memang menjadi masalah, tetapi penggemar cendol istimewa Ipoh sanggup mencari jalan supaya dapat juga singgah di CT Corner Cendol berkenaan. Kalau berjaya merebut kerusi sambil menikmati cendol di situ juga, pelanggan berkenaan dianggap bertuah. Kebisingan kenderaan dan asap yang dilepaskan langsung tidak dihiraukan.

Maka, pengunjung bandaraya Ipoh patut memasukkan gerai cendol asli Ipoh yang mendakwa telah beroperasi sejak 1960-an lagi itu dalam acara perjalanan. Selepas itu, cuba bandingkan kelazatan cendol asli Ipoh dengan cendol Klang, cendol Changlun dan cendol Pulau Pinang. bak kata pembeli bijak, memang berbaloi ...

No comments: