SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, June 11, 2014

SEMAKAN RAYUAN IPTA DAN TINDAKAN SUSULAN (ADMISSION TO TERTIARY STUDY)

Keputusan rayuan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik Premier bagi program Pengajian Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf boleh disemak mulai pukul 12 tengah hari, esok. Agensi berita nasional, Bernama melaporkan bahawa Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Dr Asma Ismail berkata, calon boleh membuat semakan keputusan dengan mengklik pautan http://upu.moe.gov.my, https://jpt.utm.my, http://jpt.uum.edu.my, https://jpt.unimas.my dan http://jpt.ums.edu.my. Pemohon juga boleh menyemak keputusan rayuan ke IPTA dengan menghubungi Hotline 03-8870 6767, Helpline 03-8870 6777, talian am 03-8870 6755/6766 atau menerusi khidmat pesanan ringkas dengan menaip UPU RESULT [nombor kad pengenalan] dan hantar ke 15888.

"Pemohon boleh membuat semakan tawaran dan mencetak surat tawaran rasmi menerusi laman web rasmi IPTA berkaitan atau Jabatan Pengajian Politeknik mulai esok," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini. Sejumlah 39,107 orang calon mengemukakan rayuan untuk kemasukan ke program pengajian peringkat Asasi/Diploma di IPTA/Politeknik Premier bagi sesi Akademik 2014/2015. Prof. Asma menegaskan bahawa Kementerian Pendidikan tidak pernah melantik mana-mana ejen atau wakil dalam pengurusan pemilihan kes rayuan ke IPTA.

pengurusan pengambilan diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi dengan mengguna pakai dasar, prosedur serta kriteria pemilihan yang ditetapkan kementerian. Dasar kementerian tidak membenarkan sebarang pertukaran program pengajian di dalam IPTA/Politeknik Premier atau antara IPTA/Politeknik Premier. Keputusan rayuan adalah muktamad dan sekiranya tiada sebarang tawaran diterima daripada IPTA/Politeknik Premier sehingga 30 Jun 2014, rayuan hendaklah dianggap gagal

...

...

...

...

...

(Ubah suai dari sini)

No comments: