SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, October 2, 2014

GANTI BEG PLASTIK: KEMBALI KEPADA BEG KERTAS (THE THREAT OF INDESTRUCTIBLE MATERIAL)

Kebanyakan pasar raya utama di negara kita mengambil bahagian dalam kempen sifar beg plastik (high density polyethylene, HDPE) pada setiap hari Sabtu. Sementara itu, negeri California di Amerika Syarikat telah mengharamkan penggunaan beg plastik mulai Selasa minggu lepas (Kosmo, 3.10.14 dan juga klik di sini). Beg plastik yang hanya terurai dan reputsetelah 450 hingga 1,000 tahun dikatakan mengancam kehidupan haiwan darat dan marin.

Namun, bantahan pasti datang daripada industri berasaskan plastik yang mendakwa mereka telah menghasilkan keluaran yang bebas toksik, serta mesra alam sekitar. Penyelidikan kimia polimer juga mungkin menjadi sandaran, justeru bahan plastik bermutu tinggi lebih mudah dikitar semula dan tidak memudaratkan kesihatan. Kebimbangan tentang pengangguran dalam kalangan pekerja industri plastik juga dibangkitkan.

Di Australia, kempen mengurangkan penggunaan beg plastik disambut baik oleh masyarakat dan industri. Dalam tempoh lima tahun (200 - 2007) penggunaan beg plastik berjaya dikurangkan daripada enam juta unit kepada 3.9 juta unit (klik di sini). Sepetimana yang disebut oleh Alvin Toffler lewat karya beliau, Future Shock, masyarakat pascamoden menjurus kepada kecenderungan serba membuang (disposable society).

Pengharaman beg plastik di California diwartakan menerusi proses undang-undang menerusi penguatkuasaan tertentu. Dengan pengecualian terhadap pembelian daging, buah-buahan dan sayuran, pengharaman berperingkat itu wajib dipatuhi sepenuhnya pada tahun 2016. Denda sehingga USD5,000 (RM16,264.47) akan dikenakan terhadap peniaga yang ingkar.

Pakar kaji iklim bandar dari UKM, Profesor Datuk Dr. Shaharuddin Ahmad menyokong supaya Malaysia mula mengambil langkah mengurangkan penggunaan beg plastik yang mengancam ekosistem dan kehidupan ekologi tertentu. Bahan plastik yang dibakar pula akan membebaskan gas beracun yang sagat berbahaya. Walaupun demikian, Profesor Dr. Hanafi Ismail, dekan fakulti kejuruteraan bahan dan mineral USM berpendapat sudah ada teknologi terkini yang membolehkan plasik terurai secara semula menerusi campuran polimer tulen seperti kanji dan protien.

...


...

...

...


...

No comments: