SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, November 4, 2014

KES BULI DI SEKOLAH BERASRAMA: NILA SETITIK? (REDUCING DISORDERS RIGHT FROM THE ISOLATED CASES)

Berita Awani melaporkan bahawa pihak pentadbiran Maktab Mahmud Alor Setar telah membuat laporan polis tentang sebaran video yang menjadi viral kononnya berlaku kes buli di maktab berkenaan. Pihak polis kemudian mengesahkan bahawa dakwaan itu sebagai tidak benar (klik di sini, sebaliknya disahkan berlaku di Pontian, Johor pada tahun 2010, klik di sini). Namun, kejadian buli dalam kalangan murid sekolah memang berlaku, sama ada mahu diakui atau sebaliknya.

Seorang bapa terpaksa bertindak segera mengeluarkan anak lelakinya dari sebuah sekolah berasrama terkenal kerana aduan anaknya bahawa dia dikurung serta dibelasah di sebuah stor oleh senior tidak dipedulikan. Setakat deraan mencuci pakaian masih boleh dilalui, tetapi apabila pembelajaran terjejas akibat tahanan ala penculikan hingga pukul tiga pagi, selain risiko kecederaan, budak berkenaan segera dibawa keluar ke sekolah harian biasa di negeri asal murid. Pembuli memang licik dengan perwatakan baik dan macho ketika waktu persekolahan biasa.

Kes yang hampir sama berlaku di sebuah sekolah kawalan apabila seorang murid dibelasah kerana dicop sebagai kaki adu kesalahan kumpulan menghisap rokok dan ponteng puasa. Ibu bapa pembuli menggunakan pengaruh dan hubungan bagi melindungi perbuatan jahat anak mereka. Akhirnya mangsa buli tarpaksa dipindahkan semula ke sebuah sekolah harian.

Kecuaian membuat kawalan terhadap pergerakan kumpulan murid yang memiliki kecenderungan menjadi pembuli mengakibatkan kes-kes sedemikian masih berterusan. Kes buli juga berlaku dalam kalangan murid yang diangkat sebagai pemimpin di sekolah, contohnya pengawas. Pakatan memburuk-burukkan seorang pengawas bertujuan memasukkan rakan kumpulan ragbi di sebuah sekolah berasrama sebagai pengawas lantikan jalan pintas akhirnya berjaya mencapai maksud atas restu tertentu.

Anehnya, pemberi restu kejadian buli berkenaan telah dinaikkan pangkat baru-baru ini. Maknanya pembelaan terhadap mangsa buli kelihatan semakin sukar dilakukan apabila pengaruh dan hubungan menjadi batu penghalang yang tidak boleh dialih jika tiada ketegasan. Hakikatnya, amalan keutuhan atau integriti sentiasa menempuh perjalanan yang tidak berpenghujung.

Kes buli sebenar yang dicoretkan di atas mungkin belum bertaraf data selagi kajian yang autentik tidak dilaksanakan. Sementara menunggu dapatan yang lebih sahih, jalan penyelesaian dan pengalaman sedia ada hendaklah dimanfaatkan. Misalnya, teori pecah tingkap yang dimulakan oleh jabatan polis di Manhattan, New York barangkali berguna dalam membina perspektif tentang kes buli yang menggugat kepercayaan umum terhadap keselamatan murid di asrama (klik di sini).

Kejadian buli yang dipaparkan dalam video laman sosial menunjukkan si pembuli seperti sudah masuk syaitan, dirasuk dan tidak waras. Dia seperti tidak tahu bahawa mangsa belasahannya adalah anak orang, harapan keluarga dan tidak mustahil muncul sebagai seseorang pada masa hadapan. Tindakan fizikal secara melulu seperti tumbukan dan terajang secara rambang juga berisiko untuk mengenai bahagian kritikal pada jasad mangsa buli yang boleh membawa kecederaan teruk dan maut.

Penegasan bahawa buli ialah suatu jenayah juvana jika membabitkan murid sekolah bukan lagi suatu pilihan. Sikap berlembut terhadap pembuli hanya akan mengakibatkan lebih banyak murid yang tidak berdaya menjadi mangsa. Suatu mekanisme dan piawaian tatacara tindakan (S.O.P.) bagi menjejak pembuli  di asrama sekolah sehingga ke akar umbi atau lubang cacing sudah mencapai status mendesak.

Sama seperti mana-mana kes jenayah dan salah laku, buli berpunca daripada tiga komponen pencetus, iaitu niat, peluang dan mangsa. Niat jahat dan songsang boleh menghantui sesiapa jua yang tipis imannya walaupun memiliki kedudukan yang dihormati dalam organisasi tertentu. Peluang melakukan buli akan terbuka apabila mangsa didapati tidak melawan atau dijangka tidak mendapat pertolongan yang sepatutnya.

Bagi mengelakkan membiaknya kecenderungan mana-mana murid untuk menjadi pembuli, sebarang gejala yang menjurus ke arah itu wajib dikenal pasti lebih awal. Sistem 'perisikan' yang lebih pintar boleh digerakkan menerusi unit disiplin, kaunseling dan analisis tema perbualan murid. Sistem ganjaran untuk tingkah laku yang terpuji hendaklah diinstitusikan, manakala kepercayaan bahawa murid nakal sebagai panjang akal dan lebih berjaya pada masa hadapan perlu difikirkan semula ...

No comments: