SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, July 8, 2014

PENGENALAN TEORI PERMINTAAN (WANTS CUM PURCHASING POWER)

Pengenalan

Konsep permintaan dalam ekonomi merujuk kepada permintaan berkesan, iaitu kehendak yang diikuti oleh kesanggupan membayar atau kuasa beli. Jika semata-mata kehendak hanya bermaksud keinginan memperoleh sesuatu barang atau perkhidmatan. Sebab itulah kehendak bersifat tidak terhad secara relatif (berbanding) dengan sumber yang bersifat terhad, manakala permintaan dipengaruhi oleh pelbagai penentu dalam pasaran.


Takrif / definisi permintaan

Kesanggupan pelaku ekonomi (isi rumah, firma, kerajaan) membayar sesuatu barang atau perkhidmatan berdasarkan tingkat harga, kuantiti, jangka masa dan pasar yang tertentu.

Hukum Permintaan

Apabila harga sesuatu barang naik, maka kuantiti yang diminta bagi barang tersebut akan turun, dan sebaliknya apabila harga barang tersebut turun, kuantiti diminta terhadap barang tersebut akan naik, ceteris paribus (andaian: faktor / penentu lain tidak berubah). Hubungan antara harga dengan kuantiti diminta bersifat songsang / negatif.

Keluk Permintaan

Menujukkan hubungan antara harga dengan kuantiti sesuatu barang.

Sebab keluk permintaan bercerun negatif

i      kesan penggantian

       Andaikan harga sesuatu barang itu naik, maka harga barang lain (pengganti) akan menjadi
       lebih rendah (murah) secara relatif walaupun masih sama sebagaimana sebelumnya.

ii     kesan pendapatan

      

iii     hukum utiliti sut berkurangan

        tambahan penggunaan sesuatu barang secara berterusan akan mengakibatkan tambahan
        kepuasan yang diperoleh akan berkurangan. Maka, kesanggupan membayar untuk penggunaan
        unit barang kedua dan seterusnya semakin rendah. Tidak menghairan jika peniaga memberi
        tawaranpotongan harga bagi barang kedua dan seterusnya.


Penentu permintaan, Dx = f(Px, Py, Y, cita rasa, musim, ..., n)



Beza kuantiti diminta dengan permintaan

kuantiti diminta naik = permintaan berkembang

kuantiti diminta turun = permintaan menguncup


Perubahan permintaan



Huraian arah dan saiz permintaan


No comments: