SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, September 10, 2014

KERTAS BOCOR: SAINS UPSR ESOK DITUNDA KE 30 SEPTEMBER (PRIMARY YEAR SIX TO EXTEND REVISION)

Murid tahun enam sekolah rendah belum boleh menarik nafas lega atau berteriak 'merdeka' justeru Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berlanjutan hingga hari Selasa, 30 September ini. Kertas Sains dengan kod mata pelajaran 018 (sekolah kebangsaan), 028 (SJKC) dan 038 (SJKT) telah disahkan bocor. Pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) membuat pengumuman tentang penangguhan tarikh peperiksaan kertas berkenaan yang sepatutnya diduduki oleh hampir setengah juta orang calor UPSR esok, 11 September 2014 (Khamis).

Dalam satu kenyataan, pihak LPM menyebut bahawa kebocoran kandungan kertas Sains tersebut tersebar menerusi media sosial. Laporan polis telah dilakukan supaya proses siasatan dan tindakan boleh diambil berdasarkan peruntukan undang-undang (sumber berita: klik di sini dan di sini). Hal ini bermakna calon yang terbabit kini mempunyai masa kira-kira tiga minggu untuk membuat semula persiapan dan ulang kaji kertas sains.

Murid tahun enam dan ibu bapa tidak perlu diselubungi rasa panik kerana pihak LPM telah mengambil langkah-langkah yang perlu berdasarkan piawaian tatacara operasi (SOP) pentadbiran peperiksaan awam. Sementara itu, kertas Bahasa Inggeris berjalan mengikut jadual.Mesej apklikasi WhatsApp menggambarkan reaksi ibu bapa yang bercampur baur antara tersentak dengan gembira.

Calon dinasihatkan supaya hadir ke sekolah seperti biasa bagi memperoleh butiran lanjut daripada pihak guru besar. Ujian-ujian lain yang dilaksanakan sebaik sahaja UPSR berakhir seperti ujian aptitud kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP), sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) dan sekolah agama negeri tertakluk kepada keputusan pihak berkenaan yang disampaikan menerusi guru besar. Taklimat oleh guru kaunseling dan guru Pendidikan Islam sudah pasti sangat berguna bagi calon menjawab kesemua ujian yang berkenaan.


Ibu bapa yang berasa gembira dengan penangguhan kertas Sains kerana boleh berharap anak masing-masing bakal membuat persiapan tambahan. Pusat tuisyen juga mungkin mengadakan program khas supaya momentum persediaan kertas Sains yang sudah mencapai tahap kemuncak akan berterusan. Calon UPSR yang berasa belum cukup persediaan juga sudah hilang alasan untuk tidak berbuat sesuatu atas kesempatan yang tidak diduga ini.

Kebocoran kertas soalan peperiksaan bukanlah isu baharu atau terhad untuk peperiksaan awam berpusat. Beberapa tahun yang lalu, kertas peperiksaan sijil amalan guaman (CLP) juga terpaksa dibatalkan, serta sebutan kes dibuat di mahkamah. Peperiksaan antarabangsa seperti LCCI, LL.B London dan sebagainya mempunyai set yang berbeza mengikut zon kerana perbezaan masa sudah pasti mengundang risiko kebocoran jika instrumen yang sama ditadbirkan.

Sistem peperiksaan berpusat yang dilaksanakan di Malaysia telah sekian lama menerima pengiktirafan antarabangsa. Maka, apabila berlaku sabotaj, langkah serta-merta seperti dalam kes UPSR 2014 ini wajib diambil supaya keutuhan sistem pentaksiran tempatan terus diberi kepercayaan. Tiada tolak ansur tentang mutu instrumen yang ditadbirkan, tatacara pengawasan dan proses pemarkahan.

Sistem peperiksaan awam secara berpusat dan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) sentiasa mengalami proses penambahbaikan dan penjenamaan kerana pengukuran proses pembelajaran sama ada secara formatif atau sumatif ialah sebahagian kerangka pendidikan. Cabaran dan masalah yang datang bukanlah alasan untuk membubarkan komponen penting pendidikan ini. Kepada calon UPSR dan para ibu bapa diharapkan menerima berita penundaan tarikh kertas Sains dengan suci hati ...

No comments: