SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, October 4, 2014

TEKS TAKLIMAT PERSEDIAAN MIKROEKONOMI STPM (PLANNING FOR MAXIMUM MARKS IN WRITTEN EXAM)

TEKS CERAMAH PERANCANGAN JAWAPAN
EKONOMI STPM: PENGGAL 1, ULANGAN 1

Khamis, 16102014. 8.35-9.45 pagi

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat pagi

Guru Ekonomi prauniversiti SMK St. Michael, Ipoh dan calon STPM Penggal 1 tahun 2015 yang dihormati dan dikasihi sekalian.

Terima kasih kerana sudi hadir di dewan kuliah yang begini indah pada pagi ini demi mencari jalan menuju persada kecemerlangan akademik yang menjadi tujuan utama pelajar berdaftar sebagai pelajar prauniversiti tingkatan enam mulai bulan Mei yang lalu. Kini, setelah lima bulan berlalu, kalian bakal menempuh peperiksaan penggal 1 kira-kira sebulan dari sekarang. Selagi detik melangkah ke dewan peperiksaan belum menjelma, segala persiapan dan strategi masih relevan.

Pada pagi ini, saya diberi kepercayaan oleh pihak pentadbiran prauniversiti SMI untuk mendapatkan maklum balas pelajar tentang kertas Ekonomi 1, iaitu mikroekonomi dan seterusnya kita bersama-sama memperakukan saranan terbaik buat persediaan STPM penggal 1. Mari kita uji betapa semangat kerjasama dalam kalangan Michaelian memungkinkan impian hebat kecemerlangan STPM Penggal 1 menjadi kenyataan.

(aktiviti tepuk tangan: mulakan dengan satu jari, dua jari, tiga jari, empat jari, semua jari )

Terima kasih. Sebagai pelajar yang sedang melalui fasa usia matang, saya berpendapat bahawa kalian berupaya membuat kesimpulan masing-masing tentang aktiviti tepuk tangan sebentar tadi.

Pelajar yang dimuliakan,

Apakah peperiksaan?
(mula slaid power point)

Hakikatnya peperiksaan lebih daripada sekadar luahan pengetahuan dan kemahiran tertentu. Peperiksaan ialah tentang kepekaan (cakna), kecekapan dan kebijaksanaan. Calon berhadapan dengan sejumlah peruntukan masa dan peruntukan markah yang tertentu. Maka, kelebihan untuk memperoleh skor markah dan gred tertinggi memihak kepada pelajar yang memiliki perancangan jawapan yang tepat.

Mari sama-sama kita teliti maklumat peperiksaan Ekonomi 1

Tarikh: 19 November 2014 (Khamis)
Masa:    8.00 – 10.00 pagi (2 jam = 120 minit)

Format kertas:  aneka pilihan 20 soalan = 20  markah
                          :  esei jawab 4 daripada 6 soalan = 40 markah
                          :  kuantitatif jawab 2 daripada 3 soalan = 20 markah

Jumlah markah = 80 markah, dan wajaran keseluruhan kertas Ekonomi STPM = 32 peratus

Secara hitungan konservatif, 80 markah = 120 minit à 1 markah = 1.5 minit
 Hitungan konservatif ialah gambaran ekstrem, had maksimum sesuatu nisbah.

Namun, calon peperiksaan yang bijak, cakna dan cekap akan mengaplikasikan prinsip hitungan konservatif itu ke arah perancangan jawapan yang jitu sebagai prasyarat pencapaian kecemerlangan.

Mari pertimbangkan saranan berikut:

Sebaik sahaja dibenarkan menulis, pertama catatkan jadual ini

8.00 – 8.25 pagi:  Bahagian A: aneka pilihan

8.25 – 8.50 pagi:  Bahagian C: kuantitatif

8.50 – 9.40 pagi:  Bahagian B:  esei

9.40 – 10.00 pagi:  Semakan ketinggalan dan penambahbaikan

Bahagian A akan membantu calon beroleh imbasan konseptual dan teoritikal yang boleh membantu perancangan jawapan kuantitatif dan esei. Misalnya, dari segi laras ayat ekonomi, cara melukis keluk yang lengkap dengan paksi dan label, serta idea jawapan.

 … bersambung dalam bahagian 2

No comments: