SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, September 16, 2014

KEDUDUKAN UNIVERSITI TEMPATAN MELONJAK SEMULA? (AGAINST PERCEPTION)

Sambutan Hari Malaysia yang sedikit tercemar dengan peristiwa kebocoran kertas UPSR barangkali tertebus dengan persepsi kedudukan universiti kita yang menunjukkan peningkatan. Badan penarafan universiti dunia yang diberikan publisiti meluas menyaksikan Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia masing-masing dalam kelompok 200 dan 300 buah universiti terbaik dunia. QS sebelum ini bersama dengan Times Higher Education Supplement (Thes) yang kini tinggal THE.

Sejajar dengan status universiti sulung negara, Universiti Malaya kekal di tangga teratas dalam kalangan universiti tempatan yang berjaya memasuki carta persepsi penarafan Barat itu. Kedudukan terbaik UM ialah nombor 89 pada tahun 2005 apabila Thes ketika itu menyangka pensyarah dan pelajar bukan Melayu sebagai warga asing. Maka, pencapaian kali ini lebih tulen, serta yang terbaik setakat ini.
UM kini dipimpin oleh siswazah perubatan pertengahan 1980-an keluaran mereka sendiri. Naib canselor sebelum ini, Tan Sri Dr. Gauth Jasmon ialah profesor kejuruteraan  lulusan United Kingdom. Profesor Dr. Hashim Yaacob pula pakar runding pembedahan pergigian lulusan Otago, New Zealand dan United Kingdom.

Sementara itu, UKM pula menghuni kedudukan ke-259, dan UTM ke-294. USM yang dinobatkan sebagai universiti apex hanya mampu berpuas hati pada tangga 304. UIAM pula berada dalam kelompok 501-550, manakalA UiTM berjaya menembusi carta 651-700.

Penarafan terkini QS bagaikan pengesahan status lima buah universiti penyelidikan (RU) yang tersebut. Perkara menarik yang berlaku ialah peningkatan mendadak UTM sehingga melonjak 61 anak tangga. UTM berjaya memintas kedudukan USM enam tangga di atas.

UM melonjak 16 anak tangga, UKM 10, USM 46 dan UPM 25-30. UIAM kekal dalam kelompok terdahulu, tetapi UiTM bergerak lebih tinggi. Empat tonggak penarafan QS merangkumi penyelidikan, pengajaran, kebolehgajian dan pengantarabangsaan.

Perhatian terhadap lima buah RU tidaklah menghairankan justeru nisbah pelajar prasiswazah dan pascasiswazah adalah 50 : 50 berbanding dengan universiti komprehensif 70 : 30. Jalinan antarabangsa RU juga relatif kukuh, misalnya UM dengan Institut Asia-Eropah. UKM menerusi fakulti undang-undang mempunyai jalinan strategik dengan Universiti Cambridge.

UTM yang berteraskan kejuruteraan kini melangkah keluar dari kepompong berkenaan apabila turut membuka fakulti perubatan, perakaunan dan pengajian sains sosial. UPM pula terkenal dengan sekolah perniagaan siswazah (GSB) antara yang terbaik di dunia. Keupayaan profesor tempatan dan antarabangsa yang berkhidmat di RU menggamit kehadiran calon ijazah tinggi dari seluruh dunia ...

No comments: